Chapter 5

Drama Series 633633

Hi . First of all sorry for breaking my promise. Half an hour after I commented that an update is coming, I received a very bad news. I was totally not my self till today. I force myself to post this chapter today because I was tired of mopping around.
Anyway please keep me in your prayer during this difficult time. May Allah ease my way and semoga I akan redha with whatever come.
Sorry again, the chapter was already 3/4 ready but I just couldnt process anything until today. Sorry sangat korang.

-------------------------------------------

Hana Aishah tersenyum lebar melihat keterujaan Adam yang berada di lapangan terbang Heathrow di London itu. Semenjak tadi Adam tidak mahu duduk diam setempat. Kaki Hana Aishah rasanya bila – bila masa boleh tercabut kalau difikirkan tahap kepenatannya mengejar Adam yang mahu merangkak ke sana sini di lapangan terbang itu.

Setelah diikat kemas di dalam stroller sekarang Adam sedang cuba melepaskan dirinya kerana mahu mencapai pokok krismas yang diperbuat daripada lampu pelbagai corak yang berwarna warni di tengah – tengah lapangan terbang itu. Nasib baik ada pagar yang menghalang kalau tidak roboh anaknya buat pokok kristmas yang berwarna warni itu.

“Now I`m regretting not bringing your papas. Oh my god, Muhammad Adam . Just let me rest for a minute. Stay inside your stroller” Wajah Hana Aishah ditegaskan apabila Adam mula mengerutkan wajahnya menandakan dia akan memulakan episode tangisannya.

“Umi. Go. Mi. Go. Go” Hana Aishah menahan dirinya daripada termakan pujukan anak terunanya itu. Jari telunjuk kanan anaknya yang tembam itu dihalakan kearah pokok tadi sambil mata bundar itu dibulatkan dan bibir bawahnya yang tebal itu dicebekkan. Adam tahu kelemahan Hana Aishah.

“Nope. That`s not happening today. You stay inside the stroller and I will stay here” Hana Aishah berundur ke belakang apabila tangan Adam sudah dihalakan ke atas menunjukkan dirinya mahu di dukung.

“Mi up. Up. Up!” semakin lama suara Adam semakin meninggi. Hana Aishah memekakkan telinganya sambil menolak stroller itu menuju ke pintu ketibaan. Matanya meliar mencari gerangan insan yang dia datang menyambut itu. Matanya memandang pada jam tangan hadiah pemberian Scott untuknya. Sepatutnya , kapal terbang itu sudang mendarat tetapi sudah hampir satu jam wajah yang dinantikan dia dan Adam itu tidak memunculkan diri.

“Adam, you better behave. If not, I will cancel our plan to the Zoo tomorrow” Hana Aishah mengeraskan suaranya memberi amaran kepada Adam yang sudah memulakan raungannya.

“No! Umi! No!” drama betul anak lelakinya itu. Kalau sudah mula drama air matanya , dia pasti orang sekeliling akan menganggap dia sedang mendera anaknya itu. Telinganya dipekakkan dan matanya dibutakan daripada melihat orang sekeliling kerana dia sudah arif dengan pandangan – pandangan yang dia akan terima.

“Adam. Stop crying. I`m not letting you wander on the floor. Do you know how many bugs is there on the floor? Euwww. If you crawl on the floor the bugs will bite you” Hana Aishah masih memujuk sambil tangannya mendail nombor seseorang.

“No bug. No no bug” Hana Aishah sudah tersenyum sendiri saat mendengar suara Adam yang ketakutan itu. Tahu pun takut.

“Didn’t pick up call also. Where is he Adam?” Hana Aishah melihat ke arah Adam yang sudah menarik kakinya naik. Wajah Adam yang kegelian memandang ke arah lantai lapangan terbang itu dipandang Hana Aishah lucu. Kenapalah dia tidak menggunakan alasan seperti itu terlebih awal. Tidaklah dia penat mengejar anaknya yang merangkak ke hulu hilir tadi.

“Mi. Up. Up. Eee. Eeee” pecah tawa Hana Aishah saat Adam memandangnya dengan air mata yang sudah bertakung kerana mahu diangkat. Tidak dia sangka anak lelakinya adalah seorang penggeli.

“Ya Allah. Malulah sikit. Ada ke boboy Umi takut bugs” Hana Aishah tersenyum memerli anak lelaki itu. Dengan cekap dia membuka tali pinggang keselamatan Adam sebelum tubuh montel itu didukungnya.

“Where`s your favourite person ni Adam? So unlike him to be late” Hana Aishah memberitahu Adam yang melihat ibunya pelik. Mata Hana Aishah meliar mencari gerangan manusia yang ditunggunya. Dia ikut melihat sekeliling mahu melihat apa yang menarik perhatian ibunya itu.

Dengan mengendong Adam di sebelah tangan kanannya dan menolak stroller menggunakan tangan sebelah kirinya dia merentasi lautan manusia itu. Musim perayaan seperti Kristmas ini memang lapangan terbang akan dibanjiri dengan manusia daripada pelbagai negara. Awalnya dia tidak mahu membawa Adam tetapi semenjak semalam selepas dia balik daripada shif petangnya , Adam tidak mahu berenggang dengannya. Entah apa angin anak bujangnya ,Hana Aishah pun tidak tahu.

“Paaa! Paa!” Hana Aishah tidak mengendahkan bebelan Adam itu. Matanya masih mencari gerangan manusia yang dinantinya itu.

“Mi. Paaa. Paaa. Topaaa” Adam menarik wajah ibunya supaya memandang ke arahnya. Wajah itu kelihatan gembira sambil membebel perkataan yang sama kepada Hana Aishah.

“Adam. Stop it baby. Umi is trying to look for….” Kata – kata Hana Aishah dipotong Adam.

“Paaa! Mi, Paa. Topaaa” Hana Aishah mengeluh berat. Pipi gebu Adam diciumnya. Dari segi lain mungkin agak perlahan, tetapi dari segi fizikal anaknya sentiasa kedepan. Badan montel dengan ketinggian tubuh yang tak padan dengan umur.

“Your papas are at home. We`ll see them in awhile ok baby. Remember I told you who`s coming to meet you? Aren’t you excited to meet him?” Hana Aishah bertanya sambil matanya kembali liar mencari. Kesesakan manusia di situ benar – benar menyesakkannya.

“Topaaa. Topaaa” Adam menyambung manakala Hana Aishah tersenyum lebar.

“Yes Adam. Tokpa is coming. He`s coming to meet you. Clever boy” Hana Aishah mengucup pipi Adam tetapi kali ini mata Adam sudah tidak memandangnya. Adam memandang ke sebelah kiri mereka.

“What are you looking at?” Hana Aishah bertanya sambil dia ikut melihat perkara apa yang berjaya menarik perhatian anaknya itu.

“No wonder you kept saying that” Hana Aishah tertawa sendiri sambil kakinya melangkah ke arah insan yang mereka berdua nantikan itu. Senyuman lebar terukir di bibir Hana Aishah melihat susuk tubuh yang dia rindui itu melangkah ke arah mereka.

Sesampai Hana Aishah di hadapan pintu ketibaan itu , Hana Aishah menanti penuh debar. Lelaki yang segak memakai seluar slack dan jacket berwarna hitam itu melangkah melintasi kastam menuju kea rah mereka. Adam sudah menggelupur di dalam dokongannya mahu diturunkan.

“Topaa. Down. Topaa. Topaa. Down. Down. Down Mi” suara Adam yang keresahan itu Hana Aishah hanya balas dengan tawanya. Teruja betul budak seorang ini.

“My angels” suara garau itu menegur sebelum seperti semenjak dua tahun lepas , mereka anak beranak di tarik ke dalam pelukan erat lelaki itu. Hana Aishah menyandarkan kepalanya ke dada itu dan seperti magis segala keresahannya hilang. Bebannya seperti diangkat pergi.

“Paa. Topaaa. Mi Mi. Topaa” Hana Aishah tertawa dalam air matanya yang sudah gugur tanpa dia sedari apabila mendengar bebelan Adam yang terus merangkul leher lelaki itu erat. Pegangan Hana Aishah dilonggarkan sebelum Adam bertukar tangan.

“Eeee. Soo impatience” Hana Aishah menepuk punggung Adam lembut. Wajah lelaki yang seperti bertambah kedutan setiap kali mereka bertemu itu Hana Aishah tenung penuh rindu. Satu – satunya insan yang menghubungkan dia dengan tanah airnya.

“I miss you Papa” Tan Sri Fadhil tersenyum lebar saat mendengar suara menantunya.

Percaturan dia tidak pernah salah kerana itu Hana Aishah diketemukan dengannya. Pertemuan yang dia pinta tetapi tidak pernah dia sangka akan Tuhan tunaikan. Berpuluh ribu batu jauhnya Hana Aishah membawa diri tetapi takdir menemukannya dengan menantunya. Mengingatkan saat pertama kali dia bertembung dengan menantunya , syukurnya tidak terhingga.
*************************************

“Assalamualaikum Ria. I just landed. Ria take care and don’t worry about me. I`ll be home as soon I settle the deal” Tan Sri Fadhil sedang duduk di sebuah café di Kota London. Telefon di telinganya dimatikan setelah dia berbual dengan isterinya.

Berbualkah apabila , hanya sepatah dua bibir itu bertutur. Sudah setahun lebih Hana Aishah pergi maka setahun jugalah keluarganya berantakan. Puan Sri Maria yang masih berkerusi roda itu semakin hari semakin merosot kesihatannya. Isterinya yang dahulu petah berbicara , yang menyambutnya dengan pelbagai cerita setiap kali dia pulang dari kerja sekarang hanya diam membisu.

Kesan daripada strok yang menyerang isterinya, Puan Sri Maria lumpuh sebelah kiri. Percakapannya masih lagi pelat. Setiap hari isterinya akan pergi temu janji physioterapi tetapi hasilnya tidak pernah dia lihat.

“I`m sorry Tan Sri it’s not that we are not trying our best but Puan Sri is not cooperating. In order for her to improve she need to have the will. No matter how hard we try, if she herself refuse any intervention there is so little we can do” kata – kata Dr Wani , pakar rehabilitasi di hospital swasta itu bermain dimindanya.

Yang bermain di bibir isterinya hanyalah `Angah` dan `Hana`. Mengingatkan Fakhrul hatinya menjadi sebal. Jangankan datang melaway , telefon menanya khabar ibunya pun tidak. Kali ini Tan Sri Fadhil benar – benar menyesal kerana membawa Hana Aishah ke dalam hidup Fakhrul. Sekarang bukan satu tetapi dua hidup yang musnah akan dipertanggungjawabkan kepadanya.

Matanya dipejam rapat menghilangkan segala masalah keluarga yang dipikulnya. Hatinya berat mahu berangkat meninggalkan isterinya tetapi projek mega kali ini yang akan membesarkan lagi empayarnya kena negara Britain itu memerlukan dia di sana. Dia bersyukur kerana sekurang – kurangnya Fakhih sudah lebih bertanggungjawab sekarang. Sekurang – kurangnya adalah seorang anak yang dia boleh bergantung harap.


Matanya dihalakan ke sekeliling kafe yang tersembunyi di dalam kesibukan kota London itu. Tempat kegemarannya dan isterinya setiap kali mereka melancong ke situ. Hadiah pertama untuk isterinya apabila dia memulakan empayarnya di Amerika. Bulan madu pertama mereka setelah empat tahun berkahwin.

Sewaktu awal mereka berkahwin , Tan Sri Fadhil yang telah dibuang keluarga bertungkus lumus bekerja kerana mahu menampung mereka sekeluarga. Sewaktu itu Fakhih sudah berada di dalam kandungan tetapi mereka masih duduk berasingan di hostel kerana tidak mampu menampung kos kehidupan di Amerika.

Dua tahun pertama perkahwinan mereka , Tan Sri Fadhil melalui keperitan hidup yang tidak pernah dia sangka. Dilahirnya di dalam dulang emas , dia tidak pernah merasai kepayahan hidup. Segalanya telah tersedia tetapi kerana cinta pandang pertamanya pada Puan Sri Maria , dia meninggalkan segala kesenangan.

“If you choose her, you are not my son anymore. Do not ever step your foot here again” kata putus bapanya yang dia hanya balas dengan senyuman tenang.

Sampai ke akhir nafas bapanya tidak menerima Puan Sri Maria dan anak – anaknya. Tan Sri Fadhil tersenyum pahit mengingatkan bapa yang sangat menyayanginya dan menatangnya bagai minyak yang penuh dalam sekelip mata boleh berubah. Dia tidak mahu derhaka tetapi Tan Sri Fadhil pasti keputusan yang telah dibuatnya adalah tepat. Memilih Puan Sri Maria merupakan keputusan terbaik dia pernah lakukan dalam hidupnya. Sekalipun dia tidak menyesali keputusan yang diambilnya.

Tapi mungkin dia alpa dengan dunia. Dia terlupa untuk mencari akhirat kerana sibuk mengejar dunia. Mahu membuktikan pada keluarganya dia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Dia terlalu sibuk mencari membuktikan kepada mereka sehingga dia lupa dengan keluarganya sendiri. Mungkin kerana itu Felisha sudah tidak dapat membezakan dosa dan pahala. Kerana itu dengan mudahnya anak perempuannya menabur fitnah kepada kakak iparnya sendiri sampai menghancurkan rumah tangga abangnya.

“Tan Sri I`m really sorry to be the one breaking the news to you. Its definitely Felisha” saat kata – kata Sampath bermain di mindanya , hatinya yang selama ini masih cuba menidakkan hakikat yang Felisha sanggup memusnahkan rumah tangga abangnya itu kembali kecewa.

Hatinya menjadi sebak mengingatkan menantunya yang menderita semenjak mengangkat akad yang mengikat Hana Aishah dengan keluarganya. Satu demi satu ujian datang tanpa henti. Perasaan bersalah menyesakkan dadanya di saat dia lamunannya terhenti apabila deringan loceng yang menandakan pelanggan baru yang bertandang ke kafe yang selalunya lengang itu.

Air Cappucino kegemarannya dipandang sejenak. Corak hati yang tidak diukir tidak sempurna itu ditenungnya. Kalau nak dibandingkan , kafe yang ini hanya bertaraf dua bintang dari segi persembahannya tetapi keenakan kopi yang mengingatkannya pada zaman dia berada di bawah itu tidak dapat dibandingkan dengan kafa – kafe yang bertaraf lima bintang yang dia pergi.

Perlahan dia menghirup cappuccino itu. Mengikutkan perancangan , hari ini sekiranya dia berpuas hati dengan pembentangan syarikat MNT Corp yang sedang menempah nama di kota London. Awalmya dia agak skeptikal memandangkan pengasas syarikat itu merupakan sekumpulan anak muda dalam lingkungan umur akhir 20an.

Selama ini syarikatnya mengfokuskan pada pembangunan perumahan tetapi apabila Fakhih mengenengahkan usul yang dibawa syarikat anak – anak muda ini dia rasa tidak adil sekiranya dia tidak memberi peluang kepada syarikat itu. Mengetengahkan konsep kehidupan zaman urban , mereka muncul dengan idea untuk menjimatkan kos untuk mengubah suai rumah. Reka bentuk sedia bina yang hanya memerlukan pemasangan di rumah klien itu menarik minatnya.

“Hi Ana. Tad bit late this morning, aren’t you?” dia yang sedang meneliti dokumen dia tangannya tersenyum sendiri mendengar suara pelayan yang ceria menyambutnya tadi.

“Someone have a bad case of colick yesterday. Didn’t sleep a blink” saat mendengar suara feminin yang membalas , terhenti segala kerjanya. Dada Tan Sri Fadhil berdegup kencang sebelum tubuhnya dipusingkan. Dia meneliti seorang wanita yang memakai jubah berwarna hitam dipadankan dengan selendang dengan warna yang sama.

Tanpa Tan Sri Fadhil sedari kakinya sudah mengorak langkah menuju ke arah wanita yang sedang membongkakkan dirinya di kaunter kafe itu. Suara feminin yang sedang berborak dengan pelayan tadi membuatkan segalanya terhenti saat itu. Suara yang sudah lama di acari.

“Jim, I`m going to need extra shots of espresso today. Gosh! That boy going to be the death of me” keluhan berat wanita itu meluahkan rasanya kepada pelayan yang bernama Jim itu. Tan Sri Fadhil berdiri betul – betul di belakang tubuh wanita itu. Matanya tidak berkelip memandang wanita itu mengharapkan itulah insan yang di acari selama hampir setahun lebih itu.

“Erm.. Yes sir. Can I help you?” Jim melihat Tan Sri Fadhil pelik. Selama lebih enam bulan berkerja di situ dia tidak pernah melihat lelaki itu. Pelanggan di kafe itu selalu adalah pelanggan yang sama, jarang mereka ada pelanggan baru kerana kedudukan kafe yang terletak di Lorong yang sempit di kota London. Di tengah kesibukan kota tetapi sunyi dalam erti kata tersendiri.

“Hana” bergetar suaranya memanggil. Tubuh yang membongkok sambil dagu dipangku tangan kanan wanita itu di atas kaunter tadi terus ditegakkan. Suasana hening menyelubungi mereka.

“Hana Aishah” sekali lagi suara Tan Sri Fadhil memanggil. Tangan kanannya diangkat perlahan sebelum dia meletakkannya di atas bahu kanan wanita yang dia cari selama ini.

Tubuh itu keras tidak bergerak. Tan Sri Fadhil menarik bahu Hana Aishah supaya dia dapat membuktikan yang wanita itu adalah menantunya. Masa bergerak amat perlahan saat itu. Tubuh yang dikeraskan itu masih tidak mahu berganjak.

“Hana. Anak papa” saat tubuh itu dipalingkan menghadapnya , walaupun wajah itu ditundukkan mahu melarikan wajah itu , Tan Sri Fadhil tahu itu menantunya Hana Aishah.

“Allahu Akbar” saat itu , tubuh Hana Aishah ditarik ke dalam pelukannya erat. Air mata lelakinya gugur. Dia peluk erat tubuh menantunya. Besarnya kuasa Tuhan. Takdir membawanya ke situ. Kalau tidak Tuhan gerakkan hati pemilik syarikat MNT Corp , dia tidak akan sampai ke Kota London.

“Ya Allah. Hana. Allahhu Akbar. Alhamdulillah Ya Allah” suara sebaknya mengucap berkali – kali saat tubuh yang sedang bergetar dalam esakan itu dipeluknya.

“Hana. Papa rindu. Hana pergi mana sayang? Do you know how worried I was. Merata PI papa cari” dia merenggangkan pelukannya sebelum wajah yang sudah dibanjiri air mata itu diangkat supaya dapat dia tatap. Bibir menantunya bergetar menahan sebak.

“Hana… Hana… Sorry Pa. Sorry” Hana Aishah merangkul kembali tubuh itu. Rindunya dia pada lelaki yang sentiasa risau akannya itu. Rindu dengan tangan yang sentiasa ada untuk membantunya di dalam kesusahan.

“Hana … I`m… Hana let you … I let you down. I`m sorry” esakan Hana Aishah semakin kuat. Nasib baik pagi itu memang tiada pelanggan.

“No. You will never let me down. I know why you need to do what you did. Papa… papa rindu dekat Hana je” suara Tan Sri Fadhil kedengaran sebak.

Jim yang melihat adegan itu terpinga – pinga. Dalam masa tidak sampai beberapa minit sebuah drama sedih sedang berlansung di hadapannya. Rambutnya yang berwarna merah semula jadi itu digarunya. Pintu masuk itu sekali lagi berbunyi sebelum suara Scott yang sedang membebel itu kedengaran.

“Ok. Its not my fault okay. He gave me that puppy eye. Damn it. I couldn’t resist. Its like your eyes begging to watch Grey …. What the hell?” Scott yang sedang membebel itu terhenti saat melihat Hana Aishah sedang berpelukan dengan seorang lelaki yang kelihatan seperti sudah separuh abad itu.

Wajah Hana Aishah terus bertukar pucat saat melihat Scott. Dia merenung ke arah Tan Sri Fadhil yang memandang Scott dalam. Renungan yang dia tidak suka tetapi rindui dalam masa yang sama. Renungan yang sekarang menjadi milik tiga orang lelaki. Renungan Fakhrul sekiranya suaminya tidak suka akan sesuatu situasi. Renungan Adam apabila Hana Aishah pulang daripada kerja malam. Dan sekarang renungan Tan Sri Fadhil yang terdiam melihat pandangan di hadapannya.

“Hana. Care to explain” suara Tan Sri Fadhil yang sudah berubah nada. Hana Aishah menjadi gugup. Jantung Hana Aishah sedang berdegup seperti baru balik daripada berlari marathon. Bukan kerana kemunculan Scott di situ. Tetapi kerana bayi yang sedang merenung ke arah ibunya dengan mata bundar sambil bibir itu mengukir senyuman.

“Hana…. Papa… That…” tergagap – gagap bibirnya Menyusun kata. Apa yang mahu dia katakan saat itu dia pun bingung.

Kaki Tan Sri Fadhil menuju ke arah Scott yang sedang berdiri dengan wajah bingung itu. Saat Tan Sri Fadhil berdiri betul – betul di hadapan Scott, matanya merenung ke dalam anak mata hitam yang amat dia kenali itu. Anak mata hitam miliknya yang diturunkan kepada Fakhrul dan seterusnya kepada bayi itu.

“What is his name?” ketegasan suara itu membuatkan Hana Aishah gugup.

“Adam. Muhammad Adam” bergetar suara Hana Aishah Menyusun kata.

Scott mahu menghalang Tan Sri Fadhil daripada mengangkat Adam tetapi satu gelengan lemah daripada Hana Aishah menghentikan tangannya. Adam diangkat keluar dengan mudahnya oleh Tan Sri Fadhil. Adam merenung anak mata yang sama dengannya itu lama. Adam anak yang sangat susah untuk berdamping dengan orang asing tetapi saat itu seperti anak kecil itu tahu darah yang mengalir di dalam tubuh mereka adalah sama , dia membaringkan kepalanya ke dada Tan Sri Fadhil.

“Subhanallah” air mata Tan Sri Fadhil gugur saat dia memeluk cucu lelakinya. Cucu yang baru dia tahu kewujudannya. Waris lelaki keturunannya.

“Muhammad Adam. Cucu Tokpa. My heir” Hana Aishah menggigit bibirnya kuat saat kata – kata itu meluncur di bibir bapa mertuanya. Rasa bersalahnya bertimpa – timpa saat dia dipukul dengan rasa berdosa kerana memisahkan Adam daripada sebuah keluarga.
**********************************************

“Adam enough baby. Tokpa is tired already. We went and feed the giraffe so many times already” Tan Sri Fadhil melihat cebikkan di bibir cucunya apabila di marahi ibunya.

“Alaaa. Cucu Tokpa sedih la. Its ok, Tokpa will bring you for another round ok” Tan Sri Fadhil mengucup pipi montel Adam itu. Bibirnya yang dicebikkan tadi terus membentuk segaris senyuman lebar.

“Papa. Jangan ikut sangat Adam tu. Nanti papa penat. Dah lah badan montel macam tu. Sakit nanti pinggang papa angkat dia kehulu ke hilir” Hana Aishah membebel sambil dia Menyusun sandwich yang disiapkannya pagi tadi sebelum mereka berangkat ke Zoo.

“Its ok Hana.I get to see Adam pun dua tiga bulan sekali. Papa rindu cucu papa” Hana Aishah tersentak saat mendengar luahan hati bapa mertuanya itu. Dia melihat waja yang semakin menua itu. Tan Sri Fadhil yang berseluar jean and baju sejuk itu tersenyum merenung Adam yang sibuk membebel dalam bahasa bayinya.

Semenjak pertemuaan yang tidak dirancang pada usia Adam tujuh bulan itu , sehingga saat ini tidak pernah sehari Tan Sri Fadhil meninggalkan mereka terkapai sendirian di tanah asing itu. Paling lama Adam tidak bertemu Tan Sri Fadhil adalah tiga bulan dan setiap kali bapa mertuanya datang melawat , lelaki itu akan menghabiskan paling kurang satu minggu bersama satu – satu cucu lelakinya itu.

Kerana itu Hana Aishah akan sentiasa mengambil cuti setiap kali Tan Sri Fadhil datang melawat. Sekurang – kurangnya rindunya pada Malaysia hilang sebenar. Untuk sebentar dia dapat merasai kasih sayang keluarganya. Bahagia hatinya melihat Adam dapat merasa kasih sayang seorang datuk.

“I`m sorry papa” Tan Sri Fadhil yang sedang melayan Adam itu memandang wajah menantunya yang sudah berubah sedih itu.

“For?” Tan Sri Fadhil meletakkan Adam diribanya apabila dia duduk bertentangan dengan Hana Aishah. Air mata menantunya sudah bertakung. Sandwich di tangan itu diletakkan perlahan dia atas pinggan plastik yang diletakkan di sebuah pondok beristirehat di Zoo itu.

“For depriving both of you of each other” setitik demi setitik air mata Hana Aishah gugur. Tan Sri Fadhil tersenyum tenang. Tangan kirinya mengelap air mata Hana Aishah yang gugur.

“I will wait. Until you are ready” setiap kali kata – kata maaf diungkap menantunya setiap kali itu dia akan memujuk dengan kata – kata itu.

“Hana nak jaga papa. Hana tak nak papa penat sebab kena travel like this. Tapi… tapi..” bibirnya digigit menahan sebak.

“You went through things yang papa tak dapat bayang. Hana tak perlu cakap , I can imagine already the pain you have to went through that push you to walk away. Menantu papa kuat and I`m glad Adam got you as a mother” berjujuran air matanya gugur saat kata – kata ikhlas bapa mertuanya mengusik tangkai hatinya yang sememangnya rapuh itu.

“Hana anak yang soleh. Hana menantu yang baik. Hana isteri yang sangat sabar. For you to walk away and raising up Adam alone …. Papa mintak maaf sayang. Papa yang salah” Hana Aishah menggelengkan kepalanya saat mendengar kata – kata maaf yang selalu diungkapkan bapa mertuanya.

“I will forever be grateful for having you in our life Papa” Hana Aishah menggengam tangan kiri bapa mertuanya.

“Topaaa. Ufff.. Ufff” sesi tangisan mereka berakhir di situ apabila Adam sudah mula meronta – ronta mahu melihat zirafah. Entah apa keobsessan anaknya seorang itu , segala benda yang berkaitan dengan zirafah semua dia mahunya.

“Adam. Lets eat first and then we`ll go to see the giraffe ok” Tan Sri Fadhil memujuk tetapi kalah jua dia apabila air mata cucunya sudah gugur.

Saat dia melangkah pergi meninggalkan Hana Aishah yang kembali menghidangkan makan tengah hari mereka itu , hatinya dipangguk rasa sedih.

“Kau bahagiakan menantu aku walaupun bahagia itu mungkin bukan bersama anak aku” hatinya berbisik berdoa.

Membayangkan hidup Adam yang membesar tanpa pengetahuan bapa kandungnya , menumpang kasih dengan tiga lelaki asing yang dia pasti sedang menjaga menantu dan cucunya lebih baik daripada bagaimana Fakhrul melayan Hana Aishah dan arwah cucu lelaki pertamanya , Adam, dia bersyukur dalam kesedihan.

Pemergian Hana Aishah mengubah Fakhrul. Itu dia pasti tetapi untuk memperjudikan sekali lagi hidup Hana Aishah yang sekarang sedang membesarkan satu lagi nyawa dia tidak sanggup. Cukup sekali dia perlu mengebumikan cucunya. Kalau jodoh Hana Aishah dan Fakhrul masih panjang , dia berharap anaknya itu benar – benar berubah.

Tan Sri Fadhil sudah tidak kisah bagaimana layanan Fakhrul terhadapnya. Untuknya , kubur sudah pun memanggil tetapi untuk meninggalkan Hana Aishah di dalam jagaan Fakhrul dia masih tidak yakin. Janji yang dia meterai dengan Kapten Azam sewaktu mengambil Hana Aishah sebagai menantunya masih dia pegang. Kerana itu sehingga saat ini , tiada sesiapa pun mengetahui keberadaan Hana Aishah di situ.
************************************************

“Assalamualaikum uncle” Tan Sri Fadhil yang sedang bersiap untuk bertemu dengan rakan universitinya yang berada di London itu terhenti sekejap.

“Waalaikumussalam. Mikhail” huluran tangan Mikhail disambutnya.

“Pergi mana uncle” awal dahulu dia pelik dengan kepetahan Mikhail bercakap bahasa Malaysia tetapi selepas dia mengetahui sejarah Mikhail dia lebih faham mengapa Mikhail suka berbahasa ibundanya.

“Meeting out with my buddy from Uni” Tan Sri Fadhil yang baru sahaja selesai mengikat tali kasut itu , terus berdiri. Dia melihat Mikhail yang baru pulang daripada kerja malam. Baju Skrub yang dipakainya dengan wajah lelaki itu yang kelihatan penat jelas menunjukkan malam yang sibuk.

“Tiring call” Tan Sri Fadhil menepuk bahu Mikhail apabila pertanyaanya dibalas dengan anggukan.

“Go and get some rest” Mikhail menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kepenatan. Kasutnya ditanggal sebelum dia menuju ke dapur rumah dua tingkat itu.

“Adam. You better behave ok. Umi is letting you go with Tokpa only is you promise to behave” Mikhail tersenyum lebar saat mendengar suara Hana Aishah yang menasihati Adam seiiring dengan bunyi derapan kaki yang menuruni tangga.

“Of course, he will behave. He is my son what” Hana Aishah membuat muka tanda tidak percaya.

“Ye la tu” nada tidak percaya itu hanya dibalas dengan tawa Mikhail.

Dia tersenyum bahagia melihat Hana Aishah yang kelihatan gembira pagi itu. Sudah hampir tiga bulan wajah itu kelihatan sedih. Entah apa yang menggangu fikiran wanita yang telah bertakhta di hatinya itu. Hendak mengharapkan Hana Aishah memberitahu memang tidak akan berlakulah.

Dia memandang ke arah Adam yang sudah bertukar tangan itu. Hana Aishah tampak ceria dan relaks hari itu. Seluar legging musim sejuk dipadankan dengan baju hoodie berwarna maroon dengan rambut yang disanggul tinggi itu. Mungkin ini yang Hana Aishah perlukan. Kehadiran Tan Sri Fadhil.

“Pa. Aishah dah siapkan susu dalam beg ni. No need to thaw. It can last for 4 hours. Papa tak keluar lama sangat kan?” suara Hana Aishah bertukar gusar seketika.

“Hana. This is not the first time Adam go out with me. We will be fine ok” Tan Sri Fadhil membalas tenang sambil mengambil beg susu Adam itu. Menantunya sudah mengigit jari saat melihat mereka.

“Its just that.. I mean… Ermm Adam ni suka buat perangai pelik – pelik. Nanti papa tak faham” sejujurnya , hanya empat manusia sahaja yang Hana Aishah berani meninggalkan anaknya kepada. Tiga orang papa Adam dan Rose , ibu Mikhail. Adam anaknya yang unik dengan cita rasa sendiri. Sekiranya perkara tidak mengikuti cita rasanya maka , akan terbaliklah dunia dibuat anaknya itu.

“Ye sayang. Papa tahu. Cucu Papa kan. See how happy he is get to go out with Tokpa” Tan Sri Fadhil melihat Adam yang sedang memandang ke luar rumah yang mula dituruni salji itu. Anak mata hitam itu seperti mempunyai banyak akal saat melihat kawasan luar rumah itu. Bibir itu mulut membebel kata – kata bayi.

“Ok la. Fine. Go , go before I change my mind” Hana Aishah menyerah kalah.

“Mikhail. You make sure she get some rest” Tan Sri Fadhil sempat memesan kepada lelaki yang dia tahu menyimpan hati untuk menantunya.

Mikhail sedang duduk bersandar di dinding di sisi tangga rumah itu tersenyum mengangguk. Dia melihat Mikhail menuju ke arah mereka sebelum berdiri di sebelah Hana Aishah. Tangan kanan itu memaut bahu menantunya sebelum wajah Hana Aishah yang keresahan itu terus beransur tenang.

Saat dia mengetahui Hana Aishah yang duduk serumah dengan tiga lelaki itu sejujurnya dia tidak mampu hendak berkata apa. Pertama kali dia berjumpa dengan Hana Aishah dan Adam, sebulan dia menginap di Kota London. Mahu menghabiskan masanya dengan cucunya. Dalam masa sebulan itu , dia semakin faham kenapa Hana Aishah duduk serumah dengan lelaki – lelaki itu. Melihat bagaimana mereka menjaga Hana Aishah dan Adam, sejujurnya dia malu kerana tidak mampu melahirkan seorang lelaki yang bertanggungjawab seperti mereka.

Di saat anaknya dengan mudah mempercayai fitnah yang ditebarkan kepada menantunya , ketiga – tiga lelaki asing ini mengambil memantu dan cucunya ke bawah bumbung rumah mereka tanpa sebarang pertanyaan. Daripada saat Hana Aishah mengandung sampailah menantunya melahirkan cucunya yang anak lelakinya beri kepada isterinya hanyalah derita dan kesakitan tetapi selama dia tinggal sebulan di rumah ini , dia dapat melihat betapa mereka risau sekiranya menantunya sedih ataupun dalam kesusahan.

Bagaimana dia mahu membantah keputusan Hana Aishah apabila hakikatnya anak lelakinya tidak mampu mengadili isterinya dan ketiga – tiga lelaki asing yang tiada pertalian dengan menantu dan anaknya itu sentiasa berada bersama mereka. Tidak pernah sekali dia lihat Hana Aishah dibiarkan bersendiri bersama Adam. Segala kesusahan menantunya dalam menguruskan Adam sendirian dibantu mereka.

“Pa...” Hana Aishah menegur bapa mertuanya saat dia melihat lelaki itu yang masih tercengat memandang ke arahnya. Anak mata hitam yang seperti menanggung beban itu sekelip mata hilang. Seperti mana anak mata beku Fakhrul memandangnya setiap kali lelaki itu menyembunyikan perasaan sebenarnya.

“Mengelamun pulak papa. Allah. Ok. Adam. Lets go and have fun ok” Adam terus mengucup pipi datuknya sekaligus memadam segala rasa sedih yang menyelubungi hatinya saat itu.

Hana Aishah melihat bapa mertuanya yang melangkah pergi menuju ke kereta Audi yang menanti di laman rumah itu. Setiap kali bapa mertuanya melawat mereka lelaki itu akan menetap sekali di rumah milik Mikhail itu dan akan ada pemandu peribadi yang akan menguruskan pergerakan bapa mertua di London.

“He will be fine Umi” Mikhail berbisik lembut di telinga Hana Aishah. Kepala Hana Aishah dibaringkan di dada Mikhail.

“I know. I know. I`m just being paranoid” Hana Aishah mengeluh berat. Mikhail sudah tersenyum lebar melihat Hana Aishah yang kelihatan seperti terpaksa melepaskan Adam pergi selamanya.

“Let’s go and have a good sleep because I`m quite sure none of us will be sleeping considering the amount of sugar his Tokpa will give him. I mean seriously that man just cave at everything that boy want” Hana Aishah merenung kea rah Mikhail sinis saat mendengar bebelan Mikhail itu.

“And you don’t is it?” Hana Aishah memerli.

“I mean… hmmmm” Hana Aishah tersenyum sendiri melihat Mikhail yang sudah mati kata. Matanya dihalakan semula ke arah jalan di taman perumahan itu. Kereta Audi tadi sudah meluncur pergi beberapa minit tetapi dia masih susah mahu melangkah.

“I saw that Harrods paper bag by the way” Hana Aishah memecahkan kesunyian mereka. Mikhail terus diam membisu. Rasanya dia sudah menyorokkan beg yang mengandungi set mainan untuk Adam itu. Tajam betul mata Hana Aishah.

“You do know that we don’t have enough place to put his toys anymore” Mikhail menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“I guess we need to let our office space go” Hana Aishah menggelengkan kepalanya mendengar cadangan Mikhail.

“Why don’t we just buy a house full of toys for him” Hana Aishah memerli. Kakinya melangkah masuk meninggalkan Mikhail.

“Now you`re upset with me” suara Mikhail semakin mendekat mengejar langkah Hana Aishah yang sedang melangkah naik ke atas tangga.

“No. No use of getting upset cause the three of us have your own mind. Cakap dah jangan beli degil. Pandai – pandai simpan. I want the house to be tidy. That’s all” Mikhail menarik lengan Hana Aishah supaya berhenti kerana dia bingung saat itu. Suara Hana Aishah yang tenang berbicara itu merisaukannya.

“So you are not upset as long as I can keep the house clean?” Mikhail bertanya bingung.

“Mika. You guys need to stop overdoing things. I`m worried” Hana Aishah meluahkan keresahannya. Mikhail memandang Hana Aishah bingung.

“Worried about? If the space its ok , we`ll get bigger house” Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah.

“Nothing la. No point of telling you” Hana Aishah melonggarkan pegangannya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya dan Adam.

Dia melabuhkan punggungnya di katil yang luas itu. Tujuan katil luas itu diperlukan kerana hampir setiap malam dia akan meracau dalam tidurnya oleh itu , salah seorang daripada mereka bertiga akan menemaninya tidur. Tambahan pula semenjak dua ini , mimpi – mimpi itu semakin kerap dan menakutkan. Dalam minggu ini sahaja sudah empat malam , Scott membawa Adam tidur bersamanya kerana Hana Aishah menjerit – jerit dalam tidurnya.

Hana Aishah dapat merasakan mendapan di katil itu. Hanya bunyi nafas mereka sahaja kedengaran saat itu. Masing – masing diam membisu. Hana Aishah melentokkan kepalanya ke bahu Mikhail.

“You guys are going to build a family of your own one day. If you put this kind of expectation on Adam , I`m scare couldn’t live up to his par later on when its just me and him” terluah jua kerisauan itu di bibir Hana Aishah.

“I want to build a family with you” Hana Aishah sudah jangka itu yang akan dibalas Mikhail.

“You are perfect Mika. You are everything that I want in a husband and a father of my child” senyuman pahit terukir di bibir Hana Aishah.

“But I`m ruined for good already. My life is only for Adam. There`s no me anymore. The love I once d of is long destroyed. The marriage that I wish for is ruined for good. I don’t even think I`m capable of feeling the love I`ve been yearning before Adam came into the picture” Mikhail hanya diam membisu mendengar luahan Hana Aishah.

“Can’t you give us a chance?” akhirnya Mikhail membuka mulut bertanya. Hana Aishah terdiam membisu. Matanya memandang ke arah permainan Adam yang bertaburan di lantai bilik tidur itu.
***********************************************

Selepas subuh Fakhrul sudah bersiap menuju ke tempat kegemarannya. Air mineral di tangan dengan sebuah beg plastik dibawa turun daripada kereta BMW yang diletakkan di sebelah pintu masuk tempat anaknya bersemadi. Kakinya melangkah perlahan menuju ke arah tempat anaknya beristirehat. Semakin dia mendekati kawasan kubur anaknya , langkahnya semakin perlahan.

Satu susuk tubuh lelaki yang menjadi puncanya segalanya sedang duduk membaca yaasin di sebelah kubur itu. Hatinya tertawa sinis. Siapa sebenarnya yang menjadi punca. Bukan lelaki itu. Tetapi dirinya. Dia yang menyakiti Adam dan isterinya. Kenapa perlu letak kesalahan itu ke atas orang lain Tengku Fakhrul.

“Assalamualaikum” dia memberi salam kepada Adam. Bacaan yaasin tadi terhenti sebelum beberapa saat kemudian disambung.

Tangannya lincah membersihkan dedaunan kering di atas tempat Adam beristirehat. Kemudian kain lap diambil dan dia membersihkan batu nisan dan kepok yang kelihatan kotor dengan habuk itu. Kemudian dia duduk di kerusi yang diperbuat daripada batu yang dia tempah supaya senang untuk dia duduk.

Bunga lily yang dibawanya itu diletakkan di atas rumput yang menghijau itu. Kubur anaknya itu sentias subur dengan rumput yang menghijau. Anak syurga dia dan Hana Aishah. Senyuman terukir dibibirnya melihat ukiran nama di kepok anaknya.

“Hi sayang. Babah is here” Fakhrul memberitahu Adam seperti setiap kali dia kesitu.

“Saqallah hul azim” suara lelaki itu kedengaran. Fakhrul memandang ke arah punca dia cemburu buta itu. Semenjak kali pertama dia melihat Hana Aishah dan Aiman dia sudah benci. Benci yang akhirnya bertukar menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

“Lama dah dekat sini?” Fakhrul bertanya tetapi Aiman tidak mengendahkannya seperti selalu.

“Bye Adam. Uncle balik dulu. Adam kirim salam uncle dekat Umi. Cakap Uncle rindu Umi. Suruh Umi jaga diri elok – elok ok sayang” Aiman mengusap batu nisan itu sambil berbicara. Fakhrul lansung tidak diendahkan.

Setiap kali rindunya pada Hana Aishah menjengah , setiap kali itu dia akan sampai di situ. Berada di samping pusara Adam dapat menghilangkan rindunya pada Hana Aishah. Ubatnya sementara menanti pertemuaan daripada perpisahan yang dia tidak sangka itu.

“Uncle rindu Umi Adam tapi Uncle tahu Umi sakit sangat sebab tu Umi kena pergi. Its just that sometimes its hard. Not having my cheerleader with me” kata – kata Aiman menoreh kembali luka di hati Fakhrul.

“Umi sakit sangat. Uncle tahu. I`m so stupid listening to her. There is so many thing I wish I can undo but life isn’t like that kan. So its ok. InsyaAllah kalau tak dekat dunia , Uncle nak jumpa Adam dengan Umi dekat syurga ok” Fakhrul terdiam membisu. Dosanya terasa seperti bertimpa – timpa saat itu.

“I`m sorry” kata – kata maaf yang sudah tidak bermakna untuk Aiman ataupun sesiapa saat itu.

“Mintak maaf dengan Allah. Dosa kau dengan Adam. Dosa kau dengan Hana. Kau aniaya amanah yang Allah bagi dekat kau. Jadi kau prepare lah jawapan kau dekat mahkamah Allah nanti” usai berkata , Aiman bangun berdiri. Dia menyiramkan air yang dibawanya tadi ke atas pusara anak sahabat baiknya itu.

“Isteri yang patut kau pelihara maruah dia , kau pijak – pijak. Anak yang patut yang perjuangkan kau buang macam sampah semata – mata sebab kata – kata manusia. You may be a good surgeon but you are the worst kind of man I ever met” pagi itu entah mengapa hatinya sakit mengingatkan perbuatan Fakhrul yang menyebabkan dia kehilangan seorang sahabat baik. Aiman merenung lama kea rah Fakhrul yang hanya tunduk memandang pusara Adam itu.

“Hana Aishah selamatkan aku dari dosa yang sangat besar. Itu je salah dia. Because she was trying to help me to be on the right path again. Tapi macam tu sekali kau hukum dia?’ air mata Aiman bertakung.

“I didn’t know” ayat Fakhrul hanya dibalas dengan tawa sinis Aiman.

“Because you never listen. Dia kan hamba kau” tajam Aiman menuduh tetapi amat tepat.

“Aku rindu Hana. Tapi sampai bila – bila pun aku tak nak dia balik dengan kau. And if being away from her is what it takes to separate her from you , then so be it” kata – kata terakhir Aiman sebelum Aiman melangkah meninggalkan tanah perkuburan itu. Kenangan pagi itu. Kalaulah dia membawa Hana Aishah pergi saat itu pasti segalanya tidak akan jadi begini.
***************************************

“Man. Astaghfirullahal azim” Hana Aishah yang memakai jubah hitam dan tudung sarung berwarna sama membuka pintu pagar rumahnya saat melihat Aiman yang berdiri di luar rumahnya.

“Hana. Aku nak jumpa kau. Aku tunggu sampai mamat tu pergi kerja” Aiman yang sedang berdiri di hadapan Hana Aishah berbicara. Dia melihat wajah cengkung Hana Aishah yang kelihatan pucat itu.

“Kenapa sampai terkoyak baju kau?” Hana Aishah bertanya gusar. Dia menarik lengan Aiman mahu melihat sebarang luka.

“Ya Allah. Berdarahlah siku kau Man” suara panik Hana Aishah kedengaran.

“Aku park dekat Lorong belakang. Lepas tu time mamat tu tengah drive keluar tadi , aku kelam kabut nak sorok pastu terus masuk longkang” wajah Hana Aishah yang kerisauan itu terus bertukar lucu mendengar cerita Aiman. Untuk seketika , Aiman lega melihat temannya yang dulu.

“Ya Allah , yang kau sampai macam james bond kenapa. Ish. Dah tunggu sini, aku ambik first aid” Hana Aishah mengarah sebelum dia melangkah masuk.

“Alaaa. Panas lah kat luar ni. Aku masuk tak boleh ke?” Aiman mengadu.

“Kau buang tabiat ke apa? Tengah tak ada orang dekat rumah, pastu kita bukan mahram pun” Hana Aishah membebel sambil dia pergi ke dapur di mana kotak First Aid disimpan suaminya.

“Tak pasal kena tangkap basah. Mati aku kena dengan laki aku” Hana Aishah meletakkan kotak first aid itu sebelum dia mengambil botol iodine dan kapas untuk mencuci luka Aiman.

“Alaaa. Bukan diorang tak fitnah kita pun. Dah siap cakap aku tidur dengan kau lagi” mendengar ayat Aimanng itu Hana Aishah terus terdiam. Aiman memandang Hana Aishah sayu.

“Kenapa kau tak bagi tau aku Na? Kenapa kau tanggung sorang Na?” Aiman bertanya kecewa. Air mata Hana Aishah gugur satu per satu.

“Why did you tell them the truth?” Hana Aishah tertawa pahit mendengar ayat Aiman itu. Air matanya dikesat.

“Show me your elbow. Aku nak cuci ni” Aiman menggelengkan kepalanya.

“If you tell them the truth about me, everything will clear up” Aiman mendesak.

“Macam mana aku nak bercakap kalau benda pertama yang diorang buat adalah potong cakap aku. Kalau sebelum sempat aku membela diri , diorang lagi cepat menuduh” Hana Aishah membalas dengan getaran hebat cuba menahan air matanya daripada gugur.

“Hana…” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju.

“Itu aib kau Man. Sampai akhir nyawa aku , aku akan simpan. Come show me your hand” Hana Aishah meminta.

Air mata Aiman bertakung mendengar kata – kata Hana Aishah itu. Dia hanya mampu diam membisu saat Hana Aishah mencuci lukanya bersih. Wajah sahabat baiknya itu di tenung. Lingkaran mata gelap dengan kecengkungan di wajah itu dia teliti. Jelas kepenatan di wajah Hana Aishah tetapi Aiman dapat menangkap sesuatu yang cuba Hana Aishah sembunyikan tetapi dia tidak tahu apa.

“Siap dah. Nanti esok kau dressing balik tau. Superficial je tu” Hana Aishah tersenyum memesan kepada Aiman.

“Kau dah makan Man?” Aiman menggelengkan kepalanya.

“Aku ada masak nasi lemak. Aku hidangkan untuk kau nak?” Aiman memandang Hana Aishah yang kelihatan ceria itu.

“Kau tak takut Firaun balik ke?” pecah tawa Hana Aishah mendengar jawapan Aiman itu. Ya Allah rindunya dia dengan dirinya yang dahulu. Rindu dengan rakan – rakannya. Rindu tempat kerjanya. Rindu Hana Aishah yang mampu berdikari. Tetapi itu semua impian yang tidak akan tercapai. Hana Aishah tahu.

“Dia baru keluar. InsyaAllah , today might be a good day for me. So yeah we have couple of hours to ourself” Hana Aishah melangkah masuk meninggalkan Aiman dengan kegelisahan hatinya. Melihat keceriaan Hana Aishah dia tidak mampu untuk meruntuhkan perasaan itu. Patutkah dia memberitahu maklumat yang baru dia terima mengenai Adam. Jujurnya dia takut. Takut wanita itu akan lebih menderita.

“Jauh menung. Serious nau muka. Pikir apa tu Man?” Hana Aishah datang dengan dulang berisi nasi lemak dengan lauk pauknya.

“Tak ada apalah Na. Aku rindu kau je” Hana Aishah tersenyum pahit mendengar luahan hati lelaki itu.

“Me too tapi kau tahu kan kenapa I have to do what I did?” Aiman merenung Hana Aishah melihat keperitan di sebalik wajah dan suara itu.

“Come with me Na. Aku jaga kau” Hana Aishah menarik nafas dalam melegakan sesak di dadanya saat mendengar bicara Aiman.

“Aku dah tak ada apa dah Man. I`m ruin for good already. Biarlah aku habiskan sisa hidup aku dekat sini. Ini jalan terbaik untuk semua orang” Hana Aishah dapat merasakan luka dihatinya kembali berdenyut.

“Someone hurt Adam Na. He didn’t passaway because of his prematurity. Someone hurt him Na” segalanya terhenti saat bibir Aiman berbicara. Seperti saat dia diberitahu tentang keadaan Adam yang tenat , mindanya kosong dan bingung dalam masa yang sama.

“Aku takut nanti they will come and hurt you. Ikut aku Na. Please” suara sebak Aiman merayu tetapi saat itu segalanya tidak dapat minda Hana Aishah proses.

“Apa… apa.. apa maksud kau?” air mata Hana Aishah berlinangan saat mendengar maklumat yang baru diterima daripada Aiman itu.

“Please na. Come with me. I will take care of you?” saat itu segalanya kelam. Kesakitan yang tidak dirasainya sewaktu permergian Adam datang. Sakit itu tidak dapat digambarkannya. Perit itu seperti diam mahu mati saat itu.

Aiman menyesali keterlanjurannya saat melihat Hana Aishah yang kembali seperti mayat hidup itu. Bezanya anak mata coklat yang kosong tanpa rasa itu kini dipenuhi dengan kesakitan.
********************************

“I`m gay! and the only person who knows is Hana. She was trying to help me. Supaya aku tak kena laknat. Supaya aku tak terus hanyut dalam dunia songsang aku. Sebab tu dia tak nak lepaskan aku. Sebab dia tahu , dia seorang je yang ada untuk aku. I don’t have anyone else to fall back to except for her” saat dia mengetahu permergiaan Hana Aishah , itulah hakikat yang Aiman hamburkan ke muka Fakhrul di rumah lelaki itu. Dia sudah tidak kisah siapa pun tahu tentang aibnya yang satu itu.

Pekung yang dibuka pada malam mereka keluar berdua sebelum Hana Aishah bernikah. Semenjak malam itu , sekalipun Hana Aishah tidak pernah meninggalkannya bersendiri. Setiap hari , wanita itu akan menasihatinya dan mendengar luahan hatinya. Sampai akhir hayatnya dia berhutang dengan Hana Aishah. Kalau tidak kerana Hana Aishah dia sudah hanyut dalam dunia songsangnya. Tapi malangnya Hana Aishah yang menderita.

Share this novel

d'lie
2022-03-11 01:57:05 

YA ALLAH COMEL ADAMMM

YAZNI-ERNIE
2021-01-31 17:08:55 

dear...update lz.....

YAZNI-ERNIE
2021-01-29 09:15:00 

hi dear..lama i'm waiting ni...


NovelPlus Premium

The best ads free experience