Fadhli sudah teruja untuk mendengar jawapan kekasih hatinya.
Mahu juga dia tahu sama ada Nadhia peka atau tak dengan apa yang dia
suka dan tak suka.
“Alah, senang je!” Nadhia memetik jari. “Buah hati
pengarang jantung aku ni tak suka...” Dia mengalih wajah memandang
Fadhli. “... sorry ya, awak...” Dia tersenyum sebelum menjawab. “Dia
paling tak suka dengan lipas yang terbang-terbang tu.”
Aduh, bocor rahsia aku! Wajah Fadhli sudah berubah merah.
Syamira, Izzah dan Idham sudah tergelak sambil menjeling Fadhli.
“Lepas tu, dia tak suka menunggu. Kalau dah janji pukul 10
mesti tepat-tepat ada kat situ jugak. Dan dia jugak tak suka makan
nasi minyak. Cukuplah tu ya? Ikutkan banyak lagi benda yang Li tak suka
tapi aku tak sanggup nak tengok muka dia bertambah merah.”
“Hehehe...” Fadhli hanya tersengih apabila empat pasang
mata memandang ke arahnya.
“Apa kes kau tak makan nasi minyak ni, Li? Kalau kau orang
nak kahwin nanti macam mana?” tanya Izzah pelik. Tak pernah dia tahu ada
orang yang tak suka makan nasi minyak.
“Alah, apa susah, nasi putih kan ada? Nad makan nasi minyak,
aku makanlah nasi putih. Boleh, kan, Nad?” Fadhli memandang Nadhia.
“Saya tak kisah pun. Janji dapat kahwin dengan awak...”
jawab Nadhia tersipu-sipu.
“Amboi, gatai sungguh minah sorang ni! Anak siapalah ni
ya?” Syamira menyiku lengan Nadhia.
“Nanti lepas habis belajar, dah cukup kumpul duit, tunggu
abang masuk meminang ya, sayang?” Fadhli mengenyit mata nakal.
“Uwekkk! Nak termuntah aku. Abang konon!!!” Izzah membuat
gaya seperti hendak termuntah. Lehernya dipegang.
“Jealouslah tu. Tahulah kau tu single-mingle lagi.
Bila kau dah rasa apa itu cinta, baru kau tahu. Hari-hari asyik
terbayang muka dia je. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak
lena,” kata Fadhli.
Izzah mencebik bibir.
“Okey, next.” Nadhia memusingkan botol kaca itu. Kali ini
botol berhenti di depan Syamira. “Truth or dare?”
“Truth!” jawab Syamira pantas.
“Sebelum kau dengan Idham berpacaran... ececeh! Ayat aku
tak boleh blah betul! Hahaha...” Nadhia dan yang lain sudah
tergelak. “Pernah tak kau minat kat sesiapa?” sambungnya lagi setelah
ketawanya reda.
Gulp! Syamira menelan liur. Dia memandang wajah Idham yang
seperti ingin tahu. Kemudian dia memandang wajah seorang demi seorang
kawannya.
“Cepatlah jawab!” desak Nadhia.
“Kalau tukar soalan boleh tak?” Syamira sudah membuat muka
serba-salah.
“Tak boleh! Kau kena jawab jugak soalan ni.”
Syamira mengeluh. Dia menarik nafas panjang. “Pernah...” Dia
menjawab senafas sambil menjeling sedikit ke wajah Idham. Matanya
dikecilkan untuk melihat reaksi lelaki itu.
“Siapa?” Ketiga-tiganya bertanya serentak kecuali Idham.
“Kisah lamalah. Tak payahlah ingat lagi.” Syamira mencapai
pen di atas meja lalu dimain-mainkannya.
“Alah, jawab jelah. Kisah lama pun kita orang sanggup
dengar. Id tu pun mesti tak sabar nak tahu jugak kan, Id?” Fadhli
menyiku sedikit rusuk Idham.
Idham mengangguk laju. “Cerita jelah. Saya tak kisah pun.
Semua orang ada kisah masing-masing, kan?” Idham cuba memujuk Syamira
agar bercerita. Memang dia teringin sangat nak tahu siapa yang ada di
dalam hati Syamira sebelum dia.
“Betul awak tak marah?” Syamira meminta kepastian.
“Betul...” Idham mengangguk penuh yakin.
“Okeylah, aku cerita.” Syamira diam sebentar. “Kat sekolah
dulu aku pernah minat kat ketua pengwas. Dia handsome... ramai pelajar
perempuan yang minat kat dia.” Syamira memandang lagi wajah Idham namun
reaksi Idham tak menggambarkan yang lelaki itu cemburu.
“Kau luahkan kat dia tak?” potong Izzah.
“Tak...” Syamira menggeleng kepala.
“Kenapa?” Nadhia menongkat dagu.
“Kalau aku bagitahu, mesti dia reject aku, sebab masa tu
dia dah ada makwe. Aku ni siapalah nak dibandingkan dengan makwe dia
yang cun-melecun tu...”
“Ooo...” Ketiga-tiganya bersuara serentak.
“Dahlah, lupakan cerita lama tu. Dah basi pun. Cinta monyet
je tu. Okey, next...” Syamira memusingkan botol itu. Selepas
berpusing beberapa kali akhirnya botol berhenti di depan Fadhli.
“Truth or dare?”
“Dare!” jawab Fadhli sambil menaikkan kolar bajunya ke atas.
“Aku nak kau nyanyikan lagu kegemaran Nad.” Pantas saja
Syamira memberi arahan.
Fadhli tersengih. “Id, pinjam gitar kau kejap,” pintanya
sambil menoleh ke sebelah.
Idham mengambil gitar yang diletakkan di sebelahnya lantas
menghulurkan kepada Fadhli.
“Nadhia, dengarlah nyanyian saya yang tak seberapa ini. Saya
akan nyanyikan lagu kegemaran awak iaitu...” Dia berfikir seketika.
“What Should I Do. Dengar eh...” Fadhli mula memetik gitar. Matanya
memandang tepat ke wajah Nadhiah. Dengan penuh perasaan dia menyanyi.
Hangoru mankum gudelbo nemyon nunmu rina
Hangoru mankum gudega gamyon tonun murihu lowa
Sonulpo dodo sonnemi rodo dahul suom nungo suro
Gudega nunde japjino tago nanulgo manitjo
Otokajo otokajo gudegato naga neyo
Otokajo otokajo naldu goto naga neyo
Saranghaeyo saranghaeyo mokno habu lobojiman
Gudendut jimo teyo gasumu roman wechigo isu ni
Haruon jongil jiwo bojiman toto ola
Haruon jongil ibyol hajiman toda shito ola
Sonulpo dodo sonnemi rodo hanul suom nungo suro
Gudaga jiman japji motago nanulgo manitjo
Otokajo otokajo gudegato naga neyo
Otokajo otokajo naldugoto naga neyo
Saranghaeyo saranghaeyo mokno habu lobo jiman
Gudendut jimo teyo gasumu roman wechigo isu ni
Otokajo otokajo nanu jiku depu ninde
Otokajo otokajo gudegato naga neyo
Otokajo otokajo naldugoto naga neyo
Saranghaeyo saranghaeyo mokno habu lobo jiman
Gudendut jimo teyo gasumu roman wechigo isu ni
Share this novel