"HALO...HALO.... Cik ni siapa ya ? kenapa datang rumah orang nak tinggi-tinggi suara ni ?". Tegur Syifa ke arah wanita di hadapan mereka itu. Sudah la pakaiannya yang tidak cukup kain, adab pun tak cukup nampak gayanya.
"Excuse me ! i ni tunang Syed Iqwal dan bakal jadi mem besar dekat rumah ni. So suka hati i la nak datang pun." Balas Puteri Qisya lalu menyilangkan tangannya di dada. Geram dia melihat perempuan-perempuan yang pastinya tidak sama level dengannya bercakap seperti tidak hormat padanya.
"Minta maaf eh, baru tunang. Bukan dah jadi bini Tuan Syed. Esok-esok dah rasmi baru cakap balik ek ?. Tuan Syed tak ada dekat rumah. Dia tak balik lagi." Kata Syifa begitu juga dia meniru gaya Puteri Qisya itu di tambah jelingan padu.
"Whatever, i cuma nak tahu dia ni siapa ? buat apa dekat rumah tunang i ni ?." Soalan yang sama di tanyakan lagi pada Syifa pula.
"Dia.....dia adik saya ! kami bekerja dengan Tuan Syed dekat rumah ni. Ada masalah ?." Jawab Syifa cuba mempertahankan Nurjihan daripada terkantoi. Dia sudah di warning oleh Tuan Syed tentang rahsia tersebut. Sungguh dia tidak sampai hati untuk mendown gredkan status Nurjihan di rumah ini. Namun demi keselamatan gadis itu, harus dia lakukan.
Nurjihan melepaskan nafas lega. Dalam keadaan gawat ini siapa yang berani jamin agar dia tidak terlepas cakap walhal hatinya memberontak untuk menyatakan hal yang sebenarnya.
Puteri Qisya menjeling. Makin panas hatinya.
"Kau pun orang gaji jugak ?" Dia mendekati Nurjihan.
Nurjihan mengganguk perlahan. Pandangannya di tundukkan. Cuba untuk menyabarkan sekeping hati.
"Kalau dah kerja sebagai orang gaji tu..kerja betul-betul. Tak payah nak menggatal dengan bos kau. Sedar diri tu. Kalau nak cari lelaki kaya banyak lagi dekat luar sana tu tak payah nak goda tunang i."
Zap ! terasa ngilu di dada. Tangannya di genggam erat. Nurjihan cuba menyusun atur nafasnya.
Baik kau berambus sekarang sebelum 'orang gaji' ni tapakkan muka kau.. eii ! gumam Nurjihan di dalam hati.
Syifa hanya mengintai riak wajah Nurjihan melalui ekor matanya.
"Eh, takkan cemburu kot cik ? kalau cemburu sila la ikat kaki Tuan Syed tu dekat tiang ye. Cik ada apa-apa urusan lagi ? kalau tak...nampak tak pintu pagar dekat depan tu ? kami banyak kerja lagi nak buat ni. Kalau gaji kami kena potong Cik nak bayar ? tak kan.. jadi...silakan......."
Dengan penuh hormat Puteri Qisya di halau pulang oleh Syifa. Tidak betah dia membiarkan wanita itu di sini lama-lama.
"Oh my..." Puteri Qisya menarik nafas dalam-dalam. Tanggannya di kipas-kipas muka yang terasa panas. Sungguh dia berasa sakit hati dengan layanan pembantu Syed Iqwal yang satu ini.
Orang gaji ni ..... bukan main kau ye ? kau tunggu nasib kau bila aku dah kahwin dengan Tuan Syed kau ! serta merta aku akan pecat korang !
Senyuman mekar pada bibir mereka bila melihatkan Puteri Qisya yang mula beransur dengan perasaan yang sebal. Kakinya di hentak kuat pada lantai ketika berlalu pergi tanda protes.
"Thanks kak Syifa. Kalau ikut kan hati Jihan tadi kan..Jihan nak je bagitahu siapa Jihan ni. Biar dia sedar dia tu siapa." Tangan Syifa di raih lembut.
"It's okay Cik Jihan. Saya pun geram tau dengan perempuan kekwat tu. Kalau saya tak fikirkan arahan Tuan Syed tu..dah lama saya ajar jugak dia tu. Ish geram saya tau. mesti masa sekolah dulu asyik ponteng kelas sivik !".
TERKEJUT Tuan Syed Iqwal bila pintu bilik pejabatnya di buka kasar dari luar dan mengganggu konsentrasi kerjanya.
"Qisya, you ni kenapa datang sini nak marah-marah ?" Kata Tuan Syed Iqwal dan menutup file di atas mejanya itu.
"Boleh tak you pecat orang gaji you tu. I tak suka la. Kurang ajar sangat." Balas Puteri Qisya lalu menghenyak punggungnya di atas sofa. Beg tangan di campakkan di atas meja kaca di hadapannya itu.
"You pergi rumah i ? for what ?".
Puteri Qisya baru tersedar yang dia melanggar privasi lelaki itu.
"Err, Nothing saja i lalu je kebetulan, so i rasa nak singgah."
Wanita di sofa itu di perhatikan dengan pandangan tajam.
"You tak payah la pergi time i tak ada. Orang gaji i memang buat kerja dia pun. You yang pergi cari masalah kenapa ?".
Puteri Qisya kematian kata. Mahu kata apa lagi ? Tuan dan orang gaji, sama je nak salahkan aku je !
"Papa dah discharge keluar dari hospital. You tak nak pergi tengok ke ? ambil hati dia sikit. Pujuk dia untuk suka you balik. Apa masalah both of you yang menyebabkan papa buat perangai pun i tak tahu. So yah, you should visit him."
Terangkat kedua-dua keningnya. Peluang lagi...
***
Kakinya kembali jejak ke rumah ini. Di kira tak akan lagi untuk dia datang semula.. nampaknya pengiraannya silap ! selagi dia tak dapat haknya..dia perlu terus datang ke rumah ini.
Pintu bilik itu di buka dengan senyuman terarah kepada si ayah yang sedang lena tidur. Puteri Qisya mendekati katil itu dan mengejutkan Megat Rusydi perlahan.
"Papa...papa..wake up."
Seketika, sepasang kelopak matanya terbuka secara perlahan-lahan. Dia memerhati Puteri Qisya di sisi.
"Papa...ada orang nak jumpa you. Tengok siapa datang tu."
Saat matanya di kerling ke arah belakang Puteri Qisya, dia di hambat ketakutan. Matanya terbeliak, jika boleh dia bercakap saat ini, sudah pasti di sendiri halau lelaki itu. Kekuatan pada dirinya tiada. Hanya ada suara yang terkepung di dalam mulut.
"Papa... kenapa ni ? you still marah dekat Syed Iqwal ke ? sudah-sudah la tu papa. Berbaik okay ?".
"Emmph ! emmmph !." rontaan suara dari Megat Rusydi masih berbunyi menatap mata Puteri Qisya agar anaknya ini membantunya.
"Err..Qisya. boleh tak you tinggalkan i dengan papa you sekejap ? men's talk. please ?". Pinta Tuan Syed Iqwal dan di setujui oleh Puteri Qisya.
"Okaylah, you bincang baik-baik dengan papa. I keluar dulu."
Jangan...jangan kau tinggal papa dengan budak ni Qisya ! Qisya ! rayuan hati Megat Rusydi itu hanya sia-sia.
Sejurus melihat pintu bilik yang di tutup rapat itu, Tuan Syed Iqwal berjalan mendekati Megat Rusydi bersama senyuman sinis tepat ke arah pandangan mata yang penuh ketakutan dari Megat Rusydi itu.
"Haih, lama dah aku nak bercakap dengan kau one by one macam ni. Finally dapat juga." Kata Tuan Syed Iqwal dan duduk di atas kerusi yang di sediakan di tepi katil itu.
"Aku sebenarnya kesian tengok kau jadi macam ni, Tapi..tulah memang kau layak pun dapat apa yang jadi sekarang ni dekat kau. Tu yang orang panggil KARMA. Macam mana ayah aku mati dulu, aku akan pastikan kau tu akan mati dengan cara yang lagi dasyat ! biar kau rasa macam mana sengsaranya papa aku waktu tu, Waktu kau khianat dia."
Megat Rusydi hanya mampu menggelengkan kepalanya. Tidak ! dia tak mahu mati di tangan lelaki ini. Dia sudah dapat bayangan sengsaranya jika hal itu terjadi.
"emmphh ! emmphh ! emphhh !!!!."
"Apa ?"
telinganya di dekatkan pada wajah Megat Rusydi.
"Ha ? kau tanya aku, apa yang aku nak ?". Soal Tuan Syed Iqwal seakan memahami pemberontakkan Megat Rusydi itu.
"Haih.....tak payah buat-buat tak tahu. Kau dah pakai benda tu bertahun-tahun tanpa rasa bersalah. Sekarang ni aku nak balik hak aku ! bagi !!".
Megat Rusydi menggeleng lagi. Tiada daya untuk dia menjawab persoalan Tuan Syed Iqwal itu.
"Ouh, kau tak nak bagi ? aku rasa tiba masa untuk kau melawat tempat tinggal kau dekat neraka sana."
Jangan ! Megat Rusydi masih cuba untuk menggapai butang kecemasan yang berada di hujung katil itu bila melihat Tuan Syed Iqwal sudah mula mengepal penumbuk. Dia merasa hayatnya sudah berada di hujung tanduk.
Tuk ! tuk ! tuk !
"Papa.... masa untuk makan."
Panggil Puteri Qisya yang datang membawa dulang berisi bubur panas untuk santapan Megat Rusydi.
Syukur...Megat Rusydi melepaskan nafas lega. Mujur Puteri Qisya datang tepat pada waktu. Sudah terbayangkan nyawanya yang bakal melayang di tangan lelaki ini.
Kali ini kau selamat Megat Rusydi. Lain kali jangan kau harap ! Hanya pandangan mata bertamu antara 2 pasang mata yang berbicara.
"Dah ? dah habis ke men's talk ? ke i salah timing ?". Soal Puteri Qisya ke arah Tuan Syed Iqwal dan tersenyum.
Tuan Syed Iqwal menggeleng.
"No, you datang tepat waktu dia. Eh jom i think i kena balik dulu. Dan lewat petang."
"Aloo tak nak dinner dekat sini ke ? alang-alang maid i tengah prepare makan malam."
"No it's okay. I ada janji dengan Dato Razak malam ni. Ada project baru dia nak offer untuk i. Sorry Qisya. Next time."
"Hmm yela..i faham kerja you kan. It's okay. We make it next time. Jom i hantar you turun."
"No.. it's okay. You suapkan papa you makan dulu. I boleh turun sendiri. Thanks, see you." Terus Tuan Syed Iqwal berjalan keluar dari bilik tersebut.
"Well, well....awards pelakon lelaki terhebat jatuh kepada Tuan Syed Iqwal dari Syediq Group. most great award !".
Ada suara beserta bunyi tepukan tangan yang menahan kakinya dari terus melangkah. Suara itu datang dari arah kanan sana. Kelihatan Megat Haider yang sedang bersandar pada sofa di ruang tamu itu memeluk tubuh dan kaki bersilang memandang ke arahnya dengan penuh sinis.
"Berani eh kau datang sini ? kau ingat aku tak tahu apa yang ada dalam kepala otak kau tu ?".
Tuan Syed Iqwal diam. Tidak kuasa dia melayan lelaki ini. Bukan tandingannya.
"Syed Iqwal bin Syed Ibrahim...kau tak ada suara ke ? hmm ?"
Pantas wajah Megat Haider di pandang. Lelaki ini tahu nama sebenarnya ? Ini sungguh memeranjatkannya.
"kenapa ? terkejut macam mana aku boleh tahu nama penuh kau yang sebenar yang selama ini kau tipu dekat mata semua orang."
"Macam mana kau tahu ?". Soal Tuan Syed Iqwal. Giginya di ketap hebat. Pantang nama ayahnya meniti di bibir keturunan keluarga Megat ini.
"Aku tahu...semua tentang kau aku dah tahu. Kau tak payah nak berpura-pura lagi. Kau nak sangat MR Holdings ? aku akan bagi....tetapi dengan syarat !."
"Apa syarat kau !".
"Ceraikan Nurjihan !."
Mendengarkan itu, leher baju Megat Haider terus di gengam oleh Tuan Syed Iqwal. Pantang untuk dia mendengar nama isterinya di sebut oleh lelaki ini.
"Jangan harap.... "
NURJIHAN menapak perlahan ke arah Tuan Syed Iqwal yang sedang ralit berada di kerusi bilik bacaan itu agar tidak membuat bising dan panjangkan lengannya melingkari leher Tuan Syed Iqwal.
"Eh, sayang..... " Panggil Tuan Syed Iqwal bila terasa pelukkan dari tangan Nurjihan itu, dia tersenyum.
"Ganggu ke ?" Tanya Nurjihan dan hanya menurut gerakan tangan Tuan Syed Iqwal yang menariknya untuk duduk di atas riba.
"Nope. Tak ganggu pun. Sayang datang bawa inspirasi lagi ada lah." Jawab Tuan Syed Iqwal dan memeluk pinggang Nurjihan.
"Inspirasi apa lagi Syed Iqwal sayang ni ? dah pukul 10 tak ada inspirasi lagi dah. Masuk tidur je la."
"Masuk tidur ? jom...." kata-katanya meleret sambil tersenyum gatal ke arah Nurjihan. Tanpa memberi amaran, Nurjihan terjerit kecil bila dia sudah di gendong oleh Tuan Syed Iqwal.
Ish, dia ni...
Setelah meletakkan Nurjihan di atas katil. Tuan Syed Iqwal merenung dalam-dalam mata isterinya itu. Di terokai di setiap inci ciptaan indah yang menjadi miliknya itu.
Pipi Nurjihan di cium lembut sebelum jatuh ke bahagian leher yang jinjang itu. Perasaan lelakinya berkocak hebat.
Tuan Syed Iqwal kembali merenung mata itu. Dia hairan kenapa tidak ada tindak balas dari Nurjihan yang kelihatan biasa sedang membalas renungan matanya.
"Kenapa sayang tengok hubby macam tu ?" Tanya Tuan Syed Iqwal.
Tidak menunggu lama Nurjihan menempelkan plastik bungkusan tuala wanita di wajah Tuan Syed Iqwal.
"Oh no...."
Keluhan dari Tuan Syed Iqwal menerbitkan ketawa dari Nurjihan. Lucu melihat wajah kecewa lelaki itu.
"Puasa dulu eh. Goodnight. Assalamualaikum."
Terus lampu tidur di tutup.
"Ish sayang ni..."
WAJAH yang pucat itu di tenung lama. Di kemaskan selimut yang menutupi dada Bellinda yang sedang nyenyak tidur itu.
Kesian dia, pasti Bellinda kepenatan selepas menjalani prosedur (Spinal tap) pengambilan air tulang belakang tengah hari tadi. Tengoklah, sampai sekarang di masih tidak bangun kesan dari ubat pelali tadi. Dia sangat bersyukur bila akhirnya mereka dapat memujuk wanita ini melakukan prosedur itu demi kebaikan kesihatannya juga. Nasib malang yang di rundung wanita ini moga menjadikan dia kuat untuk menghadapinya hari-hari seterusnya dengan berani.
Setelah matanya di buka, dia tersenyum melihatkan Nurjihan di hadapannya kini.
"Berapa lama aku ketiduran ?". Soal Bellinda.
"lama juga. Tapi takpa..awak rehatlah. mesti lemah lagi badan tu." Balas Nurjihan lembut.
Bellinda tersenyum lagi dia mengganguk perlahan dan kembali memejamkan matanya. Badannya terasa sangat lemah. Banyak lagi yang dia mahu bualkan dengan Nurjihan tetapi dia tidak bertenaga.
Seketika telefonnya bergetar di dalam mod senyap ada panggilan video masuk daripada Hawa. Nurjihan perlahan-lahan bangun dari kerusi itu dan bergerak ke arah tingkap di hujung sana agar tidak mengganggu tidur Bellinda itu.
Setelah Panggilan di angkat dan memakai ear phone, dia melambai tangan ke arah paparan skrin telefon bila melihat wajah Hawa yang melambainya dengan teruja.
"Ha, macam mana ? okay tak ?". Tanya Nurjihan kepada Hawa perihal Hawa yang baru sahaja selesai menjalani sesi temu ramah pekerjaan sebagai seorang perancang pelan di salah sebuah syarikat pembinaan terkemuka di kuala Lumpur.
"Alhamdulillah okey weh, semuanya yang dia tanya aku boleh jawab. Tapi ada satu soalan je yang dia tanya kat aku rasa macam tak ada kena mengena." Balas Hawa.
"Erm ? soalan apa ?". Tanya Nurjihan Kembali.
"Ada ke dia tanya macam ni, kalau kami ada bagi kerja tukang cuci awak sanggup buat tak ?".
"Ha ? tukang cuci ? lepastu kau jawab apa ?".
"Ish, gila kau kalau kerja dekat Prime Jaya Group tu susah nak dapat tau. Bukan calang-calang. Aku cakap boleh, aku sanggup buat !". Jawab Hawa begitu teruja dan di sertai oleh tawa Nurjihan.
"Aku rasa diorang nak test kau je kot tu." Kata Nurjihan.
"Haah, aku harap macam tu la. Tapi okay je kalau nak aku tolong-tolong mak cik cleaner dekat sana tu tak ada hal. Jangan dia suruh aku fix buat keja tu je aku tak nak la.. Penat kot belajar tinggi-tinggi."
Sedang asyik dia berbual dengan Hawa di talian telefon itu, Bellinda yang tiba-tiba berasa haus terjaga lagi mencari air untuk di minum. Di lihat ada botol air bersama cawan di atas meja kecil di sebelah kirinya. Tetapi berasa jauh sedikit daripada katilnya itu. Di lihat Nurjihan yang sedang ralit berbual di telefon. Tidak mahu mengganggu Nurjihan untuk meminta pertolongannya. Bellinda cuba untuk mengambil sendiri botol air itu.
"aduh, jauh lagi botolnya. gimana nih ?." Bellinda menggigit bibir. Memandang Nurjihan dan botol air itu bersilih ganti. Lalu dia cuba pula menggapai melalui tangan kanannya. Lagi sikit untuk dia capai.. Di gerakkan lagi badannya untuk mendekat dan dengan tidak semena-menanya dia jatuh dari katil itu.
"Bellinda !!"
Jerit Tuan Syed Iqwal yang kebetulan baru masuk bersama Benjamin ke bilik itu terkejut dengan melihat keadaan Bellinda yang terbaring jatuh ke lantai.
"Ya Allah..!!".
Nurjihan yang terkejut dengan suara Tuan Syed Iqwal itu terus mencabut ear phones yang di pakainya dan meluru ke arah Bellinda dan Tuan Syed Iqwal.
Bellinda tidak sedarkan diri. Tuan Syed Iqwal mendukung Bellinda dan di letakkan di atas katil manakala Nurjihan berlari memanggil petugas hospital di wad berkenaan.
Bellinda di tolak masuk ke ruangan zon merah. Kata Dokter, mereka harus melakukan pemeriksaan lanjut terhadap Bellinda kerana dia mengalami tekanan darah yang rendah secara tiba-tiba dan bacaan nadi juga menurun. Di sebabkan impak jatuhnya dari ketinggian katil hospital tekanan itu di kawatiri ada mengalami apa-apa kepatahan atau keretakkan tulang.
"Kenapa cuai sangat ni ?!!! Reti jaga orang sakit ke tak ? sibuk menghadap telefon je !". Jerkah Tuan Syed Iqwal ketika pintu zon merah itu tertutup.
Terkejut Nurjihan saat dia di tengking sebegitu rupa. Benjamin juga terkedu. Tidak pernah Tuan Syed Iqwal memarahinya dengan sebegini dasyat. Dia tahu salahnya kerana tidak peka dengan keadaan Bellinda ketika dia ralit melayan Hawa di panggilan video tadi. Tidak dia sangka kemalangan itu akan terjadi pada Bellinda.
"Saya...saya tak sedar tadi... saya minta maaf."
"Maaf...maaf itu je tahu ! kalau jadi apa-apa dekat Bellinda macam mana ?"
Sepasang mata Nurjihan itu mula menakung air mata. Tangkai hatinya di renggut kuat bersama perasaan sedih.
"Tuan Syed, kita kat hospital ni. Ingat sikit. Lagipun bukan Cik Nurjihan sengaja pun nak biarkan Bellinda sendiri ambil botol air tu."
Benjamin menegur Tuan Syed Iqwal yang di rasakan agak keterlaluan sikapnya terhadap Nurjihan. Benda dah jadi.. apa boleh buat ?
Tuan Syed Iqwal meramas rambutnya. terlalu banyak hal yang mengganggu fikirannya saat ini.
"Kalau tak ikhlas jaga, cakap ! jangan biar macam tu !". Tambah Tuan Syed Iqwal kepada Nurjihan.
"Tuan Syed ! cukuplah tu !". Balas Benjamin mencelah bila di rasakan majikannya ini sudah melampau.
Nurjihan merasa malu saat dia melihat keadaan sekeliling itu, ramai yang memerhati ke arahnya.
Lalu dia berlari keluar meninggalkan ruangan menunggu itu.
"Cik Nurjihan !" Panggil Benjamin. Namun kakinya menyekat langkah untuk mengejar gadis itu. Jatuh simpatinya melihat riak wajah sedih dari Nurjihan itu. Dia tidak sampai hati.
Melihat Nurjihan pergi, dinding hospital itu di tumbuk kasar oleh Tuan Syed Iqwal. Dia tidak dapat mengawal dirinya.
Share this novel