Wajah Encik Isa tidak menunjukkan kemanisan pada pagi ini. Mencuka dan nampak tegang. Naura tahu Encik Isa masih marahkannya. Encik Isa sudah termakan dengan hasutan kata-kata Hakim. Di meja makan tadi pun ketika bersarapan, Naura menegur Encik Isa tetapi hanya di balas dengan jelingan.
Naura faham dengan sikap bapa saudaranya itu. Keruh sangat wajah yang di pamerkan oleh Encik Isa, menandakan hatinya juga masih panas. Masih marahkan dirinya agaknya yang membantah cakap pakngahnya itu.
Naura memilih diam untuk tidak mengganggu emosi bapa saudaranya itu. Nanti kalau dia berkata-kata lebih mungkin akan membuatkan Encik Isa bertambah marah. Jadi Naura mengambil keputusan untuk mengikut saja kehendak pakngahnya itu.
Andai itu membuatkan pakngahnya kembali gembira. Selesai sarapan tadi, Encik Isa terus keluar dari rumah katanya ada urusan di luar dengan kawannya.
“Naura, jangan ambil hati dengan pakngah kamu tu. Bukan kamu tak tahu perangai pakngah kamu tu.”
Puan Nisa menghampiri Naura yang sedang mencuci pinggan dan gelas yang mereka sarapan tadi.
Naura menoleh pada isteri bapa saudaranya itu bersama seulas senyuman. Manis.
“Naura faham sangat makngah. Naura tak ambil hati pun.”
Naura berkata dengan senyuman. Bohong sangat kalau dia tidak terasa dengan sikap bapa saudaranya itu yang suka memaksa.
“Makngah seronok sangat bila Naura ada dalam rumah ni. Dapat teman berborak, teman memasak, teman tanam pokok bunga.”
Puan Nisa tarik kerusi yang berada di dapur itu lalu duduk sambil tangan sibuk dengan sayur-sayur yang baru dia keluarkan dari peti sejuk tadi.
“Naura ada je la makngah ni. Makngah cakap macam Naura ni nk pindah je…” Kata Naura sambil terkekih ketawa.
“Makngah kalau boleh nak Naura keluar dari rumah ni….”
Kata Puan Nisa dengan bersahaja.
Naura pula yang terkejut apabila Puan Nisa berkata dengan bersahaja tanpa riak apa pun. Naura berkalih pada Puan Nisa yang ralit mematahkan batang kangkung itu.
“Makngah pun dah tak suka Naura ke?”
Naura menyoal dengan nada sedih. Naura menutup paip air apabila basuhannya tadi sudah selesai dan terus saja duduk di kerusi bersebalahan Puan Nisa.
Mata sayu memandang raut wajah Puan Nisa.
Naura tidak menyangka dirinya tidak disukai untuk berada di dalam rumah besar milik bapa saudaranya ini.
“Eh! Bukan itu maksud makngah. Allah! Naura dah salah faham. Makngah sayang Naura macam anak makngah sendiri. Tapi makngah jugak kesiankan Naura. Pakngah Naura tu buat Naura macam macam orang luar. Paksa Naura sesuka hati dia. Semua nak kena ikut cakap dia. Makngah nak Naura bebas sebenarnya dan buat pilihan hidup sendiri. Selagi Nuara ada dalam rumah ni, makngah rasa Naura tak bebas. Makngah kesian sangat dengan Naura. Makngah tahu Naura tak suka dengan Hakim tu kan… Dan makngah boleh rasa ada sesuatu terjadi semalam.”
Puan Nisa letakkan sayur kangkung dan lantas menyentuh lembut tangan Naura.
Naura menunduk. Tekaan Puan Nisa memang tepat.
“Naura…. Apa yang dah jadi semalam? Makngah tahu ada sesuatu terjadi, kalau tak… takkan Naura tinggalkan Hakim macam tu je kan… Hakim ada buat yang tak senonoh pada Naura ke?” Soal Puan Nisa lembut.
Naura panggung kepala. Mata memandang wajah Puan Nisa. Naura tahu Puan Nisa baik hati dan sangat memahaminya sejak dulu. Kadang-kadang Naura rasa Puan Nisa adalah ibu saudaranya berbanding dengan Encik Isa.
“Dia tak buat pada Naura….tapi….”
Naura hentikan katanya. Berfikir patut atau tidak dia menceritakan sikap Hakim. Itu aib bakal suaminya juga.
“Dia buat apa Naura?”
Puan Nisa tidak sabar menunggu cerita dari mulut Naura. Semalam dia mendengarkan dari suaminya sendiri. Tapi hati dia kuat mengatakan apa yang di ceritakan oleh Hakim kepada suaminya tidak benar.
“Sikap dia makngah… Hakim tak macam yang Naura pernah kenal mula-mula dulu. Semalam masa dekat majlis tu, Hakim tinggalkan Naura macam tu je. Dia pergi berborak dengan kawan-kawan dia. Naura tak kisah sangat pasal hal tu. Tapi apa yang Naura nampak pergaulan Hakim terlalu bebas, makngah. Sesuka hati sentuh perempuan. Rangkul pinggang perempuan. Dan yang paling mengejutkan Naura, semalam kawan Hakim yang sambut hari jadi tu, tiba-tiba duduk atas riba Hakim. Selamba je dia duduk tanpa rasa bersalah dan kekok pun. Depan-depan Naura pulak tu, makngah. Naura nak macam mana lagi, makngah? Naura tak suka nak marah-marah, jadi Naura terus bangun dan jalan keluar dari kawasan rumah tu. Salah Naura ke makngah?”
Naura meluahkan rasa yang terpendam. Rasa terkilan sangat dengan sikap Hakim yang begitu.
“Astaqfirullahalzim! Kenapa Hakim buat perangai macam tu? Allah! Habis selama ni yang Naura dengan Hakim selalu keluar berdua tu, ada Hakim buat apa-apa yang tak senonoh ke?” Soal Puan Nisa kalut.
Sungguh dia sangat terkejut dengan sikap Hakim yang setahunya dulu adalah baik. Dan menurut cerita dari suaminya itu, Hakim adalah seoang budak yang baik. Tapi apabila Naura bercerita, macam lain pula!
Hati tuanya mengatakan yang Naura bercakap benar. Dan dia cukup kenal dengan perangai Naura.
“Buat yang tak senonoh tu tak ada la… Cuma setiap kali jumpa dia mesti suka sentuh-sentuh Naura. Jalan nak berpegangan tangan, kalau tak pegang dia akan marah dan buat sentap.”
“Hah? Sampai macam tu dia minta Naura buat? Habis Naura pegang tangan dia tak?” Soal Puan Nisa agak terkejut.
Naura gelengkan kepala. Perlahan.
“Tak makngah! Naura tahu haram dan halal lagi makngah. Naura tak suka cara Hakim macam tu. Naura pernah tegur dia, tapi dia kata Naura kolot! Lepas tu terus sentap. Sebab tu setiap kali lepas jumpa dia, dia akan mengadu macam-macam dekat pakngah. Dan semua kesalahan hanya pada Naura. Dan pakngah pulak tak pernah nak dengar cerita dari Naura pun… setiap kali Naura nak explain, pakngah tak nak dengar pun. Selalu suruh Naura yang minta maaf dengan Hakim.”
Naura menunduk dan bermain dengan jari-jarinya.
“Allah! Kenapa Naura tak pernah cerita dekat makngah hal ni. Hakim dah melampau ni! Dah tak tahu halal dan haram ni. Nak pegang-pegang sangat kenapa, macam la nanti dah kahwin dah tak boleh pegang. Haish…”
Puan Nisa membebel dan tergeleng kepalanya. Sayur kangkung di tolak ketepi.
“Naura tak nak aibkan sesiapa, lagipun Hakim kan bakal suami Naura. Tapi perbuatan Hakim semalam memang dah melampau. Naura terpaksa cerita jugak. Depan-depan Naura dia boleh sentuh, peluk perempuan lain, apatah lagi di belakang Naura, makngah. Ini yang Naura nampak dengan mata Naura sendiri. Yang Naura tak nampak…macam mana?”
Nada Naura di baluti rasa kesal dan terkilan. Naura sudah sehabis daya berusaha untuk menerima Hakim tetapi begini pula jadinya. Rasa kasih sudah mula timbul di dalam hati, tetapi sudah kembali menipis dengan sikap dan tingkah laku Hakim.
Naura tidak sanggup untuk bersuamikan lelaki seperti Hakim andai ini adalah sikap sebenar Hakim. Boleh merana hidup dan masa depannya nanti.
Perempuan mana yang ingin berkahwin untuk hidup merana dan makan hati dengan sikap suami yang terang-terangan tidak setia dan curang.
Allah! Berikanlah aku petunjuk lain! Bisik Naura di dalam hati.
TEPAT jam 11 pagi Hakim sudah berdiri terpacak di depan pagar rumah. Tersungging senyumannya ketika Naura berjalan keluar. Naura menyalami Puan Nisa.
“Naura, betul ke nak keluar dengan Hakim ni? Makngah risau la… Makngah rasa tak sedap hati pulak… Tak payah keluar la ye…” Puan Nisa memegang tangan Naura.
Dia sangat risau apabila tahu perangai Hakim itu.
“Naura terpaksa makngah. Kalau Naura tak keluar dan selesaikan hal kami ni, nanti pakngah bising dan marahkan Naura.”
“Tapi makngah tak sedap hati la. Makngah risau la dengan Naura…”
“Makngah! Jangan risau ye... Naura akan jaga diri Naura baik-baik. Doakan hal kami selesai cepat dan cepatlah Naura balik nanti…” Naura melepaskan genggaman tangan Puan Nisa yang terpancar jelas riak kerisauan di wajahnya.
“Naura, hati-hati ye! Kalau apa-apa call makngah.” Pesan Puan Nisa lagi pada Naura.
“Okey makngah!” Naura mengatur langkah keluar dari pagar dan menghampiri kereta Hakim.
Hakim yang setia menunggu di sisi kereta tersenyum manis menyambut Naura.
Puan Nisa pula tak lepas pandang pada pasangan itu. Hatinya rasa tidak tenteram sejak tadi. Setelah kereta yang di pandu Hakim hilang dari pandangan mata, barulah Puan Nisa melangkah masuk ke dalam rumah semula.
Sunyi suasana dalam kereta Hakim ketika ini. Naura memilih untuk diamkan diri. Bersuara apabila Hakim bertanya dan setelah itu sunyi kembali. Tadi Hakim membawanya makan di salah sebuah restoran dan setelah itu Hakim mengajaknya untuk shopping tetapi di tolak atas alasan makngah memintanya pulang awal hari ini. Hakim mengalah.
“Naura…. Kenapa you diam je ni? Dari tadi lagi, I sorang je yang bercakap. Kat restoran tadi pun you diam je… Masih marahkan I ke? I dah banyak kali minta maaf kan?” Soal Hakim apabila dia rasakan Naura semakin bersikap dingin dengannya.
“I tak ada benda nak cakap, jadi lebih baik I diam je, Hakim. Kalau I cakap pun nanti you cakap I ni kolot. Tak sosial… So, perlu ke I cakap? Lebih baik I diam kan?”
Naura memberi alasan tanpa memandang Hakim yang sedang memandangnya.
“Sayang….”
Hakim cuba bersikap romantik dengan Naura. Tanpa sedar Hakim menyentuh tangan Naura.
“Hakim!”
Naura terus menepis kuat tangan Hakim.
Hakim terkejut dengan tindak balas Naura yang dikatakan tidak mesra langsung. Dan Hakim rasa tercabar kerana sering kali Naura menolak dan menepis sentuhannya.
Hakim memberhentikan keretanya secara mendadak. Diri rasa tercabar setiap kali Nuara bersiakp begini dengannya. Sabarnya sudah menipis.
“Naura! You ni dah kenapa? Hah? I dah cuba berbaik dengan you, tapi you selalu tolak I. Eh! you tahu tak, kalau perempuan lain tak pernah tolak I, Naura. I tak minta pun dia sendiri yang datang pada I. You ni memang pelik la dan you dah cabar I, Naura!”
Hakim berkata dengan nada meninggi dan terpancar riak marah di wajahnya. Sabarnya sudah hilang. Dan timbul niat lain di dalam hati apabila dia sukar menawan hati gadis ini.
Hakim pusingkan tubuhnya menghadap Naura, dan memegang kedua belah bahu Naura. Naura terkejut dengan tindakan kasar Hakim. Naura menepis kuat.
“Hakim! Lepaslah! Kenapa nak kena pegang-pegang ni? Lepaslah!”
Naura cuba menolak tangan Hakim yang mencengkam kuat kedua belah bahunya itu. Sakit!
“Naura, kenapa you susah nak terima I? Apa kurangnya I pada you Naura? I akan tunjukkan pada you kelebihan I pada you Naura. Pasti you tak akan lupa sampai bila-bila. Dan ini akan membuatkan you akan terima I!”
Hakim berkata dengan nada kasar dan matanya galak meratah seraut wajah yang cantik itu. Dan matanya berpindah pada seulas bibir Naura yang cukup menawan. Yang membangkitkan nafsunya sebagai lelaki.
Senyuman yang tersirat dengan niat Hakim pamerkan.
Hakim pandang sekeliling ke luar kenderaan. Peluang yang baik kerana keretanya jauh dari pandangan orang ramai.
Hakim tanggalkan tali pinggang keledarnya serta tali pinggang Naura juga. Naura tergamam. Jantung Naura berdebar laju.
“Hakim, you nak buat apa ni? Lepaslah!”
Naura sudah mula cuak. Melihatkan riak Hakim yang berubah menjadi jahat amat menakutkan Naura.
“You diam, Naura!”
Tempik Hakim dengan suara yang kuat. Naura benar-benar terkejut dengan sikap Hakim.
Tanpa Naura duga, Hakim mencium bibirnya dengan kasar. Tindakan spontan Naura adalah menolak tubuh Hakim. Sehabis tenaga Naura tolak tubuh Hakim tadi.
Hakim tersandar ke pintu kereta. Hakim menyerigai dengan senyuman senget di bibir.
“I akan buat you melutut dengan I Naura.”
Sekali lagi Hakim cuba mencium bibir Naura tetapi Naura menolak dan menapar pipi Hakim. Hal itu membuatkan Hakim marah dan rasa egonya tercabar. Belum pernah seorang perempuan menampar pipinya. Naura adalah yang pertama. Pertama menampar dan menolak dirinya. Hakim cengkam rahang Naura dengan kuat.
Ketika inilah hasutan syaitan menguasai minda Hakim.
Hasutan syaitan yang merosakkan akidah seseorang... Berpeganglah kepada agama...
Share this novel