bab 14

Romance Series 423079

bab 14

Sudah 3 hari mereka hanya dingin sahaja. Namun Ayriz masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan masak makan malam.

“Kau tak nak makan sekali ke?” tegur Fariz yang baru tiba di meja makan. Ayriz sedikit pun tidak memandang suaminya.

“Makanlah. Nak naik atas.” Baru Ayriz ingin melangkah pergi, Fariz menghalang.

“Duduklah teman aku makan.”

“Ada telefon kan? Call buah hati suruh dia teman.”

“Ayriz, kejaplah. Aku nak kau yang teman aku. Isteri aku.” Ayriz tersenyum sinis sambil menarik tangannya. Dia duduk bersebelahan dengan Fariz.

“Sampai bila? Ahad ni?” perli Ayriz.

“Apa kau cakap ni? Ahad? Apa yang tetiba Ahad.”

“Fariz Mikael. Awak lupa ke dengan apa yang kita pernah bincang awal awal hari tu. Kalau awak lupa mari saya ingatkan awak. I give you one month untuk awak dapatkan balik your sweetheart right. Awak ingat saya diam selama ni sebab saya tak kesah ke ? Saya just bagi awak ruang untuk awak dengan dia berbincang je… so awak ada 4 hari lagi. If dalam masa 4 hari, your girlfriend tak bagi jawapan apa apa. Say bye bye.” Dengan sinis Ayriz memandang suaminya. Terkelip kelip mata Fariz cuba memahami kata kata isterinya.

“Kalau aku nak dua dua.” Saja Fariz mencuba mana tahu dapat lampu hijau. Ayriz menjeling suaminya.

“Tamak. Satu ni pun tak terurus lagi nak dua. Jangan mimpi. Just pilih me or her. Kalau awak pilih dia, then lepaskan saya.” Terpaku Fariz mendengar kata kata Ayriz. Secepat ini.

“Kau ada terhantuk mana mana ke? Kau sedar tak apa kau cakap? Eh kita baru nak masuk sebulan kahwin kau dah mintak aku lepaskan kau? Asal menyesal? Menyesal dengan tindakan kurang bijak kau?”

“Bukan menyesal, terkilan je.” jawab Ayriz bersahaja.

“Terkilan?”

“Yelah… suami dah hensem tapi sayang curang. Betullah orang cakap rupa tak menjamin kebahagiaan.”

“Kau nak cakap kau tak bahagialah dengan aku?”

“Lebih kuranglah.” saja Ayriz ingin menyakitkan hati suaminya. Hampir sahaja dia ingin ketawa melihat wajah tidak puas suaminya.

“Kau….”

“Lagi 4 hari husband.” potong Ayriz sambil mengenyitkan mata lalu dia terus naik ke atas. Fariz masih lagi membatu di situ. Buntu! Siapa harus dia pilih. Hati memilih Wawa, otak memikirkan Ayriz.


“Aku dah tak tahu nak cakap apa dengan kau ni Riz. Kau sedar tak kau tengah lukakan hati wife kau? Kau still boleh tanya aku nak pilih Wawa ke wife kau? Kau waras ke tak ni?” Hampir ingin bertumbuk juga Eriq dengan Fariz apabila mendengar pertanyaan itu.

“Aku tak tahu la Riq. Aku buntu. Aku sayangkan Wawa tapi….”

“Tapi Ayriz jaga kau dengan baik kan? Makan minum pakai kau dia settlekan kan?” Fariz mengangguk perlahan sambil tangannya menggosok kepala.

“Aku tanya kau… kalau kau kahwin dengan Wawa, kau yakin dia akan buat benda sama macam Ayriz buat?” Diam tanpa menjawab membuatkan Eriq tersenyum mengejek kepada sahabatnya.

“Kau sendiri tahu jawapan tu.”

“Bukan masalah tu Riq. Pasal benda tu aku tak kesah. Selama ni aku buat juga benda tu. Ni pasal perasaan. Aku tak ada perasaan dekat Ayriz.”

“Tak kesah? Abis apa function kau kahwin kalau bini kau tak boleh buat satu benda pun? Ye aku tahu itu tanggungjawab suami… kalau macam tu baik tak payah kahwin. Baik kau couple sampai mampus.” terus terang Eriq memang tidak suka dengan Wawa sejak dulu lagi.

“Yang kau marah sangat ni apahal?”

“Eh bro, hidup ni kau jangan terlalu selfish. Kau tak nampak pengorbanan bini kau? Kalau bukan sebab dia, keluarga kau kena tanggung malu kau tahu.”

“Aku tak suruh atau merayu dekat dia pun. Dia yang nak.” jawab Fariz bersahaja membuatkan Eriq semakin bengang dengan Fariz ketika itu.

“Nampaknya kau memang dah buat keputusan lah ni. Ikut kaulah. Macam wife kau cakap. If kau pilih Wawa kau lepaskan dia. Aku harap plan kau untuk lamar Wawa kalini jadi kenyataan. Ingat, sekali kau dah buat keputusan macam ni kau dah tak boleh patah balik.” Eriq terus bangun meninggalkan Fariz yang masih lagi diam menghadam kata kata Eriq itu.

Malam ini dia akan lamar Wawa. Dia akan pastikan Wawa jadi isterinya.


Malam itu Fariz sudah bersiap siap untuk keluar makan dengan Wawa. Ayriz yang baru siapkan makan malam memandang pelik suaminya.

“Nak pergi mana?“

“Dinner.”

“Dengan Wawa?” saja Ayriz meneka. Mana tahu tekaannya betul. Tengok gaya macam mahu pergi dating. Lambat lambat Fariz mengangguk. Ayriz tersenyum paksa. Dia melihat kotak ditangan suaminya. Bagaikan disiat hatinya ketika itu apabila kotak berwarna merah berasa di tangan suaminya. Tidak perlu tanya, sudah tahu apa yang ada di dalam.

“Good luck. Take care.” ucap Ayriz senyum paksa.

“Ayriz…. aku…”

“Eh pergilah cepat. Nanti lama dia tunggu.” Ayriz cuba menyuruh Fariz pergi dengan segera kerana tembok yang berada di matanya bila bila sahaja boleh runtuh ketika itu. Fariz diam dan kakinya terus melangkah ke pintu.

“Fariz.” langkah Fariz terhenti dan meandang ke arah belakang. Ayriz menghulurkan tangan. Fariz juga memahami lalu dia menghulurkan tagannya. Lama Ayriz menguncup tangan suaminya dan dia mengangkat kepala dan memberi senyuman manis kepada suaminya. Fariz hanya memadang. Kelu lidahnya ketika itu. Berasa sedikit terkesan dengan apa yang dilakukan isterinya. Namun kakinya tetap melangkah keluar dan masuk ke dalam kereta. Gerak sahaja kereta milik Fariz, Ayriz menutup pintu. Dan lantas itu Ayriz terduduk sambil teresak. Sakit yang dia rasakan sama seperti setahun yang lepas. Menggigil badan Ayriz ketika itu. Dia memegang dadanya. Esakkannya makin lama makin kuat namun suara sudah tidak keluar lagi.

‘Benar inikah pengakhirannya sebagai seorang isteri?’


“Dah seminggu Ayriz tak masuk kerja. Call pun tak angkat. Dia tukar nombor tak bagi tahu pun. Tak kan tak ada yang tahu pasal dia La?”

“Entalah Reen. Masalahnya semua tak tahu dia pergi mana. Nak cakap berhenti tak ada pula dapat surat daripada dia.”

“Aku rindulah dekat dia. Selalu makan bertiga.”

Meskipun Ayriz tidak banyak bercakap namun ketiadaannya membuatkan rakan ofisnya sunyi. Waktu waktu begini selalu mereka sudah bincang ingin makan dekat mana. Sudah berfikir ingin memesan apa.

“Aku pun. Harap harap dia masuk kerjalah esok.”

“Kan. Adalah tu problem dia. Kalau kita tanya bukan dia nak jawab.”

“Tapi dia tak pernah cuti macam ni. Last cuti sebulan lepas tu pon mak dia suruh. Kau tak risau ke?”

“Mestilah aku risau tapi macam aku cakap maybe dia ada problem. Nanti dia okay dia datanglah kerja. Eh dah lah aku sambung kerja aku. Lunch nanti kita makan dekat kedai bawah je.”

“Ha yelah.”

next chapter akan ditambah watak tau heheheeh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience