BAB 6

Romance Series 10150

AZWAN bergegas keluar dari bilik hotel itu. Dengan cepat kakinya melangkah menuju ke bilik Hanna Nadira. Hanna Nadira juga kebetulan hendak keluar pada masa yang sama itu terkejut melihat wajah sugul suaminya itu.

"Abang? Kenapa ni?" Hanna Nadira bertanya setelah mendapati mata suaminya sembam dan kemerah-merahan.

Azwan menggeleng.

"Tak... tak ada apa-apa, abang okey," bohong Azwan. Dia terpaksa menyembunyikan berita tentang kematian ayahnya.

Azwan membuat keputusan untuk tidak balik, sekiranya dia balik dalam masa terdekat ini, sudah pasti isterinya, Hanna Nadira juga akan turut ikut sekali, Azwan tak nak Izwan dan keluarga Pak Su Azrul mengetahui bahawa dia sudah berkahwin. Walaupun perkahwinan itu adalah perkara yang baik, namun dia berasa segan dan malu kerana dia berkahwin kerana ditangkap dan dituduh berkhalwat.

"Mungkin abang rasa sangat gembira dapat berkahwin dengan Hanna, sebab itu abang menangis?" Hanna bertanya sambil memberikan senyuman manis buat suaminya itu.

Azwan hanya mengangguk dan tersenyum.

Abang menangis bukan disebabkan oleh itu, Hanna. Abang menangis tadi sebab ayah abang... abang tak dapat bersama dengan ayah abang di saat-saat akhir hayatnya. Abang sedih tak dapat menatap wajah ayah abang buat kali yang terakhir. Abang terkilan. Dulu ibu pergi di saat abang lahir... Sekarang ayah pulak pergi di saat abang diijab kabulkan, monolog Azwan dalam hati.

??????

LANGKAH kakinya terhenti apabila tangannya dicapai oleh seorang anak kecil yang comel.

"Wan?"

Azwan terpaku melihat anak kecil yang mencapai pergelangan tangannya. Ianya dicapai oleh seorang anak kecil persis adiknya, Izwan semasa di usia enam tahun.

"Abang, jangan tinggalkan Wan... Wan perlukan abang..." ujar anak kecil itu

Betul, ini Izwan... adik aku. Aku sekarang berada di mana? Bagaimana aku boleh kembali ke zaman ni lagi?

"Azwan, janji dengan ayah, Azwan jaga adik Wan. Walaupun dia dah besar panjang, dia sangat perlukan Azwan," kata satu suara garau yang sangat Azwan kenal. Suara ayahnya, Tuan Haji Anuar.

Azwan segera menoleh ke arah datangnya suara garau ayahnya itu. Sekali lagi Azwan terpaku sebaik sahaja melihat figura ayahnya dengan mengenakan jubah putih berjalan menuju ke arahnya.

"Ay... ayah..." panggil Azwan. Air matanya sudah pun bercucuran membasahi pipi.

Dengan pantas Azwan melangkah pergi mendapatkan Ayahnya itu. Cepat-cepat tangannya memeluk tubuh ayahnya dengan erat seraya menyembamkan kepalanya di dada ayahnya itu. Dia meraung, menjerit memanggil ayahnya.

"Ayah! Kenapa ayah pergi tinggalkan Azwan dan adik Wan? Kenapa ayah? Kenapa?!" soal Azwan dalam tangisannya.

Ayahnya tidak menjawab, sebaliknya dia memberikan senyuman untuk Azwan.

"Azwan, janji dengan ibu dan ayah, Azwan jaga adik Wan?"

Tiba-tiba sahaja Azwan terdengar satu suara yang lembut begitu hampir dengannya. Sepantas kilat dia menoleh ke arah datangnya suara itu. dia terpaku setelah mendapati seorang wanita yang begitu ayu dan anggun berdiri di sebelahnya. Wanita itu memberikan senyuman yang sungguh manis buatnya.

"Azwan janji dengan ibu, adik Wan perlukan Azwan," kata wanita itu seraya memeluk erat tubuh Azwan.

"Ib... Ibu?"

Perlahan Azwan membalas pelukan dari wanita berjubah putih yang menyatakan dia adalah ibu yang langsung tidak pernah ditemuinya itu.

"Ibu!"

Azwan memanggil ibunya bersama dengan esakan yang kuat di dalam pelukan wanita itu.

"Dah, jangan menangis... anak ibu ni kuat, kan? Ibu tahu anak-anak ibu dapat lalui semua ni... Azwan jaga adik Wan, jaga isteri dan keluarga Azwan, ya?"

"Hmm..." Azwan hanya mengangguk kepalanya di dalam pelukan ibunya itu.

Pelukan dilepaskan. Wanita itu berdiri semula seraya berjalan menuju ke arah Tuan Haji Anuar. Satu senyuman manis diberikan untuk anaknya seraya bergerak jauh tanpa menoleh ke belakang sehingga hilang dari pandangan mata Azwan.

"Ib...ibu, ibu! Jangan... jangan pergi ibu!" jerit Azwan sekuat hatinya.

Pada masa yang sama juga, Azwan merasakan tangannya diraih oleh seseorang.

Izwan juga turut berada di sebalahnya. Tanpa membuang masa tubuh adiknya itu dipeluknya erat.

"Izwan..."

??????

"AYAH! Ibu!"

Azwan menjerit saraya bangkit duduk di atas katil itu. Suaranya yang agak meninggi itu juga telah mengejutkan isterinya yang sedang lena tidur di sebelah.

"Abang, kenapa?" soal Hanna Nadira seraya menggenggam kuat pegelangan tangan suaminya itu.

Azwan hanya menggeleng kepalanya. "Tak... tak ada apa-apa, cuma mimpi aje. Dah... Hanna sambung tidur ya?"

Azwan bingkas bangun dari katil seraya melangkah menuju ke arah bilik air. Dia merenung cermin di hadapannya, lama. Ayah, ibu... Maafkan Azwan...

??????

HARI ini sudah genap satu minggu Azwan bergelar suami kepada Hanna Nadira. Hari ini juga mereka berdua balik semula ke Kuala Lumpur, manakala Dato' Arsyad dan Datin Zarena sudah balik semula ke Kuala Lumpur sehari selepas Hanna Nadira dan Azwan diijabkabulkan, sengaja mereka membiarkan anak dan menantu mereka tinggal di Pulau Pangkor selama satu minggu untuk berbulan madu.

Semasa dalam perjalanan dari Lumut ke Kuala Lumpur, sudah sampai waktunya Azwan menceritakan nasib yang menimpa ayahnya pada malam hari mereka berdua diijab kabulkan.

"Hanna..."

"Ya?" sahut Hanna Nadira lembut.

"Abang sebenarnya... sebenarnya abang ada sesuatu nak diberitahu pada sayang," ujar Azwan sambil matanya fokus pada pemanduan.

Hanna Nadira menoleh ke arah suaminya yang sedang memandu itu. "Apa dia?"

"Sebenarnya... semasa kita berdua akad nikah minggu lepas, ayah abang dikejakan ke hospital dan dimasukkan ke ICU, dia mengalami serangan jantung..." Azwan berkata sambil matanya tetap fokus memandang hadapan.

Hanna Nadira terpempan seraya merenung suaminya sayu dan perasan mata suaminya sudahpun berkaca.

"Abang... boleh berhenti dekat tepi sekejap?"

"Kenapa?"

Berhenti ajelah..." jawab Hanna Nadira serius.

"Okay..." jawab Azwan perlahan.

Azwan segera memberhentikan keretanya di bahu jalan.

"Hanna... Kenapa tiba-tiba aje suruh abang berhenti ni?" Azwan bertanya.

"Abang, macam mana keadaan ayah sekarang? Dia dah okey ke? Hanna nak jumpa ayah mertua Hanna..." ujar Hanna Nadira sambil tangannya memegang lengan kekar Azwan.

Azwan yang mendengar soalan isterinya itu dengan serta merta air matanya menitis mengalir membasahi pipinya.

"Abang, kenapa? Ayah abang selamat ke?" soal Hanna Nadira sebaik sahaja mendapati suaminya sudah pun tertunduk mendiamkan diri.

"Hanna, ayah... ayah abang dah tak ada... dia dah pergi... Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat pada masa akad nikah kita..." Azwan menjawab pertanyaan isterinya dengan nada sebak.

Hanna Nadira tergamam dengan jawapan suaminya itu.

"Innalillahiwainnalillahirajiun..."

Oh... Patutlah masa balik dari hotel malam tu suami aku ni nampak sugul aje dan dia seperti orang yang lepas menangis... Mata dia sembam pada masa tu, monolog Hanna Nadira dalam hati.

"Abang... kenapa abang tak cakap awal-awal?" soal Hanna Nadira sebelum meraih tubuh suaminya itu seraya dipeluknya erat.

Soalan Hanna Nadira itu tidak berjawab sebaliknya yang kedengaran hanyalah esakan dari suaminya sahaja.

"Abang... maafkan Hanna sebab banyak bertanya," ucap Hanna Nadira sambil memeluk erat tubuh suaminya itu.

"Hanna... maafkan abang. Maafkan abang sebab tak menceritakan perkara yang sebenarnya pada sayang, papa dan mama," Azwan berkata dalam esakannya.

Pelukannya dilepaskan.

"Abang sedih dan terkilan... Dulu ibu abang pergi di saat kelahiran abang dan adik kembar abang, sekarang ni pulak, ayah abang pergi di saat abang diijab kabulkan..." sambung Azwan lagi.

"Takpelah abang, Hanna faham," jawab Hanna Nadira sambil menyeka air mata suaminya itu.

Tanpa Hanna Nadira sedari, air matanya juga turut tumpah mengenangkan nasib yang menimpa suaminya itu. Azwan juga turut menyeka air mata isterinya, Hanna Nadira.

"Abang boleh drive tak ni? Kalau tak boleh, biar Hanna aje yang drive sampai KL," soal Hanna Nadira lagi. Dia tidak sampai hati membiarkan suaminya yang agak sugul itu memandu.

"Takpe, abang okay... abang boleh drive. Lagipun abang ingat nak singgah rumah abang sekejap dan lepas tu nak pergi ziarah pusara ayah dan ibu," ujar Azwan perlahan.

Hanna Nadira mengangguk faham.

??????

SEDIH, terkilan, marah dan sakit hati. Itulah apa yang Izwan rasakan sekarang. Selain dari bersedih kerana ayahnya telah pergi meninggalkan dirinya dengan abang kembarnya, Izwan juga turut bersedih kerana abangnya, Azwan langsung tidak menunjukkan diri di hari pengebumian jenazah arwah ayahnya Tuan Haji Anuar. Apa yang dia rasakan sekarang hanyalah kekecewaan dengan abang kembarnya sahaja. Sudah banyak kali Izwan menghubungi abangnya itu di masa ayahnya sedang bertarung nyawa, namun hampa. Semuanya sia-sia.

Namun selepas Tuan Haji Anuar disahkan meninggal dunia, Izwan langsung tidak menghubungi abangnya lagi, cuma mesej WhatsApp yang dihantar beberapa minit selepas ayahnya pergi menyahut panggilan Ilahi itu sahajalah merupakan kali terakhir Izwan berhubung dengan Azwan.

Izwan marah dan sakit hati dengan Azwan. Sudah banyak kali Azwan cuba menghubungi Izwan namun semuanya tidak dilayan oleh Izwan. Hari ini, genap satu minggu ayahnya pergi, dan hari ini jugalah Izwan balik semula ke Kuching kerana sudah lama dia ambil cuti.

"Pak su, tolong tengok-tengokkan rumah ni ye! Wan tak tahulah bila Abang Azwan akan balik," kata Izwan seraya menyerahkan kunci rumah kepada Encik Azrul.

"Pak su rasa, Azwan akan balik jugak nanti... Wan tak perlulah risau," ujar Encik Azrul sambil menepuk-nepuk bahu Izwan.

"Okeylah pak su, Wan pergi dulu... kalau Wan ada cuti panjang nanti Wan balik... Flight Wan pukul satu tengah hari ni pak su, kalau abang Azwan balik nanti, sampaikan salam Wan pada dia ye! Assalammualaikum..."

"Waalaikumsalam... Wan jaga diri tau!" Encik Azrul mengingatkan anak saudaranya itu.

Izwan memberi isyarat okey seraya meloloskan diri ke dalam perut kereta Toyota Vios berwarna putih milik Aryan, anak tunggal Encik Azrul.

Semasa dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, KLIA 2. Izwan menghubungi rakan yang baru sahaja dikenalinya dari Fac dua bulan yang lepas.

"Helo Shima... Awak dekat mana tu?" soal Izwan sambil matanya mengerling jam di tangan kirinya.

"Hai Izwan... I sekarang berada di KLIA 2, I nak ke Sydney satu minggu. You dekat mana tu?" soal gadis di sana.

"Saya dalam perjalanan ke KLIA 2 jugak ni. Hari ni saya balik ke Kuching semula, malam ni saya akan mulakan tugas semula. Kebetulan pulak kita hari ni ye?" balas Izwan sambil ketawa kecil.

"Wow! Are you serious? So... Bolehlah kita jumpa! Lagipun you tahu kan I ni teringin sangat nak jumpa dengan you?" balas gadis di dalam talian itu, teruja.

mungkin kita ni ada jodoh, kot? Izwan bermonolog dalam hati seraya menjawab pertanyaan gadis dalam talian itu.

"Okey, awak tunggu sekejap lagi saya datang..." jawab Izwan sebelum menamatkan panggilan.

??????

SELEPAS singgah di rumah, Azwan dan isterinya, Hanna Nadira terus pergi menziarahi pusara ayahnya, Almarhum Tuan Haji Anuar yang bersebelahan dengan pusara isterinya arwah Amira.

Azwan tidak dapat menahan sebak. Serta merta dia menangis semahunya di atas pusara orang tuanya itu.

Hanna Nadira risau melihat keaadaan suaminya itu. Namun ketika dia hendak memujuk suaminya itu, Dato' Arsyad dan Datin Zarena menghalang.

Dato' Arsyad dan Datin Zarena bergegas pergi ke tanah perkuburan itu sebaik sahaja menerima panggilan dari Hanna mengenai kematian ayah mertuanya.

Azwan memeluk batu nisan ayahnya bersama dengan esakan. "Ayah... kenapa ayah pergi tinggalkan Azwan, ayah? Kenapa ayah tak tunggu Azwan balik, ayah? Kenapa? Azwan rindu ayah... Azwan tak sempat nak peluk ayah buat kali terakhir... Sekarang Adik Wan dah tak nak layan Azwan... Adik Wan dah bencikan Azwan, ayah..."

Dikucupnya kuat batu nisan ayahnya itu, seluar jeans hitam dan baju T-shirt bewarna hijaunya juga sudahpun kotor, namun tidak dihiraunya.

"Ayah... Azwan rindukan ayah... kenapa ayah pergi tak bawa Azwan sekali ayah?!" kali ini suara Azwan agak perlahan namun esakannya masih deras kedengaran.

Hanna Nadira tidak sanggup melihat keadaan suaminya itu, cepat-cepat dia meraih tubuh Azwan. Dipeluknya erat suaminya itu. Kini Hanna Nadira juga turut menangis sambil memeluk suaminya, Azwan.

"Abang... ini semua takdir abang... abang kena kuat. Hanna yakin ayah berada di sini, dia sedang memerhatikan abang..." Hanna Nadira cuba menenangkan Azwan.

Azwan tidak berkata apa-apa, cuma esakannya kini agak perlahan, tidak seperti tadi.

Pelukannya pada batu nisan ayahnya juga dilepaskan perlahan, Azwan merenung isterinya dengan renungan yang sayu. Disekanya air mata Hanna Nadira yang jatuh membasahi pipi isterinya itu, Hanna Nadira juga turut membuat perkara yang sama pada suaminya, Azwan.

"Mula-mula, Ibu pergi di saat kelahiran abang dan adik kembar abang, sekarang ayah pula pergi di saat abang diijab kabulkan... Sekarang, adik kembar abang juga seperti sudah membenci diri abang..." Azwan berkata dalam sebaknya di hadapan isteri dan mertuanya.

"Sekarang abang terasa seperti sudah tiada siapa-siapa lagi..." kata-kata Azwan terputus kerana dipintas oleh isterinya, Hanna Nadira.

"Tak! Abang masih ada adik abang... Abang ada Hanna, isteri abang, papa dan mama., abang bukan bersendirian... Adik kembar abang pasti akan datang cari abang jugak nanti, percayalah abang..."

"Azwan... Betul cakap Hanna tu... Dah, jangan bersedih lagi ye!" pujuk Datin Zarena pula.

"Azwan, kita sedekahkan yassin dan Al-Fatihah buat kedua orang tua Azwan... Kalau Azwan menangis air mata darah sekalipun... yang dah pergi tetap akan pergi, mereka takkan kembali lagi... kita kena terima dengan reda, nak..." Dato' Arsyad pula berkata.

Azwan mengangguk seraya mengambil jug yang diisi dengan air mawar umtuk disiramkan di atas pusara ayah dan ibunya.

"Ayah, ibu... Azwan harap, ayah dan ibu tenang di alam sana... Azwan dan Izwan sekarang dah boleh jaga diri masing-masing. Ayah dan ibu jangan risau," Azwan berkata-kata semasa menyiram air mawar di atas pusara kedua orang tuanya itu.

??????

"TAK sangka, You ni handsome jugak orangnya! Oh ya... terlupa pulak I yang You ni seorang pegawai polis. So... dah berapa lama You bertugas di Sarawak?" Intan Rashima bertanya kepada Izwan. Ini adalah kali pertama mereka berjumpa.

"Saya baru aje tiga bulan lebih bertugas di Kuching, Sarawak," balas Izwan Ringkas.

Izwan rimas sebenarnya. Intan Rashima tanpa segan silu mengusap lengan kekar Izwan. Semasa berjalan pula dia tanpa segan silu memeluk pinggang Izwan.

Perempuan ni dah kenapa? Dah macam GRO pulak aku tengok! Aku bawak kau pergi ke balai karang baru tahu! Baru aje hari ni berjumpa, first time pulak tu!' Izwan bermonolog dalam hati.

"Err... Shima, saya nak masuk departure hall dulu ye... apa pun... Thanks sebab sudi meluangkan masa untuk berjumpa dengan saya," ujar Izwan sebelum melangkah laju ke balai perlepasan.

"Okay... My pleasure dear... Kita akan berjumpa lagi next time!" balas Intan Rashima sambil memberikan senyuman untuk Izwan.

"Hmm... Khairil Izwan. Aku yakin, kau akan jatuh cinta pada aku satu hari nanti! Aku tak akan lepaskan kau Izwan... Kau akan jadi milik aku. Tapi... kenapa aku rasa macam pernah nampak muka kau sebelum ni? Dekat mana ye?" Intan Rashima bermonolog sambil matanya mengejar kelibat Izwan di sebalik orang ramai yang berpusu-pusu berbaris untuk masuk ke balai perlepasan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience