Sewaktu aku dan Andryian sudah berada didalam kereta sikit pun aku dengan dia tak bercakap. Muka dia fuh! Menakutkan! Bengis! Macam nak telan aja orang.Air mata aku sudah kering. Hati aku pula kembali reda. Entah kenapa kekadang bila aku bersama Andryian hati aku rasa tenang!Formulanya memang dialah! Dia yang mampu buat jiwa hati aku senang tenang dan semualah walaupun dia ni agak menjegilkan
Huh! aku lepasan keluhan berat.
Dah tak menangis macam mati laki?" soal Andryian.See? Dia memang menjegilkan!"
Tapi aku senyapkan diri. Sebenarnya aku pun tengah marahkan dia. Kes apa? Kes pasal tadilah.
Kenapa senyap? Jawablah!" Kini suara dia meninggi. Apahal mamat ni!
Yang awak marahkan saya ni kenapa?".Awak tahu tak ini semua salah awak! Kalau awak bersama dengan saya tadi tak jadi macam ni! " kini suara aku pula meninggi.
Ohh..".Awak nak salahkan saya pula! Cuba awak ingatkan semula! Sebenarnya siapa yang salah? Awak ke saya? " soal dia.
Agh! Aku menjerit. Geram dengan sikap Andryian ni! Kenapalah aku boleh jumpa mamat ni.
Awak kan salah?" Soal dia lagi.
Apa salah saya pula! Salah awak lah! Awak yang tinggalkan saya sendirian sekarang ni boleh pulak awak salahkan saya! Marah aku.
Bukan ke awak yang jawab awak tak kenal saya?"
Serta-merta mulut aku diam. Ye lah! Aku yang Salah!
Hem.. hem? Andryian gerakkan keningnya.
Yelah memang salah saya.. " suara aku mula mendatar.
Tahu pun!
Tapi kan...sebab awak saya nyaris jadi mak cik cleaner tau! Aku teringatkan kejadian tadi semasa aku tendang tong sampah tu.
Kenapa pula? " soal Andryian.
Kenapa awak tanya? boleh pula awak tanya macam tu? "
Saya tanyalah sebab saya nak tahu apa sebabnya awak nyaris jadi mak cik cleaner?
Sebab saya tendang tong sampah. Lepastu ada Pak Cik India tu datang2 bebelkan saya! Memang memalukan! Nasib saya bawa duit.Saya berilah duit tu kepada Pak Cik untuk ganti rugi kesalahan saya kalau tidak jawabnya saya yang jadi mak cik cleaner tau!
Awak yang cakap kesalahan awak kan?" So apa kena-mengena dengan saya?" Tapi apa salahnya kalau awak jadi mak cik cleaner lagi tambah cun! Berdekah Andryian ketawa sampai terbatuk2.Sukalah kau dapat kenakan aku. Sedih! Tak ada siapa memahami aku! Nak cakap mamat ni memahami aku? Lambat lagi! Tunggu Dinasour keluar belum tentu memahami diri aku. Nasib kaulah Mira dapat jumpa dengan monyet ni.
Share this novel