33.

Romance Completed 46657

"Ye aku yang bunuh Nenda. Aku yang letakkan ubat tidur dalam susu. Sebab aku nak Mateen ceraikan kau!!" Kata Auni.

"Kau Mateen. Aku dah serahkan segalanya untuk kau. Maruah aku, Dara aku. Aku serahkan pada Kau!! Tapi bila kau tahu betina ni yang selamatkan kau malam tu, Kau mula jatuh sayang pada dia. Mula jadi lelaki gila talak!!" Kata Auni.

"Aku taknak Mateen tu. Aku dah cukup bahagia dengan suami aku. Lepaskan aku Auni." Pinta Aura yang menahan sakit yang ditekan oleh Auni.

"Aku dah taknak kan dia. Dia beban pada aku. Dah lah Skandal sana sini." Kata Auni.

"Aku nak kau serahkan suami kau seoarang Uthman ada aku. Deal?" Tanya Auni.

Uthman menggelengkan kepalanya mendengar permintaan Auni.

"Kau bunuhlah aku Auni, Namanya nak serahkan suami aku pada kau. Tak Auni Tak!!" Herdik Aura.

Auni naik hantu dia mula menyeksa Aura. Dengan tangan kanan mengunci tangan Aura kebelakang dan tangan satunya mengunci leher Aura.

"Sakit Aura. Kau minta lain aku bagi. Kau nak harta Nenda kau ambik." Kata Aura.

"Auni Mommy mohon lepaskan Adik kau." Kata Rina memohon pada Auni.

"Kau diam orang tua tak sedar diuntung." Kata Auni.

"Auni. Yang kau tengking tu Mommy yang selama ni bagi apa je kemahuan kau." Kata Aura.

"Hahahah!!! Mereka berdua ni Beban pada aku. Aku doakan pulak mereka cepat Mampus jadi tak menyusahkan aku!!" Kata Auni.

"Aaa...aku sayangkan Uthman. Aku dah lama jatuh hati pada dia." Kata Auni berubah perwatakan.

"Baiklah kalau kau nak Uthman aku bagi kau. Tapi please lepaskan aku." Kata Aura memujuk.

"Betul?" Tanya Auni.

"Ye aku janji." Kata Aura.

"Sayang...." Panggil Uthman lemah. Tak percaya apa yang dikatakan isterinya.

Namun dia faham apa yang isterinya buat adalah untuk menyelamatkan dirinya dari Auni.

Auni mula melepaskan Aura. Aura menarik tangan Mommy nya agar menjauh dari Auni.

"Aku tak sangka akan dapat kahwin dengan Uthman.

Mateen berdiri memegang perut dan wajahnya yang penuh lebam.

"Now. Lepaskan Aura." Kata Mateen.

"Tidak!" Kata Uthman sepatah.

"Aku taknak bermadu tambahan lagi dia adik kembar aku!" Herdik Auni.

Aura mula menapak bersama Rina ke sisi Uthman. Dia menarik nafasnya agar dia tak terbayangkan wajah melati saat ini. Pakaian suaminya kuat dengan bauan aroma Melati.

"Aku takkan pernah berpisah dengan suami aku. Dia Syurga buat aku." Kata Aura memeluk lengan Uthman kuat.

"Kau!!!" Kata Auni mula tidak dapat mengawal emosinya.

"JANGAN BERGERAK POLIS!!" Kata lelaki yang baru datang bersama anggotanya.
Mereka menangkap Auni dan Mateen. Mateen dan Auni digari dan dibawa pergi dari sana.

"Maaf Tuan Abdul. Kami lambat." Kata Inspektor Fuad.

"Terima kasih bantu kami." Kata Abdul.

"Kami pergi dulu."Pegawai itu berlalu meninggalkan mereka disana.

Uthman melihat kening isterinya luka disebabkan olehnya.

"Maaf sayang. By tak sengaja maaf." Uthman mengucup luka di kening isterinya.

"Aura tak salahkan Uth. Tapi boleh tak Uth buka baju ni? Ke Uth sayang bauan Melati ni?" Tanya Aura lemah.

"Sayang panggil apa?" Tanya Uthman.

"Dahlah lupakan." Kata Aura memegang kepalanya yang terasa pening.

"Dd, Mimih, Ikut Aura. Jom." Kata Aura.

"Kenapa Aura masih pedulikan Dd dan Mimih. Sedangkan apa yang kami buat pada Aura dari kecik cukup membuatkan Aura benci pada kami.

"Aura tak pernah benci Dd dan Mimih. Setiap doa Aura, akan Aura selitkan nama Dd dan Mimih." Kata Aura.

"Kenalkan suami Aura. Uthman Ayyan. Anak Tengku Roslan." Kata Aura.

"Terima kasih Uthman, Kerana jagakan Aura disaat kami tidak menjaganya kata Rasyid.

"Dy, My. Aura adalah anugerah yang Allah hantar melalui Mommy untuk Uthman." Kata Uthman.

"Jom." Aura membawa Rasyid dan Rina pergi dari sana menuju kesatu tempat.

Dalam perjalanan, Kereta Aura digunakan oleh Rasyid dan Rina. Terpaksalah dia tahan hati duduk disebelah Uthman.

"Sayang maafkan By?" Tanya Uthman.

Aura hanya diam.

"Sayang..." Panggil Uthman.

"Jangan paksa Aura untuk menutup mata atas semua ni Uth. Apa yang Aura lihat tadi masih jelas terbayang dekat sini. Tau tak." Kata Aura sambil menunjuk kepalanya.

"By faham sepatutnya apa yang By rancang dengan Abang Fan, By bagitahu Sayang." Kata Uthman.

"Jadi sekarang kita buat je macam ni hingga Aura dapat buang semua tu dari fikiran Aura." Kata Aura memutuskan.

"Sampai bila?" Tanya Uthman.

"Entah." Rajuk Aura. Siapa suruh buat benda tak bincang dengannya.

Tulah. Terima hukuman dari Aura. Bajupun tak pandai nak ganti. Tak sanggup lah tu nak buang wangian Melati. Bisik hati Aura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience