Sudah sebulan Anis Raihanna bergelar tunang kepada Haikal Iskandar. Dalam tempoh ini, mereka telah mula mengenali satu sama lain.
Anis Raihanna tidak terlalu berharap terhadap pertunangan ini tetapi tidak bagi Haikal Iskandar. Sememangnya,Haikal Iskandar dah mula sayangkan tunangnya itu.
Lamunan Anis Raihanna terhenti apabila teringatkan permohonan kerjanya di syarikat ternama di Kuala Lumpur.
Pada masa yang sama, dah sebulan juga dia menganggur kerana menginginkan pengalaman bekerja di syarikat-syarikat yang besar.
Ini semua kerana dia menceburi bidang engineering tetapi sengaja dia ingin mencari pengalaman pekerjaan yang berbeza daripada bidangnya itu. Lebih mencabar katanya.
Lebih malang lagi, tiada syarikat yang mahu mengambil dia bekerja kerana bidangnya itu berbeza dengan jawatan yang dimohon. Bayangkan,belajar engineering tapi mahu bekerja sebagai Personal Assistant di syarikat yang besar.
Pilihan terakhirnya bergantung kepada syarikat ternama di Kuala Lumpur. Hanya syarikat itu yang belum dia ditemu duga. Tetapi, jika pilihan terakhirnya juga musnah terpaksa lah dia memohon pekerjaan yang berada dalam bidangnya.
'Ya Allah, mudahkan lah urusan hambaMu ini. 'Doa Anis Raihanna didalam hati.
''Anis, esok kan kamu kena tema duga dekat KL.''soal Puan Aimi kepada Anis Raihanna.
Aku hanya mengangguk perlahan sebagai balasan.
''Dah siap kemas barang? Ada apa apa lagi yang ibu boleh tolong?'' tanya Puan Aimi lagi.
Risau jika anaknya perlukan apa apa. Maklumlah,Anis Raihanna merupakan satu satunya anaknya. KL tu pun dah la jauh dari Ipoh ni.
''Tak ada apa apa dah bu,semua Nis dah kemas. Yinggal nak pergi je ni.'' kataku kepada ibu. Aku tahu yang ibu mesti risaukan aku tapi aku tak nak susahkan ibu.
''Betul ni, Nis? Kalau macam tu,tak apa lah. Nanti di KL,Anis tinggal dengan siapa?''tanya Puan Aimi lagi.
''Bu, doakan jer Anis dapat kerja tu pun dah cukup bu. Nanti, Anis tumpang rumah kawan Anis,Aira, dia ada rumah sewa dekat KL.'' kata aku panjang lebar menerangkan.
''Oh, baru ibu nak mintak tolong Pak Ngah tumpangkan kamu tidur dekat KL tu. Tak ada lah kamu susah nak cari tempat tinggal.'' kata kata ibu membuatkan aku telan air liur.
'Tak nak aku nanti kena hadap muka Afiq Ngok Ngek tu hari hari. Haih,tak nak aku! Kesian,pulak tunang aku nanti rindu aku.' omelku di dalam hati.
Ya dah sebulan juga, aku tak jumpa keluarga Pak Ngah. Atau dengan lebih tepat lagi, jumpa Afiq Ngok Ngek. Aku tak rindu eh cuma teringat je lah!
Selepas kejadian tempoh hari,aku memang bertambah benci dekat dia! Kalau aku jumpa dia lagi, aku rasa dah macam Perang Dunia Ketiga bakal bermula!
??????
''Morning,papa,mama!'' kata aku ingin menegur dua insan kesayangan dihadapannya ini.Aku tersenyum melihat mereka.
''Morning,Fiq,Fiq nak makan apa? Mama ada buat nasi lemak,kamu nak?'' soal Puan Zulaikha kepada Afiq Raihan.
''Boleh jugak,ma. Nanti ada meeting tak ada la lapar pulak'' kata Afiq Raihan. Dia tersenyum keriangan.
Tangannya dihulurkan bagi menyambut pinggan yang berisi nasi lemak buatan khas mamanya.
''Fiq,dah jumpa ke pengganti Kak Zahra, papa takut kamu tak cukup tangan saja nak urus hal syarikat. Papa tahu kamu ada Adam tapi dia tu pun sibuk jugak'' soal Encik Zhafran inginkan kepastian.Dia risaukan anaknya kepenatan nanti.
''Oh,Fiq, ada minta tolong Adam buat temuduga untuk cari pengganti Kak Zahra,papa jangan risaulah. Fiq ok jer. ''jelas Afiq Raihan dengan nada tenang.
Dia sudah sedia maklum tentang ketiadaan Kak Zahra sebab tu dia mintak tolong Adam awal awal.
''Kalau macam tu, tak apalah.Papa harap kamu jumpa la dengan pengganti Kak Zahra tu.Papa bukan apa, papa rasa Kak Zahra je yang tahan dengan perangai workaholic kamu tu" seloroh Encik Zhafran. Dia tergelak kecil.
''Ish, abang ni mana ada Fiq workaholic, anak mama baik kan?'' bidas Puan Zulaikha.
Dia cuba menegakkan benang yang basah. Padahal,dia sudah sedia maklum dengan perangai anak terunanya yang satu ni.
Afiq Raihan hanya mengangguk.Dia tersenyum melihat kebahagiaan keluarganya.
'Haih, siapa la pengganti Kak Zahra..Tak sabar aku nak jumpa' getus hati Afiq Raihan.
Padahal, dalam otaknya macam macam dah dia fikir untuk mengenakan pengganti Kak Zahra. Kesian pengganti Kak Zahra!
??????
'Betullah kan ni alamatnya. Mana pulak Aira ni.' omel aku perlahan.
Aku tercari cari kawan karib aku,Aira. Tapi, kalau ikutkan ini lah rumahnya! Tanpa berlengah-lengah,aku memberi salam kepada pemilik rumah.
''Assalamualaikum..'' laung aku beberapa kali. Ingin saja aku terjah masuk rumah ni kalau ikutkan tapi bawa bersabar Anis!
Pintu rumah itu terbuka sikit.Terjengul kepala insan yang amat dikenalinya tu. Insan itu tersenyum sumbing dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
''Memang nak kena minah sorang ni, punya lama aku bagi salam.Baru kau nak keluar! ''marah aku kepada Aira Adlina .
''Sorry la Anis, aku masak tadi tu tak dengar. Kan aku dah bagi alamat?'' terang kawan karib aku , Aira.
''Yelah, tak nak ajak aku masuk ke? Nak biar je ke aku tunggu kat luar ni sampai esok pagi?''balas aku dengan nada memerli.Sarkastik betul aku ni Kan.
Aira menjulingkan matanya keatas. Dah mula dah, minah ni nak mengamuk. Nasib la aku ni kawan kau tau. Kalau tak, dah lama aku cepuk kau ni.
''Alah, yelah jomlah masuk.Maaf la buat kau tunggu lama kat luar ni.'' kata aku dengan nada memujuk.
Takut lah kalau Anis merajuk ke apa. Bukan apa, perangai kawan aku ni kadang tak betul sikit. Hahaha
''Ha, taupun nak ajak masuk.Aku ingatkan kau nak biar aku kat luar. "kata aku lagi.
Maklumlah, kalau bukan kerana kawannya, Aira, sudi bagi dia tumpang tidur dirumahnya memang alamatnya dia kena tidur rumah Pak Ngah la! Tak sudi dia duduk serumah dengan Afiq Raihan!
Lagipun, dia hanya berniat untuk bergurau dengan kawannya,Aira. Tapi,macam sebaliknya pulak yang jadi.
''Aira, aku gurau je pun, kau janganlah ambik hati tau! Kau tahu kan perangai aku macam mana!'' ujar aku tiba tiba untuk melegakan situasi tegang antara aku dengan Aira.
Aira tergelak terbahak bahak.Bukannya, dia tak tahu yang Anis berniat untuk bergurau. Tapi, sengaja dia berdiam diri untuk mengenakan Anis Raihanna balik.
Aku termangu sekejap. Oh,baru dia perasan yang Aira mengenakannya kembali.
''Aku tahulah, Anis! Kau ni!''ujar Aira lalu sambung gelak.
''Hish, kau ni, aku ingat kau marah tadi!'' ujar aku lagi.
''Apalah kau ni. Hah,cepatlah citer pasal majlis tunang kau hari tu!Kau dah janjikan." ujar Aira membuatkan aku teringat janji aku padanya.
Ya, memang aku ada berjanji untuk menceritakan majlis tunang aku sebulan yang lalu. Itupun, sebab Aira tak dapat datang majlisnya hari tu kerana terpaksa bekerja.
''Ya, sabarlah aku penat ni wei." kata aku menjelaskan. Serius memang tengah penat gila ni!
''Kalau macam tu takpalah, kau rest la dulu. Biar aku tolong kau angkat barang. Bilik kau sebelah bilik aku. ''balas Aira.
Kesian, kawan aku sorang ni! Apa punya kawan la kau ni Aira! Aira memarahi dirinya.
Anis hanya mengangguk perlahan.
''Esok aku cerita kat kau eh? Sorry. '' kata aku.
Aku memang bertuah ada kawan yang memahami macam Aira ni. Aku sayang kau Aira!
??????
Aku termenung sendirian. Aku rasa aku dah mula sayangkan kau, Anis Raihanna.
Sepanjang sebulan dia bertunang dengan Anis Raihanna. Tidak sekali pun, gadis itu mengambil kesempatan ke atas hartanya.
Walaupun dah berkali dia bertegas ingin belanja gadis itu, namun gadis itu tetap menolak.
Sejujurnya, itulah perkara yang menyebabkan dia jatuh sayang pada Anis Raihanna.
Sikap gadis itu yang bersederhana dan selamba turut membezakan dia daripada gadis lain yang gedik dan selalu mengambil kesempatan ke atasnya.
''Apalah kau buat sekarang ni kat sana,Anis. Aku harap kau dapat kerja tu sebab aku tahu kau bekerja keras untuk kerja tu. Aku doakan kau berjaya Anis!'' doa aku didalam hati.
Ya, aku sedia maklum tentang Anis yang berada di KL untuk mencari pengalaman bekerjanya kerana Anis sendiri yang memberitahunya.
Aku yakin yang Anis akan menjaga dirinya sebagai tunang aku. Aku tahu yang gadis itu akan tetap setia bersama aku.
Walaupun, kadang kadang aku rasa aku bertepuk sebelah tangan. Tapi,kau tetap akan jadi milik aku Anis!
Aku cintakan kau, Anis Raihanna!
??????
Aku melangkah laju ke dalam office. Hari ni mungkin aku menjadi sibuk kerana temuduga yang akan aku sendiri yang uruskan!
''Selamat pagi, Encik Afiq.Temuduga akan dijalankan dalam 10 minit lagi. ''kata Husna yang merupakan pembantu peribadi Adam.
Ya, dia 'pinjam' sekejap pembantu peribadi Adam memandangkan dia masih belum menemukan pengganti Kak Zahra!
''Oi, Han! Awal sampai! 10 minit lagi kan.'' kata Adam yang merupakan kawan karibnya.
Adam Syahmi turut membantunya mencari pengganti Kak Zahra. Yelah,kalau dia tak tolong macam mana dia hendak buat kerja kalau pembantu peribadinya itu dipinjam oleh Afiq Raihan!
''Saja aku datang awal,tak sabar aku nak jumpa pengganti Kak Zahra! ''ujar aku teruja. Aku tersenyum nakal.
''Aku pun tak sabar nak jumpa kau punya PA yang baru! Mana tahulah, cun ke boleh aku mencuba!'' balas Adam Syahmi.Dia tergelak kecil.
Aku hanya menyertainya ketawa.Aku sendiri tertanya tanya siapakah yang akan menjadi pengganti Kak Zahra.
Yang aku tahu, habislah dia! Aku ketawa sinis.
??????
Aku terkejar-terkejar untuk sampai ke destinasi. Yelah, aku terlewat bangun pagi ni. Dah lah, hari ni ada temuduga!
Ini semua sebab dia rasa bersalah terhadap Aira kerana tak dapat melunaskan janjinya.Hingga menyebabkan dia tidur lewat semalam kerana bercerita tentang majlis pertunangannya tu.
Tu lah kau, inilah padahnya! Lagipun,Aira dah cakap kau boleh cerita kat dia malam ni tapi kau lah ketegaq sangat!
'Tolonglah cepat sampai. Ya Allah, mudahkanlah urusan hambaMu ini' doa aku sejak dari tadi.
Usai sahaja, dia sampai ke destinasi yang dituju. Dia melihat bangunan yang besar dihadapannya ni.
Tertulis sesuatu di bangunan besar itu.
'Z Holding Sdn Bhd'
Dia membaca nama syarikat yang tertera di bangunan itu.
'Ya,betullah ini syarikat yang aku mintak tu' omel aku perlahan.
Seraya itu, aku melangkah ke dalam bangunan besar itu. Aku pergi ke kaunter pertanyaan.
''Urm, boleh saya tahu mana tempat temuduga untuk jawatan penolong peribadi CEO syarikat ini.'' soal aku lembut kepada gadis didepannya ini.
Tertera nama gadis itu dibajunya.
'Sofea Atilia' omel aku perlahan.Sedap nama dia.
''Oh,boleh saya tahu nama cik apa?'' soal Sofea Atilia.
''Nama saya Anis Raihanna binti Zahid'' jawab aku lembut.
''Oh,temuduga tu ada di tingkat 5,cik. Nampaknya tak lama lagi,giliran cik. Baik cik cepat" terang Sofea Atilia dengan nada risau.
''Oh,terima kasih'' balas aku.
Aduh, habislah aku! Aku berlari lari anak menuju ke lif berdekatan. Sebaik sahaja, pintu lif terbuka aku terus memboloskan diri kedalamnya.
Butang nombor 5 ditekan pantas.
Aku membetulkan pakaian aku sepantas yang mungkin. Penampilan itu penting!
Tidak lama kemudian,aku sampai ke tingkat 5. Aku bergegas ke tempat yang ramai orang tu. Mungkin itu,tempatnya!
Baru sahaja, aku ingin merehatkan diri di bangku yang disediakan. Nama aku dipanggil.
'Anis Raihanna binti Zahid!'
'Ya saya!' Aku menjerit.
Serentak, semua orang di situ memandang aku. Aduh,malunya!
Lantas, aku menuju ke arah petugas yang memanggil aku.
Dia menyuruh aku masuk.
'Relaks,Anis..Kau boleh! Kau boleh dapat kerja ni!' getus hati aku.
Aku meyakinkan diri aku.
Aku melangkah masuk.Nampaknya ada dua orang lelaki yang bakal menyoal aku.
Aku mengambil tempat dihadapan mereka. Nafas aku tarik dalam dalam untuk menumpukan perhatian.
Muka kedua dua lelaki itu terselindung di sebalik fail resumenya. Mungkin,sedang meneliti fail miliknya.
Aku berdehem perlahan untuk menyedarkan mereka berdua tentang kehadiran aku disini.
'Ehemm' aku berdehem.
Kedua dua mereka bagai tersedar dari mimpi menoleh ke arah aku.
Aku terpempan. Macam tak percaya dengan apa yang dilihat.
''Kau?!'' serentak aku dan dia berkata.
Nampaknya, Perang Dunia Ketiga bakal bermula.
Ini semua kerana lelaki itu ialah Afiq Raihan!
Share this novel