empat puluh enam

Romance Series 207093

"Shira.." suara Khalish dari ruang tamu kedengaran memanggilnya. Shira pantas membawa segelas susu bersama sebelum melangkah keluar dari dapur.

"Ye.. ade apa panggil Shira ni?" soalan dilontarkan pada Khalish di sofa, leka membelek phone di tangan tanpa langsung memandangnya.

"Ni susu yang abang nak. Minumlah." pelawa Shira setelah gelas di letakkan di atas meja dan duduk bersebelahan si suami.

"Hmm." balas Khalish tanpa memandangnya. Gelas berisi susu suamnya dibawa ke bibir.

"Abang wassap sape tu? Dari tadi lagi.. kusyuk semacam je Shira tengok. Awek ye? Abang jangan macam-macam.." terjenguk-jenguk kepalanya ingin melihat skrin phone Khalish tetapi yang dia lihat hanyalah hal berkaitan kerja, kerja dan kerja saja.

Fuhh.. nasib baik.

"Jangan sibuklah." balas Khalish pula. Kedengaran menyampah.

"Ala.. Shira tanya je pun. Ni. Abang panggil Shira kenapa ni? Rindu? Nak kiss? Ke.. abang nak peluk Shira ha? Cepatlah." terangkat-angkat keningnya mengacah Khalish. Mengada.

"Okay la. Biar Shira yang hug abang." Lengan Khalish di sebelahnya dipeluk sambil melentokkan kepala manja. Siaran di kaca tv hanya dibiarkan terbuka tanpa langsung menarik minat sesiapa.

"Ouh ye." phone lantas diletakkan ke bawah. Wajah berpaling menatap si isteri di sebelah.

"Ikut abang." tergantung.

Shira mengeluh perlahan dengan senyuman sebelum sebelah tangan naik mengusap lembut rahang Khalish.

"Kan Shira dah pesan dekat abang.. cakap tu jangan separuh-separuh. Mana la Shira nak faham... Hmm?" bagaikan berkata-kata dengan kanak-kanak saja tuturnya.

Tangan tadi turun dan kembali memeluk lengan Khalish semula.

"Okay. Abang cakap semula apa abang nak cakap tadi. Shira nak dengar.. tak mau tergantung macam ni. Okay, hurry." Shira menatapnya dengan senyuman, suka dia apabila melihat wajah tak suka Khalish dengan permintaannya.

"Fine." Khalish memandang Shira dan diam sebentar. Merangka ayat mungkin.

'Haih. Patutlah susah nak berbual.. cakap pun macam nak tak nak je.' desis hati Shira.

"Shira ikut abang.. am.. sebab I need to attend some urgent meetings and an event. PD. Esok. Tiga hari." jawapan Khalish meletuskan ketawa kecil Shira.

Nampak betapa payahnya suaminya itu mahu berkata-kata panjang. Tak mengapa, dia akan cuba membiasakan Khalish.

"Seriously?! Yeay! Kita boleh la dating nanti kan bang? Kiranya boleh jadi honeymoon kita jugak la kan.." teruja saja wajah Shira apabila mendengar bicara Khalish.

"Hmm yela tu.." balas Khalish malas.

"Ish.. abang ni.. kenapa? Abang tak nak ke? Ke.. abang nak bawak Shira pergi sana supaya boleh teman abang je? Nanti mesti abang tinggalkan Shira sorang-sorang kan? Abang pulak pergi kerja, macam tu? Tak best lah.." desak Shira pula.

"Haih.. sayang.. you don't get it right?" Khalish mengeluh berat sambil bersilang kaki. Tangan kanannya naik melingkari pinggang Shira dan menariknya rapat.

"Apa yang Shira tak faham?" rengeknya manja. Sengaja wajah dicemberutkan, ingin Khalish memujuknya.

"You know.. hmm... husband and wife stuff?" Khalish bertutur tanpa memandang Shira yang menatapnya bingung. Belakang tubuh Shira diusapnya perlahan.

"Emm.. maksud abang apa?" tanyanya lagi. Polos.

"Sayang kata nak pergi honeymoon kan..?" Shira mengangguk mengiakan.

"So dah ready?" tanya Khalish beku. Mata beralih pandang, bertentang dengan Shira.

"Ready? Ala.. Nanti Shira kemaskanlah baju, apa masalahnya? Esok kan kita nak pergi? Sempat je lagi." balas Shira. Naif.

Uurgh..

Khalish menjelingnya dan menggeleng perlahan.

"Kenapa?! Cuba cakap betul-betul. Orang tak fahamlah!" bengang dengan sikap tak jujur Khalish, kolar baju Khalish ditarik manja agar menatapnya kembali.

"Want me to tell you the truth? Fine." lengan Shira ditariknya agak kuat sehingga tubuh wanita itu beralih tempat, jatuh ke ribanya.

Belakang Shira ditariknya agar melekap pada tubuhnya.

"I want to have sex with you hon.." bibir Khalish mula meliar ke leher Shira tiba-tiba.

Membulat mata wanita itu dengan perlakuan Khalish. Kedua tangan naik menahan bahu Khalish dari menariknya rapat.

"Tap-tapi.. am.. Shira tak.. tak.." Terkejut, tersekat-sekat nafasnya apabila Khalish mula mengucup bibir dan wajahnya berkali-kali.

"Ishh.. tak- tak nak la bang.. Aa.." terkial-kial dia menolak tubuh Khalish agar menjarakkan mereka.

"Haish.. jangan kacau la yang.." kedua tangan Shira cuba dipegang agar tak menolaknya. Tubuh si isteri di bawa rapat lagi, memudahkan kerjanya.

Deringan phone Khalish menyentakkan si tuan. Kucupan terakhir Khalish diakhirkan dengan menggigit lembut kedua ulas bibir yang mulai kemerahan itu. Geram.

"Stay." arahnya apabila Shira mahu bangun dari ribaannya. Tangan memeluk pinggang Shira dan wanita itu menjatuhkan kepala pada leher jinjang Khalish.

'Okay.. mungkin boleh dah kot nanti.. hihi' gumam hati wanitanya.

Panggilan kerja Khalish dijawab serius.

~~~~~~~~~~~~~~~

Si suami di sebelah diperhatinya dari tadi. Cool!

Dia yang menggayakan Khalish pagi tadi. Sudah seperti orang k-pop gituw. hihi.

Mereka bertolak setelah bersarapan di rumah mertua Shira, Bob pula ditinggalkan mereka di sana sepanjang tiga hari ke PD.

"Stop staring at me dear." ujar Khalish tanpa memandangnya. Ketawa kecil Shira apabila perbuatannya ditangkap.

"Tak ade la.. abang nampak handsome sangatlah. Cair Shira..hehe" pujinya ikhlas.

"Hmm.." balas Khalish dingin. Tetapi Shira sedikit pun tidak terasa, sudah biasa dengan layanan si suami.

Khalish berhenti sebentar di stesen shell untuk mengisi minyak kereta sebelum memulakan perjalanan mereka.

"Abang!.." Khalish ditahannya sebelum lelaki itu keluar.

"Hmm?" Tanya Khalish.

"Abang perasan tak kereta tu?" tunjuknya ke arah sebuah kereta navara hitam yang agak jauh dari mereka.

"Kenapa dengan kereta tu?" tanyanya pula seraya memandang ke arah yang ditunjukkan Shira.

"Shira rasa macam kereta tu la yang dekat perumaham kita dulu.." adu rasa gundahnya pada si suami. Wajah Shira kerisauan sambil sesekali memandang ke arah kereta tersebut.

"Ahhh.. pasti ke nombor plat kereta tu?" tanya Khalish padanya.

"Tak.." mendung wajah Shira. Tangan memegang lengan baju Khalish, tak mahu lelaki itu keluar.

Tiba-tiba ada satu kereta berhenti di belakang kereta mereka, menunggu giliran.

"Abang nak isi minyak dulu. Hmm? Tunggu sini." tangan Shira di lengannya dilepaskan sebelum keluar dari kereta dan selesaikan urusannya. Sesekali kereta tadi dikerlingnya.

Seorang wanita dan seorang budak lelaki dalam 4 tahun keluar dari kereta tersebut dan ke bahagian tealive di sebelah.

Seorang lelaki dalam lingkungan akhir 30an pula kelihatan apabila tingkap yang agak gelap itu diturunkan. Menghisap rokok.

Selesai mengisi minyak, Khalish kembali ke dalam kereta dan mula memandu. Shira di sebelah dikerlingnya.

"Jadi.. itu dia ke? Sengaja Khalish bertanya walaupun memang nampak mustahil jika lelaki itu adalah lelaki yang dimaksudkan Shira.

"Hmmm.. perasan Shira je kot. Mungkin kereta yang sama je. Tak apalah.." balasnya pula. Was-was. Senyuman cuba ditayangkan pada Khalish bagaikan dia tak apa-apa saja.

"Okay.. baguslah. so jangan risau-risau dah. Hmm?" peha kanan Shira diurutnya perlahan.

Wanita itu mengangguk mengiakan.

~~~~~~~~~~~~~

"Kan aku dah kate.. mesti dia percaya punya. Kau tak payah risau lah." Rizal tersenyum sinis sambil menghembuskan asap rokoknya ke luar seraya memandang si rakan di belakang.

"Baguslah kalau macam tu. Untung kau bawak bini dengan anak kau jugak kan? Dapatlah selamatkan aku." si rakan menepuk bahu Rizal dengan ketawa kecil.

"Anything for you bro." balasnya dengan ketawa kecil.

"Tapi dorang dah bla tu. Tak hilang jejak ke? Kau tahu diorang akan tinggal dekat mana?" Rizal bertanya lagi.

Risau juga kerana kereta pasangan itu sudah berlalu pergi meninggalkan mereka.

"Pasal hal tu.. kau tak payah risau. Aku dah check dekat si Sidiq tu hotel dorang dekat mana." jawabnya. Wajah lelaki itu puas dengan rancangannya kini.

Sedikit je lagi...

Senyumannya makin meleret apabila memikirkan jika perkara seterusnya akan turut berjaya.

"Nanti aku turunkan kau dekat hotel berdekatan situ. Ke.. kau nak tinggal dekat hotel yang sama? Senang sikit nak ehem ehem." Rizal memberi cadangan seraya ketawa besar dengan pemikiran kotornya.

"Hahaha. Kau ni lah.. nanti aku fikir macam mana. Kau turunkan je aku dekat satu homestay ni. Aku nak tinggal dekat situ je. Jauh sikit dari orang ramai.." ujarnya.

"Aku tak kisah Yen.. asalkan jangan salah langkah cukuplah "kata-katanya terhenti apabila isteri dan anak Rizal tiba.

Puntung rokok yang hampir habis dihisap itu dibuang saja dari tingkap sebelum memulakan perjalanan mereka seperti biasa.

"Thanks Zal.. Kau boleh la enjoy dengan Kak Izah, aku pulak dengan dia. Hahaha." ketawa mereka bersatu.

I can't wait.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience