BAB 20

Horror & Thriller Completed 9981

-12 tengah hari-

Joan kini tinggal seorang diri. Serangan mengejut daripada Tsukiko menyebabkan kesemua anggota polis rebah tak bernyawa. Pistol di tangan Joan juga terlepas. Tsukiko sudah menghalakan pisaunya yang berdarah itu ke arah Joan. Memberi amaran supaya tidak melakukan apa-apa. Joan mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah.

"Cangkung," arah Tsukiko.

Joan mencangkung. Tidak membantah. Dia sudah pun menelefon pihak polis menghantar bantuan. Makanya dia tidak perlu risau. Dia hanya perlu menunggu sehingga pasukan polisnya tiba.

"Kau tau tak Hazaki tu pembunuh?" tanya Tsukiko.

Joan hanya mengangguk. Bagaimana Tsukiko boleh tau?

"Tapi dia terlepas dari hukuman mahkamah. Betul?" tanya Tsukiko lagi.

Sekali lagi Joan mengangguk.

"Kenapa kau bekerjasama dengan dia? Dia tak layak diberi peluang hidup. Kau kenal kan Chenta? Dia yang bunuh," kata Tsukiko sedikit tegas.

Joan mengangguk. Dia mengerti semuanya.

"Ketua polis yang mengarahkan saya supaya bekerjasama dengan dia untuk memberkas kalian. Saya pada mulanya bantah tetapi ketua polis bertegas untuk melantik Hazaki menyertai operasi ini," kata Joan jujur. Dia perlu melengahkan masa secepat mungkin.

"Siapa nama ketua polis?"

"Mogore,"

"Kau tau kenapa dia ambil Hazaki juga?"

"Tak tau. Tapi dia tak nak beritahu aku. Aku hanya ikut arahannya saja," ujar Joan.

"Kalau kalian bekerjasama, sanggupkah kalian mati bersama-sama?" Tsukiko menanyakan soalan maut.

Joan terkunci mulut. Tidak tahu hendak memberikan jawapan apa kerana Hazaki sudah mula berubah perlahan-lahan.

"Kalau kau diam aku anggap ya," kata Tsukiko sambil memegang pisaunya yang berlumuran darah itu.

"Tak," jawab Joan.

"Lambatnya jawab. Kau dah mula anggap dia sebagai rakan sepasukan engkau ke?"

"No,"

Banyak tanya pula minah ni. Kutuk Joan di dalam hati.

"Kalau aku lepaskan kau, kau akan buru aku lagi?"

"Itu tugas seorang polis," jawab Joan tegas.

Perlahan-lahan Tsukiko berjalan ke arah Joan.

*****

-12.30 tengah hari-

Kedengaran bunyi siren polis semakin bertambah. Tsukiko cepat-cepat mendapatkan adiknya Yukiko.

Bunyi guruh memeranjatkan Tsukiko. Dia berasa tidak sedap hati. Dia melajukan langkahnya.

Groom!

Bunyi guruh kedengaran. Menandakan hari akan hujan.

Alangkah terkejutnya Tsukiko apabila mendapati adiknya terbaring kaku di atas tanah. Di manakah Hazaki? Tsukiko melihat darah-darah seperti diseret ke arah kiri. Tsukiko tidak mahu mengejar Hazaki, dia lebih mementingkan keselamatan adiknya.

"Yukiko, boleh dengar tak?" panggil Tsukiko berulang kali.

Yukiko tidak menjawab. Mustahil dia tertidur.Tsukiko terpandang pada belakang badannya, seakan-akan ada darah yang mengalir. Tsukiko mengalihkan badan Yukiko menghadap secara mengiring, alangkah terkejutnya Tsukiko apabila beberapa lubang wujud di belakang badan Yukiko akibat tikaman secara melampau.

"Yu...Bangunlah..Ni kakak," kata Tsukiko sebak.

Kedengaran bunyi tapak kaki polis berderu-deru masuk ke hutan. Tsukiko tahu dia tidak mempunyai masa yang mencukupi!

Tsukiko memegang perut Yukiko dan matanya ditutupkan rapat. Tsukiko mencium mayat adiknya di dahi sebelum berlari dari situ.

2 minit kemudian, pihak polis menjumpai Yukiko yang sudah terkaku mati akibat dibunuh oleh seseorang.

"Hazaki tikam dia," kata Joan sedikit sedih.

"Mana Hazaki? Cari dia juga!" arah Mogore.

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience