21

Romance Series 93217

Ezmal sengaja memakirkan keretanya jauh dari kawasan perumahan Ramona. Niatnya ingin membuat kejutan terhadap tunangnya itu. Sebentar tadi dia ada menghubungi Ramona bertanyakan di mana lokasi gadis itu berada dan kata Ramona dia sedang di dalam perjalanan pulang ke rumah. Jadi peluang yang baik untuk dia memberi kejutan kepada gadis itu. Ezmal tersenyum sendiri. Beberapa keping fotonya bersama Ramona ditatap. Timbul perasaan rindu di hati kecilnya. Ezmal tahu selama ini dia terlalu bersikap dingin terhadap Ramona. Malah lebih menyedihkan, dia langsung tidak menjaga hati dan perasaan gadis itu. Jadi untuk hari ini, Ezmal bertekad untuk menebus kembali akan kesalahannya dirinya. Fikirnya sudah tiba masanya untuk dia dan Ramona berbincang mengenai hala tuju hubungan mereka. Lagi pula dia sudah bersedia untuk memperisterikan Ramona apatah lagi selepas melihat kebahagiaan yang telah dikecapi Aayra dan Harraz.

Sedang Ezmal melayani gambar - gambar di telefon bimbitnya, tiba - tiba sebuah kereta Mini Cooper S R56 berwarna merah melintasi keretanya. Ezmal menguntum senyum. Dia mula menghidupkan enjin keretanya lalu membontoti kereta Ramona menuju ke rumahnya. Namun sebaik tiba di hadapan guard house, tiba - tiba keluar seorang lelaki dari kereta tersebut.

“Yasir!!!" Nama itu terpacul dari bibirnya. Ezmal mula dipagut perasaan curiga.

Seketika kemudian kereta itu mula hilang di sebalik palang besi yang memisahkan jarak mereka. Ezmal masih tidak berpuas hati. Dia harus ambil tahu apa yang sedang terjadi saat ini. Bersama rasa curiga yang menebal di dalam dirinya, Ezmal segera membuka dashboard keretanya lalu access card pintu masuk ke rumah Ramona dikeluarkan. Kurang dari 5 minit, kini kereta Ezmal sudah siap sedia terpakir di dalam sebuah petak khas yang telah disediakan. Mujurlah dia diberi keistimewaan untuk mengakses kondominium itu. Jika tidak pasti dia tidak dapat menjejak langkah Yasir dan Ramona. Ezmal menarik nafas panjang sebelum langkah kakinya diatur menuju ke hadapan pintu lif. Dia harus bertindak pantas jika mahu mencari sebuah jawapan.

Ezmal menyusun langkah dengan penuh hati - hati menuju ke hadapan pintu rumah Ramona. Saat ini pintu grill rumahnya sedang terbuka. Ini menandakan Ramona dan Yasir sedang berada di dalam. Bersama dengan perasaan yang membara, Ezmal cuba untuk membuka pintu hadapan rumah Ramona tetapi malangnya pintu itu telah dikunci dari dalam. Sebuah keluhan lahir dari bibir Ezmal. Namun dia tidak mengalah. Ezmal cuba mencari idea bagaimana untuk membuka pintu tersebut. Segala kad yang berada di dalam wallet nya dikeluarkan lalu dia cuba mencungkil pintu itu secara perlahan - lahan.

Untuk percubaan yang pertama, Ezmal gagal. Namun berbekalkan kecekalan di hati, dia mencuba lagi dan akhirnya pintu itu terbuka. Suasana di dalam rumah itu agak sunyi sepi. Tiada tanda - tanda seperti Ramona dan Yasir sedang berada di ruang tamu itu. Tiba - tiba telinga Ezmal seakan dapat menangkap bunyi tawa manja Ramona dari dalam bilik. Jantungnya berdegup kencang. Entah mengapa, hatinya terasa bagaikan terbakar lalu tanpa membuang masa Ezmal mendekati bilik itu. Telinganya ditekapkan di hadapan muka pintu. Ezmal cuba mencuri dengar perbualan di antara Ramona dan Yasir.

“B, janganlah gelojoh. Sabarlah kejap." Rengek Ramona.

“Mana boleh sabar. Dah lama I tak dapat. Lagipun I geramlah tengok you sekarang ni. Too sexy too handle. It's make me so horny." Balas Yasir menggoda.

Bagai mahu pecah jantung Ezmal saat mendengarkan perbualan dua merpati sejoli itu. Serta merta tubuhnya terasa menggigil. Peluh dingin mula memercik keluar dari dahinya. Berbekalkan rasa amarah di hati, sepantas kilat pintu bilik itu ditolak dengan sekuat hatinya. Kini terpampang di hadapan matanya kedua insan yang cukup disayanginya selama ini sedang duduk berdua - duaan dalam keadaan yang sungguh mengaibkan. Tiada seurat benang pun yang menutupi tubuh mereka. Sungguh Ezmal terkedu.

Buntang mata Ramona dan Yasir saat melihat Ezmal sedang berdiri tegak di hadapan mereka. Wajah lelaki itu kelihatan bengis sekali. Sepantas kilat Ramona yang sedang duduk di atas tubuh Yasir merangkak turun lalu dia menarik selimut tebal menutupi tubuhnya. Wajahnya sudah mula kepucatan. Yasir juga turut sama mencapai baju dan seluarnya lalu dia mula berura - ura mahu meninggalkan bilik itu namun belum sempat kakinya melangkah, tangan Ezmal lebih pantas menahan sekaligus satu tumbukan padu hinggap di wajahnya. Akhirnya Yasir jatuh terduduk menyembah lantai.

“Apa yang korang berdua sedang buat ni?? Dah lama ke korang buat perangai macam ni??" Jerkah Ezmal kuat.

Ramona terkedu. Tubuhnya mula menikus di tepi bucu katil. Serta merta air matanya jatuh berguguran dek terlampau ketakutan. Seumur hidupnya belum pernah dia melihat Ezmal mengamuk seperti itu.

“Aku tanya ni. Jawablah!!! Aku datang sini bukan nak dengar tangisan kau tu!!!" Sekali lagi Ezmal menjerkah Ramona dan Yasir.

“Sa.. Sa.. Sayang. Let me explained. Semua ni salah faham je." Ramona cuba bersuara dalam keadaan takut - takut.

Ezmal tersenyum sinis. Dia mula mendekatkan jaraknya dengan Ramona lalu tubuhnya ditundukkan sedikit menghadap wajah perempuan itu.

“Salah faham kau cakap?? Dalam keadaan diri kau naked macam ni kau still boleh cakap yang semua ni hanya salah faham??? Hey, perempuan!! Kau nak memperbodohkan aku ke apa sekarang ni? Kau ingat aku ni bodoh sangat ke hah??" Ramona terus - terusan diherdik.

“Please sayang. Give me a chance to explained. I do love you so much. Trust me!!" Rayu Ramona lagi.

“Pergi mampus dengan cinta kau tu Ramona!! Setelah apa yang aku nampak depan mata aku sekarang ni, kau rasa kau berhak ke dapat peluang tu??" Soal Ezmal sinis.

Kini langkah kaki diatur menuju ke arah Yasir pula. Kolar lelaki itu dicekak lalu serangan bertalu - talu diberikan kepada Yasir. Yasir cuba mempertahankan dirinya lalu dia turut bergelut sama dengan Ezmal. Tumbukan silih berganti. Ramona mula cemas. Dia cuba untuk menghentikan pergaduhan itu namun percubaannya gagal sebaliknya tubuhnya langsung ditolak kuat sehingga dia jatuh ke atas Yasir.

Ezmal merengus geram lalu dengan rasa amarah yang masih berbaki dalam dirinya, dia segera menumbuk dinding kamar Ramona dengan sekuat - kuat hatinya. Darah pekat mula mengalir dari celahan jari - jemarinya. Tanpa menunggu lama, Ezmal bergegas keluar dari situ dengan perasaan yang bercampur baur. Tidak semena - mena, air mata kejantanannya mengalir laju membasahi pipi. Sumpah dia kecewa. Jujur Ezmal katakan, dia masih boleh menerima kenyataan itu sekiranya perkara ini terjadi di antara Ramona dan lelaki lain. Tetapi ianya terlalu menyakitkan apabila mengetahui lelaki itu adalah adik kandungnya sendiri. Sungguh teganya hatu Yasir mengkhianati abangnya sendiri. Betapa hancur luluh hati Ezmal saat ini. Bersama hati yang hancur, Ezmal segera berlalu pergi meninggalkan kondominium mewah itu. Jiwanya kosong. Hatinya terluka. Dia perlu pergi dari sini buat selama - lamanya. Sungguh dia tidak kuat. Biarlah masa yang menentukan segala - galanya selepas ini. Dia tidak mahu mengharapkan apa - apa lagi. Cukuplah sekali dan ianya tidak mungkin akan berulang kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience