Chapter 15

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.15 Story Time

Put POV

Hari ini sudah masuk hari ke lima kami berada disini. Mereka semua nampak gembira. Mungkin sebab dengan kawan , rasa gembiranya lain dengan bila bersama keluarga.

Dalam kegembiraan kami ni , aku perasan ada sesuatu yang lain pada Olyn. Dia nampak pucat dan tidak bersemangat. Nampak macam sakit pun ada. Tapi bila aku tanya , dia kata dia okay je.

Aku tak faham lah dengan Olyn ni. Sekejap dia okay , sekejap dia tak okay. Mood dia selalu swing tak kira masa. Kalau dulu pun mood dia selalu swing juga , tapi tak lah teruk macam sekarang.

Malam kelima ini , kami semua mengadakan BBQ yang seperti kami rancang. Kami lakukan BBQ ini agak malam sedikit kerana kami inginkan pantai ini kosong. Bila malamkan semua pelancong dah balik ke bilik mereka , jadi kami bebas buat apa yang kami ingin disini.

"Put , you should try this" Yasmin menyondorkan ayam yang telah dibakar dihadapan mulutku.

"Wait , kau yakin ayam ni dah masak sepenuhnya?" Tanyaku.

Yasmin memberikanku expressi terkejut. "Kau tak percaya kat aku ke?" Tanyanya dengan nada sedih.

Bukan aku tak percaya dengan Yasmin , tapi aku taknak perut aku sakit lepas aku makan ayam ni. Melihat pleading eyesnya membuat hati aku cair.

She's my friend after all..

Aku mengeluh perlahan. "Yelah yelah , aaa" Aku membuka mulutku. Yasmin tersengih. Dia menyuapkan ayam itu ke dalam mulutku. Aku mengunyah perlahan.

"Macam mana?" Tanya Yasmin. Aku menelan ayam yang telah hancur itu. Okay , tekaanku salah.

"It's juicy. Um , Delicious.." Aku mengangguk-angguk.

"Yeayy.." Yasmin menepuk tangan gembira.

*

Aku mendudukkan diriku di sebelah Olyn. Olyn terlihat sibuk memutar-mutar marshmallow. Tapi dalam sibuk-sibuk itu , aku tak rasa fikiran dia ada di sini sebab dia langsung tidak perasan dengan kehadiran aku di sebelahnya. Entah apa yang dia fikirkan pun aku tak tahu. Problem Olyn ni.. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.

"Ehem!" Aku berdehem. Kayu yang berada di tangan Olyn terjatuh menimpa kakinya.

"Sstt.. Panas! Panas! Panas!" Olyn tersedar dari angannya. Dia mengusap-usap kakinya yang tertimpa kayu panas tadi. Aku tak nampak reaksinya kerana dia sedang tertunduk sambil mengurut kakinya.

Ouch.. that must be really hurt.. Aku menggigit lidahku. Rasa bersalah menyelubungi diriku.

"Put?" Aku tersengih sambil menggaru belakang kepalaku yang tidak gatal ini. Olyn membetulkan posisi duduknya. Dia mengambil kayu lain.

"Apa kau buat dekat sini?" Tanyanya. Dia tidak memandangku. Olyn mencucuk marshmallow pada kayu barunya.

Aku berbuat sama seperti Olyn. "Tak boleh ke aku nak duduk sini? Berdosa?" Kayu yang kupegang kutalakan ke arah api.

"Apa kau cakap ni Put. Merepek je.." Olyn membaling satu marshmallow kepadaku.

"Hey! Membazir tu amalan syaitan" Scoldedku. Aku lihat Olyn memutarkan matanya. Aku terkikih.

"I miss you for doing that you know?" Aku melanggar bahu Olyn.

"Buat apa?" Tanya Olyn dengan nada irritated. Dia pura-pura memarahiku.

"Buat tuuuuuu.. Rolling your eyes like a b*tch" Aku mengangkat-angkat keningku. Olyn memandangku dengan pandangan jijik.

"Kau tahu , kau buat macam tu rupa kau sama macam Pervert Oldman" Olyn menahan dirinya untuk tertawa.

"Kyah! Pervert Oldman lagi okay daripada Annoying Nanny kau tahu!" Aku menjelirkan lidahku.

"Oh , sekarang kau nak cakap aku Annoying Nanny lah ni?" Olyn memandangku dengan mata yang dipicingkan.

Aku terkikih , "Eleh , kau ingat kau buat mata macam tu aku takut?"

"Aku tak suruh pun kau rasa takut." Jawab Olyn selamba. Dia meletakkan kayu apinya di stand lalu merenggangkan badannya. Aku terdengar bunyi tulang-tulangnya patah.

"Dah tua dah kau ni ," commentku.

"*Baka , tulang-tulang aku berbunyi menandakan yang aku ni orang sihat. Bukan macam kau , *obaasan." Aku mengembang-ngempiskan hidungku. Obaasan dia panggil aku? -..-

"*Pabo , kau tu *ahjumma" Olyn memberiku death glare

"Nasty oldman ,"

"Creepy ,"

"Childish ,"

"Pokerface ,"

"Mouse ,"

"Clown ,"

"Pedobear ,"

"Cybor-"

Ucapanku terputus apabila aku merasakan pukulan dari belakang kepalaku. Aku menggosok-gosok kepalaku yang sakit. Aku melihat Olyn juga sedang menggosok-gosok kepalanya. Aku ingat dia yang pukul kepala aku..

Kami berdua memandang belakang kami , "Korang ni gila eh? Bergaduh macam budak-budak" Aku menelan ludahku apabila melihat killer glare dari Nad.

"Hehe , Nad.. Mana ada kita orang gaduh. Kita orang bergurau manja jelah , kan Olyn?" Aku menyiku Olyn. Olyn memutarkan matanya. Dia mengangguk perlahan.

"Lain kali , nak gaduh pakai ni." Ainaa menunjukkan dua bilah pisau kepada aku dan Olyn.

"Belum lagi ," Kata Olyn. Aku tertawa kering. Belum lagi eh? Hahaha..

"Olyn plan nak bunuh Put ke?" Tanya Yaya. Dia terkikih.

Fudge..

"Put , tak payah tegang sangat boleh kan? Bukannya Olyn nak bunuh kau betul-betul pun" Mereka semua mentertawaiku. Aku memandang Olyn. Dia terlihat fokus dengan kayu apinya.

"Creepy duh kau ni Olyn ," Kata Alyn.

"Apa aku buat?" Tanya Olyn dengan wajah innocent.

"Reaksi kau tu , hahaha" Kata Yana.

"Reaksi aku?" Olyn nampak clueless.

"Ah , sudah." Kami tertawa. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku perlahan.

*
*

"So.. Ada sesiapa berminat nak kongsi cerita seram?" Iffa memecahkan keheningan. Kami semua saling berpandangan.

"Nak kena ada jugak ke cerita-cerita seram ni?" Tanya Alyn. Dia merapatkan dirinya dengan Ainaa.

"Mestilah , kalau tak ada cerita seram , campfire kita tak akan menjadi!" Kata Nabihah.

"Anyone?" Tanya Iffa.

"AKU! AKU!" Ani mengangkat tangannya dengan penuh semangat.

"Okay , Ani. Let's begin"

"Cerita ni dialami oleh akak aku sendiri masa dia dekat asrama dulu. Masa tu dia baru form 1. Biasalah , kalau duduk asrama kan mesti senior-senior akan ceritakan cerita 'hantu' untuk takutkan para junior.." Ani memulakan ceritanya. Dia memandang kami semua.

Aku merasakan bulu romaku menegak. Haish , stay cool Put. Nanti kalau dorang nampak aku takut macam ni , tak pasal-pasal aku kene gelak. Lagi-lagi dengan Engku si kaki troll tu.

"Satu malam tu , dorang berkumpul dalam bilik senior dekat aras 2. Ada 6 orang junior , termasuk akak aku dan 5 orang senior. Si senior-senior ni pun start lah bercerita macam-macam jenis cerita hantu dekat akak aku dengan tiga orang lagi kawan dia ni.." . Kami semua terdiam. Hanya bunyi ombak dan kayu api terbakar sahaja yang dapat kami dengari.

"Akak aku ni jenis tough. Dia tak percaya dengan hantu or what-so-ever ni.. Jadi sepanjang senior bercerita , dia just diam je."

"Macam kau kan? Hehe ," Aku memandang Yasmin yang duduk di sebelah Ameera. Dia terkikih.

"Shut!" Kami semua scold Yasmin. Yasmin tersengih dengan expression tak bersalah dia.

"Sambung Ani ," Kata Faezah.

"Baik." Ani berdehem. "Malam tu , dalam pukul 12 tengah malam , akak aku terbangun dari tidur dia. Tiba-tiba pulak dia rasa nak buang air kecil. Katil dekat bilik akak aku tu katil double-decker. Akak aku tidur dekat bahagian atas. So masa nak turun tu , dia terbangunkan kawan dia sekali.

Alang-alang kawan akak aku tu dah bangun , akak aku pun ajak kawan dia teman dia pergi tandas. Entah kenapa dia rasa takut semacam.

Disebabkan kawasan koridor terang benderang , rasa takut akak aku tu kurang sikit. Sementara akak aku masuk tandas , kawan dia tunggu dia dekat luar. Akak aku masuk salah satu tandas dan buat apa yang dia nak buat tadi macam biasa.

Time dia keluar tandas tu , dia dengar orang tengah tonyoh baju. Akak aku pun rasa pelik. Yelah , siapa je yang rajin basuh baju tengah malam buta kan? Akak aku teringat salah satu cerita dari senior dia. Tapi akak aku fikir positif , maybe tu pengawas yang jaga dorang kot. Akak aku pun jalan macam biasa.

Tiba-tiba akak aku rasa ada sesuatu yang tarik dia untuk ke tempat membasuh. Akak aku senyap-senyap mengendap dekat tepi dinding and.."

Aku rasa detakan jantungku melaju. Ani memberi creepy-smilenya. Aku memandang rakan-rakanku yang lain. Trio Hanis-Asyiqin-Ain sedang berpelukan , Aleeya menggigit kukunya , Alyn menggenggam tangan Ainaa dan Olyn hanya memasang pokerfacenya.

Cih , typical Olyn.. Aku berkata kepada diriku.

"Dan?" Tanya Adilla.

"Emh , akak aku terkejut tengok satu.. Lembaga tengah gosok kepala dia.. Bukan gosok macam tengah shampoo kepala tau. Korang bayangkan , dia cabut kepala dia and gosok macam tengah basuh baju."

Kami semua gasped. Mulutku menganga besar.

"What the hel- heck!" Inder nyaris mencarut. Dia menutup mulutnya sejurus mengatakan ayat itu.

"Seriously? Ish!"

"Tenang guys belum habis lagi.." Ani giggled. "Akak aku tak kesah bila nampak lembaga tu tengah berus kepala dia , tapi apa yang buat dia tak tahan nak menangis ialah bila kepala tu betul-betul menghadap akak aku sambil tersenyum."

Aku menepuk dahiku. "Yang dia pergi senyum tu kenapa!?" Tanyaku dengan nada marah. Aku terdengar rakanku tertawa.

"Rilex , Put" Olyn menepuk-nepuk bahuku. "Cerita Ani belum habis lagi."

"Akak aku apa lagi , lepas nampak benda tu , dia terus lari keluar tandas. Dia cari kawan dia dekat luar tandas , tapi kawan dia tak ada. Akak aku fikir mungkin kawan dia tu dah balik bilik dulu kot. Akak aku tak tunggu lama , dia terus pecut."

"Damn.." Aku terdengar Nad bergumam.

"Sebab benda tu , akak aku demam sebulan. Dah bawak pergi klinik pun tak baik jugak. Last , bapak aku bawak akak aku jumpa ustaz. Lepas ustaz tu bagi akak aku minum air yang dia dah baca ayat-ayat Al-Quran , baru demam akak aku membaik." Ani menamatkan ceritanya.

"Mesti kepala tu dah lama tak shampoo kan?" Kami tergelak mendengar apa yang dikatakan Ainaa.

"Aku pun ada cerita seram jugak.." Aku memandang Olyn tak percaya.

"*jinjja?" tanya Alyn. Dia memeluk Ainaa lebih erat. Olyn menganggukkan kepalanya.

Olyn? Cerita hantu? Biar betul ni?

Kami semua terdiam. Olyn memandang kami bersilih ganti. Dia mengembangkan senyuman.

"Cerita ni betul-betul berlaku.." Detakan jantung aku kembali melaju. Macam tak percaya. Olyn yang selama ni tough pun pernah kena?

"Ia berlaku hari ni.." Aku menggigit selimutku. Hari ni she said? "Sebenarnya dari tadi aku dah perasan tapi.."

"Tapi?" Kami memandang Olyn pelik.

"Aku taknak bagitahu sebab aku taknak korang semua menjerit kegelian."

"Apa Olyn. Bagitahu lah!" Yaya mendesak Olyn. Dia menggoncang tubuh Olyn.

"Okay okay , tenang.." Olyn memegang tangan Yaya.

"Aku nampak tu.." Olyn menunjukkan sesuatu di pasir. Aku melihat arah yang ditunjuk Olyn. Apa tu..?

"Ew!!! Siapa punya seluar dalam tu!!" Aku melihat dengan betul. Yelah , seluar dalam!

"Ew! Pengotor betul!" Gag Faezah.

"Kau ni Olyn! Mati-mati lah kita orang ingat kau nak cerita pasal cerita hantu! Ish!" Marah Ani. Olyn tertawa perlahan.

"Sorry guys" Dia menjelirkan lidahnya. Aku mendengus perlahan.

Olyn menyikuku perlahan. "Tak payah nak mendengus sangatlah. Dah macam lembu kau tahu?" Dia terkikih.

Malam itu kami habiskan dengan bercerita. Bukan cerita hantu sahaja , malah cerita criminal , misteri dan jenaka juga ada.

Setelah melihat jam sudah pukul 2 pagi , kami semua bergerak balik ke hotel. Semua nampak keletihan.

Aku melihat Olyn. Dia masih lagi duduk di hadapan unggun api yang masih belum terpadam apinya.

"Olyn?" Olyn memandangku dengan kening di angkat. "Jom?" ajakku. Olyn tersenyum. Dia bangun dan berjalan ke arahku. "Seronok eh?" tanyaku.

Olyn menyeluk tangan ke dalam poket hoodienya. "Yeah , I had a fun tonight" Katanya perlahan. "Sejuk lain macam betul malam ni.." Katanya lagi. Aku mengangguk.

Kami berjalan ke hotel. Aku harap keseronokan ini tidak hanya sampai di sini sahaja..

--

*Baka(Jepun) , pabo(Korea) - Bodoh(w/ playful tone)
*Obaasan(Jepun) - Nenek
*Ahjumma(Korea) - Makcik
*Jinjja(Korea) - Betul

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience