Lelaki paling biadap Bab 12

Humor Completed 62706

"Takutlah saya Dato"

"Ala.. relexlah, akukan ada"
Dato sri Hassan kamarudin tersengih memandang peguam syarikatnya sedang duduk di sofa dalam keadaan gelisah

"Ingat said, buat apa yang aku dah rancang, jangan pulak kau silap cakap"
pinta Dato sri Hassan kamarudin dengan wajah serius

"Masalahnya Dato, cubalah tengok gambar anak Tan Sri tu, nak ke farid dengan perempuan macam tu?,"
Kata peguam syarikat encik Said bohkari, wajahnya kelihatan seusia Dato sri Hassan kamarudin

Dato sri Hassan kamarudin melirik anak matanya melihat gambar seorang wanita berpakaian dada terdedah lalu mengusap-ngusap dadanya

"Mengucap panjang aku Said"

"Saya punya mengucap lagi panjang Dato"

"Manalah aku tahu, anak si Tan Sri nie seseksi macam nie"

Said bohkari mengeleng kepala
"Habis tu.. sekarang kan Dato dah tengok, tak akan Dato setuju jugak nak kahwinkan Farid dengan perempuan macam tu"

Dato sri Hassan kamarudin menatap tajam peguam syarikatnya
"Bukan ke zaman sekarang, anak-anak muda suka perempuan seksi?,"

"Ah ah.. kalau Dato offer pada si Fuadlah"
Jawab Said bohkari bersahaja

"Hiss.. kau nie Said"

"Saya cakap jujur je Dato, saya risau belum je apa-apa, Farid tu dah tolak"

"Ala.. kita cuba je, Farid tu gilakan duit"

Tidak beberapa lama kemudian kedengaran Pintu pejabat di ketuk dari luar

"Dia da mai dah Dato"
Kata Said bohkari dengan keadaan resah

"Relex je"
Dato sri Hassan kamarudin menarik nafas kemudian cepat-cepat tangannya menterbalikan gambar di atas meja
"Masuk"

Farid Husin lantas membuka daun pintu pejabat, dahinya berkerut bila melihat ayah dengan peguam syarikat tersengih-sengih memandangnya

"Lain macam je nie"
Bisik Farid Husin hairan

"Assalamualaikum Pakcik Said,"
Ucap Farid Husin tersengih memandang peguam syarikat ayahnya
"Hidup lagi pakcik ya"

Said bohkari menyenget bibirnya
"Waalaikummusalam, Farid ingat pakcik dah mati ke?,"

"Hiss apalah pakcik Said nie, itu doalah pakcik"

"Lain macam je doa kau tu farid"

Farid Husin tersengih lalu duduk di sofa mengadap Said bohkari kemudian mengalih pandangan ke arah Ayahnya

"Kenapa nie ayah?,"
Tanya Farid Husin

Dato sri Hassan kamarudin lantas berpura-pura mengeluh dengan wajah yang resah dah gelisah
"Begini Farid.."
Dato sri Hassan kamarudin terdiam seketika berpura-pura mengusap wajahnya
"Berat hati ayah nak cakap"

wajah Farid Husin berubah hairan
"Apa nie Yah, buat Farid bimbang je?,"

Dato sri Hassan kamarudin menjeling ke arah Said bohkari dan saat itu Said bohkari mengerut keningnya

"Aku ke?,"
Tanya Said bohkari sambil menunjuk dirinya

Dato sri Hassan kamarudin mengangguk perlahan

"Hiss, dah kenapa pulak ayah ngan pakcik said nie?,"
Soal Farid Husin bingung dengan tingkah ayahnya dengan peguam syarikat ayahnya

Said bohkari menjeling Dato sri Hassan kamarudin sambil mengeleng kepala

"Macam nie Farid, dulu sebelum Arwah nenek Farid meninggal dunia, arwah ada tinggalkan wasiat"
Said bohkari menjeling ke arah Dato sri Hassan kamarudin, melihat Dato sri Hassan kamarudin mengeyit mata sambil menunjuk isyarat bagus

"Wasiat?,"
Wajah Farid Husin terlihat bingung, mengalih wajahnya memandang ayahnya sedang terangguk-angguk kemudian memandang Said bohkari semula
"Wasiat apa pakcik?,"

"Begini Farid, arwah ada tinggalkan duit RM500 ribu ringgit so.."

"Wow!"
Ucap Farid Husin serta-merta berdiri bila mendengar jumlah wang tersebut membuatkan Dato sri Hassan kamarudin dan Said bohkari begitu terkejut

"Alhamdulilah, baiknya arwah nenek, semoga roh nenek di cucuri rahmat"
Kata Farid Husin sambil menadah tangan kemudian menyapu kedua tangan di wajahnya

"So bilalah Farid boleh terima duit tu?,"
Tanya farid Husin dengan senyuman lebar

"Duduk dulu farid, pakcik boleh habis terangkan lagi nie"

Farid Husin mengerut dahi, kembali melabuhkan punggung di sofa

"Macam nie Farid, arwah nenek Farid ada bagi satu syarat untuk Farid dapatkan semua duit tu"

"Syarat apa pulak tu pakcik?,"
Farid Husin mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal

"Farid kena kahwin, itu je syaratnya"

"Ha... Kahwin?,"
tergangga mulut Farid Husin memandang Said bohkari, kemudian mengalih memandang ayahnya hanya terangguk-angguk kepala

"Farid kena kahwin secepat mungkin, sebab wasiat nie dah hampir tarikh luput"
Kata Said bohkari lagi dengan raut wajah serba salah

"Ha..? wasiat pun ada tarikh luput?,"
Farid Husin semakin bingung

"Itu arwah nenek farid yang tetapkan"
Kata Dato sri Hassan kamarudin

"Bila luputnya"
Tanya Farid Husin lagi

"Seminggu"

"Ehemm..ehemm"
Dato sri Hassan kamarudin berdehem tiba-tiba namun tersengih-sengih bila farid Husin memandangnya

"Maaf, maafkan pakcik"
Said sobri lantas berpura-pura melihat dalam Fail namun anak matanya menjeling ke arah Dato sri Hassan kamarudin diam-diam menunjukkan 2 jari padanya

"Tinggal dua minggu je lagi Farid"
Kata said bohkari tersenyum

"Dua minggu?,"
Ucap Farid Husin perlahan
"Kenapa baru sekarang beritahu pada Farid?,"

Said bohkari menunjuk ke arah Dato sri Hassan kamarudin bila Farid Husin bertanyakan padanya

"Farid, arwah nenek Farid meninggal waktu umur Farid 17 tahun, tak akanlah Ayah nak suruh Farid kawin umur macam tu"
Jelas Dato sri Hassan kamarudin

"Farid sanggup je Yah"

"Ha?,"
Tergamam seketika Dato sri Hassan kamarudin mendengar jawapan anak bongsunya

"Farid.. Farid, itu kehendak Farid, tapi waktu tu ayah serba salah, ayah bimbang kalau wasiat tu menganggu pelajaran Farid, kebebasan Farid, tak akanlah Ayah nak biarkan Farid kahwin muda-muda"

"Habis tu, mengapa sekarang ayah baru beritahu?,'

"Laa.. Pakcik said baru beritahu ayah, wasiat tu ada tarikh luput, sebelum nie mana ayah tahu"
jawab Dato sri Hassan kamarudin menjeling pada Said bohkari sedang tenganga mulut memandangnya

Farid Husin mengaru-garu rambutnya dengan wajah resah
"Mana farid nak cari perempuan Yah dalam masa dua minggu"

kedua anak mata Dato sri Hassan kamarudin lantas terbeliak sambil menjeling ke arah Said bohkari sedang terangguk-angguk dengan kerut bibir ke bawah

"Begini Farid, lepas ayah sedar wasiat tu ada tarikh luput, Ayah ada hubungi kawan ayah, so bincang sama-sama bincang, akhirnya ayah setujulah nak kahwinkan Farid dengan anak perempuan kawan ayah tu,"
Ujar Dato sri Hassan kamarudin mengusap-ngusap bibirnya sambil menjeling anak bongsunya

Farid Husin mengeluh perlahan
"Cantik tak?,"

"Hiss cantik Farid"
Jawab Dato sri Hassan kamarudin dengan wajah teruja

"Ada gambar tak?,"

"Tentulah ada"
Jawab Dato sri Hassan kamarudin sambil menjeling ke arah Said bohkari sedang mengeleng kepala

"Itu gambarnya"
Dato sri Hassan kamarudin lantas menunjuk sekeping gambar yang telah di terbalik di atas meja

Farid Husin segera mengambil gambar di atas meja lalu melihatnya namun kedua-dua anak matanya terbeliak bila melihat gambar tersebut
"Ayah biar betul,"

"Kenapa pulak Farid?,"
Wajah Dato sri Hassan kamarudin terpinga-pinga

"Tak akan ayah nak suruh Farid kahwin dengan perempuan dada macam belon nie Yah?,"

"Hiss kau nie farid, tak baik cakap macam tulah,"

"Ayah.. , cuba tengok nie"
Farid Husin lantas menterbalikan gambar di tangannya menunjuk pada ayahnya
"tengok nie yah, dada dah macam belon, dah hampir sama dengan paras pusat, perempuan macam nie ayah nak jadikan menantu"

"Farid, cubalah farid bayangkan betapa sihatnya anak farid nanti bila lahir"

"Ah ah.. Anak ngan ayah sihat sekali"
Celah Said bohkari lalu ketawa terkekeh-kekeh besama Dato sri Hassan kamarudin

Wajah Farid Husin kemerahan cuba menahan ketawa
"Takde perempuan lain ke Yah, Dada kecik sikit ke?,"

Dato sri Hassan kamarudin mengusap-ngusap wajahnya
"Dah itu je ada Farid, terima jelah, manalah tahu lepas dia kahwin ngan Farid, dia boleh berubah jadi isteri soleha, mungkin mulut farid jugak boleh berubah dah boleh jaga perasaan orang bila bercakap tu.. kan.,"

Farid Husin mengeluh perlahan tubuhnya mengeliat bila melihat kembali gambar wanita di tangannya

"Ayah bagi tempoh seminggu, kalau Farid setuju, ayah akan maklumkan pada kawan ayah, so ayah boleh prepare cepat-cepat majlis perkahwinan Farid, macam mana?,"

Farid Husin memandang ayahnya dengan raut wajah serba salah
"Okaylah ayah Rm500 ribu punya pasal, nanti Farid beritahu ayah kalau Farid setuju"

Selepas keluar dari pejabat ayahnya, Farid Husin berdiri temangu di depan pintu Lif vip tingkat lima lansung tidak bergerak dengan kedua matanya menatap kosong dinding bangunan

Beberapa detik kemudian Fazura kelihatan keluar dari Lif yang lain, wajahnya terkejut bila melihat Farid Husin sedang terpacak berdiri di depan pintu Lif Vip tanpa memandang ke arahnya

Fazura melangkah perlahan-lahan melewati tubuh Farid Husin namun dia berpaling semula bila Farid Husin lansung tidak menunjukkan apa-apa reaksi bila dia melangkah melewatinya

perlahan-lahan Fazura memusingkan tubuhnya lalu melangkah menghampiri Farid Husin, setelah dia berdiri di tepi tubuh lelaki itu, dia menatap seketika wajah Farid Husin

"Mati kali kedua ke nie"
Bisik Fazura perlahan sambil melambai-lambai tapak tangan kirinya di depan wajah farid Husin namun tiada reaksi dari Farid Husin

Fazura tersengih nipis, mengalih-ngalih wajahnya melihat sekeliling

"Wei lelaki biadap, aku dah lama bengang ngan kau"
Kata Fazura perlahan sambil merapatkan wajahnya pada bahagian tepi wajah Farid Husin

"Hiss Aku tumbuk jugak muka kau kang, geram pulak aku"
Ucap Fazura sambil mengacah-acah buku lima ke arah muka Farid Husin

"Kau ingat aku takut nak tumbuk muka kau, ha!?,"

"Tumbuk jelah, apa Masalahnya"
Jawab Farid Husin tiba-tiba sambil melihat penumbuk Fazura hampir di wajahnya

Tubuh Fazura terus kaku, kedua-dua kelopak Matanya terbeliak besar, dengan mulut ternganga luas sambil melihat jari telujuk Farid Husin mengalih penumbuknya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience