VS18

Drama Completed 85759

Cap 7 line berwarna hitam disauk ke kepala, rambut yang blonde dan panjang disimpul dan dimasukan kedalam topi. Kaca mata Concorde from Randolph Engineering dirapatkan kemata kecilnya.

Ini semua persediaan bagi mengaburi mata wartawan atau peminat yang mungkin sedar akan kehadiran Eva di Oribe Japan Restaurant.

Kaki menyusur masuk, keadaan sekeliling dipandang, memang agak gelap kerana kaca mata hitam yang dipakai oleh Eva.

Seorang wanita menyarung Yukata, salah satu pakaian tradisional dari jepun serta sanggulnya disepit kemas dengan Kanzashi, perhiasan dikepala dari juntaian bunga nylang-nylang, menyambut kedatangan Eva.
“Booking or not?”

Jari Eva membetulkan kaca mata hitamnya agar tetap menutup matanya sambil kepala diangguk.
“Under Lukas Abraham.”

Penyambut tetamu wanita itu kemudian senyum dan pantas sambil membawa Eva ke sebuah bilik yang mempunyai pintu gelangsar kayu.

Ketika Eva menarik daun pintu, Lukas dan sedia menunggunya didalam. Lelaki itu bersila diatas kusyen petak yang kecil sambil tersenyum memandangnya.

Eva turut menghenyak punggungnya dihadapan Lukas yang terhalang oleh meja rendah dan persegi yang berada diantara mereka.

“Eva... i’m really miss you.”
Jemari Lukas cuba mengait gengaman Eva namun pantas wanita itu menyorokan lengannya kebawah meja.

Kaca mata hitam yang dipakai oleh Eva dikeluarkan dari wajah dan diletak keatas meja. Pandangan diangkat mengenai Lukas dihadapan.
“You nak apa lagi? cakap cepat, i tak boleh lama.”

Lukas menarik nafas, Eva tak sama seperti dulu.
“I’m so sorry Eva, i tahu kesalahan i amat besar pada you, i admit that. Bagi peluang untuk i tebus kesalahan i.”

“Lukas.. semua ni dah berlalu, i maafkan you. Tapi i taknak jumpa you lagi selepas ni.”

“But why Eva? Kita bercinta bertahun-tahun lamanya. I sanggup sorok kan hubungan kita demi kerjaya you. I lakukan segala-galanya buat you. We want to get married Eva. But suddenly you putuskan hubungan then nikah dengan Daim. you tak terfikir ke cinta yang you tinggalkan pada i?”

Eva teguk liur. Pandangan Lukas cuba dilawan walau hatinya sakit.
“You tahu kan kenapa i kahwin dengan Daim?”

“Yes i tahu Eva, ni semua sebab i. Tapi masih belum terlambat untuk ubah semua ni Eva?”

“Ubah? Maksud you?”
Kening Eva bertaut rapat.

“I akan open speech, i akan ceritakan apa sebenarnya yang berlaku malam tu. I akan mengaku segala kesalahan i, yang penting i nak you kembali semula pada i Eva.”

Eva sembur tawa sedetik, wajah tegang Lukas dipandang kosong.
“Selepas semuanya dah mula hilang, you baru nak terus-terang pada wartawan? Sepatutnya you lakukan perkara ni 3 bulan yang lepas Lukas. Not now! You ingat, bila you buka mulut sekarang. Semua akan kembali seperti dulu? No Lukas, i already married. And i taknak apa-apa hubungan lagi dengan you.”

“You taknak apa-apa hubungan lagi dengan i atau you sebenarnya memang taknak berpisah dengan Daim Akli?”

Wajah Eva didongak pantas menerkam anak mata Lukas.

“Dari awal kita bercinta, hati you tak pernah semuanya untuk i. You hanya cintakan Daim, you terima proposal i pun sebab Daim kan?”

Sekali lagi Eva telan liurnya.
“I...”

Sreeekkkk!!!
Daun pintu ditarik kasar menyebabkan Lukas dan Eva serentak mendongak pandang.

“Im...”
Hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut Eva, saat terpandang tubuh Daim berdiri dimuka pintu sambil menerkam tajam pada anak matanya.

“Eva.. keluar!”
Tubuh Daim ditunduk sedikit sebelum merampas lengan Eva yang masih duduk berhadapan Lukas.

“Woi! Kau jangan nak kasar dengan Eva!”

Mata Daim melirik tajam kearah Lukas sebelum kembali memandang Eva yang masih keras bersila diatas kusyen nipis.

“Eva! Aku kata keluar!”
Sekali lagi tangan Daim menyentap kuat lengan Eva memaksa wanita itu berdiri.

“Im...”
Suara Eva sayu, lengannya terasa perit. Badannya juga sakit apabila dipaksa untuk berdiri.

Melihat keadaan Eva, Lukas turut berdiri dan memusing meja menghampiri pasangan itu.
“Daim! better kau keluar! Aku sedang tengah berbincang dengan Eva! Kau jangan nak masuk campur!”

Daim angkat muka, Lukas yang sudah berdiri dihadapannya dipandang penuh marah.
Sebelah tangan masih memegang lengan Eva, manakala jari terlunjuk tangan kirinya dihulur rapat ke wajah Lukas.

“Kau yang sepatutnya jangan masuk campur langsung hal aku dan Eva! Eva bini aku yang sah! Kau takde mengena dengan dia Lukas! Apa hak kau nak jumpa bini aku dalam bilik macam ni?”

Rahang Daim dah turun naik naik, keningnya yang lebat bercantum rapat. Urat hijau mula timbul disisi dahi lelaki itu.
Amarahnya pada Lukas makin meluap.

“Daim, Eva tak cinta kan kau. Kau lepas kan dia, dia milik aku Daim.”

“Sial!”
Bukkk!!!
Satu tumbukan padu dari Daim dilayang tinggi dan melekat kuat ke wajah Lukas sehingga lelaki itu hampir tersungkur ke lantai.

“Im!”
Kali ni suara Eva sangat tinggi, jantungnya berombak kencang.
Mata Daim dititip agar dapat menghilangkan marah lelaki itu. Dia tahu sekali Daim mengangkat buku limanya, tak mungkin lelaki itu akan berhenti dari terus memukul sehingga dia puas.

Seraya namanya dilaung, Daim memusing wajah memandang Eva.
Matanya dah merah, dia ingin terus memukul, namun hanya Eva yang dapat menahannya.

Tanpa bersuara, lengan Eva terus ditarik hingga keluar dari Oribe Japan Restaurant itu. Pelanggan yang nampak kejadian itu hanya mampu terkedu.

Sepanjang mengikut langkah Daim, beberapa kali Eva cuba menarik lengannya dari gengaman lelaki itu namun tidak dihiraukan.

Makin kuat Daim menarik tubuh Eva menghampiri ke parkir milik restoren itu.

Mata melirik kekanan dan kiri, dia perasan ada beberapa orang wartawan sedang mengintip mereka. Lantas kaki dihentikan.
Otak Daim mula mencari idea bagi menyelamatkan keadaan.

Eva turut memberhenti langkah tiba-tiba, sehingga badanya terlanggar belakang Daim.
Gengaman lelaki itu dilepaskan dari lengannya, pantas Eva tunduk mengosok lengannya yang sedikit kemerahan.

“Eva.”

Eva dongak kepala, mata Daim yang menikam dilawan.

Daim sedar, dia perlu lakukan sesuatu. Kedua bahu Eva digengam.
“Eva listen... reporter sedang kejar kau. Kat sini dah ada ramai.”

Hah?!
Bisikan dari suara garau Daim jelas menampar telinga Eva
Laju wajahnya cuba menoleh,namun sepantas kilat juga kedua tapak tangan Daim memegang mukanya menyebabkan tindakan Eva terhenti.

“Don’t move Eva”
Daim angkat wajah Eva supaya memandangnya. Mukanya turut dirapat ke wajah wanita itu sehingga nafas masing-masing dapat didengar.
“Eva.. aku cuba nak selamatkan kau.. jadi dengar arahan aku baik-baik.”

Eva telan liur lagi, mata tajam Daim tak berkedip ditatap.

“Jangan kau bergerak sedikit pun Eva... terus pandang aku.”
Eva masih diam, kerongkongnya bergerak kebawah membuka nafas.

Perlahan tangan kanan Daim membuka Cap 7 line yang dipakai oleh Eva, sehingga rambut panjang wanita itu yang tersorok dibalik topi, jatuh menampar belakangnya.
Jari Daim makin terus bermain. Kini rambut Eva yang sedikit ‘messy’ dilurut perlahan dan diselit kebelakang telinga wanita itu.
Matanya tajam kini beralih pula kewajah Eva yang terus kaku memandangnya. Dari mata, turun kehidung dan kemudian pandangan Daim mati pada bibir Eva yang kecil dan merah.
Serta-merta Halkum bergerak kebawah menelan liur.
Hati Daim dipaut rasa antara benci, dendam, kasih dan Cinta. Mana yang harus dia pilih?

Sekali lagi air liur Daim ditelan pekat.
“Maafkan aku Eva...”
Seraya tamat perkataan yang keluar dari mulutnya. Terus bibir Eva dipagut lembut. Mata dipejam erat. Daim asyik dengan rasa bibir Eva yang basah.

Mulanya Eva terkedu, mata masih terbuka ketika bibir lelaki itu mendarat dibibirnya.
Namun kerana perasaan asyik, Eva membuka mulutnya dan membenarkan bibir Daim menghisap serta menarik kelopak atas dan bawah bibirnya.

Mereka sama-sama merasa kenikmatan yang terbenam sejak 10 tahun yang lalu.
Mereka seolah-olah hilang dalam dunia yang dicipta mereka sendiri.
Daim dan Eva dengan rakus melepas rindu yang lama terkubur di hati masing-masing.

Click! Click!
Click! Click!

Bagaikan kilat menyambar bumi!
Daim dan Eva kembali sedar dari dunia yang mereka cipta sendiri sebentar tadi.
Hisapan, tarikan serta kuluman mereka terhenti. Kedua-duanya menjarakan wajah lantas menoleh kekiri dan kanan.
Kelipan lampu dari lensa kamera masih terang mengelip membuatkan Eva mengecilkan sedikit matanya.
Wartawan yang menyorokan diri dibeberapa tempat sekitar parkir restoren jepun itu keluar dan menghampiri Eva dan Daim.

Lakonan masih belum tamat, kali ni Daim memeluk bahu Eva dan dirapatkan ketengah dadanya.

Eva terus terpaku.

“Encik Daim right?”
Salah seorang wartawan lelaki bersuara dan menghampiri Daim.

Kepala Daim diangguk laju.
“Yes. I’m Daim Akli husband Eva Natasha, why?”

“Ops! Sorry.. we thought you scandal Miss Eva.”
Sekali lagi wartawan lelaki itu bersuara, sambil membuka topi hitam yang tersauk dikepalanya.

Daim menyembur tawa sambil tangannya makin menarik tubuh Eva menghimpit dada kekarnya.
“Scandal? Ooo.. jadi you all ambik gambar tadi sebab fikir Eva ada scandal dengan lelaki lain?’
Sengaja ayatnya ditekan, walhal gelisah hatinya cuba ditutup rapat.

“Maafkan kami Encik Daim and Miss Eva, we all dapat panggilan dari pemanggil yang tak dikenal pasti dan menyatakan Miss Eva datang ke restoren ni untuk berjumpa dengan scandal lama dia, iaitu seorang peguam.”

Sekali lagi Daim mengeluarkan senyumnya, Eva yang masih kaku dalam dakapannya dipandang.
“Sayang... kan kita dah janji, kita nak berjumpa disini secara privasi. Kenapa boleh ada wartawan yang tahu?”

Sayang?
Eva tak berani mendongak memandang Daim, suara lelaki itu terus menampar ubun-ubunya.

Wajah Diam kembali dipandang kehadapan, menatap wartawan seramai 7 orang itu.
“I tak tahu siapa yang call you all untuk datang sini, tapi kalau kata Eva ada scandal mungkin memang betul kot.”

Glup!!
Daim! takkan kau nak buka rahsia aku dengan Lukas.
Oh God!
Eva pejam mata, wajahnya masih disorok pada dada suaminya.

“So betul la, Miss Eva ada scandal dengan lelaki lain?”
seorang wartawan yang lain bertanya lagi.

Pantas Daim mengangguk kepala.
“I lah scandal Eva.”

“Hahh?”
Serentak wartawan seramai 7 orang itu bersuara sambil membulatkan mulut mereka.

Eva yang dari tadi memejam erat matanya, kembali dibuka. Kali ni wajah berani didongak memandang Daim.

“kalau korang nak tahu, i ni scandal Miss Eva sejak dulu lagi. Yup! Kami berdua merahsiakan hubungan kami sebagai kawan karib, sedangkan i dan Miss Eva dah lama bercinta, sebelum Eva jadi artis lagi. Semua ni demi kerjaya Eva, that why bila semua dah tahu hubungan kami, i tak teragak-agak untuk masuk meminang isteri i ni.”

Wartawan yang mendengar cerita panjang Daim, mengangguk-angguk kan kepala mereka berkali.
“Jadi berita tentang Miss Eva berhubung dengan seorang peguam terkenal tu adalah palsu?”
Masih tak puas hati, wartawan yang mula-mula bersuara tadi, kini bertanya lagi.

Daim juga turut menganggukan kepala.
“Dari dulu sehingga lah sekarang ni, Eva tak pernah berhubung rapat dengan mana-mana lelaki selain i.”

“ooo...”
Makin membulat mulut wartawan mendengar penjelasan dari Daim.

“Kalau takde apa-apa lagi, boleh i bawa balik wife i ke?”

Serentak wartawan dihadapan mereka mengangguk laju sambil meminta maaf.

Bibir Daim mengukir senyum, bahu Eva tak dilepaskan. Perlahan dia membawa wanita itu menuju ke Toyota hilux miliknya.

Pintu dibahagian penumpang dibuka dan tangan Daim menolak sedikit Eva tubuh untuk masuk memandangkan pacuan empat rodanya sedikit tinggi.

Setelah pasti kedudukan Eva selesa, pintu ditutup dan kaki Daim melangkah menuju ke ruang pemandu.
Enjin dihidup dan sebentar kemudian Toyota Hilux menderu laju meninggalkan kenangan pahit dan manis di Oribe Japan Restaurant.

****

5 minit pemanduan, Eva masih terus membisu, hingga akhirnya Daim bersuara.

“Lepas ni, kalau kau rasa nak jumpa Lukas, please inform aku. Aku akan arrange date, time and place untuk korang dan aku juga akan cover dari reporter.”

Pandangan Eva dikalih kepada Daim disebelahnya. Lelaki itu masih meneruskan pemanduan tanpa sedikit pun memandang pada Eva.

“Dan... pasal kissing kau tadi... aku mintak maaf... aku tak sengaja..”

Tak sengaja?!
Mudahnya kau cakap Daim!
Jemari Eva dikepal menjadi penumbuk. Gigi diketap kuat.
“Aku nak jumpa sesiapa pun, kau tak perlu ambik tahu Im.”

Sekilas wajah Daim menoleh kepada Eva sebelum kembali menikam matanya ke jalan raya.
“Aku tak kisah kau nak jumpa orang lain, tapi aku kisah bila kau berjumpa dengan Lukas?”

Badan Eva dipusing.
“Kenapa kau kisah sangat aku nak jumpa Lukas?”
Cakap dengan aku yang kau cemburu Im. Cakap dengan aku yang cintakan aku. Kau taknak aku dengan Lukas.. please Im...

“Sesetengah reporter tahu pasal hubungan kau dengan Lukas sebelum kita berkahwin Eva. Kalau kau berjumpa dengan orang lain, Reporter takkan ambik hal. Tapi kalau di orang tahu kau jumpa Lukas, benda ni akan jadi viral kau faham tak?”

Makin kuat Eva gigit bibirnya!
Aku tak faham Daim!
Yang aku nak tahu kau tak bagi aku jumpa Lukas sebab kau cemburu Im. Sebab kau care dengan aku!
Susah ke kau nak luah semua tu?!
“Turunkan aku kat sini?”

Hah?!
Sekali lagi Daim menoleh kearah Eva.
“Jangan nak mengada, aku hantar balik.”
Tekad.

Kau cakap aku mengada?
Gggrrrr!
“Aku kata turunkan aku kat sini Im!”

“Ni highway Eva! Kau nak kemana kalau aku drop kau kat sini! Fikir lah sikit!”

Kenapa la asal gaduh dalam kereta je mesti ada babak yang si perempuan memaksa lelaki untuk turun kan diorang kat tepi jalan?

Tolong fikir scene lain boleh tak?

“Aku tak kira! Aku cakap, aku nak turun sekarang. Aku nak turun!!”
Tangan Eva cuba merampas stereng kereta Daim dan memusing kearah tepi jalan raya.

“Eva!”
Daim cuba mengawal semerta tangan sebelahnya menolak tubuh Eva supaya gengaman wanita itu menjauhi stereng.

Toyota Hilux, mula ke kiri dan ke kanan.

“Eva.. jangan macam ni!”

“Aku kata nak turun Im! Aku nak turun!”
Eva terus menjerit-jerit sambil tangannya berlawan dengan lengan Daim yang masih mengawal stereng.

Ketika Toyota Hilux milik Daim, hampir ke tengah jalan, laju tangan lelaki itu memusing stereng ke kiri dan kakinya dengan kuat menekan brek.

Shhrreeeeekkkk...
Bunyi tayar yang berlaga dengan jalan membuatkan pacuan empat roda itu berhenti tiba-tiba.

Bukk!
Akibat tidak dapat mengawal tubuh, tepi kiri dahi Daim menghentak kuat kepada stereng kereta.
Berpinar sekejap pandangannya.
Namun Daim cepat tersedar, wajah diangkat laju dan menoleh Eva disebelahnya.

Wanita itu sedang menerkup muka dengan kedua tapaknya.
Pantas Daim memegang bahu Eva dan memusing tubuh wanita itu menghadapnya.
“Kau okay Eva? Ada luka mana-mana ke? Ada sakit mana-mana ke?”
Segenap tubuh Eva disentuh, kedua tapak tangan wanita itu dilarikan dari wajah.
“Eva...”
Bibir Eva dah bertukar warna putih. Mulut dah membulat, kerut dikening berlapis-lapis.
Daim tahu Eva ketakutan.
“Kau okay ke Eva?”

Sekali lagi suara garau Daim menerjah lembut ke jantung Eva.
Lantas wajahnya didongak.
Renungan sayu Daim dipandang, hingga matanya jatuh pada sisi kiri dahi Daim yang terdapat kesan luka segaris dan mengeluarkan cecair merah.
Darah...
Serta-merta jari kanan Eva diangkat untuk menyentuh luka itu.

Namun tangan Daim cepat mencapai dan menurunkan kembali kesisi wanita itu.
“Eva.. tolong jangan degil.. ikut cakap aku ye.. aku hantar kau balik..”

Gigi Eva kuat mengigit bahagian dalam pipinya. Mata masih cengkung kepada dahi Daim yang masih berdarah.

Daim turut memandang bola mata Hazzel milik Eva yang kaku kearahnya.
Tanpa sedar tangan diangkat dan mengosok lembut ubun-ubun wanita itu.
“Kita balik ye Eva.”

Lama baru Eva mengangguk.

Daim mengedipkan matanya sekali, sebelum kunci Toyota Hilux kembali dipusing untuk menghidupkan enjin.

Kali ni pemanduan Daim lebih perlahan dan tenang memandangkan Eva terus kaku disebelahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience