Airien seperti biasa bersiap sebelum memulakan tugasnya. Menyarung uniform kerja dan melangkah ke stor simpanan troli bersama-sama rakan sekerjanya yang lain. Barang di dalam troli di periksa agar cukup memudahkan dia tidak ulang alik naik turun hanya kerana tertinggal barang keperluannya.
"Airien, Airien di mana?".
"Sini Cik Sha", balasnya sebaik namanya di seru.
"Oh, sini rupanya. Ni hari ni awak di bahagian lobby boleh?, ganti Nikki, boleh pula dia mc harini".
"Boleh tu boleh, tapi kak Nor sorang kat atas?", memandang kak Nor sedang bersiap.
"Akak takda masalah Airien. Lagipun hari ni Jumaat, tak susah sangat".
"So?", soal bosnya memandang Nor dan Airien inginkan jawapan segera.
"Boleh la Cik Sha", mengangguk tiada pilihan memandang si mata sepet menanti jawapan darinya.
"Bagus, sayang Airien. Nanti turun bawah terus", menepuk bahu Airien dan pergi dengan hati senang.
"Jangan hujan ya kak, Jenuh nak mengelap lantai saja nanti", rungutnya memandang Kak Nor.
"Itulah cabarannya bila di bawah, nampak senang tapi bila tiba waktu hujan kita penat. Nanti troli Airien letak stor bawah. Guna yang kecil dalam stor. Itu memang untuk kawasan bawah sahaja", balasnya masih lagi menyiapkan barang-barang keperluannya.
"Oh, lain ya kak.. Mujurlah akak cakap.. Baik kak".
Airien menghulurkan plastik bungkusan nasi lemak ke kak Nor agar bawa ke atas untuk semua pekerja di atas. Dia tak fikir panjang, terus tolak troli menuju ke ruangan depan lif bersedia untuk turun.
"Mujurlah bawa penyumbat telinga ni sebagai teman", mengeluarkannya yang baru di beli kelmarin selepas bosan di biliknya.
Jam di dinding rumah Tengku Mikael menunjukkan jam 8pagi. Empat beranak sedang menikmati sarapan pagi yang disediakan Puan Nancy.
"Abah masuk lambat sikit hari ni, ada urusan luar perlu di selesaikan dengan adik".
"Baik abah", balas Lutfi mengangguk tidak menoleh.
"Abah dan adik pergi dulu. Nancy tak keluarkan hari ni?", memandang isterinya.
"Tak abang bukan abang tak bagi ke semalam. Hati-hati abang, Ramy. Love you all".
"Love you sayang", balas Tengku Mikael mencium dahi isterinya.
"See you later mak, love you", giliran Ramy mencium pipi maknya. Sempat melambai abangnya dan terus berlari mengejar abah yang sudah tunggu di luar.
Lutfi senyum sebaik selesai meneguk air kopi o suam. Dia bangun dan minta izin mak untuk ke tempat keja. Mak menggosok lengan anak sulungnya cuba memberi semangat padanya.
"Lutfi baik-baik saja mak, jangan risau. Sayang mak", mencium pipi ibu sebelum pergi.
Lutfi terus menyarung kasut dan menuju ke kereta. Dia menarik nafas panjang dan dengan lafas bismillah dia masuk ke dalam kereta dan memandu terus ke pejabat. Tiba sahaja di tempat letak keretanya, Lutfi terus menarik blazer dan beg keluar dari kereta. Dia berjalan masuk ke pintu utama pejabat dan terus menuju ke ruang lif sebaik selesai mengimbas kad pekerja di pintu pengawal.
Lutfi jalan tanpa memandang ke depan. Tangannya meraba sesuatu dalam beg, tunduk serta berjalan laju hingga terciptalah satu kemalangan ngeri buat Lutfi bersama troli milik Airien. Di sebabkan Lutfi sendiri, buat tubuhnya berpusing mengelak dari kasut dan seluarnya basah terkena air yang tumpah sebab kecuaiannya sendiri. Sedikit murungut mulutnya saat itu sebaik blazer yang di pegang jatuh ke lantai.
"Huh, harap muka segak tapi gaduh dengan troli", rungut hati kecil Airien.
Airien ketawa kecil melihat gelagat lelaki itu yang jalan agak menonong dan gayanya sekarang seperti memarahi troli yang sudah terbalik di depannya. Perlahan dia menghampiri belakang lelaki itu mengangkat serta mengutip barang-barangnya berterabur di lantai.
Lutfi melangkah ke belakang menyebabkan dia sekali lagi terjatuh ke atas badan Airien yang berada di belakangnya. Di tambah terasa licin air sabun menyebabkan dia benar-benar jatuh menghempap Airien. Terkejam mata Airien menahan sakit belakang apabila tubuh Lutfi menghempapnya hingga dia sendiri tertiarap di lantai. Lutfi dapat rasa seperti jatuh atas seseorang. Lutfi bangun dan terus mengutip balzer dan beg yang jatuh. Dia lihat seorang perempuan sedang meniarap atas lantai dan Lutfi sedar salahnya melanggar perempuan itu.
"Salah awak sendiri, kenapa boleh ada belakang", balasnya mengutip beg, blazer di lantai dan terus meninggalkan Airien yang baru terhegeh-hegeh bangun.
"What the... hnzzz... sakit badan aku ni...", keluhnya.
Airien yang sudah berlutut menoleh lelaki itu sudah masuk ke dalam lif. Dia terus membetulkan badannya yang terasa sakit dan menarik nafas panjang sebelum melepaskannya berserta geram pada masa sama pengawal datang tanya keadaannya.
"Dik okay tak.. Terkejut pakcik bila tengok bos hempap awak".
"La bos ke tadi. Patutlah sombong wwooo..", balasnya bangun membetulkan bajunya.
"Ya, anak sulung Tengku".
"Sendiri salah boleh salahkan orang. Apa punya bos", rungut Airien.
“Biasalah, dia sekarang dah lain perangainya sejak naik cuti”.
“Biarlah dia pakcik, agaknya orang-orang kaya semua perangai gini ek?”.
"Okay tak ni?".
"Pakcik rasa?.. sakit juga tulang belakang saya jadinya", sambil ketawa kecil.
"Nasib kau la dik".
Lutfi berada di dalam lif terbayang susuk tubuh perempuan yang berada di belakangnya ketika dia jatuh.
"Kenapa dia boleh ada belakang aku?, ke sengaja buat aku jatuh lepastu acah-acah selamatkan aku. Hmm... sakit tu dah la badan kurus", menggeleng dan ketawa kecil sendirian.
"Sorry ya Kak, Lutfi dulu mungkin tanya kau baik ke tidak. Lutfi sekarang tak pandang semua tu", terus melangkah keluar dan berjalan masuk ke pejabatnya.
**
Selesai waktu rehat tengahari dan solat jumaat, Airien menyambung tugasnya seperti biasa mengelap lantai yang basah di sebabkan hujan di luar. Airien mengemop sambil tersenyum sendirian melayan irama lagu di corong telinga kirinya. Ramy yang turun agak lewat dari Tengku Mikael terpandang Airien sedang gembira melakukan kerjanya, rambut di sanggul tinggi dan gayanya tersendiri sedang menikmati kerjanya.
Ramy mengeluarkan telefonnya dan sempat mencuri ambil beberapa keping gambar Airien sedang membuat kerjanya dari cermin luar pejabat. Pada masa sama Tengku Mikael sudah masuk ke dalam jauh meninggalkan Ramy.
"First time tengok cleaner enjoy buat kerja dia. Pelik", rungutnya.
Dia tidak sangka rungutannya didengari pengawal di situ dan terus mencelah rungutnya.
"Tak pelik bos, dia sorang saja yang ceria antara kami semua di sini. Tanya saja aras7, siapa tak kenal dia. Hinggakan masing-masing berebut nak dia jaga aras diorang biar dapat rasai bagaimana aras7 rasa. Bos bayangkan sampai Cik Sha pun naik pening".
Ramy menoleh ke pengawal berbangsa asing itu menerangkan tentang perempuan itu. Dia hanya sekadar mengangkat tangan dan menghala ke arah Airien di depan pintu utama. Airien terkejut melihat ada kaki berdiri di depannya dia terus mendongak ingin tahu siapa di depannya.
"Innalillah... Matilah.....", terkejut sebaik melihat wajah lelaki itu terus mukanya berubah merah.
"Huh, aku belum mati lagi cik kak oi... ", terkejut dengar ucapan Airien seakan menyumpahnya.
"Eh, tak... bukan Encik mati... saya yang mati...", mengelabah hinggakan mop di tangannya terlepas di tangan.
"Tak sangka jumpa lagi cik kak ni", teringat sesuatu yang benar mencuit hatinya satu petang dahulu.
Airien meletakkan kedua-dua jari telunjuknya ke mulutnya hingga menundukkan sedikit tubuhnya dan pada masa sama memandang sekeliling bimbang jika seseorang melihat atau terdengar perbualan mereka sebelum menandang lelaki yang berada di depannya.
"Kenapa suruh aku diam?".
"Syttt. Hisyh... malu ..malu ...please jangan bagitahu apa yang saya buat di cermin kereta awak. Malu sampai rasa nak sembamkan muka dengan menyorok bawah kereta masa tu".
Ramy ketawa melihat Airien sedikit panik bila buka cerita lama serta jawapan yang diberikan tadi. Entah kenapa senang pula hatinya berbual bersama perempuan di depannya sekarang.
"Oh, sebab tu aku datang jumpa cik kak, bila nampak cik kak di sini. Sebenarnya bukan hari tu sahaja kan cik kak suka buat muka pada cermin kereta tu?".
Bagaikan nak terkeluar biji mata Airien mendengarnya. Benar ke bukan sekali peristiwa buruk itu berlaku sepanjang dia berkerja di sini. Dia terus menekup mukanya menggunakan kedua tangannya namun jari jemarinya terbuka untuk memandang wajah lelaki itu.
"Ya ampun... sungguh la... Encik jangan kata sebelum ni encik ada.... hah... aduh.. malunya...", tercangkung di buatnya bila dengar kebenaran buat Ramy ketawa besar di depannya.
"Memang hobi ya sebelum balik main kat kereta tu?".
"Syttt.. sytt.. sytt… selama ni saya sangka kereta pejabat tu takda orang. Aduh.... awak buat apa pula duduk dalam kereta yang tak bergerak tu ", terasa bahang pipinya menahan malu depan lelaki itu spontan dia menutup mulut Ramy agar diam buat Ramy dapat melihat wajah perempuan itu dengan lebih jelas.
“Mana tahu kereta tu tak bergerak?. Itu kan kereta syarikat”.
“Saya tahu, tapi selalu saya datang dan balik memang dia terletak kat situ tak beralih”, menampar-nampar kedua pipinya menggunakan tapak tangannya hilangkan gemuruh.
Mata Ramy terpandang nama di baju Airien sebelum Airien mencangkung di depannya. Dia terus ketawa dan pergi meninggalkan perempuan itu yang sudah malu dengannya tidak berani mengangkat muka walaupun dia berdiri di situ selama 3minit.
"Airien... jumpa lagi nanti ya di kereta”, sedikit lantang suaranya mengusik Airien berjalan masuk menuju ke bahagian pemgimbasan kad pekerja.
"Semua salah kau Airien.. kau pun satu suka berangan depan kereta tu kenapa?, Why Airien?. Ini tahu si Janie, dapat bayangkan dia mengilai ketawakan aku…lepasni aku tak buat la kerja gila tu lagi", menepuk-nepuk kepalanya malu.
Seseorang memegang bahu Airien buat Airien membuka silatnya terkejut. Seorang lelaki yang cukup segak berpakaian sama seperti Ramy berdiri di depannya kini.
“Eh, Eh.. Mana tau akak kat sini?. Ni lagi satu bala datang”, mengutip batang mop di lantai yang di lepaskan tadi semasa berbual dengan Ramy.
“What happen sister.. Why didn’t you go back to home after divorce with Martin”, masih memegang bahu kakaknya kemas.
“Saja nak berdiri di atas kaki sendiri, lagipun akak kena kerja untuk hidup Aaron”.
“Dah lama akak di sini. Ke nak tunggu papa pick up you here?”.
“Hisyh, jangan dik. Please rahsiakan hal ni dari papa dan mama. Akak tak nak susahkan mereka. Aaron sekodeng akak rupanya”, mencucuk perut adiknya.
"Kenapa cerai?".
"Sebab sudah terlalu lama bersabar dan pendam perasaan itu. Akak sendiri tak tahu smpai bila boleh berpura-pura dengan gelak ketawa sedangkan di hati luka teruk", balas Airien bersahaja pada adiknya.
“Lepas dapat tahu akak cerai dari papa mama, Aaron suruh orang cari akak. Kebetulan Aaron ada urusan dekat sini. Akak tahu tak sini salah satu kawan baik papa. Akak tak takut bocor ke rahsia akak tu anak siapa?”.
Airien menumbuk manja dada adiknya dan minta dia rahsiakan hal ini dari semua. Dia harap adiknya memberi kerjasama padanya.
“Aaron, please simpan rahsia ni. Akak janji nanti akak balik ceritakan semua pada papa mama. Akak tak nak orang-orang kat sini segan pada akak. Akak selesa hidup seperti ni sekarang. Kau nak apa, nanti akak belanjakan?. Please my little boyfriend handsome”, mencubit pipi Aaron lupa yang dia sedang berkerja.
“Cukup ke duit akak nak belanja Aaron?”.
“Choi.. ingat akak kau ni papa kedana sangat ke bila cerai dengan Martin. Walaupun dah cerai dua bulan akak masih boleh hidup berdikari di sini tau tak. Sebulan dah jadi akak cleaner debom tau. Aaron mana tau..”.
“Goodluck kak, Aaron naik dulu ya lambat. Call Aaron kak”, mencubit hidung kakaknya sebelum pergi.
Lutfi baru pulang dari solat Jumaat lihat dimana Aaron begitu mesra dengan perempuan itu. Entah kenapa dia terus fikir bukan-bukan tentang Airien saat ini.
“Ini kerja dia rupanya. Selain try nak kenakan aku, dengan Aaron pun dia try. Aku tau la Aaron sosial, tapi kau pun Aaron takkan perempuan macam tu pun kau nak try”, sedikit mengeleng tidak puas hati dengan apa yang dia nampak tadi.
Lutfi terus melangkah masuk dengan perasaan sedikit geram dan dendam dengan perempuan itu. Sedangkan Airien tak kenal siapa dia dan tak pernah mengusiknya.
“Tengku Mikael, maaf lambat”, sapa Aaron sebaik masuk ke pejabat .
“Tak lambat mana pun, si Lutfi lagi lambat dari awak Aaron. Tengok sekarang pun tak sampai lagi”.
“Jalan jem agaknya”, balas Aaron bersahaja.
“Mengarut, masjid belakang ni saja. Dia memang sejak-sejak cerai ni suka buat uncle naik darah dengan dia. So how your sister?, lama uncle tak jumpa dia. Last uncle jumpa masa dia kawin saja, then tak jumpa sampai sekarang”.
“Kakak entahlah, dia dah dua bulan bercerai dengan abang Martin uncle. Tapi tulah, dia hilangkan diri”.
“Maksud Aaron hilangkan diri?”.
“Papa dengan mama dah tahu dia cerai, tapi sampai sekarang dia tak nak balik rumah jumpa papa dengan mama. Bising orang tua tu dengan perangai akak”.
"Kakak ada anak dah ke?".
"Takda uncle".
Tengku Mikael tersenyum memandang Aaron. Sepertinya dia dapat jawapan untuk persoalan isterinya malam tadi. Saat itu juga muncul Lutfi di pintu pejabat baru tiba.
“Maaf lambat”.
**
Jam menunjukkan 4petang. Airien sedang mengemas sebelum dia naik ke atas sendirian di situ. Pada masa itu juga di fikirannya teringat kata-kata adiknya tentang pemilik syarikat tempat dia berkerja sekarang. Dia perlu lebih berhati-hati dari terserempak dengan pemilik syarikat ini jika tidak mahu terbongkar siapa dirinya yang sebenarnya.
“Kenapa aku tak tahu sebelum ni.. Come on Airien, kau perlu elak selagi boleh. Lagipun kau di sini aman saja…. Tapi.. alaaaa… Aaron muncul terus spoil mood akak… Kau ni dik bau saja mana akak kau hilang..”, rungutnya sendirian.
Airien terus naik ke atas dan bersiap untuk pulang, namun baru sahaja dia selesai mengemas dan membuka bajunya Cik Sha muncul.
“Airien, awak ada buat salah ke tadi di lobby?”
Airien berpaling laju memandang Cik Sha di muka pintu, pada masa sama otaknya mula ingatkan balik apa yang berlaku. Tak mungkin Cik Sha tahu hal Aaron berbual dengannya.
“Salah?. Salah apa Cik Sha?”.
“Awak buat anak sulung Tengku jatuh pagi tadi depan orang ramai, then awak tak mohon maaf padanya bila dia suruh?”.
“What?. Saya?”, riak muka tidak puas hati.
“Ya Airien, saya dapat ni reportnya jam 3.50petang tadi”.
“Cik Sha, dia jatuh pagi jam 9pagi, masa tu mana ada pekerja lalu lalang. Cik Sha sendiri bagitahu saya pekerja biasa masuk jam 8pagi, yang masuk 9pagi cuma pekerja di aras12. Kenapa baru hantar report pada Cik Sha petang pula?”.
“Airien, sekarang ni saya tanya betul ke awak tak minta maaf dengan dia?”, memandang Airien rasa simpati pada masa sama pekerja yang lain juga memandang Airien ingin tahu kebenaran.
“Cik Sha, aduh… kejap ya. Dengar dulu penjelasan saya. Saya tak buat dia jatuh pun, dia yang terlanggar troli tu, kemudian dia langar saya dan hempap saya macam nangka busuk. Badan saya sakit menampung berat dia macam gajah tu. Bila dia bangun dia terus pergi tak cakap apa-apa. Cik Sha tak percaya boleh tanya pengawal kat bawah tu. Dia sendiri nampak betapa biadapnya anak bos tu buat pada saya. So, bila masa saya nak minta maaf bila dia pergi selamba”.
Panjang lebar Airien memberi jawapan demi pertahankan dirinya.
“Habis sekarang saya nak buat apa?”.
Airien terdiam tunduk. Dia tahu sekarang dia hanya orang bawahan yang mudah di buli. Kak Nor menghampiri Airien dan cuba tenangkannya.
“Cik Sha, buat sahaja seperti biasa. Letakkan Airien sehari di aras 12 sebagai tanda mohon maaf”.
“Apa?”, terkejut Airien mendengar cadangan kak Nor.
“Hm.. baiklah. So Airien Isnin ni sebagai minta maaf awak kena bertugas di aras 12. Selesai ya”, terus pergi meninggalkan Airin.
Airien menepuk kepala berkali-kali dan memandang wajah seorang demi seorang di dalam bilik itu. Entah kenapa seteruk itu dia kena hari ini sedangkan sebelum ini tiada masalah dalam dia menjalankan tugasnya. Dia sebenarnya risau jika bertemu dengan kawan papa di aras itu.
“Airien maaf, memang itu saja cara kita sebagai orang bawahan melayan kerenah orang-orang di tingkat tu”.
“Tapi kak, ni namanya sengaja nak kenakan saya. Aduh..”.
“Sabarlah, mana Airien yang akak kenal sebelum ni. Semua bukan masalah untuk Airien kan”.
“Sabar tu memang tapi… haisyhh.. aku dapat mamat tu nak tenyeh-tenyeh muka dia dengan kain kesat ni. Biadap sungguh.. tahu la anak bos… eeee…kak Nooooorrrrr…..”, menghentak kaki geram bila bayangkan muka lelaki yang hempapnya pagi tadi.
“Airien tenanglah, esok lusa kan cuti.. bukan esok Isnin”.
“Ah, memang lemak dia.. tunggu-tunggu.. ni Airien.. tahulah aku kerjakan dia nanti”, rungutnya menumbuk pintu almarinya.
“Amboi Airien, marah sangat dia dengan Encik Lutfi. Kesian Airien kenal Encik Lutfi waktu sekarang”.
“Itulah, padahal dulu Encik Lutfi tu sebaik-baik orang yang ada di aras tu”.
“Pergi matilah dia punya baik dulu.. apa yang pasti dia perlu berdepan dengan Airien. Airien bukan sebarang Airien.. warghh… marah ni …marah..”.
“Sudah Airien cepat siap, taknak balik ke?. Kata nak dating hari ni”.
“Tengah siap la ni”, balas Airien bersiap dalam keadaan marah ke anak sulung bos.
Airien memandang sekeliling perkarangan depan pejabat sebelum pulang. Entah kenapa dia menuju ke kereta berwarna putih milik Lutfi, Dia tahu itu kereta Lutfi kerana dia nampak lelaki itu turun dari kereta itu sebelum kemalangan berlaku, dan bakal menyusahkan Airien minggu depan.
"Korang gerak dulu, saya nak jumpa pakcik guard tadi nak amik barang tinggal".
"Okay, jangan lambat".
Airien tunduk membuka rambutnya pada masa sama dia merenung tajam kereta putih di depannya.
"Andailah sekali renungan boleh letupkan kereta itu betapa bahagianya aku", rungutnya berjalan ke kereta.
“Kau salah orang bang, aku bukan pekerja bawahan yang hina dan senang-senang kau boleh pijak-pijak”.
Airien duduk di tembok depan kereta sebelum memulakan misinya. Sebaik melihat keadaan selamat dia terus melakukan apa yang sepatutnya sebagai balas dendam.
“Puas hati, padan muka kau. Balik naik grab, tu pun kalau kau reti order.. tak reti jalan kaki orang kaya sombong.. ”.
Share this novel