BAB 8

Drama Completed 236

Tak lama kemudian..kami bertunang.Dan Neyo pun berpindah ke Taiwan.Melalui Fiqri,aku dapat tahu yang Neyo dah lama peluk Islam.Kalau tak silap..masa tengah tunggu result SPM.

Ajal,jodoh dan pertemuan di tangan tuhan.Aku Nurul Brianna binti Roslan akan tetap berpegang pada janji.Bagi aku…kita hanya mampu merancang.Tuhan yang menentukan segalanya.

Aku akhirnya berjaya menyambung pelajaran di universiti.Jurusan undang-undang.Neyo pula sudah dua bulan pergi.Telefon bimbitku tiba-tiba berdering.

“Ya Miza …aku baru habis kuliah nie…,”aku mendengar tawa Miza di hujung talian.

“Weh…tunang kau tu tak habis-habis kacau hidup aku la..,”aku tergelak mendengar kata-kata Miza .

“Bila kau nak kahwin dengan Airiel kau tu?Tiap-tiap hari dia call aku..tahu tak?Bri dah ada pakwe ker?Bri sihat?Bri rindu dekat aku tak?,”Miza mengajuk kata-kata Neyo ..

Aku menahan geram di dalam hati..Mengada lah mamat tu..Konon tak rindu..Cakap tak serupa bikin betul.Sekarang siapa yang rindu siapa ni?

“Bri …kau tahu tak?Airiel beritahu aku..lagi seminggu dia balik Malaysia,”aku tersenyum sinis..

“Siap lah dia nanti…aku kerjakan dia cukup-cukup..call kau boleh..aku nie..dia bukannya nak call,”

“Dia segan lah tu..kan dia ada perjanjian dengan kau,”

“Aku serbu dia kat KLIA,”aku berkata penuh keazaman.

“Eh..jangan lah Bri …dia tak kasi aku beritahu kau..kau duduk rumah aje lah,”

“Tak kira…aku nak pergi jugak!,”

“Bri !!!Nanti Airiel marah aku!Aku takut kalau Airiel marah..Garang!,”

“Habis??Aku nie kau tak takut?”

“Bri !!!Janganlah..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience