Bab 19

Fantasy Completed 13890

"makcik!" laung jane di hadapan rumah usang itu.

"eh jane.. Meh masuk"
"kamu sorang je ke? Mana dani?" soal makcik tina sambil mempelawa gadis itu masuk.

Jane tersenyum. Gadis itu masuk dan melabuhkan punggung di atas kerusi. "dani tak ikut. Nanti saya ajak dia, lagipun saya datang sini saya nak tanya sesuatu.."

"tanya apa?" soal wanita pelik.

"pasal.... Dani"

"kenapa? Dia buat hal lagi ke? Makcik dah suruh dia jaga perangai dah, hei budak ni apa yang dia dah buat kali ni?" soal wanita itu lagi. Geram rasa hatinya.

"tak ada, cuma.."

"cuma apa?" suara dani menyahut dari depan pintu. Matanya merenung tajam wajah jane.

Gulp. Gadis itu menelan air liur. Apa yang dia buat kat sini?

"dani? Bila kamu sampai?" soal makcik tina terkejut.

"tadi, saja je dani datang sini tapi ada tetamu pulak" balas lelaki itu sambil menjeling ke arah jane. Dia mengambil tempat di sebelah emaknya.

"jane..Kau nak tanya apa pasal aku tadi?" soal lelaki itu lagi.

Jane menggigit bibirnya. Macam mana aku nak tanya kalau dia duk tercongok kat sini. Apa aku nak kelentong ni?

"jane..Kamu okay tak?" makcik tina mula rasa kasihan. Mungkin gadis itu tidak mahu bertanya di hadapan dani. "eh majikan kamu tahu tak kamu berdua datang sini?" wanita itu cuba mengubah topik.

Pantas jane menggelengkan kepala. Dani masih lagi memandangnya.

"kalau macam tu baik kamu berdua balik sekarang. Nanti minta izin baru datang sini, okay?" ujar makcik Tina. Dia menepuk perlahan bahu anak lelakinya.

"baik mak, kitaorang pergi dulu" dani tersenyum. Dia bangun dan menarik tangan jane supaya mengikutinya.

"err..Saya pergi dulu" ujar jane. Langkahnya terpaksa di cepatkan untuk mengikut rentak kaki dani.

Sebaik sahaja mereka berada agak jauh dari rumah lelaki itu. Dani memberhentikan langkah dan berpaling memandang jane.

"kau nak tanya apa kat mak aku?" soalnya dengan nada mendatar.

Jane menggelengkan kepala. Tak ada apa apa!

"jangan tipu! Kau cuba korek rahsia aku ke?" soal lelaki itu. Tangannya menggenggam tangan jane kuat.

"mana ada! Jom la kita balik cepat" jane memandang ke arah lain.

"ke kau cuba cari tahu siapa aku yang sebenarnya?" tembak lelaki itu. Matanya memandang tepat ke anak mata jane.

Gadis itu mulai gelisah. "jom lah kita balik, tangan aku dah sakit" ujar jane perlahan. Dia cuba menarik tangannya dari genggaman lelaki di hadapannya.

Dani mengeluh. Dia melepaskan tangan gadis itu. "maaf kak jane, saya tak sengaja" pinta lelaki itu.

Jane memandang tidak percaya. Asal perangai dia berubah pulak? Tadi aku kau sekarang panggil kak jane?

"jomla kita balik karang si kerdil tu mengamuk pulak" ajak dani sambil tersenyum tipis. Jane hanya mengangguk dan dengan pantas gadis itu berjalan sambil memeluk pergelangan tangannya yang merah kerana digenggam kuat.
______________

"hah pergi mana tadi?" tanya si kerdil yang entah muncul dari mana. Mereka berdua baru hendak masuk melalui pintu dapur.

"err.." jane cuba mencari alasan. Kecut perut dirinya memandang wajah lelaki kerdil yang tidak pernah hendak senyum itu.

"jumpa mak aku" balas dani selamba. Mukanya langsung tidak beriak.

"masuk. Puan besar nak jumpa kamu berdua di tingkat atas" ujar si kerdil lagi. Dia langsung tidak memandang wajah dani.

"baik" jane membalas sambil kepalanya di tundukkan sedikit.
________________

Tuk tuk tuk..
"puan besar.. Mereka dah sampai" ujar si kerdil sambil tangan mengetuk pintu perlahan.

"masuk"

Pintu dikuak. Kelihatan seorang wanita cantik yang sedang duduk di atas kerusi sedang tersenyum memandang ke arah mereka berdua.

"selamat datang jane.. Dani" sambut wanita cantik itu lagi.

"sila masuk" si kerdil memberikan laluan kepada mereka berdua untuk masuk lalu menutup pintu.

"sila duduk" pelawa wanita itu lagi.

Jane memandang wanita itu tidak berkerdip. Wajahnya saling tidak tumpah seperti wajah orang yang di dalam mimpinya. Apa maksud mimpi dia sebenarnya?

"seronok kerja dekat sini?" soal wanita itu dengan penuh lemah lembut.

Jane mengangguk laju. Dani hanya tersenyum tipis. Lelaki itu kelihatan tidak selesa.

"kenapa dani? Tak suka jumpa saya?" soal wanita itu sambil tersenyum.

"hah..? Err.."

Jane menyiku dani di sebelah. Jawabla mangkuk! Ni majikan kita tau tak!

Dani mengganguk laju kemudian dia menggeleng. "eh saya.. Saya suka jumpa puan" lelaki itu tergagap.

Apasal la budak ni? Jane menggelengkan kepalanya perlahan.

Wanita itu tergelak. "nama saya puan erika" wanita itu memperkenalkan diri.

Mati terus senyuman di wajah jane. Erika? Macam nama mak..  Jane menundukkan wajahnya. Haih sekarang pulak aku nak sedih.

"kenapa jane?" soal wanita itu. "kenapa kamu nampak sedih?" soalnya lagi

"tak..Cuma nama puan sama dengan nama mendiang mak saya.."

"kalau macam tu, anggap la saya mak awak.. Kan, dani?" ujar puan erika sambil tersenyum manis. Dia menjeling melihat dani yang sedang mengelamun.

Lelaki itu tersentak. Pantas dianggukkan kepalanya. Entah apa yang di iyakan pun tak tahulah.

"jane..Awak jangan sedih, kat sini ada orang yang jaga awak" ujar wanita itu lagi dengan maksud yang tersirat.

"siapa puan?" soal jane ingin tahu.

"nanti awak tahu.."
"dani. Seronok berkebun?" soal puan erika dengan nada tegas. Wajahnya sengaja di seriuskan.

Dani menundukkan kepala. "seronok puan" balasnya perlahan.

"bagus. Saya gembira awak berdua seronok tinggal di sini. Nanti kita jumpa lagi ya" ujar wanita itu sambil tersenyum.

Mereka berdua keluar dari bilik. "dani.. Kenapa kau ni? Lain macam je dalam bilik tadi" ujar jane penasaran.

"guguplah. Kak jane tak takut ke?" soal lelaki itu pula.

Jane menggeleng. "tak, aku seronok. Puan besar cantik sangat." ujar jane sambil tersenyum. Seronok benar dirinya. Apatah lagi nama wanita itu seperti nama emaknya.

Dani memerhatikan wajah jane. Bibirnya mengukir senyuman tipis.

Dari jauh kelihatan sarah sedang menjeling. Meluat betul aku tengok si jane tu! Aku mesti rampas dani! Kau dah ada kai takkan nak ambik dani lagi? Nampak sangat perempuan tak ada maruah! Sarah mencebik. Pantas kakinya dihalakan ke dapur. Baik dia sambung masak dulu.
_____________
Malam.

Dani memandang kiri dan kanannya. Setelah dipastikan tidak ada orang dengan pantas lelaki itu menyelinap masuk ke dalam bilik jane. Dia mengunci pintu dari dalam.

"dani! Kau buat apa kat sini malam malam buta ni gila?" ujar jane sedikit terkejut. Daripada baring terus gadis itu terduduk.

"kau ni gila ke? Ni bilik perempuan tahu tak? Dah la bilik sarah dekat sebelah. Kalau dia nampak macam mana?" sambung jane lagi. Bengang pula dengan sikap dani yang terlalu mengambil mudah.

"eh rilekslah kak, tak ada orang la. Kak sarah dah tidur kot" balas lelaki itu pula. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan katil gadis itu.

"kau nak apa?"

"kau buat apa kat rumah aku haritu?" soal dani. Dia memandang tepat wajah jane sehingga gadis itu rasa tidak selesa.

"dani dahlah tu"

Dani menggeleng. "baik kau tanya aku. Mak aku tak tahu apa apa pasal aku" ujarnya dengan nada sinis.

Jane mengerutkan dahi. "apa maksud kau?"

Dani tergelak lalu wajahnya di seriuskan. Lelaki itu bergerak mendekati jane yang sedang duduk di atas katil.

"hei dani! Kau.. Kau buat apa?! Baik kau jauh sebelum aku jerit" jane berundur ke belakang.

Lelaki itu hanya tersenyum mengejek. Semakin  lama dirinya semakin dekat. Jane terperangkap tidak dapat bergerak kerana dinding di belakangnya.

"ok ok.. Akh minta maaf" akhirnya jane mengalah.
Tidak sanggup dia memandang wajah dani yang hanya beberapa inci darinya.

Dani tergelak besar. Pantas tangan jane menekup mulut lelaki itu. "dani jangan buat gila! Nanti sarah dengar lah!!" ujar gadis itu geram.

Lelaki itu ketawa kuat sehingga terbaring di atas katil. Bukan apa kelakar tengok muka jane yang sudah merah tadi.

Jane memandang geram. "dani!"

"ok ok aku minta maaf" ujar lelaki itu dengan sisa tawa yang masih belum reda.

"tapi aku serius. Mak aku tak tahu apa apa pasal aku. Lebih baik kau tanya aku sekarang jane"

Hah? Makcik tina tu kan emak dia? Takkan emak dia tak tahu apa apa pasal anak dia? Macam pelik je.

"hei jane dengar tak? Baik kau tanya sekarang sebelum aku tido" ujar dani perlahan sambil matanya tertutup rapat. Tangannya sudah memeluk bantal.

"hoi kau balik bilik kau sekarang!" jane menarik narik baju yang dipakai oleh lelaki itu. "dani bangun! Bangunlah!!" gadis itu menarik tangan lelaki itu pula menyuruh lelaki itu bangun dan keluar dari biliknya.

Dani membuka sebelah matanya. Dengan pantas tangannya menarik jane ke arahnya. Tidak sampai sesaat gadis itu sudah ada di dalam pelukan dani.

Jane menelan air liur. Matanya bulat memandang wajah dani. Dengan pantas gadis itu  meloloskan diri. "kau keluar sekarang" ujar jane sambil tangannya menunjuk ke arah pintu.

"akak jane.. Dani nak tido sini boleh?" soal lelaki itu dengan mata sengaja di kerlipkan beberapa kali.

Jane membesarkan matanya. "keluar"

"yela.. Bye kak jane" dani mengalah. Dia tersengih memandang jane sebelum keluar menuju ke biliknya.

Jane menggaru kepalanya. Aku dah kata budak ni pelik! Lepas ni apa pulak yang jadi? Gadis itu menarik nafas panjang dan terus baring berselubung dengan selimut. Langsung dia tidak mahu menutup lampu. Takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience