DIA 32

Romance Completed 131781

Hanis hanya memandang ke arah luar tingkap kereta. Hazzar yang duduk ditempat pemandu sekadar fokus pada pemanduannya. Tiba-tiba telefon Hanis berdering.

Tangannya menyeluk ke dalam beg tangannya. Banyak betul barang! Dia ambil telefon dan bawanya keluar, tertera nama Ryan Rina.

Hanis mengerling ke arah Hazzar. Dia tahu, Hazzar memandangnya menggunakan ekor mata.

"Loud speaker." Ujarnya dengan nada mendatar.

Hanis menurut perintahnya lalu menekan butang loud speaker.

"Hey! Kenape kau tak masuk kerja lagi? Baru semalam kau datang, hari ni cuti lagi? Pelik ni!" Ujar Ryan.

"Aku ada hal sikit."

"Urmm... Mesti pasal laki kau kan?"

Tangan Hazzar segera mencapai telefon Hanis lalu dibuang ke luar tingkap. Hanis pula tergamam melihat perbuatan Hazzar. Nak marah dia suami, syurga.

"Kenapa abang buang telefon saya?" Soal Hanis hairan.

Hazzar tidak membalas. Hanis menyandarkan kepalanya dan kembali memandang ke arah luar. Tingkap diturunkan.

"Aku buka aircond ni?" Soal Hazzar.

"Saya nak rasa udara segar. Hati tenang." Hazzar berasa dirinya diperli. Tunggu kau!

Mata Hanis semakin sayu apabila asyik ditampar oleh angin kereta. Hanis menutup matanya dengan rapat seketika lalu terlelap.

Hazzar terkejut melihat Hanis yang sudah tidur di sebelahnya.

---

Tali pinggang keledar dibuka. Kepalanya ditoleh ke arah Hanis yang sedang lena dengan tidurnya.

"Oi! Bangunlah. Dah sampai!" Ujarnya dingin.

Hanis membuka tali pinggang keledarnya dengan malas. Mata masih berat. Berapa banyaklah syaitan yang bergayut dekat bulu mata dia.

Hanis menggosok matanya dan mendekati Hazzar. Dia cuba untuk menghilangkan rasa mengantuk dengan menggeleng kepala perlahan.

Tanpa memberi salam atau mengetuk pintu, Hazzar terus menolak pintu dan melangkah masuk dengan wajah selamba. Hanis mengerutkan dahi.

"Aku tahulah ni rumah dia, tapi takkan tak ada adab masuk rumah?" Hanis menggeleng lagi.

Hanis melangkah perlahan-lahan dan melihat, semua ahli keluarga Hazzar duduk diruang tamu. Tiada seorangpun yang mengukir senyuman di wajah. Hanis mendekati Hazzar lalu berdiri di sebelahnya. Wajah Hazzar dipandang hairan.

"Hanis..." Panggil seseorang.

Hanis dan Hazzar menoleh ke arah suara tersebut. Hanis terkejut apabila melihat, Ikram di hadapannya. Hazzar pula mengerutkan dahi.

"Aku ingat kau memang akan balik lepas aku ceraikan Hanis." Ujar Hazzar dengan nada memerli.

Ikram mengabaikan kata-kata Hazzar dan hanya memandang Hanis. Apabila Ikram melangkah ke hadapan, Hanis mengundur. Ikram tersebut hambar. Dia toleh ke arah Hazzar.

"Hari ni genap sebulan kau kahwin dengan dia, bila kau nak ceraikan dia." Soalnya seolah-olah cerai benda yang boleh bawak main.

"Ikram!" Marah Jannah.

"Kenapa kau sibuk sangat nak suruh aku ceraikan dia? Kau nak kahwin dengan dia? Kau rasa kalau aku ceraikan dia, dia nak dekat kau ke?" Balas Hazzar.

Ikram menoleh ke arah Hanis.

"Dia cintakan aku. Bukan kau! Tak percaya, kau tanya dia. Siapa yang dia cinta." Hanis terkejut sedikit.

"Kau cintakan siapa? Aku atau, Ikram?" Soal Hazzar dingin.

"Saya cintakan seseorang yang bergelar suami saya. Walaupun dia tak cintakan saya, saya takkan pernah berhenti untuk cintakan dia selagi saya, isteri dia." Ujar Hanis sambil matanya memandang wajah Ikram.

Ikram mengukir senyuman sinis.

"Dia tak cintakan awak! Kenapa awak masih nak hidup dengan dia? Awak minta cerai jelah dari dia dan kahwin dengan saya!" Ujar Ikram dengan nada tinggi.

"Ikram! Kamu ingat kahwin cerai ni kerja main-main ke? Kamu ingat semua ni macam main pondok-pondok ke? Ikram! Kamu jangan buat kerja gila." Marah ayah.

Ikram menjeling ke arah ayahnya.

"Memang! Memang abang tak pernah cintakan saya dan takkan cintakan saya. Saya paksa diri saya untuk terima dia sebagai suami saya, sebagai syurga saya. Berdosa kalau isteri minta cerai dari suami tanpa sebab yang munasabah." Ikram menggenggam rambutnya.

"Senang je. Dia tak cintakan awak, itu sebabnya." Ujar Ikram selamba.

"Jangan jadi gilalah Ikram! Terima jelah yang saya bukan dijodohkan untuk awak!"

"Tapi kita tetap boleh kahwin. Kita boleh tukar takdir." Ujarnya dengan nada penuh harapan.

"Kita tak boleh tukar takdir! Takdir kita berbeza. Stop it Ikram! Saya penat nak bertekak tentang benda ni. Tak boleh ke kita cakap pasal benda lain?" Soal Hanis .

Bondanya bangun.

"Cakap pasal benda lain? Boleh pasal ni." Ujar bondanya lalu melemparkan beberapa keping gambar kepada Hanis.

Hanis mencangkung untuk mengambil gambar tersebut. Dia mengucap dengan nada perlahan. Dia hanya menundukkan kepala.

"Apa benda tu?" Soal bonda.

"Aku sangka kau memang baik tau, tapi gambar tu cukup membuktikan segalanya. Segalanya tentang kau!" Ujar bonda.

Hanis menggenggam gambar tersebut. Hazzar merampas satu gambar darinya dan melihat. Riak wajahnya tidak berubah langsung, tetap serius. Hanis bangun dengan bibirnya yang diketap kuat. Dia mengangguk.

"Ye. Memang ini Hanis. Semua yang korang dengar, tengok semuanya Hanis.  Apa yang korang semua fikir? Hanis pelacur? Yes! Memang Hanis pelacur. Babah pun Hanis cakap benda yang sama." Ujarnya.

Kedengaran bonda menepuk tangan puas.

"See! Dia sendiri dah mengaku. Abang dengan Jannah tak payah nak cakap yang saya ni reka-reka cerita. Dia dah mengaku."

Jannah bangun.

"Dia mengaku sebab dia dah tak tahan dengan desakan semua orang sekeliling dia! Babah dia sendiri tak percayakan dia, suami lagilah. Bonda? Of course! Kawan dia entah ke mana. Kalau Jannah dekat tempat Hanis, Jannah pun akan buat benda yang sama. Nak setia dengan laki memang tak! Dah lama aku tinggalkan!"

Hanis terpegun melihat Jannah. Hazzar pula membuat muka selamba.

"Hazz... Sebab kau tak cintakan dia, tak bermakna kau boleh abaikan dia, sakiti dia. Hazz, kalau kau buat macam tu, kau langsung tak ada beza dengan bekas laki aku. Kau marah dia sebab sakitkan aku kakak kau tapi kau?

Sakitkan isteri kau. Satu-satunya perempuan yang cuba bertahan dengan perangai suami, keluarga dan keadaan sekeliling macam ni. Orang lain mungkin ambil jalan mudah, bunuh diri." Ujarnya panjang lebar.

Hazzar sekadar memandang ke tempat lain. Malas nak mendengar bebelan kakaknya.

"Hazz... Jangan nanti dah takde baru kamu cari dia." Celah ayah.

Jannah menarik tangan Hanis lalu dibawanya ke taman luar rumah. Tiada siapa hiraukan mereka.

"Oh by the way, hari ini kita ada tetamu istimewa untuk Hazzar." Hazzar menoleh ke arah bonda.

"Tetamu? Siapa?" Bondanya sekadar tersenyum.

"Hanis, okay?" Soal Jannah perlahan. Hanis mengangguk perlahan.

Tiba-tiba ada sebuah kereta mewah berada diluar pagar. Hanis dan Jannah menanti-nanti siapakah yang berada di dalam kereta tersebut. Kak Zu berlari anak menuju ke arah pintu pagar.

Seorang wanita yang berpakaian seksi keluar dari kereta. Ernie. Jannah mengerutkan dahi manakala Hanis tergamam. Mereka berdua saling berpandangan.

Ernie langsung tidak perasan Hanis dan Jannah yang terkaku melihatnya. Pintu diketuk perlahan kemudian melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Hanis dan Jannah mendekati tingkap untuk mengintai.

Ernie dan bonda berlaga pipi. Kalau Hanis, nak salam tangan pun tak kasi. Ernie menoleh ke arah Hazzar lalu tersipu malu. Hazzar meleret senyuman manis lalu memaut pinggang Ernie.

Hanis menutup matanya seketika apabila melihat mereka. Ikram pula papar wajah terkejut dan menoleh ke arah bonda. Bonda meletakkan jari telunjuknya pada bibir tanda menyuruhnya mendiamkan diri manakala ayahnya mengangguk setuju dengan apa yang Ikram fikirkan.

"Hey Ikram! Akhirnya balik juga kau. Aku ingat memang tak nak balik." Ikram mendecit.

"Kau buat apa datang sini?" Soal Ikram.

"Nak bakal keluar mertua pun salah ke?" Ujarnya lalu ketawa macam langsuir.

Jannah mahu melangkah menyerang Ernie tapi ditahan oleh Hanis. Ikram mengerutkan dahinya.

"Kau nak kahwin dengan siapa?" Soalnya.

"Hazzar Iskandar bin Tan Sri Razak." Semua orang terkejut beruk kecuali Hazzar dan bonda.

Hazzar mengerling wajah Hanis di luar rumah, begitu juga dengan Ikram. Jelas terpancar di wajah Hanis kini dia betul-betul kecewa. Sabar Hanis.

"Hazzar? Abang aku? Habis tu Hanis macam mana?" Soalnya bingung.

"Oo Hanis maid Hazzar? Jangan risau, aku perlukan dia untuk kemas rumah kami nanti." Ikram semakin terkejut apabila mendengar, maid?

Bonda memberi isyarat kepala tetapi tak ada satu pun yang Ikram. Hazzar pula membesarkan matanya, dah macam Vampire yang nak terkam leher orang. Jannah sudah hilang sabar. Langkah diatur mendekati mereka semua. Biarlah apa nak jadi sekalipun, dia dah tak sanggup nak tengok Hanis jadi macam tu. Arghhh!

"Hazz!" Semua orang terkejut dengan kemunculan Jannah.

Ernie yang tidak tahu apa-apa terus mendekati Jannah dengan satu senyuman. Tangan Jannah diambil tali Jannah menepis kasar. Ernie memandang wajah Jannah.

"Kak... Jann dah kenapa?"

"Kau tanya aku kenapa? Kau tanya lelaki yang cintakan sangat tu. Kau kata apa? Hanis maid? Kau tanya semua orang yang ada dekat sini siapa Hanis tu yang sebenarnya! Apa hubungan dia dengan Hazzar dan keluarga ni!" Marahnya.

Ernie menoleh dan menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut mereka, lagi-lagi Hazzar. Perlahan-lahan langkah diatur mendekati Hazzar.

"Hazz... Siapa Hanis? Apa maksud kak Jann? Dia... Bukan maid U kan?" Soalnya dengan nada separuh sebak.

Hazzar tidak membalas sebaliknya cuba menyentuh Ernie dan Ernie menepis kasar.

"I tanya U dia bukan maid U kan!?" Hazzar menggeleng.

"Dia... Dia isteri U?" Teka Ernie.

"Dia bukan isteri I Ernie. I tak anggap dia isteri I. Perempuan yang I harapkan untuk jadi suri hati I adalah U, Ernie." Balasnya.

Ernie mengetap bibir kuat.

"Kenapa U tipu I? Kenapa U tak terus terang dekat I!? Kenapa?" Soalnya dengan air mata yang mula mengalir keluar.

Bondanya mencelah.

"Sebab Hazzar dan Hanis akan bercerai tak lama lagi!" Celah bondanya.

Semua orang memandang ke arah bondanya. What!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience