DIA 16

Romance Completed 131781

Puan Sri Karisya dan semua yang lain berada didalam bilik Syaza, kecuali Hanis dan Lara. Syaza memerlukan bantuan pernafasan, macam-macam wayar yang bersambung padanya. Tan Sri mengusap lembut wajah Syaza. Bibirnya didekatkan pada wajah Syaza.

"Syaza... Bangunlah sayang. Jangan buat papa dengan mama macam ni. Syaza kuatkan? Bangunlah sayang. Papa janji papa takkan marah Syaza lagi, papa takkan buang Syaza. Syaza tetap anak papa. Sampai bila-bila. Bangunlah." Ujar Tan Sri Khalid penuh syahdu.

"Syaza... Mama takkan, halang Syaza dari berkahwin dengan Nazrul. Syaza buatlah apa yang Syaza nak. Mama takkan halang lagi." Ujar Puan Sri Karisya.

Hazzar mengeluh. Kenapa dia perlu ada disitu?

"Arr... Puan Sri, Hazz dengan Ikram keluar dulu. Bagi Hanis dengan Lara pulak masuk." Puan Sri Karisya mengangguk.

Ikram menolak pintu dan terlihat wajah penat Hanis dan Lara. Lara sudah terlelap di bahu Hanis.

"Hanis?" Panggil Hazzar.

Hanis menoleh dan mengangkat kening.

"Apa kata kalau awak dengan Lara balik dulu, esok baru korang datang. Okay?" Cadang Ikram.

Hanis berfikir sejenak sebelum mengangguk perlahan. Hanis mengejutkan Lara dengan segera Lara membuka mata.

"Kita dah sampai rumah ke?" Hanis buat mimik muka yang sukar untuk diungkapkan.

"Naik kereta pun belum." Ujar Hanis lalu menguap.

Ikram dan Hazzar mempunyai perasaan yang sama sekarang ni, risau. Takkan diorang nak drive dalam keadaan macam ni? Nanti tak pasal-pasal jadi macam Syaza.

"Nampak mengantuk sangat tu. Boleh drive ke?" Soal Ikram dengan nada risau.

Hanis mengangguk manakala Lara menggeleng. Hanis menyiku Lara.

"Takpe biar saya hantar." Ujar Hazzar dan Ikram serentak.

Hazzar dan Ikram saling berpandangan. Ikram mengerutkan dahi, rasa musykil. Sejak bila Hazzar rajin nak hantar orang balik ni?

"Eh takpe. Kalau korang berdua hantar kitorang balik, kereta kitaorang macam mana? Takkan nak tinggal dekat sini. Esok nak pergi kerja macam mana?" Ujar Hanis.

"Terpulang Hanislah." Balas Hazzar.

Hanis bangun lalu menarik tangan Lara. Dengan malasnya Lara bangun. Malau nak diikutkan hati, mahu sahaja dia tidur di hospital ni. Hanis menunduk kepala memberi isyarat kepada merek berdua 'kami pergi dulu' tapi entah faham ke tidak dua ekor tu.

Hanis menekan butang lif manakala Lara dari tadi asyik menguap. Bukan kau sorang je yang mengantuk!

Ting!

Hanis masuk ke dalam lif yang sudah terbuka lalu menekan butang turun ke tempat parking. Pintu tertutup.

Ting!

Lif disebelah terbuka, Nazrul dengan muka risaunya keluar dari lif dan meliau ke kiri ke kanan tak tahu bilik Syaza ke mana. Dia berlari anak ke arah dari mana datangnya Hanis tadi apabila ternampak kelibat Hazzar dan Ikram.

"Syaza macam mana?" Soal Nazrul dengan nada risau kepada Hazzar.

"Dia dah stabil cuma belum sedar. Kenape kau lambat Naz?" Soal Hazzar balik.

"Aku ada hal kejap. Lepas tu kena menghadap jam lagi. Mana tak lambat." Balasnya dengan separuh rungutan.

"Kalau kau datang cepat tadi, mesti kau dapat jumpa bidadari aku dengan Hazz." Ujar Ikram.

Hazzar menoleh.

"Aku ada bidadari? Siape?" Soal Hazzar.

"Lara." Balas Ikram lalu ketawa mengekek.

Nazrul hiraukan kata-kata mereka berdua lalu melangkah masuk ke dalam ward Syaza.

"Kau tak nak ke dekat Lara. Boleh kahwin serentak." Ikram ketawa mengekek lagi. Hazzar mendecit.

---

3 hari kemudian....

Syaza sudah sedarkan diri dan dibenarkan balik, tapi balik rumah mama papa dialah. Tan Sri Khalid dan Puan Sri Karisya terpaksa menerima Nazrul sebagai bakal menantu mereka. Hazzar akhirnya dapat menghelakan nafas lega, tak ada lagi yang akan paksa dia dengan Syaza untuk nikah.

"Syaza masih nak langsungkan ke majlis dekat pejabat nanti?" Soal papanya.

Anak baru sihat dan majlis tu pulak dah nak dekat. Takut terjadi apa-apa yang tak baik dekat anaknya nanti.

"Syaza tetap nak teruskan. Nanti apa orang kata, kita dah jemput ramai-ramai tapi tak jadi. Dahlah mana diorang yang ada urusan kita merayu untuk tangguhkan. Nanti diorang akan kurang kepercayaan pada syarikat kita." Balas Syaza.

"Kalau itu yang Syaza nak, papa setuju." Tangan Tan Sri Khalid naik mengusap lembut kepala Syaza.

"Oh Syaza, Hanis dengan Lara kamu jemput ke majlis tu tak?" Soal mamanya.

Syaza seolah-olah sedang berfikir.

"Rasanya Syaza ajak. Tapi Lara tak boleh pergi sebab dia kena transfer ke Penang. Jadi, Hanis jelah." Ujarnya.

Tapi disudut hati, Syaza betul-betul takut. Sudahlah Hanis ada disana, dan pada masa yang sama Nazrul juga turut sertai majlis tersebut. Dia takut Hanis akan tahu tentang segalanya pada malam itu. Bagaimana dia mahu berdepan dengan Hanis? Dia buntu.

"Mama... Syaza takut." Ujarnya sayu sambil tangannya memegang tangan mamanya.

"Takut kenape?" Soal papanya.

"Sebenarnya, Nazrul tu ex Hanis dan, diorang putus sebab Syaza. Hanis dan Nazrul bercinta dan dalam masa yang sama, Nazrul bercinta dengan Syaza. Syaza... Syaza minta Nazrul putus dengan Hanis padahal lagi sebulan diorang nak bertunang. Syaza buntu." Syaza meluahkan segalanya pada mama dan papanya.

Mama papanya tunjuk reaksi terkejut. Mereka tidak mengeluarkan sebarang kata-kata.

"Tapi... Itu sebelum Syaza kenal dengan Hanis. Lepas Syaza kenal Hanis, Syaza malu dengan diri sendiri. Syaza paksa Nazrul untuk tinggalkan perempuan sebaik Hanis dan semulia Hanis. Padahal, Syaza ni banyak kekurangan dari Hanis dan... Merampas kebahagiaan yang diingini oleh Hanis." Syaza menyeka air matanya yang muka mengalir.

Sedih apabila mengenang semula apa yang dia sudah lakukan. Puan Sri Karisya menarik Syaza ke dalam pelukannya lalu diusap lembut lengan anaknya itu. Puan Sri Karisya melihat wajah Tan Sri Khalid, tangan Tan Sri naik ke dahinya.

"Syaza dah bagitahu Hanis ke pasal ni?" Soal papanya. Syaza menggeleng.

"Kenape?"

"Syaza... Tak tahu macam mana nak berdepan dengan Hanis dan bagitahu segala yang Syaza dah buat pada dia." Balas Syaza.

"Habis, macam mana nanti? Syaza kata Syaza nak umumkan pertunangan antara Syaza dan Nazrul kan? Dan... Syaza sendiri yang kata Syaza pun ada dekat sana." Ujar papanya lagi.

Syaza angkat bahu. Sudah pening kepalanya memikirkan tentang semua ini. Majlis itu akan memberitahu segala-galanya, pada Hanis. Mampukah dia untuk mengungkapkan semuanya nanti?

' Ya Allah, tolonglah aku. '

---

Tan Sri Khalid berjalan menuju ke pejabat Hazzar. Tanpa melaporkan kepada PA Hazzar, Tan Sri masuk begitu sahaja. PA Hazzar mengejar Tan Sri Khalid. Pintu ditolak, Hazzar yang sedang duduk di sofa mengalih pandangan ke arah Tan Sri Khalid.

"Maaf encik Hazzar saya- " Hazzar tunjuk telapak tangannya kemudian memberi isyarat menyuruhnya pergi. Mira menurut.

"Have a seat." Arah Hazzar.

Tan Sri Khalid melabuhkan punggung di atas sofa hadapan dengan Hazzar.

"What brings you here, Tan Sri?" Soalnya hairan.

"Uncle nak Hazzar datang pada majlis tu. Your parents told you that they could not attend the event. So, they want  Ikram with Hazzar as their representative. Can you go?" Hazzar mendecit.

"Tapi kalau cuma untuk wakilkan, Hazzar pergi. Kalau sebaliknya, no." Tan Sri Khalid mengangguk faham.

"See you at there." Ucap Tan Sri Khalid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience