Chapter 9

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 9

***
Beberapa abad lalu...

"Aku perlukan waris dengan segera, kerana usia ku sudah makin singkat."

"Kenapa pula tuk? Apakah tuk sakit?" Soal Arjuna. Aneh dengan soalan atuknya itu. Masakan usia makin singkat tapi tubuhnya masih sihat. Sakit, tidak pernah pula. Bahkan, lebih gagah apabila meningkat usia.

"Sudah takdir untuk aku kembali. Aku perlu segera mencari waris. Susah untukku nanti jika tidak mencarinya segera." Tuk Karim Surya membelek-belek cincin zamrud hijaunya.

Tuk Karim Surya merupakan pengamal ilmu mempertahankan diri. Arjuna pula anak muridnya yang paling setia bahkan sudah dianggap sebagai anaknya. Anaknya, Andika, satu-satunya anak Tuk Karim Surya masih belum bersedia untuk menikah. Dan Andika kini masih sibuk bertani di pinggir kampung. Mahu berdagang katanya.

"Arjuna... Aku yakin kau layak." Arjuna terkelu apabila Tuk Karim Surya tiba-tiba berkata demikian sambil menepuk bahunya.

"Layak? Untuk apa tuk?"

"Ambil cincin ini. Apabila kamu sudah menikah, kamu akan punya anak lelaki. Berikan namanya Mustafa. Kemudian, ketika Mustafa memperoleh zuriat, cincin ini akan menjadi milik anaknya tatkala anaknya hampir mencecah 19 tahun. Bukan Mustafa. Itu saja wasiat ku untuk mu." Tuk Karim mencabut cincin zamrudnya dan meletakan di dalam genggaman Arjuna.

"Tapi, tuk. Andika lebih layak. Dia anak tuk. Saya cuma anak yatim yang dikutip tuk dulu."

"Dia tidak punya apa yang kau tidak ada. Dan kau pula sudah mewarisi ilmu warisan keluarga tuk. Jadi, kau layak."

"Tapi, tuk..." Arjuna berdalih. Dia merasakan satu kesalahan kerana menjadi penghalang kepada warisan Tuk Karim Surya dan Andika.

Memang benar. Andika lebih memilih untuk menjadi peniaga di kampung kerana merasakan ianya lebih menjamin kepada pendapatan keluarganya. Dan Andika menolak untuk mewarisi sepenuhnya kemahiran warisan ayahnya. Atau kata lain, dia rasa tidak mampu.

*

Hampir sepurnama Tuk Karim Surya meninggal dunia. Dan isteri Arjuna yang sarat hamil merasakan sudah tiba masanya. "Abang... Air apa ini?"

"Ya Tuhan... Sudah tiba agaknya. Aku panggil bidan sekarang."

"Abang..."

Selepas beberapa jam bertarung nyawa, Melati melahirkan anak laki-laki seperti yang dikatakan oleh Tuk Karim Surya dulu. Usai diazankan, Arjuna mengucup dahi anak dan isterinya. Melati masih kepenatan. Lelahnya ibu bersalin umpama menikam-nikam diri dengan pisau. Terlalu sakit.

"Aku namakan anak kita, Mustafa."

Terpamer kebahagiaan Arjuna selepas anaknya dilahirkan. Melati juga menjadi semakin sihat dan tempoh berpantangnya juga cuma sementara. Malah, Arjuna juga membantu perniagaan Andika atas nasihat Melati kerana tidak elok membiarkan anak tunggal Tuk Karim Surya itu terkontang-kanting sendirian. Perniagaan Andika semakin baik.

Andika juga sedang menanti kelahiran anak sulungnya. Sebab itu dia lebih kerah tenaganya untuk menyara isteri dan bakal anaknya itu. Tidak mahu dia memberi makan anaknya dengan kayu dan pasir. Dia perlukan pendapatan yang kukuh. Sebab itu dia memilih untuk bertani dan berniaga. Bantuan Arjuna juga memudahkan lagi perniagaannya.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience