BAB 3

Romance Completed 49595

“Cik Fitri, Dato’ Hisham mahu jumpa dengan cik.” Beritahu Sarah, pembantu peribadi Dato’ Hisham. Aku membalas dan menutup talian. Eh, kenapa pulak Dato’ Hisham nak berjumpa dengan aku ni? Fikirku di dalam hati.

Pasti dia ingin bertanyakan tentang projek terbaru yang sedang kami usahakan. Aku tahu dia mahu memenangi tender tersebut. Bukan aku tidak mengenali Dato’ Hisham. Dia tidak mengemari persaingan.

“Masuk.” Laung Dato’ Hisham setelah aku mengetuk pintunya beberapa kali. Dan aku terperangah melihat kelibat Datin Emelda yang sedang duduk di sisi suaminya. Ada apa pula ni? Mereka berdua tersenyum memandang aku, dan semakin aku terkejut melihat anak lelaki mereka, Darwish Daniel yang sedang sibuk bermain dengan Playstation Portablenya, turut ada bersama.

Umur Darwish Daniel lebih kurang sama denganku. Apa yang aku tahu, Darwish baru sahaja pulang dari Kanada. Dia baru sahaja menyelesaikan pelajarannya di sana. Agak terkejut aku melihat penampilan Darwish yang tak ubah seperti orang barat.

Aku hanya berdiri di hadapan pintu. Menjadi kaku seketika. Datin Emelda menyuruh aku duduk dan aku menolaknya dengan mengatakan aku mempunyai kerja lain.

“Duduk dulu Fitri. Kami ada benda nak bincang ni.” pelawa Dato’ Hisham pula. Akhirnya aku akur. Kalau aku menolak nanti, dia kata aku degil pulak! Tak ke naya dibuatnya kalau gaji aku dipotong?

Aku segera melabuhkan punggungku di atas kerusi empuk yang berada di dalam pejabat Dato’ Hisham. Datin Emelda sudah mula tersenyum memandangku.

“Begini Fitri, biarlah kami terus terang aje. Awak pun kata awak ada banyak kerja. Begini, kami berdua ingatkan nak jodohkan Fitri dengan Darwish. Memandangkan Darwish pun baru aje balik dari Kanada.” Laju sahaja mulut Datin Emelda berkata. Aku menelan liur, kesat. Gulp! Biar betul Datin Emelda ni? Demam ke apa?

Tiba-tiba aje nak suruh kahwin dengan anak dia. Aku kenal pun tidak dengan anak dia, tiba-tiba aje nak suruh kahwin dengan anak dia. Tambahan pula, kenapa Darwish tak menolak? Hisy, mamat ni. Memang sengaja buat kepala otak aku gila!

“Betul tu Fit. Kami dah lama perhatikan awak. Tak ada pula mama nampak ada buah hati ke apa. Dalam erti kata lain, kami nak meminang Darwish untuk awak sekarang ni. boleh?” sampuk Dato’ Hisham pula. Memang Datin Emelda menggelarkan dirinya mama kepadaku. Katanya dia sudah menganggap aku seperti anaknya sendiri. Memandangkan aku sebatang kara.

Aku memandang wajah Dato’ Hisham dan Datin Emelda silih berganti. Sah! Orang tua berdua ni dah kena sawan. Dengan tiba-tiba aje aku jadi sasaran calon menantu mereka. Apa yang istimewanya aku? Cantik ke aku? Eh, memang cantik. Aku tersenyum sendiri. “Tapi mama dan papa tak rasa ke Darwish tak suka dengan keputusan mama dengan papa ni.” kataku lagi, memberi alasan. Apa yang aku lihat sekarang ni, Darwish tidak ambil kisah langsung. Sibuk dengan PSP-nya.

Dato’ Hisham dan Datin Emelda tergelak sembari mengalihkan pandangan mereka kepada Darwish yang masih lagi khusyuk dengan PSP-nya.

“Darwish tak kisah langsung. /Thus,/ dia memang sukakan Fitri.” Beritahu Datin Emelda lagi dengan seulas senyuman dan lesung pipit yang jelas terserlah di pipinya. Alahai! Kenapalah aku boleh jadi mangsa ni? Punyalah berlambak perempuan dekat sini, kenapa aku jadi mangsa!

Aku cuba memerah otak, mencari alasan yang sebaik mungkin. Bagi tidak mengecewakan permintaan Dato’ Hisham dan Datin Emelda. Bukan aku menolak, tapi aku tak rela berkahwin dengan Darwish. Bukan aku tak tahu, Darwish seorang kaki perempuan. Juga kaki botol! Depan ibu bapanya nampak baik, di belakang terserlah perangai sebenarnya. Alim-alim kucing!

Tiba-tiba sahaja seseorang mengetuk pintu pejabat Dato’ Hisham. Dato’ Hisham dan Datin Emelda terdiam sebentar. Daun pintu terbuka dan tersembullah wajah Samser yang segak memakai pakaian pejabat dengan seulas senyuman. Seperti biasa.

“Maafkan saya kerana menganggu Dato’, ada seseorang menunggu Cik Fitri.” Beritahunya dengan nafas tercungap-cungap. Aku tahu dia berlari. Tiba-tiba sahaja terdetik satu idea di kepalaku! Aku memanggil Samser untuk segera ke arahku. Datin Emelda terpinga-pinga memandang kami berdua.

“Mama, papa. Saya rasa lebih baiklah kalau saya berterus terang. Daripada saya terus berahsia begini.” Aku memulakan mukadimah. Dato’ Hisham mengerutkan wajahnya. Tak terkecuali Datin Emelda, mungkin kurang mengerti dengan maksud kata-kataku.

Samser masih lagi berdiri kaku. Menunggu arahan seterusnya dari aku. Bunyi alat penghawa langsung tidak dapat mengatasi desah nafasku yang kian mencungap ini. Dadaku dari tadi tidak henti-henti berdebar.

“Saya dan Samser akan berkahwin tak lama lagi.” Ujarku spontan. Terbelalak mata Dato’ Hisham dan Datin Emelda memandangku. Darwish yang sedari tadi khusyuk dengan PSP-nya kini turut terkejut.

Aku menarik tangan Samser dan memegang tangannya erat. Aku dapat rasakan tangan Samser mulai sejuk. Mungkin juga dia terkejut, bahana kata-kata spontan dari bibirku mungkin. Aku juga tidak dapat menahan getaran rasa yang kian memuncak di hatiku.

Ini sahajalah jalan terbaik yang boleh aku lakukan demi menyelamatkan diriku dari menjadi isteri Darwish. Sungguh aku tak sanggup! Simpang malaikat empat puluh empat! Aku lebih rela jadi anak dara lanjut usia atau popular dengan nama andalusia dari menjadi isteri Darwish.

“Betul. Saya dan Cik Fitri akan berkahwin tak lama lagi.” Ujar Samser pula. Aku menarik nafas lega! Bersyukur kerana Samser tidak memecahkan rahsiaku.

Aku dapat melihat Datin Emelda mengeluh halus. Aku dapat rasakan kekecewaan di dalam hati hatinya. Dato’ Hisham tersenyum.

“Baiklah, kalau macam tu pastikan betul-betul ya. Jangan berlakon pula. Saya akan upah seseorang untuk memastikan hal ni.” ujar Dato’ Hisham dengan tenang. Dan buat kali kedua aku menelan liur.

‘/How come/ Dato’ ni boleh tahu? Tak boleh jadi ni.” fikirku di dalam hati. Aku dapat melihat senyuman sinis Darwish. Mungkin dia rasakan aku juga menipu tentang status hubunganku dengan Samser l.

“Betul Dato’, kami akan berkahwin tak kurang dalam sebulan. Ahad ni saya akan pergi kursus perkahwinan dengan Cik Fitri.” Lancar sekali Samser berkata. Langsung tidak menampakkan dia sedang berbohong.

Darwish terkesima memandangku, sembari retina matanya bertukar arah. Sekejap ke arahku, dan sekejap beralih pada Samser. Aku tahu dia tidak berpuas hati dengan jawapan spontan yang dituturkan oleh Samser.

Aku tersenyum lega. Mujurlah Samser l tidak mendedahkan hal yang sebenarnya. Aku memegang tangan Samser, lebih erat. Dan Datin Emelda masih lagi ternganga.

“Tahniah saya ucapkan Samser Fit. Tak sangka awak berdua menjalinkan hubungan dalam diam. Apa-apa pun, nanti bila awak berdua dah nak berkahwin, beritahu saya. Saya akan tolong sedikit-sedikit.” Kata Darwish, akhirnya dia bersuara. Hambar.

Aku mengangguk dan menghadiahkan seulas senyuman buat jejaka yang kononnya menyimpan hati padaku. Sementelah aku meminta diri dengan mengatakan kami perlu ke kedai baju pengantin untuk memilih baju pengantin buat kami berdua. Lega!

“Ingat pesan saya tu Fit/. Once I know the truth/, kamu siap.” Ujar Dato’ Hisham, seolah-olah memberi peringatan kepada aku. Seandainya aku berbohong, dia pasti akan mengerjakan aku. Ahh, aku peduli apa? Ada aku kisah?

Apa yang sedang bermain di kepalaku sekarang ialah bagaimana caranya untuk memberi alasan untuk menjelaskan kepada Samser tentang apa sebenarnya yang terjadi. Aku tahu dia pasti terpinga-pinga mendengar kata-kataku sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience