BAB 13

Drama Completed 5869

“Fezrol baliklah. Lagipun,bukan Fezrol yang kena buang keluarga,” jawab Laila dengan suara yang sayu.

Fezrol menarik nafas perlahan sebelum mengatakan hal yang seterusnya,”Fezrol hanya akan balik bila Kak Issabella balik,itu syarat Fezrol,”

“ Tapi..”

“ Nanti dulu akak,bagi Fezrol habis cakap dulu. Ibu tetap tak setuju dengan syarat Fezrol, penyelesaiannya hanya satu…akak kawin. Masa tu Fezrol akan ikut akak balik,” kata Fezrol dengan panjang lebar.

“Akak nak kawin dengan siapa dik. Calon pun takde,” fiIssabella n Laila mula kusut dengan syarat Fezrol yang enggan balik seIssabella nya dia tidak balik. Cadangan Fezrol yang satu lagi membebankan Laila.

“I ada,” tiba-tiba Hasby menyampuk dengan senyuman melebar dibibir.

Laila terkejut dengan kata-kata Hasby manakala Fezrol tersenyum riang. Dia amat bersetuju jika Hasby menjadi abang iparnya dan dia tahu gambar Laila ketika zaman sekolah ada di dompet Airel. Dia cuba mencari gambar itu ketika memorinya datang kembali dan dia menjumpainya di dalam dompet Airel.

Rombongan meminang dari keluarga Dato Mumtaza terpaksa diterima oleh Datuk Badlyshah bagi memastikan Fezrol balik semula kepada mereka. Majlis akad nikah akan diadakan sebulan dari sekarang dan segala persiapan disediakan oleh Dato Ikhmal Haikal. Itu merupakan syarat yang dikenakan oleh Tengku Hafizi selaku orang paling tua didalam keluarga. Segala majlis akan diadakan di rumah Dato Mumtaza kerana keluarga mereka tidak ingin melibatkan diri didalam perkahwinan Laila. Hanya Datuk Taufik akan terlibat sebagai wali kepada Laila.

Hati Laila pilu apabila Fezrol menceritakan tentang syarat yang diberikan oleh atuk mereka. Bertapa benci Tengku Hafizi kepada Laila tetapi dia tidak menyedari bahawa tindakan itu akan membuatkan Fezrol tidak pulang lagi ke keluarga mereka

“Hello Fezrol ! Ibu nie,”Datin Mariam menelefon Fezrol bagi mendapatkan kepastian tentang kepulangan Fezrol.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience