[Rom lama.]
Setahun kemudian...
Kumpulan pemberontak kini telah memasuki kawasan utara.
Tentera pimpinan Jeneral Antoninus, dibawah arahan Ketua Panglima Perang Atasan Tavas kini giat memburu pemberontak yang masih tinggal.
****
[Utara Rom.]
Antinous terduduk apabila panahan panah tepat menembusi badan. Nafas yang semakin berat terpaksa ditahan.
"Antinous...!" Hadrianus terkejut. Panah di dada kawannya di genggam erat, lalu dipatahkan hujung kayu panah untuk mengurangkan risiko kecederaan menjadi parah.
Antinous yang melihat kegabrahan kawannya pun tersengih. Hadrianus ikut melutut melihat Antinous jatuh terduduk.
Hadrianus tidak berhenti risau, dan matanya kelihatan merah. "Antinous..." suaranya tersekat.
"Hadrianus, pergilah. Walau macam mana pun, aku ayah dia. Kau pergilah memihak kepada Antoninus. Biar aku terus memihak kepada Adriana."
"Mari kita pergi dari sini. Balik ke teratak. Tinggalkan perang ini."
"Hadrianus!" tengkingan itu menekan bahagian cedera, dan darah semakin banyak mengalir. "Sebagai anak jati negara ini, sebagai seorang panglima yang disegani, kau perlu terus kekal mempertahankan negara. Biarkan aku mati melihat kau tetap gah dengan pangkat itu."
"Pangkat aku sekarang hanyalah atas kertas saja. Semua ini tidak berguna... Antinous..." Hadrianus mengeluh.
Dari arah belakang, kedengaran suara gempar menyuruh untuk terus maju.
"Semua mara! Terus ke bahagian selatan!" teriakan itu membawa bersama ribuan larian yang menggegarkan tanah.
"Masih sempat." Hadrianus segera mengangkat kawannya yang cedera teruk.
"Tiada guna lagi, Hadrianus. Aku akan mati."
"Tidak.", Hadrianus tetap berkeras sehinggalah mereka terdengar tapak kaki tentera menghampiri.
Dengan kasar, Antinous menolak Hadrianus dan berkata dengan keras, "Pergi! Kalau kau masih menganggap aku sahabat kau, hiduplah."
Hadrianus sedikit tergamam.
"Pergi dari sini! Pergi!" batu-batu berdekatan turut dikutip sebelum dibaling ke arah Hadrianus, mengikuti rentak teriakan garaunya. Darah mengalir pekat dari mulut, dengan batuk yang kuat.
Bunyi bingit siren kedengaran memaksa Hadrianus untuk melangkah pergi. Sempat dia menoleh, hanya untuk melihat Antinous yang mengukir senyum buat kali terakhir.
Antinous tersenyum, "Bukankah aku sudah katakan bahawa antara kita berdua, aku yang akan mati dulu." bisiknya diakhir nafas.
****
[Dataran Tengah Bandar.]
Para tentera sudah pun berkumpul, menutup setiap jalan-jalan tikus bandar kecil itu. Pasukan tentera pertahanan pihak lawan sekarang dikepung dan menunggu masa untuk dihujani panah dan tusukan pedang.
Pihak lawan diberikan pilihan. Samada bertarung dan mati sia-sia, atau menyerah diri dan hidup sebagai hamba.
Ketua pasukan pemberontak tampil ke hadapan dan bersuara tegas, "Kami rela mati mempertahankan maruah, daripada hidup dengan anjing-anjing jalanan yang hanya tahu melanggar kawasan!"
"Bodoh!", maki ketua kumpulan itu. Pedang diangkat ke udara. "Serang! Jangan tinggal walau sekerat jari di badan mereka!"
Dalam sekelip mata, pertempuran berdarah bermula.
"Maju! Musnahkan semuanya!" Antoninus berteriak lantang. Hatinya seakan puas melihat puak-puak penentang jatuh tersungkur dihadapannya, sebagai balasan atas kematian Adriana.
"Jeneral!" seorang tentera memanggil. "Hanya ada lelaki saja dalam kumpulan ini."
Antoninus berkerut. Nampaknya mereka telah bergerak lebih awal! Dia yang malas ingin berurusan lebih lama, melompat turun dari kuda dan berlari untuk menyerang setiap lawan yang mara.
Pedang tajam menari di udara, mengeluarkan melodi nyaring dan cepat.
Tidak sampai petang, tentera musuh habis dibunuh. Tanah bertukar merah kerana darah yang mengalir tidak berhenti. Bau-bau besi darah dan pemandangan mayat yang bertaburan membuatkan tempat itu meloyakan tekak.
Thank you for the journey. Kindly wait for the Epilogues.
Share this novel