BAB 26

Short Story Completed 65355

'I love you without knowing how, or when, or from where, I love you straighforwardly, without complexities or pride. so I love you because I know no other way'

Mentari pagi menyinari dua pasang sejoli ini. Chairil atau dengan namanya yang satu lagi Amirul memanggung kepala menilik raut jelita yang baring disisinya. Pemandangan yang indah baginya saat ini. Tidak tahan dengan hanya melihat wajah polos itu, dengan perlahan dia mendekati sehinggakan hidung mancungnya bertemu dengan puncak hidung sang pemilik hati

Amirul mengalihkan juntaian rambut yang berada di dahi Amira lalu melabuhkan kucupan hangat di dahi mulus itu. Tidak cukup dengan itu, dia memberi pula kucupan kepada dua belah mata, hidung dan berakhir lama di bibir merah jambu itu. Benda dah halal, dia baham sahajalah.

Apabila melihat Amira seperti menggeliat sedikit, dia segera menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukkan hangatnya.

“Hmm, awak?” Amira yang merasakan tidurnya diganggu terus mencelikkan matanya. Matanya terkebil-kebil memandang raut wajah sang suami yang begitu dekat dengan dirinya. Terasa pelukan itu seperti makin erat apabila dia juga membalas pelukan suaminya itu

“Assalamualaikum and Good morning my little pumpkin” Chairil menghadiahkan senyuman manis buat bidadari kecilnya ini.

“Waa-laikumussalam. Morning ab—abang” kata Amira apabila Chairil seperti memberikan amaran kerana panggilannya sebentar tadi.

“Remember sayang. No more 'awak' in this situation. Just abang or… Daddy”

“Baik abang, I’m sorry” Amira membalas pelukan suaminya dengan erat

“Tapi abang, boleh tak saya nak tanya sesuatu?”

“Tanyalah” Amirul bermain dengan hujung rambut Amira. Jarinya menguis-kuis rambut itu. Sangat lembut dan wangi. Pandai Amira jaga.

“Kenapa dari dulu lagi abang suruh saya panggil abang Chairil, bukannya dengan nama Amirul”

“Saja, Nampak sexy sikit. Lagi pun dua-dua tu kan, nama abang juga” Terang Amirul dengan ringkas. Buat masa ini biarlah dia sahaja yang tahu sebab utamanya.

“Eee perasannya. Tapi abang special lah, ada dua nama”

“Kan!!!" Chairil menjongket kening sebelah kanannya dan membawa riak wajahnya yang 'kau ada?'

Amira mencebik bibirnya apabila melihat riak wajah Chairil

"Tapi sayang lagi special sebab sayang seorang sahaja yang berhak atas nama panggilan abang” Kata Chairil sambil menggeselkan hidung mereka. Amira ketawa suka apabila diperlakukan sedemikian. Rasa dimanjai

“Tapi kalau sayang nak panggil mana-mana nama pun boleh. But I prefer daddy is more better” Chairil menggigit bibirnya dengan gaya menggoda.

“Gatallah abang ni” Amira menyembamkan wajahnya di dada bidang suaminya.

Seketika kemudian Amira melangutkan wajahnya apabila merasakan pandangan intens dari seseorang

“Kenapa tengok saya macam tu?” Tanya Amira setelah merasakan mereka berdiam terlalu lama.

“Cantik isteri abang ni, sexy pula tu” Amira mengerenyutkan dahinya. Masih tak faham apa yang mahu disampaikan oleh suaminya. Biar betul, baru bangun tidur pun boleh cakap cantik?

Kemudian dia mendengar Chairil mengeluh

“Haih, nasib baik sayang bendera jepun. Kalau tak pagi ini mesti sayang demam” Kata Chairil tanpa berlapik

Membuntang mata Amira apabila mendengar kata-kata tersebut. “Dasar lelaki…”

“I lelaki you little pumpkin” tanpa sempat Amira menghabiskan kata-katanya Chairil terus menyambar bibir merah jambu.

Chairil menggeram rendah lalu melumat bibir itu dengan kasar. “You’re mine sayang. Remember it, You’re mine” lagi sekali dia meraup bibir itu selepas berujar sedemikian.

“Berhenti----Am—irul” dengan susah-payah Amira menolak tubuh sasa Chairil tetapi tidak Berjaya. Dia melihat, terdapat kilatan mata penuh cinta, nafsu dan obses terhadapnya.

“Like I said before sugar, I’m really possessive, obsessive with you. No one else can make me feel like this. And all I want is you. Your love, your soul, your body are all mine. I love you sayang, my little pumpkin.” Serta-merta rona merah menghiasi wajah Amira. Tubuhnya membahang manakala jantungnya tidak berhenti mengepam laju.

“Untuk ciuman I won’t say sorry. Sebab, ianya adalah morning kiss. So, make sure do it selepas kita bangun. Abang dah beri toturial, nanti sayang buatkan dekat abang.” Kata Chairil seraya mengelap sedikit kesan air yang terdapat di hujung bibir Amira.
“So yummy” Amira meneguk kasar air liurnya apabila melihat tanda-tanda ulat bulu akan bangun sebentar lagi

Dengan kadar segera Amira menolak kasar tubuh Chairil lalu berlari laju kearah bilik air mereka. Chairil yang terlentang akibat tolakan itu terserentak kerana terdengar bunyi hunjaman pintu yang kuat. Lalu ketawanya meledak ke udara.

“Ingat toturial tu nanti sayang. Lepas seminggu abang ajar toturial lain.” Kata Chairil dengan kuat

“Diamlah, Abang miang!” lagi sekali pecah ketawa Chairil ke udara.

‘Tu baru sikit sayang, tunggulah nanti bila sayang dah ready. Memang tak jalan kau, aku kerjakan’ Getus hati kecil Chairil.

***

“I miss you” Ucapnya sambil mengusap bingkai gambar mereka berdua. Dia membuang pandangan kearah bangunan-bangunan tinggi yang berada dibelakangnya.

“Forget about him. He’s already married” Kata kawannya itu.

“I know. Siapa cakap aku merindui dia atas dasar perhubungan kitorang? Aku Cuma merindui dia atas hubungan kawan”

“Aku tahu apa maksud ‘kawan’ dari segi kau tu” Dia ketawa sinis apabila mendengar komen sebegitu.

“Aku dah berubah lah”

“Are you sure?”

“Yes. Aku cuma nak jumpa dia as a friend. Not more than that” sejurus dia berkata sedemikian, dia bangun dan mengambil coat dark bluenya dan menyarungkan ke tubuhnya itu.

“Yalah, tapi aku cuma nak ingatkan kau, jangan sesekali masuk kandang harimau kalau kau tak mampu nak lawan. Kau bukan saingan dia, lagipun dia dah berubah.”

“Do I care?” balasnya dengan nada yang menyampah

“Dah lah. Jom, keluar lunch. Aku belanja” Tangan kanannya dimasukkan ke dalam kocek seluar, manakala satu lagi lincah bermain-main dengan telefon pintarnya

Apabila seseorang itu cuba membetulkan solatnya, dia sebenarnya sedang membetulkan hidupnya

I'm sorry for the late update. Maaf kalau this chapter menghambarkan.

Jika ada salah dan silap, please tell me okay, enjoy yr day

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience