Adi Ashraf hanya merenung ke arah gadis yang bernama Ariana Atilia itu. Perasaan dia yang terkejut dengan kehadiran yang tak diundang itu tak dapat dibendung lagi. Sudah jelas terpamer pada wajah lelaki itu betapa keliru dan terkejutnya Adi Ashraf apabila melihat wajah Ariana Atilia. Selepas dua minggu tiada khabar berita dari gadis itu, sekarang dia muncul lagi.
Gila!
"Kau buat apa kat sini?" soal Adi Ashraf dalam keadaan berbisik. Risau sesiapa mendengar perbualan mesra antara mereka berdua sekarang ni.
Ariana Atilia menyilangkan tangan ke dada. Dia masih tersengih. Tiada langsung perasaan malu dalam diri gadis itu sekarang ni. Reaksi yang dilakukan oleh Adi Ashraf sebentar tadi benar-benar mencuit hati dia. Lawak!
"Alahai, terkejut ke? Tahulah rindu. Janganlah nampak sangat." kata Ariana Atilia sambil mengerak-gerakkan keningnya. Terselit nada mengusik dalam kata-kata gadis itu.
Adi Ashraf membuat muka mahu muntah. Satu jelingan tajam diberikan kepada gadis itu. Dia menahan diri untuk tidak menaikkan suara dia terhadap Ariana Atilia. Mulut perempuan tu memang nak kena betul dengan Adi Ashraf nampaknya.
"Siapa rindu kau? Aku? Mati hidup balik pun tak." ucap Adi Ashraf yakin sebelum meninggalkan gadis itu sendirian.
Ariana Atilia hanya mengangkat bahu tanda dia tak kisah. Apa dia kisah lelaki itu rindu dia ke tak? Huh. Kakinya melangkah mengikut Adi Ashraf dari belakang. Mana dia tahu sangat rumah lelaki itu.
Akhirnya, mereka berdua tiba di meja makan. Kelihatan kedua-dua belah keluarga mereka sedang menjamu selera. Kehadiran mereka disedari oleh Encik Marzuki.
"Ha Adi, Ariana. Sini, makan dulu. Nantilah sambung berbual." pelawa Encik Marzuki mesra.
Adi Ashraf hanya akur dengan kata-kata bapanya. Dia mengambil tempat disebelah Akid Ahnaf yang sedang sibuk menjamu selera. Sehingga tidak sedar dengan kehadiran abang tersayang dia.
Ariana Atilia pula turut akur dan menghadiahkan senyuman kepada Encik Marzuki sebelum mengambil tempat disebelah uminya. Kedudukan gadis itu bertentangan dengan Adi Ashraf.
Manakala Akid Ahnaf baru tersedar dengan kehadiran tetamu mereka. Matanya dibesarkan apabila melihat wajah gadis yang duduk berhadapan abangnya. Boleh dikatakan reaksi dua adik-beradik itu sama cuma Akid Ahnaf overacting sikit. Haih.
Secara tak sengaja, dia tersedak makanan dihadapan tetamu mereka. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Adi Ashraf yang menyedari perbuatan adiknya segera menyuakan jus oren kepada lelaki itu. Dia mengeluh kecil.
Buat malu dia je. Tolong jangan cakap itu adik kandung dia sekarang ni.
Ariana Atilia yang sedang berselera menjamu makanan menahan tawa dari meletus. Dijeling sekilas wajah Adi Ashraf yang seperti sudah pasrah pada ketika itu. Abang dengan adik tak jauh beza.
"Akid, kamu okay tak ni? Mama masak tak sedap ke apa? Sampai tercekik macam tu sekali." ujar Puan Ratna risau. Encik Marzuki hanya mengeleng kepala.
Sepasang suami isteri yang merupakan tetamu mereka pada hari itu hanya tersenyum. Seronok melihat kerenah ahli keluarga Encik Marzuki.
"Eh, tak ma. Mama masak sedap sangat. Tu sampai tercekik tu. Aunt Sandra dengan Uncle Johan tambah la lagi. Mama masak memang sedap tau. Rugi tak tambah. Ha Ariana pun sama." balas Akid Ahnaf mesra. Malu kerana membuat kecoh dihadapan tetamu sebentar tadi.
Adi Ashraf hanya tersengih melihat keadaan Akid Ahnaf yang sedang kekok menahan malu. Padan muka! Terkejut sangat tu dah kenapa. Secara tiba-tiba, perutnya disiku dari tepi oleh lelaki itu.
"Abang, kenapa kakak ipar datang?" bisik Akid Ahnaf sambil mengunyah makanan di dalam mulut.
"Siapa kakak ipar kau? Manalah aku tahu. Tanyalah dia." balas Adi Ashraf selamba. Malas mahu memulakan perbualan yang tak lama lagi akan menjadi perbalahan antara mereka.
Akid Ahnaf diam membisu. Makanan di dalam mulutnya dikunyah dengan lebih pantas untuk melepaskan geram terhadap Adi Ashraf. Namun dengan lebih berhati-hati, risau tersedak macam tadi.
??????
Selepas selesai menjamu selera, seisi keluarga tersebut duduk di ruang tamu. Encik Marzuki rancak berbual bersama sahabat lamanya, Encik Johan. Puan Sandra pula sibuk membantu Puan Ratna di dapur sambil berbual-bual.
Manakala, Akid Ahnaf sedang menemu bual Ariana Atilia. Cuba mengenali lebih lanjut tentang bakal kakak iparnya. Sekali-sekala kedengaran mereka berdua bergelak tawa di ruang tamu itu. Tak sangka dalam masa yang singkat mereka berdua telah selesa antara satu sama lain.
Sementara itu, Adi Ashraf sedang khusyuk membaca emel pada skrin telefonnya. Terpapar maklumat lengkap tentang Ariana Atilia yang diberikan oleh Alif Zafran. Wajah gadis itu yang ditangkap dari tepi ditatap lama oleh Adi Ashraf. Tanpa dia sedari, seseorang memerhatikannya dari jauh.
"Oi." tegur Ariana Atilia. Gadis itu cuba mengalihkan perhatian Adi Ashraf. Mata Adi Ashraf merenung gadis itu dari ekor matanya.
Tak lama kemudian, perhatian lelaki itu diberikan sepenuhnya kepada Ariana Atilia. Skrin telefonnya ditutup lalu diletakkan ke dalam poket kirinya. Matanya dikecilkan ke arah gadis itu.
"Apa? Ada masalah?" kata Adi Ashraf dengan nada yang mendatar. Tangannya diseluk ke dalam poket. Wajahnya dingin cuba menakutkan gadis itu.
"Ada. Kau ingat aku tak tahu kau stalk aku? Tak rindu konon. Tapi sibuk nak stalk orang." perli Ariana Atilia tepat pada muka Adi Ashraf. Kakinya dijengketkan sedikit untuk menyamai ketinggian lelaki itu.
Adi Ashraf hanya beriak bersahaja. Cuba untuk menyembunyikan perasaan malunya apabila kantoi dengan gadis itu. Otaknya ligat memikirkan alasan yang bernas. Kini dia pula tersengih ke arah Ariana Atilia.
"Salah ke kalau aku nak tahu perempuan yang gilakan aku?" balas Adi Ashraf yakin. Dia melangkah setapak ke arah Ariana Atilia. Keningnya dijongketkan sedikit. Dia masih tersengih.
Ariana Atilia mula menggelabah dengan balasan yang diberikan oleh Adi Ashraf. Dia melangkah setapak ke belakang cuba menjarakkan kedudukan antara mereka. Namun, dia menyembunyikan perasaannya dengan menghamburkan tawa dengan sinis.
" Oh ya? Malangnya aku lebih bijak dari kau. Kau ingat kau tahu segala-segalanya tentang aku? Oh tak. Sebab aku upah seseorang untuk menyamar jadi aku. Jadi, orang yang kau upah untuk siasat tentang aku tu akan siasat orang yang salah. Maklumat tentang aku pun semuanya palsu." terang Ariana Atilia. Kini dia pula yang melangkah setapak ke arah lelaki itu.
Adi Ashraf terkedu. Tak percaya dengan apa yang baru keluar dari mulut gadis itu. Dia dilanda kekeliruan. Ariana Atilia makin mendekatkan jarak antara mereka berdua. Tanpa lelaki itu sedari, tangannya sempat menyeluk poket Adi Ashraf untuk mengambil telefon bimbit lelaki itu.
"Hei, bagi balik phone aku!" arah Adi Ashraf secara tiba-tiba. Nasib baik dia tersedar apabila menyedari kedudukan Ariana Atilia yang terlalu dekat dengan dirinya.
Tangan Ariana Atilia pantas mencari apa-apa maklumat tentang dirinya di dalam telefon milik Adi Ashraf. Arahan lelaki itu hanya diabaikan oleh dirinya. Sebaik menemui maklumat yang dikehendaki, fail tersebut dipadam oleh Ariana Atilia.
Adi Ashraf segera merampas telefon miliknya dari Ariana Atilia. Pandangan lelaki itu yang tajam seperti helang menjeling ke arah gadis itu. Manakala, Ariana Atilia hanya mempamerkan riak muka tidak bersalah.
"Kau..." kata Adi Ashraf sambil menudingkan jari ke arah Ariana Atilia. Geram dengan perbuatan gadis itu.
"Apa?" soal Ariana Atilia tanpa serba salah. Lidahnya dijelirkan ke arah lelaki itu sebelum melarikan diri.
Adi Ashraf melepaskan keluhan berat. Jarinya memicit batang hidungnya dengan perasaan tak puas hati. Tangannya pula mencari kembali emel dari Alif Zafran sebentar tadi. Namun hanya ada kenalan baharu yang ditambah di dalam telefon bimbitnya. Terpapar nama kenalan tersebut pada skrin telefon lelaki itu.
'Ariana??'
Adi Ashraf berdecit. Nama kenalan itu segera ditukar kepada yang baharu. Dia tersengih sendiri.
'Ariana??'
Usai sahaja, dia menyeluk kembali telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Langkahnya dituju ke arah ruang tamu. Cuma satu persoalan yang bermain di fikirannya.
Bagaimana gadis itu tahu? Kenapa dia tak delete nombor telefon Ariana Atilia? Tetapi sebaliknya siap menukar nama gadis itu lagi.
??????
"Adi, sini kejap." panggil Encik Marzuki. Dia mengajak anak lelakinya untuk duduk bersama dia dengan Encik Johan. Ada perkara yang dia mahu bincangkan.
Adi Ashraf yang sedang mengelamun segera menurut kata bapanya. Dia menghadiahkan senyuman kepada Encik Johan sebelum mengambil tempat disebelah bapanya.
"Ya, papa." balas Adi Ashraf sopan. Encik Johan hanya memerhatikan anak beranak tersebut.
"Papa dengan uncle Johan ada benda nak bincang dengan kamu ni." terang Encik Marzuki lembut. Encik Johan mengangguk tanda mengiyakan.
"Oh, Adi okay je. Kenapa papa? Uncle Johan?" soal Adi Ashraf kali ini mahukan jawapan. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati.
Baru sahaja Encik Marzuki mahu berkata, Encik Johan terlebih dahulu meminta izin untuk dirinya sendiri yang berterus terang kepada Adi Ashraf. Adi Ashraf hanya menunggu dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.
"Uncle datang ni ada hajat. Sebelum tu, uncle harap Adi dapat pertimbangkan betul-betul dulu. Uncle tak nak Adi buat keputusan secara tergesa-gesa. Uncle pun tak ada niat untuk paksa Adi bersetuju dengan perkara ni. Kalau Adi tak nak, uncle faham." pesan Encik Johan terlebih dahulu.
Adi Ashraf mengangguk tanda faham. Hatinya semakin berdebar-debar menunggu perkara yang mahu disampaikan oleh Encik Johan. Entah apa yang ditakutkan pun dia tak tahu.
Encik Johan dan Encik Marzuki saling berpandangan antara satu sama lain sebelum dia meneruskan kata-katanya. Encik Marzuki memberi isyarat untuk meneruskan. Encik Johan menghela nafas panjang.
"Uncle datang nak pinang kamu untuk Ariana."
-To be continued..-
Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! -ftnfzyyy-
Share this novel