BAB 4

Family Completed 447

“Mardhiah! Kamu tak apa-apakah?” Fatimah Adawiyah segera merapati gadis
itu. Rambutnya yang terikat sudah terbuka ikatannya. Dia menghulurkan
tangan, namun ditepis Asha .

“Saya boleh bangun sendiri,” kata Asha Mardhiah. Mukanya merona
kemerahan. Dia segera mengutip roti, membuangnya ke tong sampah. Lalu,
dia mengangkat semula kerusi kayu dan segera naik semula ke tingkat atas
tanpa berkata apa-apa.

Fatimah Adawiyah terkedu di situ. Tindakan Asha Malika sungguh pantas,
sehingga dia tidak berpeluang untuk bertanyakan apa-apa. Dengan tidak
semena-mena Adawiyah tersenyum simpul. Jadi inilah akibatnya tidak makan
selama satu hari. Ingin tidur, perut tiba-tiba meraung minta diisi.
Aduhai, Mardhiah, mengapa kamu harus menjadi sebegitu sekali? Sewaktu
menutup lampu dapur dan menaiki tangga, Adawiyah segera berdoa supaya
Malika dapat menerimanya sekurang-kurangnya sebagai seorang penjaga,
bukannya insan bergelar ibu.

--

ASHA MARDHIAHtelah meluangkan selama empat hari di rumah banglo mewah
ini. Dia mungkin dikatakan bertuah, dapat tinggal di rumah sebegini.
Namun, dia rasa sungguh tertekan. Suasananya langsung tidak sama dengan
suasana rumah ibu dahulu. Walaupun rumah ibu jauh lebih kecil, tetapi
kekemasannya dan keterapiannya sentiasa dijaga oleh ibu. Asha
menggemari rumah yang kecil. Rumah sebesar begini, tetapi yang menetap
hanya tiga orang sahaja. Mengapa Makcik Adawiyah tidak mengupah orang gaji
sahaja?

Sikap Asha Malika kepada ayahnya masih sama. Masih dingin dan penuh
dendam. Namun tidak pula dia meluahkan semua itu di hadapannya. Dia
hanya tidak melayani ayahnya sahaja. Lalu, kini dia hanya meluangkan
masa di hadapan komputer sahaja. Syukurlah rakan-rakan masih mengingati
diri. Kadang-kala Makcik Adawiyah mengetuk pintu, bertanya jika dia sudah
solat atau belum. Asha terasa malu dengan diri sendiri. Leka bermain
komputer sehingga terlupa akan tugas wajib sebagai seorang Muslim.

Asha sedang duduk di atas sejadah, masih bertelekung. Solat Zuhur
sebentar tadi terasa tenang tiba-tiba. Entah mengapa, hati dia masih
belum terbuka dengan wanita sebaik Makcik Adawiyah . Sikapnya yang tidak
pernah mengambil hati, sentiasa ambil berat akan dirinya membuat Asha
Malika terasa bersalah sejenak. Ya, Makcik Adawiyah ternyata melakukan
sesuatu yang cukup sempurna bagi seorang ibu. Dia tersenyum sendiri
terkenangkan ‘alergi’ yang dibuat-buat pada hari pertama dia di sini.
Tidak pasal-pasal mendapat dosa percuma pula, berbohong tanpa sebab.
Mengapa dia berfikiran seperti kanak-kanak waktu itu? Takkanlah Makcik
Adawiyah tegar meletakkan racun atau apa-apa bahan kimia berbahaya ke
dalam ikan kukus yang kelihatan cukup enak itu. Asha hanya terliur
sendirian melihat Makcik Adawiyah melatah ikan itu di dapur.

Yang menambah malunya, dia tertangkap mencuri makanan pada waktu malam.
Asha Malika ingin tidur tidak boleh – perutnya masuk angin. Ya, ini
mungkin balasan kerana menipu. Dan juga balasan kerana tidak menjamah
makanan selama satu hari. Daripada berbohong tidak bersebab, lebih baik
dia berpuasa sunat pada hari itu, fikir Asha Malika lagi.

Tiba-tiba terasa lapar pula. Apa yang dimasak oleh Makcik Adawiyah hari
ini, ya? Asha menutup komputernya, lalu membuka pintu bilik
perlahan-lahan. Dia mencari kelibat ayah di tingkat dua ini. Apabila
yakin yang ayah sedang berada di bawah, dia segera melangkah satu per
satu anak tangga itu.

“Kenapa Adawiyah masih ingatkan peristiwa lalu?”

Langkah Asha terhenti di tangga kelima. Bukankah itu suara ayah? Asha
Malika teringat bahawa ayahnya bercuti hari ini, sedangkan hari ini
hari Selasa. Entah mengapa sebab dia bercuti tidak langsung diambil
peduli oleh Asha . Dia baru sahaja ingin menyambung langkah apabila
terdengar suara Makcik Adawiyah , perlahan. Dia bagaikan baru usai menangis.

“Tiap kali Adawiyah melihat wajah Asha , Adawiyah terasa bersalah,” kata
Fatimah Adawiyah perlahan. “Dia membuatkan Adawiyah teringat akan arwah
Ayumi ,”

“Kenapa kita kena ingatkan tentang yang lalu? Yang sudah pergi itu kita
serahkan pada Allah. Kita yang masih hidup ni harus teruskan hidup,”
nyata ayah, tegas suaranya. Asha terasa kagum pula pada ayahnya
tiba-tiba. Telinganya masih dapat menangkap cebis-cebis suara mereka,
walaupun suara Adawiyah kedengaran agak perlahan.

“Abang, Adawiyah kerap teringatkan masa lalu. Masa lalu itulah yang
membuatkan Adawiyah begini sekarang. Masakan Adawiyah ingin melupakannya?”

Senyap. Ayah bagaikan tiada respons dengan apa yang Fatimah Adawiyah baru
katakan. Suasana yang sepi itu memberi peluang kepada Asha untuk turun
satu anak tangga, demi menangkap bunyi dengan lebih baik.

“Sewaktu Adawiyah kufur dahulu, Adawiyah terhegeh-hegeh hendakkan abang.
Sedangkan waktu itu abang sedang berbahagia dengan arwah Ayumi ,” kata
Fatimah Adawiyah dalam suara tengelam timbul.

Hati Asha berdegup kecang. Apakah rahsia lalu sedang diungkit oleh
Makcik Adawiyah ? Kufur? Asha bagaikan sukar untuk mempercayainya. Wanita
berjubah hitam di bawahnya itu pernah kufur waktu dahulu?

“Jika abang tidak tinggalkan Ayumi , Adawiyah akan terus tenggelam dalam
dunia sendiri,” kata ayah perlahan.

“Jadi mengapa bercerai dengan Ayumi ? Kahwini sahajalah Adawiyah , Adawiyah
sanggup bermadu pada waktu itu!” suara Adawiyah naik sedikit.

Asha menundukkan kepalanya sedikit. Hatinya masih bergetar.

“Ayumi tidak ingin abang menanggung dua peneman hidup dalam masa yang
sama, Adawiyah . Dia tahu abang. Dia tahu abang takkan dapat bahagikan
kasih sayang buat kamu, sedangkan hati abang tetap pada arwah Ayumi !”
kini suara ayah pula bergetar.

“Jadi mengapa kahwin dengan Adawiyah ? Tinggalkan sahaja Adawiyah ,” lalu
esakan Fatimah Adawiyah kedengaran. Dia tahu, hati suaminya masih kepada
Ayumi . Tetapi lama-kelamaan, dia tidak kisah akan semua itu. Dia hanya
inginkan keredhaan Ilahi kepadanya.

“Adawiyah ,” Asha sempat melihat ayahnya menghampiri Makcik Adawiyah di
bawah. “Jika abang biarkan kamu, maknanya abang lebih sayangkan Ayumi
lebih daripada agama abang sendiri. Jika abang tinggalkan kamu, maknanya
abang sanggup melihat kamu terhumban ke api neraka,” kata ayah perlahan,
namun jelas di telinga Asha . Kedua suami isteri itu berpelukan seketika.

Asha Malika terkedu di tangga atas mereka berdua. Kenyataan yang baru
diketahui olehnya ini membuatkan hatinya terpanar. Air matanya mengalir
tanpa diundang. Jadi, ayah kandung yang selama ini dianggap bersalah
sebenarnya hanya melakukan haknya sebagai seorang Muslim? Dan ibu juga
redha dengan penceraian ayahnya sebenarnya? Hati Asha betul-betul
gugur. Bukan kerana kecewa, tetapi kesal dengan sikap dirinya sendiri.
Dia terlalu sombong, terlalu takbur sehingga membenci ayah sendiri.
Selama ini bukan salah ayahnya, bukan salah ibunya, malahan bukan salah
Makcik Adawiyah sendiri. Ini semua salahnya – kerana enggan menerima orang
lain.

Kaki Asha Malika tergeliat di anak tangga. Dia terasa bagaikan hendak
pitam dengan kejutan. Dia langsung tidak menjerit, hanya kesakitan yang
tidak terhingga yang dirasai olehnya. Saat jatuh di kaki tangga sahaja,
jeritan Fatimah Adawiyah bergema di ruang tamu. Perkara terakhir yang
terlihat oleh Asha Malika sebelum menutup mata adalah wajah ibu tiri
– bukan – ibunya yang tercinta. Hangat air mata Fatimah Adawiyah terasa di
wajah Asha Mardhiah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience