Bab 29

Romance Completed 78329

Gia dan Maya melangkah masuk ke dalam ruang solek. Jurusolek khas yang sudah ditempah berdiri di sebelah Gia untuk mulakan sesi mekap. Maya hanya melihat hasil solekan yang dikenakan pada wajah Gia. Masih ada setengah jam sebelum photoshoot bermula.

Solekan pada wajah Gia sudah selesai. Namun, seseorang yang berpakaian casual melangkah masuk ke dalam ruang solek menarik perhatian Gia dan Maya. Gia tahu gerangannya siapa. Lt. Darwin. Gia memberi isyarat kepada Lt. Darwin untuk bercakap di luar. Lt. Darwin hanya akur dan mengikut langkah Gia keluar dari ruang solek.

“Ada apa nak jumpa saya sampai di sini? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” soal Gia sebaik saja mereka tiba di ruangan sepi berhampiran dengan lif.

“Tujuan saya ke sini saya ada nak tanya dengan Miss Gia berkenaan dengan kejadian yang dah berlaku. Boleh bagi kerjasama?”

“Emmm…dalam beberapa minit lagi saya dah kena start photoshoot. Lepas photoshoot boleh? Saya janji saya akan bagi kerjasama.”

“Ok…kalau macam tu kita berjumpa dekat restoran depan tu. Saya tunggu dekat sana.”

“Ok. Lepas photoshoot saya terus pergi sana. Sekarang saya kena masuk ke ruang solek balik. If there is anything, I will tell you as soon as possible,” Lt. Darwin hanya mengangguk sebelum beredar pergi dari situ.

FLASH kamera terang dari setiap sudut bila gambar Gia diambil. Macam-macam gaya yang ditonjolkan oleh Gia di hadapan kamera. Maya pula melihat setiap keping gambar yang diambil oleh fotografer di dalam laptop. Semuanya cantik-cantik belaka dengan rupa dan gaya
Gia yang memegang produk keluaran terbaharu. Maklumlah…Gia yang menjadi presenter kepada produk baru ni.

Selesai sahaja sesi photoshoot, Gia dan Maya menuju ke ruang solek. Untung saja photoshoot sudah selesai. Gia pun mula penat bila terpaksa senyum untuk setiap gambar yang diambil. Dahtu dengan baju yang berganti untuk setiap slot produk yang berlainan. Penatnya ya ampun!

Gia selesai menukar bajunya dan bersiap sedia untuk bertemu dengan Lt. Darwin di restoran yang berhadapan dengan tempat photoshoot. Walaupun dah rasa macam nak balik tidur sekarang tapi dia gagahkan diri jugak untuk berjumpa dengan Lt. Darwin. Kalau dia bagi alasan macam-macam tak pasal pulak diorang fikir yang aku cuba larikan diri daripada diorang.

Dari jauh dia ternampak Lt. Darwin yang setia menunggunya di restoran. Dia memberi tanda hormat kepada Lt. Darwin sebelum duduk di kerusi berhadapan dengan Lt. Darwin.

“Thank you sebab sudi datang…”

“Tak perlu berterima kasih dengan saya. Lagipun, saya memang janji dengan awak kan nak berjumpa dekat sini. So, nak bercakap tentang apa?”

“Before that, why not you have some drink first? You look tired. Kerja teruk sangat ke sampai nampak letih ni?” Lt. Darwin menghadiahkan senyuman kecil sebelum menggamit seorang pelayan.

“Yes? What you would like to drink or eat sir? Miss?”

“Nak minum apa? Makan?” tanya Lt. Darwin kepada Gia.

“Just give me pink guava juice.”

“Ok…emmm one pink guava juice and ice lemon tea. That’s it.”

Pelayan tersebut mengangguk kecil sebelum berlalu pergi dengan pesanan yang dipesan oleh mereka berdua.

“Penat?” dapat dia lihat dengan jelas dari riak wajah Gia yang agak penat. Tak payah cakap pun dia dah tahu. Hai Lt. Darwin??? Nak mengorat Gia ke? Hahahaha…

“Agaklah…tapi tulah dah biasa dengan kerja-kerja macam ni so tak kisah sangat pun. Emmm…boleh kita start sekarang?”

“Sure.”

“So, apa benda yang awak nak tanyakan tu? Tapi, sebelum tu saya hanya boleh jawab apa yang mampu je sebab yang selebihnya saya tak ingat sangat dengan kejadian yang dah berlaku. Saya cakap macam ni bukan sebab saya nak elak dari bagi keterangan ke apa tapi memang saya tak berapa ingat kejadian yang dah berlaku waktu malam tu. Apa yang saya ingat saya dah ada dekat hospital,” tutur Gia walaupun kejadian yang sebenarnya dia masih ingat tapi dia perlu pertimbangkan semuanya.

Dia tak kisah kalau dirinya dipenjarakan sekalipun atas tuduhan membunuh Dariya tapi dia tak sanggup kalau mummy yang menjadi mangsa kepada Danial dan akhirnya mummy pergi tinggalkan dirinya sama seperti tatay. Dia tak sanggup dan dia juga tahu yang Danial tak pernah bermain dengan kata-katanya.

Lt. Darwin cuma mengangguk. Apa yang dia tahu dia hanya perlu jalankan tugasnya saja untuk bertanya perihal yang dah berlaku dengan Gia. Walaupun keterangan yang diberikan tak dapat membantu bukti yang sedia ada tapi sedikit sebanyak dapat jugak mengumpul bukti yang masih kurang. Manalah tahu dari keterangan Gia ada point di dalamnya untuk selesaikan kes.

“Boleh awak ceritakan pada saya kejadian yang berlaku malam tu dan macam mana boleh berlaku? Bagitahu sebanyak mana yang awak ingat je.”

“Actually, malam kejadian tu saya baru habis event fashion show same as Dariya. After habis je fashion show, saya terus balik tapi time drive tu tiba-tiba rasa pening-pening and after that saya dah tak tahu apa yang jadi.”

“Before balik, ada makan atau minum something dekat set?”

“Emmm…ada…tapi minum jus je. Tapi, saya ada tanya jugak dekat doktor that day before discharged, doktor cakap saya tak ada apa-apa yang serius pun. Cuma letih dan badan tak cukup air. That’s it.”

“Emmm…” Gia berjeda seketika. “Betul ke semua CCTV
dekat area tu terpadam? What I mean is video rakaman CCTV. Semua terpadam?”

“Ya…that day masa awak ada dekat tempat yang sama haritu our team tengah siasat untuk bukti rakaman CCTV dan keadaan CCTV dan memang betul CCTV malam tu rakaman video dah dihapuskan dan CCTV tiba-tiba tak function. Awak tahu apa-apa pasal ni?”

Memang aku tahu pun tapi kalau aku bagitahu benda yang sebenarnya, keselematan mummy terancam ke tak?

“Sebenarnya tujuan saya datang that day sebab nak tahu benda yang sama jugak. Saya nak tahu kejadian yang sebenarnya tapi bila saya sampai dekat situ, pekerja dekat situ bagitahu orang yang jaga bilik kawalan CCTV dah berhenti kerja. Betul ke?”

“Betul. Are you sure you know nothing? Kalau awak tahu apa-apa pasal ni, awak boleh bagitahu saya.”

“Saya pun tak tahu apa-apa pasal ni. Kalau saya tahu saya dah bagitahu dekat awak lama dah, Lt. Darwin. Sorry sebab saya tak dapat nak bagi information banyak dekat awak sebab keadaan saya pada waktu tu pun…you know?” sebolehnya cuba dia elak dari bercakap benda-benda yang boleh mendedahkan status Danial dan keselamatan mummy.

Aku tahu berapa kali dah aku sebut pasal keselamatan mummy tapi macam mana sekalipun, susah macam mana pun aku akan teringatkan mummy. Tindak-tanduk yang aku bakal ambil aku mestilah ingatkan mummy. Aku tahu apa yang mummy dah buat dekat aku langsung tak boleh diterima tapi apa-apa pun dia masih mummy yang lahirkan aku. Dia yang besarkan aku. Walaupun aku marah dengan apa yang mummy dah buat tapi tak bermakna yang aku buang mummy dari hidup aku.

“Ya saya faham dan saya mintak maaf kalau soalan saya agak mendesak.”

“Nahhhh…it’s okay. Saya akan jawab apa yang saya tahu je Lt. Darwin dan kalau saya dapat apa-apa maklumat berkaitan dengan kes ni, saya akan inform terus dekat awak. Ok?”

“Ya…thank you untuk kerjasama awak, Miss Gia. I think our conversation ends here for now. You should go back and get rest. You look so tired. Saya minta maaf kalau ajakan saya ni buat awak rasa penat.”

“It’s okay Lt. Darwin. Saya pun nak kes ni cepat-cepat diselesaikan. Lagipun, saya kesiankan Luqman dengan Puan Aminah. Emmm…boleh saya tanya something pasal Luqman dengan Puan Aminah?”

“Nak tanya apa?”

“Pasal Luqman…dia memang betul-betul marahkan saya ke?” bila teringatkan perihal Luqman, terus hatinya berdebar-debar tak tenang. Tak tenang bila kita hidup di dalam kemarahan orang dan apatah lagi orang tu berdendam dengan kita.

“Pasal Luqman saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Kalau nak ikutkan dia memang marah sangat-sangat apatah lagi bab rakaman CCTV dah dipadamkan dia anggap itu semua perbuatan awak. Awak upah orang untuk padam semua rakaman tu.”
Aduh…bala betul! Dah kenapa pulak dia boleh fikir macam tu? Macam mana dia boleh terfikir yang aku upah orang untuk padam semua rakaman CCTV tu?

“Tapi yang sebetulnya saya memang tak buat semua tu. Sumpah!”

Lt. Darwin mengukirkan senyumannya. “Tak apa. Awak tak payah risau pasal tu. Apa-apa pun kami akan siasat kes ni sehabis-habisnya. Kami pun tak salahkan awak sepenuhnya tapi kami jugak tak percayakan awak sepenuhnya sebab kami tak ada bukti yang menunjukkan awak tak bersalah dalam hal ni walaupun bukti yang mampu menunjukkan awak bersalah dalam hal ni clear. Yang ada pun hanya cop jari kawan awak je, Jericho.”

Yang ada pun hanya cap jari Jericho? Cap jari aku clear? But how? How can Danial atau mummy buat kerja secepat ini?

“Maksud awak…cap jari saya memang clear? Tak ada yang sisa pun?”

“Yes. Untuk kali yang terakhir saya nakkan kepastian daripada awak, Miss Gia. Are you sure that you’re not involved with this case, Miss Gia? Kalau awak berterus-terang dengan kami, kami akan pastikan kes awak dah selesai sebab berikan keterangan yang betul dan berterus-terang dengan kami. Kes yang selebihnya kami akan cari orang yang terlibat dalam menghapuskan kesemua bukti yang sedia ada termasuklah yang hapuskan cap jari awak.”

Kali ini Gia betul-betul terperangkap di tengah sama ada dia nak berterus-terang ataupun kekalkan semuanya sebagai rahsia.

Ting! Gia membelek mesej yang masuk. Mesej dari Danial. Tiba-tiba saja jantung Gia berdegup dengan kencang. Tiba-tiba saja Danial menghantar mesej kepadanya. Apa Danial tahu keberadaannya dengan Lt. Darwin sekarang ni? Pantas mesej Danial dibuka.

Danial: Kau jangan berani cerita apa-apa pun dekat Lt. Darwin! Kalau kau buka mulut, siap kau! Kau kena ingat! Kalau kedudukan aku terancam, aku akan pastikan mummy kau takkan hidup dalam keadaanaman! Silap hari bulan, aku akan bunuh mummy kau! Jangan ingat aku main-main kali ni!

Air liurnya tak tertelan dibuatnya membaca mesej berbaur ugutan dari Danial. Gia menyimpan kembali telefonnya ke dalam beg tangan miliknya.

“Saya mintak maaf tapi saya betul-betul tak ada idea pasal ni. Kalau ada apa-apa info yang berguna, saya akan bagitahu awak secepat yang mungkin. Ok?”

“Ok…thank you for today. Sorry sebab curi masa awak lebih.”

“Tak apa…saya balik dulu ya?”

“Drive safe and have a good rest,” Gia cuma mampu tersenyum sebelum beredar pergi dari situ sambil matanya melilau keadaan sekeliling. Manalah tahu Danial atau orang-orang Danial ada di sekitar sini dan ternyata tekaannya betul bila ternampak gerangan dua orang yang sedang berdiri tidak jauh dari restoran.

Mesti dua orang tu report dekat Danial! Hesy! Hidup tak tenang betullah! Nak tak nak aku kena jugak simpan rahsia yang mengganggu-gugat kehidupan aku selama ni. Sampai bilalah aku harus hidup dalam telunjuk diorang? Sampai bila? Sampai aku mati agaknya aku akan hidup dalam telunjuk dan kuasa diorang!

AGAK lama Gia termenung di kerusi balkoni kondominiumnya. Banyak benda yang bermain di dalam kepalanya sekarang ini. Masalah itu masalah ini yang tak pernah selesai dari dia kecil sampailah dah besar panjang sekarang ini. Apa saja yang dia lakukan haruslah ikut keputusan mummy itupun semua atas ugutan mummy dia terpaksa ikut.

Gia…sampai bila lagi kau nak hidup macam ni? Sampai bila kau hidup hanya berlandaskan atas arahan mummy dengan ugutan mummy? Sekarang ni bukan atas arahan mummy lagi tapi atas ugutan Danial jugak. Kau rasa kau akan hidup aman dan bahagia sampai bila-bila kalau kau masih terikat dengan dua orang ni?

Vitalika meletakkan dua cawan berisi air coklat panas di atas meja rehat balkoni. Dia memandang kakaknya yang masih lagi termenung jauh tanpa menyedari kehadirannya di situ. Apalah yang kakak aku menungkan tu? Jarinya memetik-metik di hadapan Gia. Gia tersedar dari lamunan jauhnya.

“Apa?” Gia memandang Vitalika menarik kerusi dan duduk di situ.

“Tu…minum air coklat tu. Dari tadi Vi tengok akak asyik termenung je. Termenungkan apa sebenarnya?” Vitalika mencicip air coklat di dalam cawannya. Best pulak rasanya bila angin malam sejuk macam ni kena pulak dengan air coklat panas. Nikmat.

“Thanks…” Gia mengambil cawan berisi air coklat tersebut lalu meneguknya hingga tinggal separuh. “Tak termenungkan apa tu cuma dalam kepala otak ni tengah fikirkan macam-macam.”

“Fikirkan apa?”

“Entahlah Vi…akak pun tak boleh nak fikirkan apa sekarang ni. Cuma dalam kepala otak akak sekarang ni akak rasa macam…”

“Macam?”

“Macam nak pindah ke Malaysia…”

Sikit lagi Vitalika nak tercekik dengan air coklat yang diminumnya. Pindah ke Malaysia?

“For what?”

“Akak pun tak tahu Vi. Tapi bila teringatkan ibu Dariya…Luqman...dengan apa yang akak dah buat dekat keluarga diorang, akak rasa bersalah sangat dan akak tak boleh duduk dekat sini diam-diam je. Akak kena buat sesuatu untuk diorang.”

“Akak nak buat apa? Akak jangan cakap yang akak nak buat sama macam mummy buat? Nak bagi duit dekat diorang?”

Gia menggeleng. “Bukan. Akak rasa akak perlu buat sesuatu untuk tebus rasa bersalah aka katas apa yang dah timpa pada Dariya. Sekurang-kurangnya akak tolong keluarga Dariya. Why not kan?”

“Vi tak kisah kalau akak nak tolong keluarga Dariya tapi apa yang Vi terfikirkan sekarang ni adalah penerimaan Luqman dekat akak nanti. Kalau Luqman tahu yang akak dekat Malaysia lepastu akak pulak datang jumpa ibu Dariya, akak rasa apa penerimaan Luqman nanti?”

“Akak tak kisah apa penerimaan Luqman sekalipun tapi apa yang akak tahu akak boleh buat something untuk ibu Dariya. That’s it. Pasal penerimaan Luqman ke apa akak tolak ke tepi dulu.”

“Bila akak nak pindah ke Malaysia?” Vitalika memandang kakaknya. Menunggu soalannya untuk dijawab. Gia hanya memandang Vitalika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience