Zack tiba di sekolah menengah dengan membawa adik bongsu rakannya, Khadeeja. Setelah mematikan enjin kereta sportnya, dia keluar dari perut keretanya dan terus membuka pintu Khadeeja untuk menyambut.
"Abang Zack bila masuk kerja?" tanya Khadeeja.
"Hmmm, jap lagi lah, kenapa?"
"Tak de, saje tanye," Zack berkerut dahi. Dia ni nak cakap apa sebenarnya?
"Ni siapa nak ambik Ija nanti?" tanya Khadeeja.
"Aik, abang jugak ke kena ambik?"
"Habis tu?" Zack mula mengeluh.
"Errr, tengoklah dulu," respon Zack. Manakala Khadeeja buat muka toye.
"Hm, okey lah, Ija pergi dulu ye," kata Khadeeja sambil menuju ke pagar utama sekolah.
"Okey, belajar betul-betul tau!" kata Zack separuh jerit. Zack melambai ke arah Khadeeja setelah Khadeeja melambai ke arahnya.
Semakin lama Khadeeja pergi, semakin menghilang dari pandangan Zack. Dia masuk semula ke dalam perut kereta sportnya. Belum sempat dia menghidupkan enjin keretanya, sebuah kereta sport Bucatti Veyron berwarna biru berhenti di depan keretanya.
Seorang lelaki keluar dari perut kereta sport tadi sambil membuka kaca mata hitam yang berjenama Police. Sambil itu juga Zack keluar dari keretanya.
"Bro, amacam hari ni?" tanya lelaki tadi.
"Okey je, kenapa?" respon Zack.
"Nothing, but...be careful, someone is watching you," Zack berkerut dahi.
"Siapa?" tanya Zack. Lelaki itu hanya menggerakkan kepalanya sedikit untuk menunjukkan ke arah tempat di celah bangunan yang tidak jauh dari tempat mereka berdua berada. Seorang lelaki misteri sedang memerhatikan mereka berdua.
Zack memandang semula kepada lelaki tadi.
"Kau nak siasat tak dia?" tanya Zack bernada biasa.
"Tak payah kot, sebab aku kenal dia tu siapa," lelaki itu masih lagi memerhatikan lelaki misteri itu.
"Kau kenal?" Lelaki itu mengangguk sahaja.
"Siapa dia?" tanya Zack.
"Mungkin kau pun kenal jugak siapa dia tu," respon lelaki itu. Zack memandang pelik pada lelaki itu.
"Ha? Kenal pulak aku ngan dia, jumpa pun tak pernah," Zack menafikan pengenalan terhadap lelaki misteri itu yang kini lelaki misteri itu menghilang dari tempatnya.
"Alaa, tak kan kau tak kenal?" tanya lelaki itu.
"Seriously aku tak kenal, siapa dia tu? Bagitau je la," Zack sudah give up dengan teka-teki itu. Lelaki itu tersenyum sinis.
"Dia la salah seorang hitman yang terkenal dengan pembunuhan dia," Zack terdiam seketika. HITMAN...
Ada lima orang yang dikategorikan sebagai hitman.
Dasim, Ezra, Masky, Bell dan Cyclamen. Kelima-lima hitman ini masih lagi dalam siasatan kerana sukar untuk menangkap mereka yang agak lincah dalam bab pembunuhan. Hinggakan tiada kesan bukti tentang pembunuhan mereka dan menghilang selama lima tahun. Dan sekarang mereka muncul lagi kedatangan dengan mengkhabarkan akan ada beberapa pembunuhan pada tahun ini. Situasi sekarang makin celaru dengan kedatangan mereka. Siapa yang mengupahkan mereka semua? Yang mengecohkan satu negara bahkan seluruh negara dapat mendengar berita tergempar ini. Dan kini hanya seorang sahaja dia melihat tadi. Siapa dia tu?
Lelaki itu melihat Zack yang masih lagi termenung jauh. Dia mula berdehem untuk menyedarkan lamunan Zack.
Zack memandang lelaki itu dengan pandangan yang penuh bermakna. Lelaki itu juga sama turut memandang.
"Aku datang jumpa kau ada sebab nak bagitau kat kau,"
"Apa dia?"
"Esok aku gerak pergi Johor,"
"Kenapa?"
"Ada satu kes yang nak diselesaikan,"
"Kes apa?" tanya Zack lagi inginkan kepastian.
"Kes pembunuhan bersiri kat Skudai," Zack mengangguk sahaja.
"Okey lah, aku gerak dulu, nanti apa-apa hal, call aku, okey?" kata lelaki itu.
"Okey," lelaki itu mula membuka pintu keretanya dan masuk.
"Wei, Ken!" seru Zack. Lelaki itu yang dipanggil Ken menoleh ke arah Zack.
"Take care!" ucap Zack. Ken hanya mengangguk sahaja. Dia memang suka jarang bercakap kerana itu pilihannya yang sesuai dengan pangkatnya yang sama dengan Zack. Inspector.
Ken, nama penuhnya Akhlaken. Macam kelakar kan nama dia? Tetapi kelakar-kelakar pun dia juga mahir dengan bab-bab siasatan kes pembunuhan. Sukar untuk ditandingi. Oleh sebab itulah dia dihantar ke tempat lain bagi membantu siasatan kes pembunuhan yang bermaharajalela. Tetapi masih lagi belum dapat dikesan lagi para hitman tentang pembunuhan mereka yang pandai mengkaburkan mata memandang.
Bunyi enjin milik Ken mengaum di kawasan itu. Sebaik sahaja memainkan pedal minyak, dia terus pergi meninggalkan Zack berseorangan di situ. Zack mula menghidupkan enjin keretanya, dan mula pergi meninggalkan asapnya di belakang.
***
T-Fiq baru sahaja selesai menguruskan kolej yang Waheeda ingin menuntut ilmu. Sebelum T-Fiq beredar, Waheeda sempat salam cium tangannya kerana Waheeda menempatkan di asrama yang tersedia ada.
Tiba di kawasan parkir keretanya, T-Fiq membuka kunci pintu keretanya menggunakan alat kawalan jauh. Dia membuka pintu keretanya untuk masuk. Belum sempat menutup pintu kereta, satu tembakan terdengar di kawasan itu. T-Fiq kembali keluar dari kereta untuk melihat siapa yang menembak.
Satu motor Kawasaki Ninja hitam sedang meluncur laju di kawasan berdekatan dengan tempat T-Fiq berada. Dan di belakangnya juga terdapat tiga kereta Nissan GT-R berwarna hitam sedang mengejarnya.
T-Fiq segera masuk kedalam perut keretanya lalu menghidupkan enjin kereta dan terus mengejar mereka.
Dia menekan pedal minyak sekuat mungkin sehingga hampir di belakang kereta Nissan lalu mengambil alat pembesar suara.
"BERHENTI!!" suara dari pembesar suara mampu mendengar di lorong yang mereka berada.
"SILA BERHENTI!! KAMI POLIS!!" T-Fiq bersuara lagi. Masih lagi tidak berubah. Degil betul budak ni. Bisik hati T-Fiq. Dia mengambil walkie talkienya di tempat yang telah disediakan dan memberi pengunguman ada kejar mengejar di kawasan tersebut. Dia melihat sekali lagi ke arah penunggang motor itu, didapati ada sepucuk pistol di tangan kiri penunggang tersebut dan mula mengacu pada salah satu kereta Nissan. Dan...
Satu lagi bunyi tembakan menjengah di telinga T-Fiq. Satu kereta Nissan sudah terbabas di tepi jalan kerana tayar depan belah kiri meletup. Tinggal dua sahaja kereta Nissan itu. Memang nak tempah batu nisan rupanya.
T-Fiq mula mendekati kedua-dua kereta Nissan tersebut. Tetapi dia tidak nampak wajah pemilik kereta tersebut kerana cermin gelap.
"SILA BERHENTI!! KAMI POLIS!!" T-Fiq menggunakan pembesar suara lagi. Dan masih lagi tidak respon. Sebaliknya kedua-dua kereta Nissan itu makin laju lagi. Menganjing rupanya. T-Fiq melajukan lagi keretanya untuk mengejar mereka.
Salah satu kereta Nissan telah membuka tingkap dan mengeluarkan sepucuk pistol lalu mengacu pada kereta T-Fiq dan...
Satu tembakan lagi yang menyebabkan tayar depan belah kiri meletup dan mengakibatkan keretanya terguling-guling. Habis pecah badan keretanya.
Dua kereta Nissan dan satu motor Kawasaki Ninja sudah menjauh meninggalkannya.
T-Fiq keluar dari kereta dalam keadaan cedera ringan. Dia pergi menuju ke tempat yang lebih selamat untuk menjauhi keretanya yang hampir meletup. Orang ramai mula berkumpul di tempat kejadian.
"Cepat, call ambulans" salah seorang dari orang ramai mencelah untuk membantu T-Fiq. Manakala T-Fiq pula sedang memikirkan tentang mereka itu.
Siapa diorang tu? Kenapa berani sangat nak buat benda ni? Kenapa ada tembak menembak di tempat awam? Hati T-Fiq bertanya...
***
Mr. Alonzo sedang mengamati suasana di alam sekitar di balkoni. Agak nyaman udara pada waktu itu. Setiap nafas diselangi dengan aura semangatnya yang membuak-buak yang sudah lama menghinggap.
Dua orang lelaki muncul di belakang Mr. Alonzo dengan berpakaian serba hitam yang agak samar untuk melihat wajah mereka. Mr. Alonzo sedar akan kehadiran mereka. Dia sudah tahu siapa yang akan datang.
"Memandangkan korang berdua sudah sampai, eloklah aku bagi dulu tugas untuk korang," Mr. Alonzo mula bersuara.
"Apa tugasnya Mr?" tanya Ezra. Manakala Dasim hanya pasang telinga untuk mendengar. Mr. Alonzo tersenyum sinis.
"Ambik fail kat atas meja tu," arah Mr. Alonzo. Dasim menuju ke arah meja itu dan mengambil fail yang berwarna hitam. Dia mula menyelak helaian demi helaian. Ezra turut melihat. Kesemua helaian yang mereka berdua melihat kebanyakannya gambar hitam putih. Satu persatu mereka berdua perhatikan kesemua gambar-gambar itu.
"Aku nak korang berdua cari diorang semua ni. Sampai dapat. Dan aku nak korang bawak balik kepala diorang tu. KESEMUANYA. Faham?" pinta Mr. Alonzo. Mereka berdua saling memandang antara satu sama lain. Dan memandang semula ke arah Mr. Alonzo.
"Bila mulanya Mr?" Tanya Ezra.
"As soon as possible" jawab Mr. Alonzo. Mereka berdua mengangguk. Dan terus beredar dari situ bersama fail itu sekali, untuk melakukan tugas mereka yang terbaru.
Mr. Alonzo melontarkan kembali pandangannya di luar balkoni. Sedikit demi sedikit bibirnya mengukirkan senyuman yang agak sinis.
Tak lama nanti korang akan tahu NASIB korang macam mana...
Siapa mereka semua yang ada di dalam fail itu? Apakah nasib mereka nanti? Hidup atau sebaliknya? Tunggu sambungannya...
Share this novel