Bab 55

Romance Completed 207871

"Carl.. Kau balik la dulu. Aku nak temankan Afrina" kata Caden pada Carlos yang turut sama menunggu Intan di luar bilik ICU.

"Kita balik dulu, bersihkan diri. Nanti aku datang ambil kau pagi esok. Ni pun dah lewat" kata Carlos.

"It's okey, aku nak tunggu" jawab Caden tanpa memandang Carlos.

"Den, kau jangan macam ni. Kita balik dulu. Esok datang semula" pujuk Carlos.

"Aku nak tunggu isteri aku. Kau faham tak?" tinggi suara Caden.

Bulat matanya bertentang mata Carlos.

"Hey! Yang sakit dah tentu sakit, yang sihat takkan nak biarkan diri tu pulak sakit" marah Caden.

"Aku tak kira, sekarang ni kita balik dulu, nanti esok, pagi-pagi aku hantar kau kat sini sebelum aku ke pejabat" tarik Carlos pada lengan Caden.

"I don't want!" balas Caden keras sambil menarik lehar baju Carlos dan penumbuknya sikit lagi mengenai muka Carlos.

"Tumbuklah Den kalau itu dapat tenteramkan perasaan kau, aku rela" balas Carlos.

Terus jatuh tangan Caden ke sisi dan kepala di letakkan pada bahu Carlos.

Faham dengan situasi yang Caden rasakan. Perlahan belakang sahabatnya itu ditepuk.

"Den.. Balik dulu okey, aku janji, pagi-pagi lagi aku datang rumah kau. Tak pun, kalau kau nak, aku boleh tidur rumah kau malam ni" pujuk Carlos.

Keluhan dilepaskan.

Caden hanya mengangguk. Intan di sebalik cermin dipandang lama sebelum kaki melangkah pergi.

Abang balik dulu sayang, esok abang datang lagi.

Sayu wajah Caden memandang kesayangannya itu.

Carlos mengekori Caden dari belakang sambil menoleh sekali pada Intan yang kaku di atas katil.

Sebaik kereta mula bergerak, Caden bersuara.

"Carl, salah aku ke semua ni jadi?" soal Caden pada Carlos yang tenang memandu di sebelah.

"Kau cakap apa ni?" soal Carlos semula.

"Jodoh, pertemuan, ajal, maut di tangan Allah. Dah tercatit kau dengan Intan. Jangan salahkan diri sendiri. Sekarang ni yang penting, Intan. Doakan semoga dia cepat pulih" kata Carlos.

"Kau tau tak kenapa ayah Afrina nak jumpa tadi?" soal Caden

"Ayah dia nak aku ceraikan Afrina bila dia dah pulih nanti. Katanya apa yang berlaku pada Afrina adalah berpunca dari aku, aku yang salah Carl." sayu suara Caden di sebelah.

Terkejut Carlos mendengar bicara Caden. Tertoleh kepalanya ke tepi.

"Apa kau cakap? Ayah Intan minta kau ceraikan anak dia?" soal Carlos tidak percaya.

"Kalau aku tak paksa Afrina kahwin tempoh hari pasti dia tidak menjadi sasaran Cleine. Dah tentu semua ni tak jadi" menunduk Caden di ribaannya.

Carlos pantas menghentikan kenderaan di tepi jalan setelah lampu isyarat dinyalakan.

"Kau cinta Intan?" soal Carlos sambil wajah sugul sahabatnya itu dipandang.

"Kau pun tahukan bagaimana aku sayang dan cintakan Intan" balas Caden.

"Kalau kau sayang dan cintakan dia, kau kena perjuangkan cinta tu, jangan mengalah. Kau rasa bila Intan sedar nanti, dia akan setuju dengan apa yang ayah dia minta tu?" soal Carlos pada Caden yang dilihat seperti sudah hilang semangat.

"Ayah dia tak benarkan aku bagitau Afrina" jawab Caden.

"What? Dah tu, kau nak ikut je. Kau rela rumahtangga kau musnah macam tu saja?" soal Carlos.

Panas pulak hatinya.

"What should I do Carl, you tell me, tell me.." lirih kata Caden.

"Now, kita balik dulu. Esok pagi aku hantar kau. Buat masa ni, soal office biar aku urus. Kalau ada urgent case, baru aku minta kau handle" putus Carlos.

Kalau dibiarkan sahabatnya itu membuat keputusan, bimbang masalah lain pula yang timbul.

Lampu isyarat dimatikan dan pedal minyak ditekan, laju kereta meluncur.

"Aku akan pastikan kau dan Intan akan tetap bersama Den. Aku janji, aku akan buat apa saja untuk kau." kata Carlos dalam hati.

+++

"Kau tak nak tengok Afrina dulu ke?" soal Caden sambil menoleh pada Carlos di sebelah.

"It's okey, petang nanti aku singgah melawat" kata Carlos.

Caden kemudian berjalan menuju ke lift untuk ke wad Intan.

Semasa Caden tiba, dapati Dr. Dani sedang memeriksa Intan.

"Assalamualaikum Doktor" sapa Caden sebaik Dr. Dani keluar dari wad.

"Waalaikumsalam. En Caden, come. Ke pejabat saya" ajak Dr. Dani.

"Macam mana dengan isteri saya?" soal Caden lalu melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Dr. Dani.

"Dia stabil cuma masih belum sedarkan diri" jawab Dr. Dani ringkas.

"Boleh saya bagaimana keadaan isteri saya?" soal Caden ingin tahu.

"Dari pemeriksaan yang dilakukan, selain dari koma itu sendiri, terdapat luka dan lebam di muka, mata, pipi kanan dan kiri, seluruh badan dan kedua-dua pergelangan tangan. Selain dari tu tiada apa yang perlu dibimbangkan" terang Dr. Dani.

"Isteri En. Caden akan dipindahkan ke wad pemerhatian biasa sekejap lagi" maklum Dr. Dani

"Jadi saya boleh masuk jumpa isteri saya?" soal Caden teruja.

"Ya boleh, tak ada masalah. Memang digalakkan untuk berjumpa dan berbual dengan pesakit, untuk membantu memberi ransangan. Semoga isteri En. Caden akan cepat sedar dari koma" terang Dr. Dani.

"Thanks doktor"

"Kalau macam tu marilah, rasanya urusan pemindahan wad dah selesai"

Kemudian Dr. Dani dan Caden bangun lalu menuju ke wad yang menempatkan Intan.

+++

Sebaik Dr. Dani dan jururawat keluar dari bilik itu, Caden mengambil tempat di kerusi di sisi katil Intan.

Remuk hatinya apabila memandang wajah Intan yang bengkak dan luka.

Menitis air matanya.

"Sayang.. Abang minta maaf" ucap Caden. Jemari Intan yang pucat digenggam erat dan dikucup lembut

"Sayang, kalau abang tahu begini jadinya. Abang tak akan paksa sayang untuk mengikut rancangan perkahwinan tu"

"Abang bersalah pada sayang, pada ayah sayang. Maafkan abang sayang" teresak Caden di jemari Intan.

Basah dengan air mata. Pilu hatinya mengenangkan apa yang berlaku. Andai boleh ditukar ganti dirinya dengan Intan, sekarang juga akan dilakukannya.

"Sayang.. Sayang kena bangun cepat, abang terlalu rindukan sayang." luah Caden lagi.

Lama Caden berkeadaan begitu.

Caden kemudian menuju ke bilik air dan mengambil air sembahyang dan kembali melabuhkan duduk di kerusi di sisi katil Intan.

"Sayang dengar ya. Khas untuk sayang" ucap Caden

Kopiah dipakai dan Al-quran kecil yang dibawa dibuka lalu memulakan bacaannya.

Syahdu sahaja telinga yang mendengar.

Ralit dengan bacaannya, tidak sedar jam sudah menginjak ke tengah hari.

Patutlah perutnya berbunyi.

Tiba-tiba telefon di dalam poket bergetar. Nama Carlos tertera.

"Hello Carl"

"Ye, aku masih di wad."

"Makan? It's okey. Sini ada cafe. Lapar nanti aku turun makan"

"Okey. Thanks Carl"

Ucap Caden lalu talian dimatikan.

Baru Caden mahu menyimpan semula telefon di dalam poket, pintu wad dibuka.

"Tuan Caden" tegur Fahmi.

"Oh, Fahmi. Awak buat apa di sini?" soal Caden setelah berjabat tangan dengan Fahmi.

"Saya hantar makan tengah hari untuk Tuan Caden" kata Fahmi lalu menyerahkan bungkusan makanan pada Caden.

"Eh, saya tak minta pun" kata Caden pelik.

Fahmi senyum lalu menjawab.

"Carlos tau kalau tak dibelikan makanan pada Tuan, Tuan tak akan turun makan" kata Fahmi.

Caden hanya diam lalu bungkusan makanan diambil.

"Tuan Caden makanlah, saya ada di luar. Ada apa-apa, Tuan boleh panggil saya" kata Fahmi lalu berlalu keluar.

Bungkusan makanan di tangan dipandang.

Sejak dari semalam dia tidak makan. Tekak rasa payau. Tiada selesa mahu menjamah makanan.

"Kau kena makan, baru ada tenaga nak menjaga Intan. Kalau kau pun lemah, sakit, tak ada tenaga, macam mana nak bantu Intan supaya cepat pulih" teringat dengan kata-kata Carlos sewaktu di meja makan pagi tadi.

Bungkusan makanan dibuka. Hm.. Nasi lauk kampung. Tau-tau saja lauk kegemarannyan

Sudu dicapai dan bismillah dibaca.

Jadilah separuh nasi yang dimakan. Asalkan dapat beri tenaga padanya.

Petang itu semasa Caden berbual-bual dengan Intan yang masih kaku itu, pintu wad dibuka dan muncul jururawat dengan pakaian baru untuk Intan.

"Selamat petang Encik. Saya nak bersihkan badan dan tukarkan pakaian Puan Intan" kata jururawat itu.

"Er.. Kalau saya buatkan boleh?" pinta Caden.

"Boleh, tak ada masalah. Isteri Encik kan. Dah siap, pakaian yang kotor Encik letakkan di hujung sofa. Nanti saya datang ambil" kata jururawat tersebut.

Pakaian bertukar tangan dan jururawat menapak keluar dari wad tersebut.

Tuala diambil dan dibasahkan di dalam bekas yang disediakan. Perlahan dilap pada wajah Intan yang luka dan bengkak.

Dibilas kain itu dan dilapkan pula pada tubuh. Diulang-ulang dengan air sabun pula.

Sesudah itu, pakaian diganti.

Anak tudung Intan yang dibuka tadi menampakkan rambut Intan yang hitam lebat. Sikat diambil dan perlahan rambut itu disisir.

Setelah siap, anak tudung dipakaikan semula.

Dahi yang lebam itu dikucup lembut.

"Wangi dah sayang abang" kata Caden pada Intan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience