Rate

BAB 1

Family Series 1381

Empat tahun menetap di negara orang tetap tidak memberikan kesan kepada Ayra. Dia tetap tidak mahu pulang ke tanah airnya. Dia masih tidak mempunyai kekuatan dalam dirinya. Empat tahun hanya dirasakan sia-sia. Ya dia rindu kedua ibu bapanya. Sangat rindu. Tetapi apa yang mampu dilakukannya? Masa tidak boleh diputarkan semula.

Kalau la aku ada peluang..

Troot.. Troot.. Troot.. Troot..
Panggilan daripada rakan karibnya diabiarkan sepi. Dia tiada mood untuk berbicara dengan sesiapa. Rasa serbasalah masih menguasai dirinya.

Kenapa kau lari dari masalah Ayra? Now kau tengok sendiri. Empat tahun tau kau duduk sini. Apa yang kau dapat? ARGHHHHH

Dia tak mampu kawal emosinya lagi. Air matanya laju mencurah ke pipi.

Ayra minta maaf ummi.. walid
Ayra bukan anak yang baik..

Ting tong ting tong.

Ayra masih belum tersedar dari lamunannya.

Ting tong ting tong ting tong ting tong

Baru tersedar, Ayra menuruni anak tangga dan segera ke pintu rumahnya. Dengan segera dia membuka pintu.

"Ayra, aku tunggu lama tau kat luar ni. Kau takdengar ke tadi? Ke kau tido?"

"Sorry sorry Leeya aku taksedar tadi..."

"What? Kau tak sedar? Kau mengelamun la? Ya Allah.. kau okay tak ni Ayra?"

"Eh taklah mana ada. I'm tired babe. I need to sleep"

"It's up to you then. Rest well"

Leeya tahu rakan karibnya tu masih mengenangkan perkara yang dah lepas. Dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin menasihati Ayra lagi.

Leeya merupakan sahabat baik Ayra sejak kecil lagi. Sejak sekolah rendah. Disebabkan itu, Leeya tahu segala masa silamnya. Leeya yang mengajak Ayra untuk memulakan hidup baru disini. Sebenarnya bukan memulakan hidup baru, lebih kepada mengumpul kekuatan. Kekuatan yang telah lama hilang dalam diri Ayra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience