VS26

Drama Completed 85759

Eva membuka mata saat telinga mendengar bunyi dengkuran yang halus.
Wajah ditoleh kekanan. Kelihatan susuk Daim sedang lena sambil mengiring kearahnya.

Raut tenang itu diperhati tanpa sedar jemari Eva mengelus lembut hujung rambut Daim yang hampir mencucuk kening lelaki itu.

Daim membuka mata saat sedar ada gerakan. Wajah Eva dilihat lantas bibirnya mengukir senyum.
“Kau dah bangun Eva?”

Eva telan liur, tak sangka Daim boleh sedar pergerakan perlahannya.
Terus badan diduduk laju.
Malu.

Melihat reaksi Eva, Daim turut duduk.
“ Jangan banyak gerak Eva, luka kau masih belum sembuh.”

Mata Eva melirik pada lengan kananya. Terbalut kemas dengan kain putih. Lantas kembali menoleh ke arah Daim.
“Im... aku lapar.”

Hampir tersembur tawa Daim saat mendengar permintaan pertama wanita itu setelah hampir sehari tak sedarkan diri.

Pipi Eva dikembungkan. Biarlah apa Daim nak cakap, yang penting perutnya perlu diisi segera.

Kedua bahu Eva disentuh oleh Daim.
“Kau tunggu sini, aku ambik kan makanan ye.”

Kepala Eva terangguk-angguk dan mata membiarkan tubuh Daim bangun sehingga keluar dari bilik.

Ketika tubuh Daim hilang, Wajah Eva meneroka ruang bilik kecil ini.
Cahaya matahari samar-samar masuk dari celahan-celahan dinding papan menandakan hari dah siang.
Namun kesejukan masih terasa.

Jari Eva menyelak selimut yang menutupi badanya. Pakaian yang menyalut tubuhnya sebelum ini sudah ditukar sepenuhnya.
Siapa yang tukar?
Daim ke?
God!
Rambut blond pantas disebak kebelakang.

“Eva dah bangun?”
Ibu Bidin masuk sambil menatang sedulang makanan dan minuman.

Eva mengesot sikit tubuh, lantas kaki yang terlunjur tadi disilakan.
Wajah perempuan ini orang pertama yang dilihatnya ketika mata dibuka malam tadi.
Wajah yang sungguh tenang dan sentiasa mengukir senyum.

Ibu Bidin berteluku di lantai sambil meletakan dulang makanan dihadapan isteri Daim.
“Makan lah dulu, nanti mak cik tolong tukarkan ubat pada lengan Eva ye.”

“Errr... Daim...”
Eva jadi serba salah, mana pulak la Si Daim ni.
Kata nak ambik makanan.
Tapi suka-suka tinggalkan aku. Dah lah aku tak berapa kenal orang dalam rumah ni.

“Daim sedang bercakap dengan Pak Cik di anjung”

PakCik?
Eva kerut dahi.
Mungkin suami wanita ni kot.

“Eva nak Mak Cik suap kan ke?”

“Err.. takpe Makcik, Eva suap sendiri”
Eva mencapai lembut sudu yang sedia dipegang oleh Ibu Bidin.

“Yelah. Kamu makan dulu ye.. MakCik ke dapur. Kalau nak apa-apa, panggil saja.”
Ibu Bidin membangunkan tubuh sambil sekali lagi mengukir senyum.

Eva turut tersenyum hormat.

Setelah bayang Ibu Bidin hilang dibalik pintu. Tangan kiri Eva yang sedia memegang sudu, menyenduk perlahan sup untuk dimasukan ke dalam nasi.

Memang payah, sebab Eva bukan kidal.
Tangan kanannya pula masih kesakitan akibat luka tembakan.

“Eva.”

Eva yang baru ingin menyuap nasi kedalam mulut mendongak memandang Daim yang masuk menghampirinya sambil membawa mangkuk plastik.

“Kau kemana?”
Sekali lagi Eva cuba menyuap makanan namun agak kekok.

“Aku keluar ambik ubat untuk kau.”
Daim menunjuk semangkuk daun kerinyau yang sudah diramas oleh Pak Chok dan dicampur dengan getah pokok pagar.

Ubat itu akan digunakan bagi mengantikan ubat lama yang tertempek di lengan Eva.

Mangkuk ubat diletak ketepi sebelum Daim bersila dihadapan isterinya.
“Aku tahu la kau rindu aku, takkan hilang sekejap pun tak boleh?”

Eva juih bibir.
“Jangan perasan la!”
Sekali lagi tangan kiri cuba menyuap nasi ke dalam mulut.
Payahnya! Aishh!

Daim senyum. Sudu ditangan kiri Eva dicapai sehingga isterinya merengus kecil.
“Kalau rindu kata kan rindu Eva. Kau taknak mengaku lagi ke yang kau sayang kan aku.”
Sudu ditangan Daim mengaut lagi nasi dan menyuap ke mulut Eva.

Eva tidak menjawab, nasi yang disuap di kunyah laju.
Lantak kau lah nak kata apa. Yang penting sekarang ni aku memang lapar giler!

“Nasib baik family Pak Chot sanggup tolong kita kalau tak aku pun tak tahu apa akan jadi pada kita berdua.”
Tangan Daim masih ingin menyuap nasi kedalam mulut Eva namun wanita itu menghalang dan meminta air untuk diminum.

Setelah air yang dihulur Daim sampai ke tekak Eva. Baru lah dia ada kekuatan untuk bersuara.
“Macamana kita boleh sampai kesini?”
Sekali lagi Eva nganga mulut mintak disuap.

“Sebab kau seru nama aku Eva.”

Eva berhenti mengunyah, kening nipisnya bercantum erat.
“Merepek apa kau ni?”

Daim diam tak menjawab, rahang bergerak keatas apabila dia senyum.
Hajat nak bercerita, tapi Eva percaya ke kalau Daim cakap suara wanita itu menyeru kuat namanya ketika berada di dasar laut?

Daim tak rasa dia bermimpi, telinga kuat menangkap suara Eva supaya menyelamatkan mereka. Kalau tak kerana kekuatan rayuan dari Eva, dah tentu mereka berdua sudah tenggelam ke dasar laut China Selatan.

“Err... siapa tukar baju aku semalam?”
Eva tukar tajuk.
Teragak-agak dia bertanya saat nasi didalam mulutnya tinggal sedikit dan minta disuap lagi.

Daim mengacau lagi nasi bersama isi ayam dan dikaut dengan sudu sebelum menyuap kedalam mulut Eva yang dah sedia tenganga.
“Aku yang tukar kan.”

“Huk! Huk! Huk!”
Tubuh Eva tertunduk menahan batuk.
Mungkin kerana nafasnya yang berhenti tiba-tiba menyebabkan makanan yang masih berada didalam mulut tersembur keluar.

Daim meletakan mangkuk nasi kedalam dulang. Tapak tangan besarnya menyapu lembut belakang wanita itu.
“Kau ni, tahu la lapar, makan lah slow-slow.”

Pantas Eva merampas lengan Daim menyebabkan tindakan lelaki itu terhenti.
“Baik kau cakap betul-betul. Siapa yang tukar baju aku?!
Ton Eva sedikit tinggi.

“Laa.. betul la aku yang tukar kan.. habis kau ingat siapa yang akan buat selain suami kau sendiri”
Daim buat muka serius.
Tawa dibibir cuba disembunyikan.
Sengaja.

“Kau jangan main-main Im!”
Rengusan terbit di hujung bibir Eva, sambil muka dicemberut kasar.

“Aku yang tukar kan, Mak Cik suruh aku buat. Takkan aku nak bukti kan yang aku bukak underwear kau warna merah tu?”

Arrgghh!
“Daim Akli!!”
Eva mengangkat tinggi tangan kirinya lantas memukul-mukul dada bidang suaminya. Geram!

Kenapa mesti Daim yang tukar kan?
Boleh je kan Daim mintak Mak Cik tu tukar kan?

Haissh!!
Berkali-kali dada Daim ditumbuk. Lelaki itu hanya senyum dan kemudian merampas lengan Eva untuk menghentikan tindakan wanita itu.

Saat lengan dirampas, badan Eva tertarik sekali mendekati tubuh Daim hingga hidungnya hampir menyentuh pipi suaminya

Sekali lagi Daim ukir senyum.
“Salah ke aku sebagai suami kau menukar baju kau Eva? Kau isteri aku. Semua milik kau adalah milik aku.”

Eva teguk liur, nafas Daim kuat menampar pipinya. Suara garau lelaki itu menaikkan nafsu wanitanya.
Perlahan bola mata turun pada bibir nipis Daim. Sekali lagi kerongkong Eva bergerak kebawah menelan air liur.

Tok! Tok! Tok!

Hah?!
Bunyi ketukan di pintu membukam tindakan suami isteri ini.

Perlahan Daim melepaskan lengan Eva sebelum wanita itu kembali membetulkan duduknya.

Ibu Bidin masuk lantas mengukir senyum.
“Mak Cik dah masak air panas untuk Eva mandi. Kalau Eva dah siap makan, Eva mandi ye.. persalinan dah makcik letak di bilik air. Lepas Eva mandi boleh tukar ubat kat lengan tu “

“Eh. Menyusahkan Mak Cik je. Takpe Mak Cik. Kalau Eva nak mandi nanti Eva mintak tolong Daim.”
Eva jadi serba salah. Wajah Daim dipandang mintak harapan.

“Terima kasih Makcik. Takpe nanti Daim yang akan mandi kan Eva. Lepas tu Daim akan letak kan ubat kat luka dia”

“Yelah”
Ibu Bidin mengangguk berkali-kali.
“Kalau macam tu Mak Cik keluar dulu ye, kalau kamu berdua nak apa-apa bagi tahu je makcik.”

Serentak Eva dan Daim mengangguk kan wajahnya.

Selepas hilang susuk Ibu Bidin, Eva menoleh laju ke arah Daim.
“Jangan mimpi kau nak mandi kan aku Daim!”

Daim kerut kening.
“Kau boleh ke mandi sendiri? Tangan kau kan masih luka.”

“Luka aku kat tangan sikit je, bukannya satu badan.”
Huh! Gatal jugak laki aku nak kan?
Sengaja nak ambik kesempatan lah tu!
Bukan masanya lagi Daim Akli.
Aku nak jual mahal dulu.

Eva mencebik bibir, tubuh didirikan untuk keluar ke bilik air.
Daim ditinggalkan dengan perasaan geram.

Ibu Bidin membawa Eva sehingga sampai ke pintu bilik air.
Bilik air dibina di luar rumah berkenaan, dan perlu menapak kira-kira enam hingga tujuh langkah dari pintu dapur.

“Eva mahu MakCik mandi kan?”

Eva pusing tubuh saat sampai di pintu bilik air.
“Takpe Makcik. Eva mandi sendiri.”

Ibu Bidin mengangguk lantas masuk kembali di dalam rumah.

Cuaca yang cerah tadi kembali kelam. Mungkin hujan akan turun semula menjelang tengahari.

Eva membuka pintu zink yang didirikan dengan memaku pada kayu tebal.

Waktu tubuh di masuk kan.
Mulut Eva terganga.

Bilik air itu agak besar, dinding turut dibina dari zink yang sudah berlubang-lubang kecil.
Atap juga ditutup dengan Zink dan berjarak lebih kurang sedepa dari dinding.
Mungkin untuk pengudaraan.

Tapi macamana Eva nak mandi?
Kalau ada orang intai macamana?

Mata menyorot lagi ke tengah ruang, perigi besar dibina untuk tujuan bekalan air.
Daim ada terang kan tadi.
Kawasan pulau ni tiada bekalan elektrik dan air.
Jadi penduduk kat sini mengambil inisetif sendiri untuk meneruskan hidup.

Dengan payah, Eva cuba membuka bajunya dan menyalin kain batik yang diikat dari paras dada ke bawah.

Eva seorang wanita yang tak pernah tahu cara memakai kain batik.
Namun dalam keadaan terdesak macam ni dia terpaksa belajar sendiri.

Seusai berkembang, Eva menghenyak punggung di atas kerusi kayu yang kecil.
Sebesen air panas telah disediakan untuknya oleh Ibu Bidin.

Lantas gayung diambil dengan tangan kiri mencedok air didalam besen dan mencurah ke badan.
“Auccch!”
Panas!

“Eva!”

Eva angkat wajah dan memandang ke pintu.
Suara Daim jelas kedengaran.

Kulit bahunya yang sudah kemerahan kerana terkena air panas, digosok lembut. Silap Eva kerana tak merasa dulu tahap kepanasan air tersebut.

Mungkin Ibu Bidin tak mahu air menjadi sejuk sebab tu la dia tak mencampurkan dulu dengan air biasa.

“Eva kau okay?”
Sekali lagi Daim bersuara dari luar pintu.

“Aku okay.”
Eva bangun, cuba mengambil timba yang diikat dengan tali untuk mengambil air didalam perigi bagi mencampurkan dengan air panas tadi.

Namun sukar kerana saat ni hanya tangan kirinya sahaja berfungsi sementara tangan kanan masih sakit.

Keluhan dilepaskan berat.
“Im... tolong aku..”
Akhirnya...

Daim masuk setelah pengunci pintu dibuka oleh Eva.

Senyuman dibibir lelaki itu menambah geram dihati Eva.
“Cepat. Ambik kan aku air perigi ni campur kat dalam hot water tu. Aku nak mandi.”

Mengarah macam aku maid dia!
Sekali lagi Daim tersenyum.
“Rumah ni bukan ada shower macam rumah kat bandar Eva. Sebab tu la aku kata aku nak tolong mandi kan kau tadi.”

Daim mencampak timba ke dalam perigi dan menggerakan sedikit tali sebelum mengangkat kembali timba yang berisi air dan dicurahkan kedalam besen.

“Kau letak je air dalam besen, nanti aku mandi sendiri.”

Sekali lagi Daim campak timba kedalam perigi.
“Eva, jangan degil boleh tak. Aku ni bukan cannibal nak makan orang, yang kau takut sangat pehal? Aku makan ‘benda lain’ je.”

Pantas Eva menoleh.
‘Benda lain’ tu benda apa?
Daim ni tertelan mutiara ke masa kat laut?
Apesal sikapnya jauh berubah?

Bipolar Disorder detected!

“Dah. Kau duduk. Aku mandikan.”
Daim merasa sedikit air didalam besen. Suam. Sesuai untuk mandi.

Eva cemberut muka namun akhirnya menurut. Sekali lagi punggung dihenyak ke atas kerusi kayu.

Daim dibelakang mengambil gayung dan menceduk air sebelum dicurah lembut keatas kepala Eva.

Jemari kiri Eva menyapu sekitar tubuhnya saat air mengenai kulit.
Sesekali bibir digigit kuat saat air mengenai luka ditangan kirinya yang terbuka.
Namun Eva cuba tahan.

“Aku sabunkan belakang kau ye.”

Eva angguk perlahan, tak membantah. Mentelah lah tangannya sendiri tak sampai untuk mengosok belakang badan.
“Errr... jangan kena luka aku ye”
Sempat Eva bersuara saat terasa tapak tangan Daim menyentuh kulit belakangnya.

Daim mengangguk perlahan.
“Maafkan aku Eva.. sebab aku kau jadi macam ni”

“Yang salah sekarang bukan aku atau kau, tapi Zizie.”

Rahang Daim bergerak kebawah menelan liur, taktala mendengar nama Zizie, walau bukan dia yang terkena tembakan tapi kesakitan yang dialami oleh Eva dapat dirasainya..

Seusai membersih tubuh. Eva menyuruh Daim keluar supaya dia boleh menukar baju.

“Tangan kau masih sakit kan, bak la aku tukarkan.”
Daim ingin mencapai baju bersih yang berada ditangan Eva, namun wanita itu pantas menarik dan merapatkan kedada.

“Kau jangan nak mengatal Im. Luka kat tangan aku sikit je. Bukan sampai tak boleh nak bergerak pun”

Daim senyum simpul. Bibirnya dirapatkan ke cuping telinga Eva.
“Salah ke nak gatal dengan isteri sendiri? Aku pun dah lama ‘puasa’ ni.”

“Im!”
Tapak tangan Eva dilayang tinggi , namun belum sempat menampar dada bidang Daim. Lelaki itu sempat mencapai.

Dan Cup!
Belakang tangan Eva dikucup.
Sekali lagi senyum terbit, sebelum Daim melangkah keluar dari bilik air.

Kembang kempis hidung Eva menahan rasa. Namun akhirnya dia turut tersenyum.
Daim dah berani ye....

******

Petang tu hujan turun dengan lebat.
Benar lah kata Pak Chok, dalam seminggu dua, hujan takkan berhenti.
Laut pun bergelora tinggi. Harapan untuk membawa Eva dan Daim ke seberang agak tipis.
Melainkan ada kapal besar yang lalu dan dapat membawa kedua pasangan ini kembali ke bandar.

Eva, Daim serta kedua orang tua Bidin duduk di beranda sambil menikmati bunyi hujan yang indah.
Diselang-seli deru ombak menghempas pantai kerana jarak rumah Pak Chot dan persisir lebih kurang 200 meter sahaja.

“Pak Cik ni nelayan je. MakCik bercucuk tanam sikit-sikit. Kalau banyak hasil adalah kami bawa ke seberang untuk dijual, kalau sikit sahaja, maka kami simpan untuk makan sendiri. Jadi PakCik nak minta maaf kalau keadaan rumah pakcik ni buat Daim dan Eva tak selesa.”

“Eh Takpe la Pakcik. Pakcik tumpang kan kami berdua kat sini pun, dah cukup elok.”
Daim menyentuh peha Pak Chot yang duduk disebelahnya.

Eva yang bersimpuh disebelah Daim, turut senyum.

“Pakcik pun kesian juga pada kamu berdua, sudah lah terdampar di sini. Keluarga pun tidak dapat diberitahu. Mereka tentu risau kan kamu berdua .”

Daim tidak menjawab. Bibir sekali lagi menguntum senyum.
Dia tak risaukan dirinya, kerana Daim sendiri tidak mempunyai ibu dah ayah lagi.

Cuma dia risaukan Eva. Tentu mama dan papa wanita itu sedang sibuk mencari anaknya.

“Tidak mengapa lah.. yang penting kamu berdua selamat. Tinggal lah disini berapa lama pun kamu berdua mahu. MakCik suka sangat. Lebih-lebih lagi ada Eva. Terubat rindu makcik pada anak perempuan makcik..”
Kali ni Ibu Bidin pula bersuara.

Eva senyum simpul. Dia tahu Ibu Bidin juga mempunyai seorang anak perempuan yang sudah berkahwin dan menetap dibandar. Sewaktu Eva membantu wanita itu, dia menceritakan segalanya.
“Terima kasih Pakcik, Makcik. Tak terbalas jasa kami untuk pakcik dan makcik.”

“Sudalah.. selagi kamu berdua tinggal disini. Buat lah seperti rumah sendiri. Kadang-kadang kami sunyi jugak.. Bidin macam itu lah terperap sahaja di dalam bilik dengan gitar dia bila tak turun ke laut.”

Eva kuntum senyum lagi mendengar bicara Ibu Bidin.

“Daim.. kamu merokok tidak?”

Laju wajah Daim berpusing kepada Pak Chot yang menukar cerita secara tiba-tiba
kepala diangguk berkali-kali.

“Elok la.. ada teman Pak Cik..”

Ekor mata Eva menjeling kearah suaminya. Namun Daim buat tak tahu.

“Nah.. Pakcik pasti kamu tak pernah rasa rokok daun kan. Ambik la”
Pak Chot menghulur sebatang rokok tembakau yang dah dibalut kemas dengan daun nipah kepada Daim

Eva menjeling lagi.

Ibu Bidin perasan lantas bersuara.
“Da la bapak nya.. jangan diajar Daim merokok.”

“Eh mana ada aku ajar, Daim ni memang merokok la.”
Sekali lagi rokok dari jari Pak Chot dihulur.

Kali ni Daim menyambut walau perasaan Eva menjelingnya berkali-kali.

“Hah! Macam ini lah anak jantan. Mesti pandai merokok.”
Jari Pak Chot membakar hujung mancis sebelum menghulur api pada hujung rokok tembakau yang dah terselit di bibir Daim.

Huk! Huk!
Terbatuk-batuk Daim sewaktu hisapan pertama. Perit jugak rasa kat tekak.

Ibu Bidin yang melihat hanya mengelengkan kepala dan memandang wajah Eva. Rasa bersalah mula menyelinap.
“Makcik mintak maaf la Eva. Pak cik kamu ni dah jadi kan rokok tu kawan baik dia. Kalau sejam tak merokok dia boleh marah-marah.”

Eva mencebik. Melihat aksi Daim yang menghembus asap tembakau makin buat hati dia sakit.
“Sama lah dengan Daim ni makcik. Kalau tak dapat rokok, dia boleh marah kita tau.”

“Eh! Masa bila abang marah sayang?”

Abang? Sayang?
Sekali lagi Eva juih bibir. Pandai lah kau berlakon Daim!

Ibu Bidin dah tergelak melihat pasangan muda dihadapannya.
“Berapa lama dah kamu berdua berkahwin?”

Eva menoleh kearah Ibu Bidin. Daim dah khayal dengan rokok daunnya, memang takkan jawab lah soalan Ibu Bidin.
“Nak masuk 2 bulan Makcik.”

“Oh! I ye ke.. sebab makcik tengok kamu berdua serasi sangat. Macam dah lama kahwin.”

“Kami kawan baik dari kecil Makcik. Daim suka kan Eva sejak dulu. Tapi Eva jual mahal.”

Eva ketap gigi. Jari kecilnya mencubit peha Daim hingga lelaki itu mengaduh sakit.

Ibu Bidin ketawa lagi.

Masih tak puas.
Daim menghembus asap rokok tembakau sebelum kembali bersuara.
“Nasib baik Daim cepat Makcik. Kalau tak Eva ni dah jadi isteri peguam.”

Makin kuat Eva ketap gigi. Ekor mata menjeling Daim.

“Dah memang jodoh kamu berdua ni sudah ditetapkan oleh tuhan. Walau kamu cuba mengelak, tetap juga akan bersama.”

Eva telan liur.
Mungkin betul apa yang Pak Chot kata kan.
Jodoh dia memang dengan Daim.

Dan Eva amat berharap selepas mereka kembali ke bandar. Hubungan dia dan Daim akan berkekalan selamanya.

“Sudah lah.. ni makan ubi ni.. makcik rebus tadi. Ini je yang ada untuk makan petang macam ni.”

“Eh. Takpe Makcik.. ini pun dah cukup bagus.”
Eva menyentuh hujung pinggang besi berisi ubi rebus yang ditolak oleh Ibu Bidin menghampiri silanya.

Melihat aksi Ibu Bidin, Pak Chot menyepit keluar rokok tembakau sebelum memandang kepada Daim.
“Satu lagi. Kalau betul-betul nak jadi anak jantan mesti ada rokok dan kopi.”
Tangannya laju menuang kopi hitam didalam gelas kaca sebelum dihulur kepada Daim.

“Err... Daim tak minum kopi Pakcik.”
Eva yang duduk di sebelah suaminya cuba menghalang.

Pak Chot kerut dahi. Bola mata melihat gelas kopi yang tidak disambut oleh Daim.

Makin Daim serba salah. Lantas bibirnya mengukir senyum. Huluran dari Pak Chot diambil.
“Takpe... Daim minum sikit ye.”

Kening Eva bercantum rapat.
Daim pem ‘brew’ kopi terhandal tapi lelaki tu tak boleh minum kopi kerana kepalanya akan menjadi pening.

Daim sisip kopi di bibir sebelum meletakan baki di atas lantai tempat dia bersila.

“Hah! Macam itu lah anak jantan. Rokok dan kopi mesti dirasa walau sehari.”

Daim mengukir senyum lagi taktala melihat tawa dari wajah Pak Chot.

Dan ketika mereka berborak lagi.
Pak Chot menuang sekali lagi kopi ke dalam gelas Daim.

Membuatkan Daim makin serba salah. Jika tak minum dikata tak hormat orang tua. Nak tak nak Daim sisip juga kopi hingga habis secawan.
Fuhh... kepala dah start pusing-pusing.

Eva yang melihat makin berkerut wajah. Dia tahu Daim sedang kesakitan.

“Abang Daim..”

Daim angkat muka. Susuk Bidin dipandang menghampirinya sambil membawa gitar kotak.

“Abang tahu main gitar tak? Boleh ajar Bidin?”

Senyum dah mula lebar dibibir Daim. Ini lah masanya nak lari dari KOPI!

Daim boleh menghisap rokok daun yang banyak dalam sehari, tapi dia akan tolak minuman kopi walau pun diberi jutaan ringgit.
Tapi dek kerana nak jaga hati Pak Chot, Daim mengalah.

“Bak gitar tu abang ajar satu lagu”
Daim mendepa panjang tangannya untuk mengambil gitar kotak dari Bidin.

Bidin dah senyum. Gitar dihulur dan kemudian dia duduk dihadapan Daim.

“Dari kecik abang belajar gitar tapi satu je lagu yang boleh abang main kan.”

Eva dah ketap bibir..
Daim enough!
Aku tahu lagu yang kau nak nyanyikan tu.

Daim sendeng muka kearah Eva. Kening kirinya terangkat beberapa kali.

“Lagu apa Abang Daim?”
Bidin makin teruja.

“Eva Natasha.”

Kali ni kening Bidin dikerutkan
“Err.. Eva Natasha tu bukan nama kak Eva ke?”

Daim angguk wajah. Sekali lagi kening diangkat memandang Eva.

“Romantik la abang Daim ni kan.”

Kali ni Daim pandang wajah Eva dengan isyarat kata
: ‘Bidin cakap aku romantik, kau tak terasa ke Eva’

Makin kuat bibir bawah Eva digigit. Mata turut menjawab:
‘Stop it Daim!’

Daim pura-pura tak mengerti, gitar dipetik dengan jari.
Intro kod dimasukan.
(Em B G Am E B)

Stop Im..
Makin kuat Eva gigit bibir saat musik intro berkumandang

“Eva Natasha gadis yang ku puja
Kau bagai bintang kejora
Mempersona....“

Saat mata Daim jatuh pada wajah Eva, wanita itu senyum simpul.

Nyanyi lah Im... aku suka tika mendengar kau menyebut nama aku.

*****

“Kau okay ke Im?”
Eva menyandar tubuh ke tepi dinding merapati Daim yang sudah berlunjur duduk.

Sejak makan malam tadi, Eva dah perasan muka Daim selalu dikerutkan.
Sah penangan kopi yang dia minum petang tu.

Daim picit tengah dahi sambil mengangguk.
Sesuai makan malam tadi, Daim membantu Eva membersihkan diri.

Sebelum tu Daim dah mula sakat isterinya.
“Nanti kita mandi sama-sama ye.”

Eva yang tengah berjalan diruang tamu untuk menuju kebilik, menjeling tajam kepada suaminya.
“Jangan mengada. Kau nak mandi, kau mandi la dulu.”
Wajah dipandang kiri dan kanan, takut bicara mereka didengar penghuni rumah kayu ini.

Sekali lagi Daim senggol bahu Eva.
“Jom la mandi sama. Kalau aku mandi nanti lepas tu aku nak mandi kan kau pulak.. tak ke basah balik baju aku?”

Makin laju Eva melangkah masuk bilik.
“Kalau kau taknak mandikan aku, aku boleh mandi kan badan aku sendiri”

Daim turut melangkah masuk kedalam bilik.
“Teruk jugak kau merajuk ek Eva.”

Eva juih bibir.

Daim dah terkekeh gelak.
Tapi akhirnya dia tetap membantu Eva menyediakan air dan memandikan wanita itu. Cuma bab-bab mengosok badan tu Eva halang sesangat Daim buat.

Takpe.. sabar Im.. malam masih muda...

“Eva...”

Eva yang turut bersandar dan melunjur kaki disebelah Daim,menoleh kepada lelaki itu.

“Urut kepala aku boleh?”

Dahi Eva berlapis tegang. Kenapa mengada sangat mamat ni..

“Eva...”
Sekali lagi suara garau Daim memecah ovari Eva.
Sengaja.
Perlahan Daim membaringkan kepalanya diatas riba Eva.

Isterinya kaku sebentar. Mulut dibulat sedikit.

“Eva...”
Sekali lagi Daim memanggil manja.

“Err.. tangan aku sakit kan Im..”

Perlahan Daim mengambil tangan kiri Eva dan meletakan ke dahinya.

Eva faham Daim menyuruhnya mengurut kepala lelaki itu dengan tangan kirinya.

Yang Eva tak faham, kenapa mereyam semacam je jantan ni yek?!

Mulut terkunci. Jari kiri Eva perlahan mengurut dahi Daim.

“Macam tu la Eva...”
Kedua mata Daim dipejam erat menghayati jemari Eva yang lembut menyentuh kulit kepalanya.

“Tu lah kau, dah tahu tak boleh minum kopi, kau minum jugak apahal?”

Daim tidak menjawab, mata terus dipejam.

“Kau ni dari dulu macam ni kan.. nak ambik hati orang sampai sanggup sakit kan diri.”

Bibir Daim mengorak senyum walau mata masih terpejam.

Eva merengus.
“Aku cakap kau senyum Im!”

“Aku suka dengar kau membebel kat aku Eva.”

Pulak..
Eva pandang wajah Daim. Kelopak mata lelaki itu terus tertutup.

“Aku bukan lelaki sebaik yang kau cakap Eva.. aku khianati Danish, satu-satunya kawan baik kita sehingga dia terbunuh. Aku bersalah Eva.”

Cepat jemari Eva menyentuh bibir Daim.
“Im.. kau tak salah Im.. kau cuma pertahankan hak kau”

Daim buka mata.
“Aku pertahankan kau Eva. Aku nak jadikan kau hak aku sampai aku sakiti hati Danish.”

“Kalau kau biarkan aku dengan Danish, kau rasa hati kau tak sakit ke Im?”

Daim menegakan duduknya dan bersila menghadap Eva.
“Kau tahu apa yang berlaku pada aku dan Danish 10 tahun lalu?”

Eva angguk kepala.
“Farina dah ceritakan dengan aku waktu kami nampak kau jumpa Akilah.”

Panjang nafas Daim ditarik sebelum menyandarkan belakangnya pada dinding.
Patut lah Eva tak terkejut bila Zizie bukak semua rahsia masa dia diculik tempoh hari.
“Aku salah..”

“Kau tak salah Im.”
Eva pangkah ayat Daim sebelum lelaki itu meneruskan bicaranya.

Kali ni Daim kembali menghadap tubuh Eva yang masih bersandar.
“Kau boleh terima aku selepas kau tahu semua cerita Eva?”

“Aku boleh terima Cuma aku kesal, kenapa lambat aku tahu semua ni. Kalau lah aku tahu dari dulu, memang aku takkan lepaskan kau Im.”

Kali ni rahang Daim makin tegak naik.
“Kau tak lepas kan aku, lepas tu kau nak bawa aku kemana?”

Eva ketap bibir, tangan kiri diangkat dan menampar lembut dada kekar Daim.

Hanya sekali tamparan, lengan kecil Eva dicapai oleh Daim dan membawa ke bibirnya.
Lembut dia cium belakang tangan Eva.
“Cinta kau pada aku masih sama seperti dulu?”

Kedua pipi Eva dah rasa panas.
Apa kebenda soalan ni...

Daim membawa tapak tangannya dan memegang kedua sisi kepala Eva yang kecil. Wajahnya dirapatkan sedikit.
“Eva.. aku tanya ni.. cinta kau pada aku masih sama ke seperti dulu?”

Perlahan Eva mengangguk, jantung ibarat dam yang akan pecah. Berlari tak sekata!
“Tapi.. kau cinta kan aku tak?”

Dahi Daim bekerut, kening rapat bercantum. Kedua tangan besarnya masih menerkup sisi kepala Eva.

“Kau kan pernah cakap, walau kita terdampar kat sebuah pulau sekali pun, kau takkan pernah.....”

Cup!
Bibir Daim dilabuh lembut kekelopak bibir Eva sehingga ayat isterinya mati.
“Aku cinta kan kau Eva.. walau kat mana sahaja kita berada, Cinta aku tak pernah pudar pada kau.”

Mulut Eva membulat.. mata turut membesar. Telinga yang masih tertutup dek tapak tangan besar Daim, namun masih dapat menangkap ayat keramat dari lelaki itu.

“Eva.. sudi ke kau jadi hak aku selamanya?”

Kali ni kerongkong Eva dah mula berat menelan liur.

“Aku nak jadi suami kau...”

Cup!
Kali ni bibir Eva pulak pantas mencuit kelopak bibir Daim.

Namun hanya sebentar sebelum wanita itu melarikan wajahnya sambil menyembunyikan kedua bibir.
Dahi rasa nak tepuk-tepuk.
Jangan gelojoh Eva!

Daim ukir senyum lagi. Sekali lagi wajah dirapat pada raut Eva.
Jemari kasarnya menyentuh dagu wanita itu sebelum diangkat lembut.
“Aku nak kan kau Eva.”

Jantung Eva beku.
Mata menyorot bibir nipis Daim yang perlahan mendekati bibirnya dan mengulum lembut.
Mata dipejam rapat. Keasyikan itu dirasa.

Lama air liur mereka bersatu sebelum Daim menarik lidah yang berada dalam mulut Eva.

Bibir mereka menjauh.

Eva buka kelopak matannya. Bola mata Daim ditatap.

“Eva.. izinkan aku bersatu dengan kau.”

Eva tak menjawab. Anggukan sekalinya membuatkan Daim merapat kembali bibirnya pada bibir Eva.
Lama. Sebelum bibir lelaki itu jatuh pada dagu dan kemudian leher Eva.
Ciuman hangat terus melekat pada kiri dan kanan leher wanita itu.

Eva merela... mata di pejam erat.
Bibir bawah makin kuat digigit.

Belum puas.
Kini Daim memegang wajahnya sebelum menolak lembut kedua bahu Eva hingga tubuh wanita itu terbaring ke atas tilam.

Aksi Eva sedikit kaku dan hanya membiarkan Daim memonopoli babak seterusnya.

Tubuh Daim sudah berada di atas Eva. Wajah diangkat sedikit. Mata kuyunya memandang mata jernih Eva.
“Eva.. kau hanya milik aku seorang...”

Seusai ayat itu bergema lembut. Seluruh tubuh Eva menjadi tempat pendaratan bibir kasar Daim.

Keluh dan kesah terus berbunyi seiring rintikan hujan yang jatuh ke atas atap zink.

Sejuk malam seakan membenarkan dua tubuh itu terus bersatu dalam nikmat yang disimpan sejak dulu.

Jika dulu perkataan PULAU yang memisahkan mereka..

Kini.. di PULAU la mereka bersatu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience