Halusnya hati
Bermula dengan bayi,kanak2,anak perempuan,remaja,dewasa dan menjadinya kita seorang wanita. Wanita yang mempunyai pelbagai rasa,minat,manja dan kegilaan dan wanita solehah. Bergelar dari seorang anak , kakak, adik, isteri dan ibu. Ada wanita yang merasa kebahagiaan yang melimpah ruah, ada yang hidup sengsara tak terkata dan ada yang biasa terus maju melangkah. Pahit getirnya hidup kita wajib melangkah dan tidak mampu menoleh ke belakang. Kita juga la yang akan megubah apa yang kita ada hari ini sehingga berubah menjadi apa yang kita mahu.
Termenung sejenak. Aku ibu dan isteri. Sekali sekala melihat drama remaja,sekolah dan penampilan yang semakin berani dan bergaya,seketika aku terjentik … dulu aku pun begini. Ramainya kawan, hidup penuh gelak ketawa dan gila2. Zaman sekolah ,zaman Universiti semua sudah aku lalui. Aku menoleh,melihat telatah anak kecilku. Andai di undur masa untuk aku menggantikan anak kecilku dan menjadikan aku remaja kembali, ohhh tidak sama sekali. Kasihku pada anakku melebihi segala2nya. Jatuh bangun dan sakit parut di hatiku tetap saja anak kecilku pengubatnya. Dengan satu senyuman si anak ,itu dia…hatiku kembali berbunga.
“Ibu, otomen..”pintanya.
“Ok..bole,kiss dulu..”arahku pada mata yang comel,bibir yang mungil..
Anak kecik ini sungguh murni hatinya . Setiap arahan yang engkau beri tidak pernah mengecewakan,malahan tidak ada keluh kesah. Cintanya yang mendalam padamu memenuhi segenap ruang hatimu. Ini la yang wanita perlukan, engkau menjadi satu2nya dambaan.
*****
“Assalammualaikum..”..
Yeahh yeahh di di..di di..
Tandanya ayahnya balik. Anakku begitu riang. Kehadiran sosok ayahnya membuatnya sangat ceria.
Suami meletakkan bahan2 basah..di atas meja.
“Dadi mandi dulu ya..”pujuk si ayah.
Si kecil ini meronta-ronta ingin memeluk ayahnya. Sabar menunggu ayahnya di luar bilik air. Begitulah telatah dan sayangnya pada sang ayah. Cinta si anak kecil yang tulus.
Aku segera menyiapkan makanan. Selepas bermesra dengan anaknya, suami dengan rutinnya. Terbelek-belek telefon pintarnya. Sekali sekala mendapat panggilan telefon dan berbual panjang.
“Bang, makan..” panggilku.
Tidak banyak yang kami bicarakan. Selepas makan bersiap2 pulak untuk ke masjid.
****
“Nanti call Abang kalau sudah siap”..suami memecahkan suasana sepi dalam perjalanan.
“Yala”. Jawabku ringkas.
Dalam kereta makan masa 20 minit pun tidak ada perbualan yang rancak. Tidak ada soalan. Tidak ada gurauan. Suara anak sahaja yang kedengaran riuh. Barangkali tiada yang menarik untuk membawaku berbual. Sudah lama dan biasa. Sampaikan akan terhairan sendiri bila dia kadang kala terlalu banyak cakap bukan seperti kebiasaannya.
“Bang,ambil kami.”kiriman mesej aku layangkan.
“Ok”. Itu sahaja balasnya.
“Bang singgah kejap di watson”pintaku.
Si suami angguk tanda setuju.
Seperti biasa kad di hulur, tangan laju menerima.
Yezzaaa therapy ku..aku
Masuk sahaja ke dalam tunggu apa lagi..untuk wajah..angkat, untuk rambut..angkat..untuk kulit,angkat…
Untuk mata..angkat..angkat..angkat..
“Paywave ya dik..”..
“Kita try dulu kak,mesin macam ada masalah”,balasnya.
“Saya tiada cash sangat ni dik,macam mana tu”?aku sedikit hampa.
“Ok,kita scan dulu..kalau mesin tak ok..akak bayar ikut cash yang ada”.
Memang bukan rezeki ni…getus hatiku.
“Orite kak,mesin ok”..
Senyumanku..sungguh bermakna. Percayala angkat2 barang ni therapy terbaik…
****
Suasana riuh di rumah mertua. Cucu yang ramai membuat rumah semakin bising dan bingit. Masing-masing ada geng dengan kelompok tersendiri. Kemesraan sesama mereka dan kadang kala mengundang perkelahian. Sendiri gaduh sendiri selesai. Ibu bapa masing2 tidak masuk campur . Itula kelebihannya , tidak ada yang menangkan anak.
Dan,aku akan bergosip dengan yang bole masuk air denganku.
“Aku bawa Arif jumpa doktor”,Erin mulakan bicara.
Orangnya agak lucu, suka berseloroh dan ringan tulang. Mertua yang kadang kala moody bole stop dengan moodynya. Ada sahaja ceritanya yang mencuit hati. Pakej pulak dengan kemahiran pastry nya, senang menambat hati.
“Eh,bole plak doktor tu kan..cakap dengan si abang..ini bini yang mana?’wooooo…aku pandang abang macam nak makan tau!bini mana plak dia bawa. Bole plak dia senyum2 sumbing situ…”… cerita Erin dengan gayanya sekali. Lucunya kalau bercerita sambil makan,baik menjauh la. Rasakan semburannya.
“Bini yang mana dok,aku tanya la si doktor ni.Aku ni satu2 nya bininya. Eh,doktor tu bole plak gelak2…”sambung lagi ceritanya.
Kali ini dia berdiri pulak. Rasa penyampaian tak lengkap kalau bukan berdiri.
“Si abang bersuara akhirnya, kembar saya kali doktor. Anak dia semua lelaki kan”:.?
Erin yang bercerita ,dia juga yang gelak lebih. Siap tepuk2 meja..pukul bahu orang yang sekitarnya. Barangkali selain lega dengan jawapan suaminya,dia juga betul2 teruja dengan ceritanya.
***
Zaman ini, pembelian semua atas talian. Macam2 ada. Dari barang basah sehingga barang yang tidak masuk akal pun ada.
“Sayang, masukkan dalam ‘add to cart’ ja,nanti abang proceed.”…
Penangan 11.11 sales la katakan.
Kalau sudah di ajak,tunggu apa lagi. Rezeki begini jangan di tolak. Barang rumah add, baju2 add, barang anak add…add..selagi bole..khusyukkk dan jangan kacau.
“Nanti Abang ‘delete’ yang tidak perlu ya..”
Adoiii…la abangku ,aku yang sedari tadi di atas keghairahan hampir sampai ke puncaknya tiba2 ter ‘freeze’ seketika.
“Kenapa tak cakap awal2 kan..boleh. Dah banyak sayang add ni… dan rasanya semua penting”.. jawapan tak mahu kalah.
Si suami buat2 diam.
***
Aku ketawa sendirian.
“Wanita yang minum kopi sehari sekali,wajahnya akan di lihat muda dari neneknya”!
Forward…
Lukiskan ayam. Murid melukis paha ayam KFC!
Aku forward lagi..
Mangsanya kakak2 ku. Selain blue tick,mereka juga rajin merespon dan laju. Ketawa bersama.
Kalau si suami,pagi kita forward sampai ke sudah tiada respon.
Aku begitu allergy dengan gambar hantaran “lelaki pondan” yang bukan lawa,bukan juga maskulin tetapi yang muka pecah dan wajah penuh dengan makeup yang di sengaja menampakkan lagi sisi buruknya. Aku merasa kembang tekak dan cepat2 memadam. Itula juga senjata kakak2ku untuk mempermainkan emosiku. Mereka tahu aku benar2 allergy. Aku bukan menghina seandainya wajah mereka seperti itu, akan tetapi mereka ini sengaja untuk di tatap agar kelihatan lucu dan viral! Maaf la, aku tak mampu.
****
Ternyata kekadang Allah menolong seseorang itu bukan dengan mencabut masalahnya, yang lebih hebat lagi ,Allah menolong orang yang ada masalah dengan cara menguatkan hatinya dalam menghadapi masalah. Masalah tidak di angkat tapi hati di kuatkan sehingga dia tidak pernah mengeluh, tidak berputus asa, tidak lemah..Allah sudah menguatkan hatinya… petikan kata2 ustaz.
Kita sendiri yang mampu mengubah kehidupan kita. Jangan pernah merasa putus asa dan berharap. Allah kan ada.
Share this novel