BAB 36

Humor Completed 78158

BERJUJURAN airmata mengalir turun beriringan dengan air pancutan hujan membasahi kain batik kemban Aisyah.Rasanya hampir setengah jam dia di bawah air pancutan hujan itu.Sedar tadi jam di dinding baru pukul lima pagi.

Tidak dipedulikan rasa sejuk yang mencengkam hingga ke tulang.Tersedar tadi dia dalam satu selimut dalam pelukan Adam.Baju tidur semalam hilang entah ke mana.Hampir sejam sudah dia dia dalam bilik air.

Masa bangun tadi Adam masih tidur nyenyak.Aisyah pejamkan mata.Kejadian semalam satu persatu terlayar di ruang mata.Aisyah menangis.Dibuka semua paip air supaya Adam tidak terdengar dia menangis.

Jangan takut Aisyah pujuk dirinya.Kewajipan seorang isteri adalah menunaikan hak suami.Ganjaran syurga buat isteri yang menunaikan hak suami.Suara itu memujuk lagi.

Aisyah gosok badannya dengan kuat.Seperti mahu menghilangkan bau badan Adam yang melekat di kulitnya.Terutama kesan merah yang Adam tinggalkan di sekitar leher dan dadanya.

Kesan merah mengingatkan Aisyah tentang peristiwa semalam.Aisyah lelah.Dah tonyoh berapa kali pun masih merah lagi.

Semalam Adam tak henti-henti menuturkan kata cinta.Adam juga berlembut Aisyah.Malah Aisyah seperti rela digauli Adam.Menatap ke dalam mata Adam buatkan Aisyah seperti terpukau.Apa yang Adam buat padanya semalam dia tidak menolak.Tapi pagi ni dia rasa menyesal.

Aisyah keliru.Mulut cakap tak cintakan Adam.Tapi masa yang sama hatinya tidak menolak.Tubuhnya semalam seperti merelakan apa yang Adam buat.Aisyah menangis lagi.

Adam meraba ke sisi sebelah.Kosong.Terdengar deruan air di dalam bilik air Adam yakin yang Aisyah ada di situ.Adam senyum.Peristiwa semalam terlayar di ruang mata.Aisyah yang dingin dan malu.Dia tetap berusaha menawan hati Aisyah.Redup pandangannya menikam anak mata Aisyah.Dia nak Aisyah sama-sama rela bukan kerana terpaksa.Pada hal mulanya dia yang paksa.

Dia semakin berani bila Aisyah tidak meronta dan menolak lagi.Aisyah juga berbalas pelukan.Sebab itu dia semakin berani mengambil langkah ke depan.Dia dah nekad mahu jadikan Aisyah milik dia sepenuhnya.Dia berjaya juga.

Adam turun dari katil sambil menarik selimut untuk menutup separuh badannya.Semasa memakai tuala Adam terpandang ke arah katil.Ada kesan kecil tompokan darah.Makin lebar senyuman Adam.Aisyah pandai menjaga kehormatan diri.Kiranya dia lelaki bertuah bersuamikan Aisyah.

Adam segera tukarkan cadar.Tak salah kan dia tukar sendiri.Kesian Aisyah tentu penat sebab dia.

Pintu bilik air terbuka.Keluar Aisyah yang sudah siap berpakaian dengan wajah muram.Adam senyuman pada Aisyah tetapi tidak berbalas.Adam dah ini akan terjadi.

Meluru Adam mahu memeluk Aisyah.Nasib Aisyah cepat menghalang.

"Jangan sentuh.Saya ada wuduk."halang Aisyah.

"Sayang tunggu abang,kita jemaah sekali."beritahu Adam sambil senyum manis.

Aisyah angguk dan terus berlalu.Dia malu.Macam-macam yang dia fikirkan.

Selepas solat,Aisyah tidur semula.Sebelum ni dia mana pernah tidur balik selepas solat Subuh.Penat semalam punya pasal agaknya.Lagipun dia rasa tak sedap badan.Tak tahu kenapa.Mungkin lama sangat duduk bawah pancutan air.

Aisyah terjaga bila terasa ada sepasang tangan memeluk pinggangnya.Siapa lagi kalau bukan Adam.

"Sayang..jom bangun sarapan.Abang dah buat tadi."

Aisyah cuba nak bangun tetapi kepalanya seperti berat sangat.Badan pun rasa lemau semacam.Dia meyeringai kesakitan.

"Kenapa ni sayang?"Adam meraba dahi Aisyah.Ditekapkan dengan tangan.Panas.

"Eh,sayang demam ni.Panasnya."katanya sambil menekap dahi Aisyah dengan belakang tangan sekali lagi.

Aisyah memang rasa tak larat nak bangun.

"Dah pukul berapa sekarang?"suara pun lemah saja.

"Pukul lapan.Tak apa,sayang rehat.Abang turun ambil sarapan.Sayang tak payah turun."Dilarang Aisyah dari turun pada katil.Segera dia bergegas turun ke tingkat bawah.

Tak sampai beberapa minit dia muncul kembali sambil menatang sebuah talam.Segelas air suam dihulurkan pada Aisyah.Aisyah naik bersandar di kepala katil.Disisip sedikit air suam.Adam sudah menanti dengan sepinggan nasi goreng di tangan.Adam masak ker?

"Sayang buka mulut abang nak suap nasi goreng special.Abang buat untuk sayang.Kalau tak sedap jangan marah."sempat Adam kenyitkan mata.

Aisyah makan juga sedikit tu pun Adam paksa.Dia nak suap sendiri Adam tak bagi.Adam pun makan dari bekas yang sama.Berkongsi dengan Aisyah.

Setelah tiga kali suapan Aisyah menolak.Nasi goreng Adam ada ayam,udang dan lobak merah serta sedikit sawi tidak dapat dia habiskan.Pandai juga Adam masak rupanya.Sedap tetapi tekak Aisyah rasa tak boleh nak telan.Rasa tak selesa.

"Kenapa tak sedap ker?"

"Sedap.Tapi saya tak boleh makan banyak.Tak lalu dah."Kesian pula dia tengok muka Adam.Beria Adam masak untuknya.

"Sikit lagi abang suap ya."Adam memujuk.Aisyah tetap geleng.

"Sayang makan ubat lepas tu rehat."Adam hulur panadol dan air.Aisyah terus makan.

"Abang turun bawah kejap.Nanti abang datang balik."

Sebelum turun sempat lagi Adam cium dahi Aisyah.Badan dah panas kian tambah membahang dengan ciuman dari Adam.Aisyah malu sebenarnya bila teringatkan kejadian semalam.Kain tuala basah diletakkan atas dahi Aisyah.Puas dipujuk Aisyah untuk ke klinik tetapi Aisyah tidak mahu pergi.

Lebih kurang jam satu petang,Aisyah terjaga.Agak lama juga dia tidur setelah makan ubat tadi.Adam setia di sisi.Kali ini Adam hidangkan bubur kosong bersama sup ayam.

"Sayang makan dulu lepas tu pergi mandi solat."Adam dah macam doktor merawat pesakit dah.Tapi yang ni kira pesakit istimewa.Sebab layanan dia first class.

Bau sup ayam menggocangkan perut Aisyah.Terus rasa lapar.Tak sabar nak makan.Adam angkat mangkuk berisi bubur nasi dan sudukan sup ayam ke dalamnya.

Aisyah nak suap sendiri tetapi Adam tak bagi.

"Biar abang suap.Sayangkan sakit."

"Saya boleh suap sendiri."Malu Aisyah nak makan bersuap.Lagi pun tangan Aisyah bukannya sakit.

"Tak apa abang nak suap juga.Sayang duduk diam-diam buka mulut saja."

Aisyah ikutkan saja.Mula selesa dengan layanan Adam.

Adam suap sampai habis semangkuk Aisyah makan.Adam senyum suka.

"Terima kasih awak."ucap Aisyah.

"Patutnya abang yang ucap terima kasih."Adam senyum sambil lirik mata pada Aisyah.Aisyah tak faham.

"Terima kasih sebab apa?"

Adam capai tangan Aisyah.Di usapnya lembut.

"Sayang demam terkejut ni.Sebab abang sayang demam."Adam sengih nakal.

Terus merah pipi Aisyah.Malu.Ada ker patut Adam kata dia demam sebab tu.Tapi mungkin betul juga.Terkejut pasal semalam.

Adam usap lembut pipi Aisyah.

"Terima kasih sayang.Abang bersyukur sangat.Sayang adalah amanah Allah untuk abang.Abang akan jaga sayang hingga hujung nyawa abang.Terima kasih sayang sudi bagi peluang dekat abang."

Aisyah tak tahu mana nak sorok muka.Muka pun dah merah membahang sebab Adam sebut tentang hal semalam.

"Abang suka tengok pipi Aisyah.Merah.Cantik.Sesuai dengan nama Humaira.Si pipi kemerahan."Adam pandang mata Aisyah sedalamnya sambil ukir senyuman paling bermakna.

"Saya nak pergi mandi."Aisyah nak larikan diri.

"Kalau abang..mandikan..sayang,boleh?"usik Adam.Dah tahu Aisyah malu lagi di usiknya.

"Tak boleh!"Terus Aisyah lari anak masuk ke bilik air.Adam ni tak boleh jangka.Di buatnya masuk sekali tak ker naya.

Adam lorek senyum bahagia.Aisyah miliknya buat selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience