Bab 30

Romance Completed 53836

Tok..tok..tok.. kedengaran pintu bilik Azhar di ketuk dari arah luar. Azhar melihat jam di mejanya sudah menunjukkan pukul 11.30 p.m. Munirah masih lagi belum masuk tidur? Setahunya Azhar, Munirah suka masuk tidur awal. Tepat sahaja jam 10.30 p.m. pengsanlah isterinya itu. Esoknya dia akan masuk bekerja. Azhar masih lagi sibuk menyemak kerja sekolah pelajarnya. Terpikir Azhar seketika siapakah yg mengetuk biliknya jam begini.

Sayang...sayang ke tu?? Masuklah..Bersuara Azhar apabila sudah tidak mendengar ketukan itu lagi. Dalam beberapa minit suasana tetiba saja bertukar menjadi sepi. Azhar menelan payah air liurnya. Ada orang lain ke masa sekarang mahu mengganggu dirinya waktu ini. Sebelum ini Azhar pernah terkena benda yg sama tetapi Azman yg mengganggunya. Mana mungkin Munirah mahu mengusik kerana ini bukanlah perangainya. Azhar hanya meneka saja. Azhar menghembus nafas perlahan lalu bangun dan pergi melihat jika ada seseorang di luar. Bismilah..Dengan selapas Basmallah Azhar menguak pintu perlahan.

Harghhh!!! Sergah Munirah dari tepi dinding ke arah muka Azhar. "Hahaha".. Selepas itu kedengaran helaian ketawa Munirah berjaya juga berbuat begitu kepada Azhar. Ketawa Munirah terus mati apabila melihat Azhar tidak terkejut langsung malah memandang hairan saja ke arahnya.

Tak takut ke?? Tanya Munirah Munirah geramnya melihat reaksi Azhar seperti tiada apa yg berlaku kepadanya tadi. Rasa bodoh dan sia-sia saja berbuat begitu kepada Azhar.

Ehh..ehh..comelnya hantu ni..Terkezut i. Kalau nampak hantu macam ni. abang tak nak larilah..Nak peluk dan gomol-gomol dia!!! Segera Azhar terkam dan mencekung tubuh Munirah dibawa terus ke katilnya. Meronta-ronta Munirah pinta untuk dilepaskan. Azhar buat tidak endah saja masih teruskan aksi manja itu bersama Munirah.

Napa tak tidur lagi?? Tanya Azhar setelah puas mengomol Munirah. Dibiarkan Munirah duduk sambil memeluk bantalnya manakala Azhar masih terbaring di atas katil. Munirah mendengus perlahan lalu mengikat rambutnya yg serabai itu ke atas semula. Munirah melihat Azhar mengurut kepalanya sedikit. Mungkin selalu kerap tidur lewat.

Abang tu..napa tak tidur lagi. Dah lewat ni. Esok kan nak bangun awal..tak eloklah tidur lewat. Jawab Munirah lalu pergi mendekati Azhar sedikit. Diangkat kepala Azhar lalu diletakan di atas pehanya. Tangan Munirah kembali menjalankan tugasnya mengurut lembut kepala Azhar. Kasihan saja melihat wajah suaminya ini letih memanjang. Mungkin disebabkan faktor usia yg jauh berbeda dengannya. Itu bukan alasan dirinya tidak dapat memberi komitmen dekat Azhar. Sepatutnya Munirah yg banyak kena buat semua ini kepada Azhar.

Terima kasih..Ni yg buat abang semakin sayang dekat Irah. Pandai yee goda abang tiap hari. Kata Azhar tersenyum gembira Munirah melayannya sebagai seorang suami sekarang. Apa kerja di dalam rumah ini Munirah banyak menolongnya. Senang sikit dia rasa sekarang ada isteri yg pandai memikat hatinya. Rasa hilang segala masalah kusut yg dipikirnya selalu.

Ehh mana ada saya goda. Abang yg goda Irah dulu ann..Berdalih Munirah selepas Azhar berkata begitu kepadanya. Dikuatkan sedikit ibu jarinya menekan kepala Azhar.

Aduh..duh..sayang. Okeylah..abang ngaku. Abang yg goda Irah sebab Irahlah suri hati abang sekarang. Oklah..abang nak semak kerja sekolah tu sikit lagi. Irah pergi masuk tidur dulu. Esok mula la nak ragam tak sempat itulah..inilah.. Good night tau. Muahh. Love u. Ujar Azhar mecuit lembut kedua belah pipi Munirah. Dikucup laju saja bibir polos Munirah itu. Segera Azhar bangun dan kembali duduk di meja belajarnya. Dibiarkan saja Munirah kaku di atas katil selepas tindakan beraninya itu. Merah padam muka Munirah menahan malu. Dia menyentuh perlahannya bibirnya yg telah disentuh oleh Azhar. Tersenyum Munirah sendiri. Tidak tahu kenapa dia suka Azhar berbuat begitu kepadanya. Munirah bangun dan pergi menutup pintu. Azhar tidak memandang langsung ke arah Munirah malah kembali fokus saja kepada kerjanya. Jam menunjukkan pukul 12.30 a.m. Azhar menguap kasar lalu menutupi buku terakhir yg disemaknya itu. Matanya mula terasa layu dan penat. Dia mengerakkan pinggangnya ke kiri dan ke kanan kerana mula terasa lenguh di bahagian itu. Azhar bangun lalu menutupi lampu. Hanya tinggal lampu meja saja yg terpasang. Baru Azhar mahu membaringkan tubuhnya ke katil terkejut dia melihat Munirah sedang nyenyak tidur di situ. Nasib saja dia tidak menindih tangan kecil milik isterinya itu.

Bukankah tadi Munirah sudah masuk ke dalam biliknya? Jadi tadi..Dia hanya pergi menutupi pintu bilik sajalah?? Terpikir Azhar seketika waktu. Hairan saja melihat Munirah sopan saja tidur di sebelah katilnya. Sebelah lagi ruang mungkin untuk Azhar baring di situ. Azhar melabuhkan badannya juga di atas tilam yg bersaiz Queen itu. Di tatap lama wajah Munirah yg sudah dibuai mimpi. Azhar membelai perlahan rambut Munirah yg menuruni wajahnya. Bibirnya terus mengukirkan senyuman. Alangkah bahagia jika setiap malam dia dapat tatap wajah Munirah seperti ini. Setelah beberapa minit memandang lama wajah Munirah dalam diam akhirnya Azhar juga dibuai mimpi. Tidur dalam keadaan tenang sambil memegang tangan Munirah.

..................................................................

Mira..Keluarlah dari bilik ni. Sampai bila kamu nak duduk terperap saja dalam bilik ni. Sudah-sudah la tu..Cuba kamu move on perlahan-lahan cuba lupakan Azhar. Kamu pun tahukan Azhar cintakan isterinya. Azhar sudah move on dari hidup kamu Mira. Jangan berharap lagi kamu dapat kembali kepadanya. Tak kesian ke Eisya? Eisya selalu menangis mahu bersama kamu. Kamu kena ingat Eisya tu satu-satunya anak kamu. Eisya demam Mira..keluarlah berinya susu. Nanti sakitnya semakin melarat disebabkan rindunya pada kamu. Tolong Mira..Jangan buat macam ni. Pinta Datin Zubaidah dari arah luar pintu bilik Mira. Datin Zubaidah sudah tidak sanggup lagi melihat keadaannya seperti ini. Disebabkan Azhar menolak cintanya untuk kali kedua Mira sudah tertekan dan kecewa dan teramat sangat. Ada saja agenda Mira cuba mencederakan dirinya setiap hari. Bilik Mira terpaksa dikosongkan dengan barang yg boleh mendatangkan bahaya pada dirinya sehinggakan tinggal barang biasa saja. Datin Zubaidah pasrah dan sakit melihat keadaan anak perempuannya macam ini. Mira cuba berhijrah ke jalan yg benar selepas bercerai dengan suaminya talak 3. Selama ini hidupnya seperti terjerat di api neraka dunia. Ada saja dirinya tidak kena pada mata suaminya. "Iqbal Basir" adalah seorang lelaki yg dayus dan bersifat kejam ke atas Mira. Mira tidak akan pernah melupakan nama lelaki itu sampai dia mati sekali pun. Seksaan dunia diterima oleh badan Mira setiap hari. Ada saja pukulan, tamparan dan tendangan yg di rasai oleh Mia hampir setiap hari. Perkahwinan terjalin atas jodoh keluarga sendiri. Siapa kata selepas berkahwin boleh mendapat cinta? Bagi Mira, Mengejar cinta Iqbal bagaikan menjerat maut di leher sendiri. Lelaki itu langsung tidak pernah meluahkan perasaan cinta terhadapnya. Hanya hembusan benci diluahkan kepada Mira setiap hari. Hanya nafsu nafkah batin yg digilakannya. Hampir setiap hari Iqbal memaksanya memberi nafkah batin. Kalau Mira membantah akan mendapat balasan yg setimpal darinya. Mira tiada kudrat untuk melawan. Sebagai seorang isteri hanya itu yg mampu Mira berikan supaya Iqbal tidak menyentuh perempuan lain. Mira takut suaminya itu akan dijangkiti HIV jika berterusan melakukan hubungan sulit dengan perempuan lain. Sakit di hati Mira tiada sesiapa yg tahu. Hidup yg di laluinya selama ini tiada sesiapa yg kisah. Mira cuma kekurangan kasih sayang. Hanya Azhar yg boleh kembali dan cerahkan hidupnya selama ini. Mira menyesal dikahwinkan dengan lelaki bernama "Iqbal Basir". Disebabkan oleh kedua orang tuanya Mira yg menangung derita seumur hidup. Air mata terus mengalir di pipinya. Setiap hari tangisan sayu didengari oleh papa dan mamanya. Biar mereka berdua tahu, hidupnya tidak pernah merasa bahagia sebelum ini walaupun sudah mendapat Eisya. "Eisya Humaira" hanyalah anak yg bernasib baik selepas Mira pernah mengalami keguguran sebanyak 3 kali. Anak yg dipertahankannya walaupun Iqbal cuba membuatnya gugur lagi. Eisya adalah anak yg telah bersusah payah Mira pertahankan hidupnya selama ini. Hidup Mira bagai dipertaruh di hujung nyawa demi menyelamatkan nyawa anak yg tidak bersalah itu. Bukan ini yg Mira pinta. Dia cuma mahu merasai apa itu erti kasih sayang. Seorang lelaki yg boleh mendamping hidupnya. Membawanya ke jalan yg benar. Cukuplah selama ini Mira merasai apa itu erti sebuah penderitaan di benci oleh suami sendiri. Mira sudah penat. Hanya kasih Azhar yg mampu menbuktikan masih wujud lagi lelaki yg hormat Wanita. Mira sudah tiada apa lagi yg perlu dipertaruhkan untuk Azhar. Dia masih setia menunggu cinta ini terbalas sendiri. Mira sangat sayangkan Azhar sampai tidak boleh melepaskannya pergi lagi.

.................................................................

Abang bertahan yee..kejap lagi kita masuk ke dalam. Panas badan abang ni..Irah dah suruh lama dah datang cek tak nak. Kan dah melarat macam ni. Berleter Munirah sambil menepuk pipi Azhar yg masih tersenyum manis. Munirah risaukan dirinya tetapi Azhar buat macam tidak kisah saja tentang kesihatannya ini. Azhar meletakan kepalanya di atas bahu Munirah. Mahu bermanja dengan isterinya ini. Asyik bising saja sejak dari rumah lagi sampailah di Hospital. Azhar segera menutup mulut Munirah sekejap. Digenggam erat pergelangan tangan Munirah. Mengeluh Munirah perlahan Azhar berperangai begini. Susah betul dia mahu memujuk diri Azhar. Nasib kena ugut saja baru mereka boleh datang ke sini. Kalau tak dah lama Munirah nak beri suntikan ubat penenang kepada Azhar. Takut benar mahu datang ke Hospital.

"Muhd Azhar Bin Haji Darus"

Selepas menunggu hampir 45 minit akhirnya nama Azhar di panggil. Segera Munirah mengejutkan diri Azhar yg sejak dari tadi lagi sudah melelapkan matanya di atas bahu Munirah. Ditepuk lembut pipi Azhar. Azhar terjaga dari lenanya terus mengeliat kasar sehingga tertolak kepala Munirah sedikit.

Abang!! Marah Munirah membetulkan kembali shawl ala kadar yg dipakainya itu. Maklumlah sudah waktu malam mereka datang ke sini. Tidak perlulah nak pakai lawa-lawa. Nanti orang kata terbiat pula melawa hanya datang ke hospital.

Hehehe..sorry sayang..Tak sengaja. Balas Azhar sambil mengesat kasar matanya itu. Azhar memuncungkan sedikit mulutnya kepada Munirah. Munirah menarik tangannya lalu bangun untuk berjumpa doktor. Semakin di layan semakin menjadi perangai manja Azhar apabila dilanda demam. Nasib sayang saja kalau tak dah lama Munirah biarkan saja.

Aduhh..aku kena ambil cutilah nampaknya minggu ni. Abang tak sembuh lagi. Risau pula doktor kata tadi..Patutlah abang tak bermaya saja. Ermm..Bukan mudah untuk melalui fasa pertengahan umur ni. Abang selalu sibuk bekerja..siang malam buat kerja.. Kasihan abang..lepas ni biar Irah sajalah yg buat..Irah tak sukalah tengok abang sakit macam ni. Nguman Munirah sendiri di atas kerusi sedang menunggu untuk mengambil ubat Azhar. Azhar sedang berehat di dalam wad kerana telah dimasukkan sebotol air ke dalam badannya. Azhar dikhabarkan demam panas dan perlukan rehat sepenuhnya. Sakit kepala dan pening yg berpanjangannya akan mendatangkan bahaya jika tidak berehat secukupnya. Dalam jangka usia seperti ini mudah sahaja akan terkena serangan jantung. Resah saja apabila semua ini bermain di fikirannya selalu. Dia sangat risaukan diri Azhar.

Tolong sediakan bilik ICU zon merah sekarang!! Arah salah seorang kaki tangan hospital ke arah jururawat yg bertugas sekarang. Keadaan menjadi riuh dan kelam kabut buat seketika waktu. Munirah turut memandang apa yg telah berlaku. Hanya ada beberapa orang saja yg masih menjadi pesakit luar datang ke sini termaksudnya. Dalam beberapa minit kedengaran bunyi ambulans datang ke unit kecemasan ini. Para petugas itu mula pergi ke arah pesakit yg masih di atas katil itu. Kelihatan banyak sahaja darah di atas tubuhnya. Munirah segera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tidak sanggup melihat darah pekat yg masih mengalir di tubuh orang itu. Agak lama mereka bergelut di situ akhirnya suasana menjadi sepi semula. Mata Munirah sudah kuyup kerana mula terasa mengantuk. Maklumlah dia pergi bekerja siang tadi. Tidak lama lagi bolehlah dirinya dan Azhar beransur pulang dan berehat saja di rumah. Itulah yg di harapakan oleh Munirah. Tidak sanggup lagi dia mahu menunggu lama di sini.

"Muhd Azhar Bin Haji Darus"

Kedengaran kali kedua nama Azhar di panggil di kaunter. Segera Munirah bangun untuk mengambil bekal ubat untuknya. Setelah mendapat dua tiga jenis ubat Munirah beralih untuk pergi melihat keadaan Azhar semula.

Maafkan saya..Anak saya yg baru masuk kecemasan tadi ditempatkan di mana?? Tanya salah seorang lelaki bersama isteri dan anak kecil juga didukung rapi di kaunter pertanyaan itu. Munirah masih sibuk memasukkan ubat Azhar di dalam beg tangannya.

Siapa nama anak Tuan? Tanya jururawat yg bertugas itu kepada lelaki itu semula. Kelihatan gelisah saja wajah lelaki itu.

"Amira..Amira Athirah Bt Rizman."

Tergamam Munirah mendengar nama itu. Seperti dia kenal saja pemilik nama itu. Pandangan Munirah diangkat dan melihat siapakah yg berada di kaunter pertanyaan itu. Terkedu dirinya melihat siapakah mereka di situ.

Macam mana boleh terjadi macam ini..Tanya Munirah sayup sahaja kedengaran suaranya itu. Eisya sudah dibuai tidur di dalam dakapannya. Comel saja anak kecil ini masih bersusu botol sudah dibuai mimpi. Mungkin kerana keletihan berada di sini juga. Munirah duduk di sebelah Datin Zubaidah kerana sudah dikhabarkan Mira mengalami kecederaan series selepas cuba mengerat nadi tangannya sendiri. Nasib sahaja Datin Zubaidah sempat menghalang kalau tidak mesti sudah terlambat mahu selamatkan nyawa Mira. Munirah mengucap panjang mendengar semua ini. Jadi orang yg dia melihat dengan kesan darah pekat tadi adalah Mira.

Aunty pun tak tahu Munirah..Mira sudah hilang kewarasan. Sampai macam ini sekali dia cederakan dirinya. Mira masih tidak dapat menerima kenyataan lagi. Kamu lihatlah Eisya..Dibiarkan saja anaknya begitu. Mira langsung tidak pedulikan Eisya. Aunty dah buntu sangat nak buat macam mana..Mira bukan seperti ini. Aunty kenal sangat dengan Mira. Beritahu Datin Zubaidah sudah menangis tersedu sedan menceritakan semua ini kepada Munirah. Datuk Rizman hanya menundukkan pandangannya ke bawah sahaja. Tidak sanggup melihat keadaan Mira yg sudah berlumuran darah tadi sudah cukup buat dirinya menyesal. Disebabkan oleh mereka hidup Mira merana dan tersiksa. Mira sanggup mengambil nyawanya sendiri asalkan dirinya tenang dan pergi dari semua orang. Semua ini salah dan silap. Membunuh diri bukan jalan terakhir yg perlu kita pilih. Pandangan Munirah menjadi redup seketika waktu. Dulu dirinya juga pernah melalui semua itu. Sanggup mengambil nyawa sendiri asalkan orang lain bahagia tanpa kita. Apakah Mira juga merasai perkara yg sama? Hidupnya juga merana dan sepi? Munirah buntu. Air matanya terus mengalir. Mengenang nasibnya selama ini sudah dibalas baik kerana memiliki suami yg penyayang dan bertanggungjawab. Bagaimana pula dengan nasib Mira? Adakah dia juga layak dibalas perkara yg sama?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience