“Afiq, kau dah ready untuk esok? Kalau kau tak bersedia lagi, aku dengan Fakhrul boleh handle. Lagipun bukan kita orang je yang ada, pihak polis pun terlibat sekali.” kata Haiqal Iskandar kepada Afiq Raihan.
Segala persiapan dan rancangan untuk menyelamatkan Anis Raihanna telah dirancang dengan teliti. Tiada satu pun yang terlepas daripada pandangan mereka.
Afiq Raihan diam tak membalas. Dia takut mahu meluahkan perkara yang disimpan selama ini seorang diri. Mungkin ini masa yang sesuai. Seraut wajah Haiqal Iskandar ditatap olehnya. Satu keluhan kecil dilepaskan buat sekian kalinya.
“Aku... bukan apa, Is. Aku cuma rasa tak sedap hati. Kau yakin rancangan ni berjaya? Kalau jadi yang sebaliknya, kita nak buat apa, Is? Aku risaukan Hana.” luah Afiq Raihan.
Sejak semalam, dia merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena. Beberapa kali juga dia bermimpi perkara buruk menimpa rumah tangganya. Itu membuatkan dia semakin risau.
“Kita dah usaha, Afiq. Itu yang paling penting. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Sebab tu, kita kena berserah diri pada Tuhan dan sentiasa memohon pertolongan daripada Dia. Tapi kalau berlaku yang sebaliknya, kita kena redha. Mungkin itu yang terbaik untuk kita. Faham?” ujar Haiqal Iskandar sambil menitipkan sebuah pesanan kepada Afiq Raihan.
Afiq Raihan menghela nafas lega sebaik mendengar kata-kata Haiqal Iskandar. Mungkin dirinya yang terlebih risau tentang apa yang bakal berlaku pada esok hari. Segaris senyuman terukir dibibirnya. Tangannya naik menggosok batang leher secara perlahan-lahan.
“So, kau dah ready?” soal Haiqal Iskandar sekali lagi mahukan kepastian.
“Aku dah bersedia, Is. Kali ni aku takkan biarkan Aria ambik Anis Raihanna dari aku lagi. Kalau hari tu, aku tak dapat buat apa-apa masa Hana kena culik. Esok, aku takkan biarkan perkara yang sama berulang. Aku sendiri yang akan selamatkan Hana. Aku janji.” balas Afiq Raihan yakin.
Haiqal Iskandar tersenyum bangga. Itu yang mahu dia dengar daripada Afiq Raihan. Dia tahu Afiq Raihan sedang merana dalam diam kerana kehilangan orang yang tersayang. Oleh itu, dia cuba membantu apa yang mampu untuk menolong sahabatnya.
“Aku pergi dulu, Afiq. Jangan risau sangat pasal esok.” pesan Haiqal Iskandar sebelum meninggalkan Afiq Raihan.
Afiq Raihan menghantar pemergian Haiqal Iskandar dari ekor mata. Lalu, dia melabuhkan punggung di salah sebuah sofa di ruang tamu. Kepalanya disandarkan pada kepala sofa itu. Perlahan-lahan, matanya dipejam rapat.
Mindanya cuba membayangkan Anis Raihanna berada di sebelahnya. Suara isterinya mula menerjah ke gegendang telinga.
“Abang, tepilah sikit. Orang nak tengok tv pun tak senanglah.” rungut Anis Raihanna.
Afiq Raihan masih memejamkan mata. Dia cuba untuk tidak bangun dari lamunan itu. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Suara itu yang amat dia rindukan pada ketika ini.
“Abang, tepi lah. Janganlah kacau sayang. Abang ni kan degil tahu tak. Ha ambik ni.” marah Anis Raihanna tak puas hati.
Lantas, tangannya mencubit lengan Afiq Raihan. Akhirnya, dia tersenyum kemenangan melihat Afiq Raihan yang sedang kesakitan.
Kolam air mata milik Afiq Raihan mula bertakung. Senyuman manis milik Anis Raihanna mula berlayar difikiran. Gelak tawa isterinya pula mula menerjah gegendang telinga.
Satu demi satu, kenangannya bersama Anis Raihanna kembali bergentayangan di minda. Tanpa dia sedari, kolam air matanya mula pecah. Air mata miliknya mengalir laju.
Buat pertama kali, dia menangis kerana kehilangan seorang perempuan yang amat dicintai. Sungguh rindunya pada Anis Raihanna semakin menebal. Andai masa boleh diputarkan semula, dia pasti akan memeluk tubuh isterinya dengan erat.
“Abang, cintakan sayang tak?”
Soalan daripada Anis Raihanna suatu masa yang dahulu membuatkan dirinya diselubungi dengan rindu yang tak terhingga. Afiq Raihan mula tidak keruan. Kelopak matanya dibuka dengan perlahan-lahan.
Seraya itu, pandangannya diliarkan ke sekeliling rumah untuk mencari susuk tubuh isterinya. Walaupun dia tahu bahawa dia tak akan berjaya menemui Anis Raihanna. Tangisannya semakin lama semakin kuat. Dia sudah tak mampu untuk tanggung perasaan rindu ini lagi.
“Sayang, mana? Abang rindukan sayang.”
??????
Datuk Kamal berpeluk tubuh. Pandangan matanya tak lepas memandang sekujur tubuh yang sedang lena diulit mimpi dihadapannya kini. Wajah polos gadis itu ditatap lama.
“Tuan.” panggil Aria Ariana.
Datuk Kamal segera menoleh ke arah anak buahnya itu. Dia berdecit tanda tak puas hati kerana masanya bersama Anis Raihanna diganggu sesuka hati.
“Apa kau nak? Tak nampak aku tengah buat apa ke sekarang ni?” soal Datuk Kamal kasar.
Aria Ariana menundukkan kepala tanda memohon maaf. Salah dia kerana tak menghormati majikannya sendiri. Datuk Kamal menjeling sekilas gadis itu.
“Maafkan saya, Tuan. Saya ada perkara penting untuk bagitahu Tuan.” kata Aria sambil kepalanya ditundukkan.
Rasa ingin tahu mula menapak didalam diri lelaki yang bernama Kamal itu. Tutur bicara Aria mula menarik perhatiaanya. Tubuhnya kini dihadapkan ke arah Aria.
“Bagitahu aku cepat.” arah Datuk Kamal tegas.
Anak matanya yang tajam bagaikan helang itu menikam tepat ke dalam mata Aria. Riak wajahnya dingin itu sentiasa terpamer apabila lelaki itu serius. Aria mengangkat muka.
“Afiq Raihan dengan Haiqal Iskandar dah tahu tentang tempat ni. Esok mereka akan datang serang kita dengan pihak polis sekali, Tuan. Dia orang nak selamatkan perempuan tu.” terang Aria dengan nada yang serius.
Jarinya ditudingkan ke arah Anis Raihanna yang sedang lena itu. Kini, dia hanya perlu menunggu arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.
Datuk Kamal mengurut dagunya seperti sedang berfikir. Dia sendiri tak menyangka tempat persembunyian miliknya telah terbongkar. Otaknya ligat memikirkan strategi untuk meneruskan rancangannya. Tiba-tiba, dia menghamburkan tawa sinis.
Aria Ariana berasa hairan dengan reaksi majikannya. Bukankah sepatutnya lelaki itu berasa marah atau sebaliknya? Mengapa perlu ketawa tiba-tiba? Namun, dia hanya mendiamkan diri.
“Tak guna tu nak datang ambik Anis dari aku, esok? Jangan mimpi!” nada suara Datuk Kamal naik senada.
Bahu milik Aria terhenjut sedikit dek kerana terkejut dengan nada yang digunakan oleh majikannya. Tak pernah lagi dia melihat orang tua itu mengamuk sebegini. Timbul rasa gerun didalam dirinya.
Tak semena-mena, kolar baju kemeja Aria ditarik kuat oleh Datuk Kamal. Kedua-dua belah kakinya kini tidak mencecah tanah. Pegangan pada kolar bajunya membuatkan dia sukar untuk bernafas.
“T-tuan lepaskan saya.” kata Aria tersekat-sekat. Tangannya memukul kuat dada majikannya supaya tindakan lelaki tua itu terhenti. Namun apakan daya, apabila kudratnya sebagai perempuan mahu dibandingkan dengan kudrat lelaki tua itu.
Tanpa amaran, tubuh Aria dicampak dengan kasar ke atas tanah tanpa belas kasihan. Datuk Kamal tersenyum kepuasan. Rasa geramnya terhadap Afiq Raihan telah dilampiaskan kepada Aria. Aria meringis kesakitan.
Tulang pinggulnya yang terhentak kuat pada lantai itu membuatkannya sukar untuk berdiri.
Datuk Kamal masih belum berpuas hati. Langkahnya diatur ke arah Aria yang lemah itu.
Sekelip mata, rambut hitam miik Aria direntap kasar oleh lelaki tua itu. Serta-merta, kepala Aria terdongak ke atas. Dia terjerit kecil kerana terlalu sakit dirasakan pada bahagian kulit kepalanya. Matanya bertembung seketika dengan anak mata Datuk Kamal yang penuh dengan dendam itu. Lelaki itu membisikkan sesuatu di telinga Aria.
“Shhh...diam jangan menjerit. Bakal isteri aku tengah tidur. Esok kami akan berkahwin. Hahaha...Tapi, isteri aku dah kahwin dengan lelaki tak guna tu! Macam mana aku nak buat dia orang bercerai ya?” soal Datuk Kamal seperti seorang psikopat.
Emosi lelaki tua itu tak menentu. Sekejap marah, sekejap gembira. Aria diam tak membalas. Dia tak berani untuk menjawab soalan daripada lelaki itu. Sekali lagi, tubuh Aria ditolak ke tanah.
Namun, kali ini kepalanya pula dihentakkan oleh Datuk Kamal. Jeritan Aria semakin kuat kedengaran apabila tekanan yang dikenakan pada kepalanya terlalu kuat.
Anis Raihanna terjaga dari lenanya apabila mendengar jeritan yang kuat itu. Dia segera mencari dari manakah datangnya suara itu. Terbuntang matanya apabila melihat Datuk Kamal sedang cuba membunuh Aria.
“Datuk!” jerit Anis Raihanna dengan kuat untuk menghentikan tindakan lelaki tua itu.
Keadaan dirinya yang terikat menghalangnya untuk menghentikan perbuatan lelaki itu. Sebaik terdengar jeritan dari Anis Raihanna, Datuk Kamal menghentikan perbuatannya. Dia segera mendapatkan gadis itu.
“Ya sayang. Sayang panggil abang ke tadi?” soal Datuk Kamal kepada Anis Raihanna.
Aria terbaring lemah apabila dia kini terlepas dari cengkaman Datuk Kamal. Kesakitan pada kulit kepalanya masih tersisa. Tambah pula, dengan kesakitan pada pinggulnya dia semakin lemah.
Anis Raihanna melirik ke arah Aria. Jatuh kasihan dia pada nasib gadis itu. Soalan Datuk Kamal tadi tidak diendahkan. Wajahnya juga dipalingkan daripada menghadap lelaki tua yang tak berhati perut itu.
“Anis, tengok muka saya. Saya tengah bercakap dengan awak sekarang ni.” tegur Datuk Kamal dengan nada yang agak keras.
“Aku tak nak tengok muka lelaki yang tak berhati perut macam kau ni! Aku nak suami aku! Aku nak Afiq Raihan!” jerit Anis Raihanna sekuat hatinya.
Pang! Pang! Pang!
Datuk Kamal menampar wajah Anis Raihanna tanpa teragak-agak. Muka Anis Raihanna memerah dek kerana tamparan yang kuat itu. Datuk Kamal menjauhkan sedikit dirinya dari Anis Raihanna. Wajah gadis itu dielus lembut.
“Aku dah kata jangan sebut nama jantan tak guna tu kan! Kenapa susah sangat nak faham? Oh lupa, kau sayang sangat dia. Tak apa. Sebab aku akan pastikan dia mati depan mata kau esok, Anis! Lepas tu kita boleh kahwin. Hidup bahagia dan kau boleh lupakan jantan tak guna tu lagi.” bisik lelaki tua itu pada Anis Raihanna lalu meninggalkannya bersendirian.
Anis Raihanna terkedu dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Datuk Kamal. Riak muka tidak percaya jelas terpamer pada wajahnya kini. Akhirnya, dia menangis meratapi nasibnya selepas ini.
Aria mengagahkan diri untuk bangun. Kesakitan yang dirasainya tadi beransur-ansur hilang. Dia mengatur langkah keluar dari situ secepat yang mungkin untuk mendapatkan rawatan. Pandangan simpati dari Anis Raihanna dijeling.
“Tak payah pandang aku macam tu. Kau patut kesiankan keadaan diri kau sendiri daripada kesiankan keadaan aku ni. Aku tak layak dapat simpati kau tu, Anis.” ujar Aria lalu beredar dari situ.
Anis Raihanna menahan sedu sedan akibat menangis. Perutnya yang lapar dari tadi dibiarkan. Dia lebih risaukan keselamatan suaminya daripada dirinya sekarang ni.
“Ya Allah, kau lindungilah suami aku.”
???????
Keesokan harinya...
Semua yang dirancang berjalan dengan lancar pada setakat ini. Perakam suara untuk merakam segala pengakuan jenayah yang dilakukan Aria telah dihidupkan. Perakam suara yang bersaiz pen itu diletakkan pada kocek baju Afiq Raihan dan Haiqal Iskandar.
Mereka berdua ditugaskan untuk menarik perhatian musuh. Manakala, Fakhrul dan pihak polis akan cuba menyelamatkan Anis Raihanna. Masing-masing sudah berada dalam posisi. Hanya tinggal untuk melaksanakan sahaja.
“Satu, dua. Fakhrul kau dengar tak?” soal Haiqal Iskandar pada alat komunikasi yang baru dihidupkan.
“Aku dengar. Roger.” balas Fakhrul. Dia memerhatikan Haiqal Iskandar dan Afiq Raihan yang baru masuk ke dalam kawasan musuh menggunakan teropong dari jauh.
Afiq Raihan turut melakukan perkara yang sama pada alat komunikasinya. Apabila semua sudah bersedia, mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam.
Keadaan gelap gelita membuatkan mereka lebih berjaga-jaga dan peka dengan keadaan sekeliling. Tak lama kemudian, kedengaran derapan langkah seseorang mula menghampiri mereka berdua.
Serta-merta, keadaan sekeliling menjadi terang benderang. Berpusu-pusu cahaya menerobos masuk ke dalam kornea mata Afiq Raihan dan Haiqal Iskandar. Mereka berdua mengalihkan pandangan kerana silau.
“Well, well, well...Tengoklah siapa yang datang nak selamatkan isteri dia. Oops! Maksud aku, 'bekas isteri'.” ujar lelaki tua itu dengan sinis.
Afiq Raihan menoleh ke arah empunya suara tersebut. Seperti pernah didengari suara itu sebelum ini. Dia terlopong sebaik melihat lelaki tua itu. Di sebelahnya, Aria sedang tersenyum sinis.
“Remember me? I've told you already that you will regretted it one day. You know what, Afiq Raihan. Actually, today is the day. Am i right?” soal Datuk Kamal dengan nada memerli.
“Dasar orang tua tak sedar diri! Kau tahu tak kubur dah kata mari, rumah dah kata pergi! Apa kau nak dengan isteri aku hah tak guna!” tengking Afiq Raihan.
Dia berura-ura untuk menumbuk wajah lelaki tua itu. Namun perbuatannya sempat dihalang oleh Haiqal Iskandar. Afiq Raihan mula naik berang apabila sahabatnya cuba menghalang.
“Lepaskan aku, Is. Biar aku ajar lelaki tak guna ni. Dia pernah cuba untuk rogol Anis tahu tak! Sekarang dia culik Anis dari aku. Aku takkan biarkan, Is. Takkan!” marah Afiq Raihan.
“Afiq, kau kena bersabar. Ingat apa rancangan kita. Kita kena dapatkan pengakuan setiap jenayah yang dia lakukan. Baru kita boleh bawak kes ni ke mahkamah dan dia boleh dikenakan hukuman berat.” bisik Haiqal Iskandar pada telinga Afiq Raihan.
Sebaik mendengar kata-kata Haiqal Iskandar, Afiq Raihan cuba untuk menenangkan dirinya. Dia cuba untuk bertindak seperti tiada apa yang berlaku. Datuk Kamal tersenyum sinis.
“Jadi kaulah dalang semua ni, hah. Ini semua kerja kau lah kan?” soal Afiq Raihan tenang.
Haiqal Iskandar mengangguk kecil kepada Fakhrul sebagai tanda isyarat keadaan selamat secara diam-diam. Sebaik menerima syarat tersebut, Fakhrul dan yang lain masuk ke dalam. Tanpa mereka berdua sedari, Aria sedar dengan isyarat tersebut.
Separuh dari mereka menangkap konco-konco Datuk Kamal untuk dibawa ke balai polis. Separuh lagi membantu Fakhrul mencari tempat Anis Raihanna disembunyikan.
“Fakhrul, sini!” panggil salah seorang anggota polis.
Fakhrul segera melangkah ke arah anggota polis tersebut. Sekujur tubuh milik Anis Raihanna yang terikat kemas disebuah kerusi mengejutkan Fakhrul. Dengan pantas, Fakhrul bergegas untuk membuka tali ikatan tersebut.
“Anis, bangun! Bangun!” kata Fakhrul mahu menyedarkan Anis Raihanna.
“K-au s-iapa? Aku nak Afiq. Afiq...” rayu Anis Raihanna lemah. Dia sudah tak berdaya lagi.
“Jangan risau, kau dah selamat, Anis.” balas Fakhrul.
Dia segera mencempung tubuh Anis Raihanna. Ambulans yang telah dihubungi sebentar tadi akan sampai tak lama lagi. Yang penting sekarang ini ialah keselamatan Anis Raihanna telah terjamin.
“Is, aku dah dapat Anis. Kau dengan Afiq Raihan teruskan dengan rancangan seterusnya.” maklum Fakhrul melalui alat komunikasi mereka.
“Roger.” balas Haiqal Iskandar. Satu isyarat mata diberikan ke arah Afiq Raihan. Afiq Raihan menghela nafas lega. Mereka masih meneruskan rancangan mereka.
“Kau tanya aku siapa yang buat semua tu? Aku yang buat! Aku! Aku yang suruh Aria buatkan kau dengan Anis kena tangkap basah sebab nak balas dendam dekat kau, Afiq Raihan! ” marah Datuk Kamal tak puas hati.
“Apa motif kau buat semua ni hah?” soal Haiqal Iskandar kepada Datuk Kamal.
“Kau diam! Kau tak ada kena mengena dengan hal ni, Iskandar. Urusan kau dengan aku bukan dengan dia!” celah Aria yang bersebelahan Datuk Kamal.
Afiq Raihan segera mengarah Haiqal Iskandar untuk menguruskan Aria. Manakala, dia pula akan menguruskan Datuk Kamal. Haiqal Iskandar mengangguk kecil.
“Kau nak selesaikan urusan tu dengan aku kan? Baik, kita ikut cara aku.” cabar Haiqal Iskandar. Dia mengukir senyuman sinis.
Aria mengetap rahang. Dia mula naik berang dengan cabaran Haiqal Iskandar. Tangannya pantas mengambil sepucuk pistol dibahagian pinggang. Lalu, bibirnya tersenyum sinis sambil menunjukkan sepucuk pistol itu kepada Haiqal Iskandar.
“Kau tanya apa motif aku? Aku cuma nak Anis Raihanna! Tapi lelaki tak guna ni dah rampas dia dari aku! ” balas Datuk Kamal. Jari telunjuknya ditudingkan ke arah Afiq Raihan.
“Siapa yang rampas siapa sekarang ni, orang tua? Kau ingat aku tak tahu berapa ramai perempuan yang kau dah cabul sebelum kau jumpa Anis? ” soal Afiq Raihan sinis.
“Dasar lelaki tak guna! Baik kau tutup mulut kau tu! Aria, kau habiskan mereka berdua ni.” arah Datuk Kamal kepada orang suruhannya.
Haiqal Iskandar mula mencapai sepucuk pistol di bahagian pinggangnya. Keadaan mereka semakin berbahaya. Nyawanya dan Afiq Raihan kini terancam.
Aria menarik sepucuk pistol lagi dari sarung yang terletak kemas pada bahagian pingangnya. Kini pada kedua-dua belah tangannya memegang pistol tersebut. Muncung pistol tersebut dihalakan ke arah Afiq Raihan dan Haiqal Iskandar.
Klak!
Bunyi tarikan picu mula kedengaran. Haiqal Iskandar turut melakukan perkara yang sama. Dia cuba melindungi tubuh Afiq Raihan. Aria ketawa sinis. Manakala, Datuk Kamal mengukir senyuman jahat.
Bang!
Tanpa amaran, Aria melepaskan dua das tembakan. Tembakan yang dilepaskan oleh Haiqal Iskandar pula tersasar jauh. Aria tersenyum kepuasan.
“A-pa kau b-uat ni, Aria?” soal Datuk Kamal tersekat-sekat.
Haiqal Iskandar dan Afiq Raihan memandang Aria dan Datuk Kamal silih berganti. Mereka melahirkan riak muka tidak percaya terhadap apa yang dilihat oleh mata mereka sendiri. Hal ini kerana tembakan yang dilepaskan oleh Aria bukan ke arah mereka tetapi ke arah Datuk Kamal iaitu majikannya sendiri!
“Puas hati aku sekarang ni. Kau fikir aku sanggup nak jadi orang suruhan kau lepas apa yang kau buat dekat semalam? Sekarang rasakan! Padan muka kau!” teriak Aria kepada Datuk Kamal.
Darah merah membuak-buak keluar dari luka tembakan pada bahagian jantung Datuk Kamal. Dia jatuh tersungkur ke belakang. Dadanya yang bergerak turun naik bernafas akhirnya terhenti. Matanya terbeliak merenung ke arah Aria.
“Satu dah tumbang. Tinggal dua lagi. Aku akan pastikan kau berdua mati dalam keadaan yang terseksa. Terutama sekali kau, Haiqal Iskandar!” teriak Aria.
Lantas, dia menarik picu pistol lalu dihalakan ke arah Haiqal Iskandar. Serta-merta, Haiqal Iskandar turut melakukan perkara yang sama. Kini, yang menentukan nyawa mereka adalah kepantasan das tembakan yang bakal dilepaskan. Serentak, mereka berdua berbalas tembakan.
Bang!
Share this novel