A

Fanfiction - KPOP Series 1661

"Kim Yuri! Kamu selalu gagal dalam peperiksaan! Ambil kertas kamu ni dan berdiri di belakang kelas!" arah cikgu Shin. Murid² lain mula gelakkan aku.

Perlahan² aku mengambil kertas ujianku lalu pergi bediri di belakang kelas.Minji dan kawan²nya yang lain ikut gelak.

Kawan aku, Hyerin nampak tahan gelak. It's ok, aku dah terbiasa.

Aku berdiri di belakang hampir 2 jam. Selepas cikgu Shin keluar dari kelas, Minji datang menghampiriku.

Seperti biasa...

"Oi monyet, tolong beli makanan kat kiteorang. Guna duit kau herh" kata Minji. Dengan malasnya aku pergi ke kantin.

Dah lah aku tak duduk selepas berdiri lama, duit aku pun habis digunakan.

Duit aku habis untuk dieorang je, so aku tak makan lah.

Aku masuk ke dalam kelas dengan bungkusan roti dan kotak susu yang banyak.

Aku meletakkan kesemuanya di atas meja Minji selepas itu aku pun duduk.

Aku meletakkan kepalaku di atas meja, aku bagaikan nak menangis. Apa lah nasib aku? Kenapa dunia ni tak adil sangat?

.___.

Masuk je dalam rumah, dah disambut dengan pandangan maut oleh omma appa. Unnie berada di tengah² dengan muka bangga.

"Ehem Yuri, cikgu Shin telefon omma takdi. Cikgu Shin cakap Yuri gagal lagi dalam peperiksaan kali ni" kata omma. Aku menganggukan kepalaku tanda betul.

"Hah, macam tak biasa. Nasib lah kita ada anak yang cerdik, cerah jugak masa depan keluarga ni" kata appa dengan nada menyindir.

"Itu lah Yuri, lain kali belajar bukan asyik main" kata unnie pula.

"Betul apa yang unnie cakap. Kamu kena rajin belajar supaya cerdik seperti unnie kamu ni" kata omma sambil menggosok belakang unnie dengan senyuman di bibirnya.

"Sebagai denda, kamu tak boleh makan malam harini!" kata appa yang membuatkan aku mata aku membulat.

"Tapi ap-"

"Takda tapi, ni lah denda kerana kamu asyik gagal" kata appa tegas. Aku memandang mereka bertiga tidak puas hati.

Aku pun berlari masuk ke dalam bilik lalu menghempas pintu kuat.

Susah jadi orang yang kurang cerdik ni.
Lagi sakit kalau kita dah belajar sebaik mungkin but still gagal.
KENAPA DUNIA NI TAK ADIL?!

Aku memandang cermin yang berada di dalam bilikku. Aku menumbuk cermin itu sehingga pecah.

Aku dah tak tahan lagi. Biarkan lah aku pergi dengan tenang.

Aku pun menggores tanganku. Agak pedih tapi aku tidak hiraukannya. Aku gores lagi dan lagi dan lagi.

Darah dah banyak keluar dari lenganku. Lama kelamaan, aku menjadi semakin lemah. Pandanganku mula gelap.

.___.

Apabila aku sedar, aku berada di dalam bilik putih. Di sebelahku ada seorang lelaki sedang tidur.

Oh god he so HANDSOMEEEE

Di pun terjaga, dia memandangku gembira.

"Lee Minhee! Awak dah sedar akhirnya!!" jerit lelaki itu gembira lalu keluar.

Jap siapa Lee Minhee??

Kemudian dokter pun masuk lalu memeriksa ku.

"Puan Lee stabil sekarang" kata dokter dengan senyuman. Lelaki itu menundukkan sedikit badannya sambil mengucap terima kasih.

Selepas dokter keluar, lelaki itu terus memelukku.

Aku menolaknya perlahan, dia memandangku pelik.

"Wae?" tanya lelaki itu pelik.

"Siapa awak?" soalku.

"Awak tak ingat saya? Awak hilang ingatan ke?" tanya lelaki itu cemas. Aku memegang tangannya.

"Please answer" pintaku lemah.

"Saya Hwang Hyunjin, boyfriend awak takkan awak tak kenal?!" tanya lelaki itu aka Hyunjin sedih.

"Mian...Tapi saya tak tahu siapa saya sekarang. Saya rasa saya bunuh diri, kenapa saya ada kat sini? Dan siapa Lee Minhee?"

Hyunjin memandangku tak percaya.

"Awak memang tak ingat apa² ke?"

"Macam mana saya nak ingat? Ni bukan badan saya. Saya sepatutnya Kim Yuri bukannya Lee Minhee" ujarku bersungguh. Hyunjin nampaknya mengetap bibir.

"Awak berehat lah dulu" kata Hyunjin lalu keluar.

Aku mengusutkan rambutku. Aku terpandang cermin kecil di atas mejaku. Maybe 'orang ni' punya.

Aku mengambil lalu melihat diriku yang sekarang. Terkejut aku melihat wajahku.

Cantik...Cantik sangat

Adakah ini manusia?

Patut lah orang ni dapat boyfriend handsome.

Aku menyentuh pipiku tak percaya. Lembut sangat pipi aku. Aku mencubit pipiku hingga menjadi merah.

Pintu bilik wad tiba² terbuka.

"Anak omma!!" seorang wanita maybe dalam lingkungan 50-an? Dia memelukku erat sambil menangis.

"Anak omma dah sedar" wanita itu kemudian mengucup dahiku lama.

Entah kenapa aku tiba² menangis.

Omma aku tak pernah buat macam ni kat aku. Aku dapat rasakan kasih sayang.

Dia meleraikan pelukan dengan air mata yang masih lagi mengalir. Aku memandang lelaki tinggi(dalam lingkungan 50-an jugak nampaknya) yang berada di belakangnya.

"Minhee" lelaki tinggi itu memelukku erat. Aku membalas kembali pelukannya.

Maybe dua orang ni ialah ibu bapa kepada perempuan ni.

"Eyyo Minhee!" serentak aku memandang ke pintu. Seorang remaja lelaki yang boleh tahan handsome menghampiriku lalu memelukku.

"Oppa rindu kamu" katanya. Pelukannya aku rasa selamat, tanpa teragak² aku membalas pelukannya.

Tak lama kemudian, Hyunjin masuk balik.

"Minhee, kamu perlu bersyukur kamu ada teman lelaki yang baik seperti Hyunjin" ujar omma sambil menepuk perlahan bahu Hyunjin.

"Hahaha nanti dia akan jadi isteri saya, akan jadi tanggungjawab saya jugak" kata Hyunjin dengan senyuman.

Pffttt confident tu aku akan jadi isteri dia |:-)

"Bagus², tak lah uncle risau nak serahkan anak dara uncle kat kamu" kata appa.

(Perempuan dan lelaki yang tinggi takdi memang betul omma appa dia, yang lelaki gelar diri dia 'oppa' takdi ialah abang dia)

"Auntie dan uncle boleh lah balik dulu, saya akan jaga Minhee" kata Hyunjin. Omma appa menganggukan kepalanya dengan senyuman.

"Baiklah, kami pergi dulu. Minhee, omma appa pergi dulu tau. Omma appa ada urusan kat pejabat" kata appa. Aku menganggukan kepalaku.

Selepas omma appa keluar, aku memandang oppa yang berdiri di sebelah Hyunjin.

"Oppa pergi dulu tau. Oit Jin aku bla lu" kata oppa lalu menepuk bahu Hyunjin.

"Okey Minho" Hyunjin membuat tanda ok kat oppa aka Minho. Selepas itu, Hyunjin mendekatiku dengan senyuman.

KENAPA DIA NI HANDSOME SANGAT?!

"Minnie, tau tak Hyunjin rindu sangat Minnie?" Hyunjin meletakkan kepalanya di atas perutku.

Aik? Bila masa plak nama aku jadi Minnie ni?

Melihat muka aku yang confuse, Hyunjin macam boleh agak je apa yang aku nak tanya.

"Minnie tu nama manja awak. Awak sendiri yang suruh panggil Minnie" ujar Hyunjin. Aku menganggukan kepalaku tanda faham.

"Kalau nama panggilan manja awak?" soalku ingin tahu.

"Baby" balas Hyunjin sepatah. Aku membulatkan mata aku tak percaya.

Takkan lah aku nak panggil dia 'baby'? Seumur hidup aku, aku tak pernah panggil orang baby.

"Wae? Awak tak selesa? Kalau sekarang awak rasa tak selesa nak panggil saya baby, panggil lah guna nama asal saya dulu. Lama² nanti awak akam terbiasalah" kata Hyunjin dengan senyuman.

EYE SMILE DIA ARHHH I CAN'T!!!!

"Saya akan jaga awak sampai awak sembuh ok?" Hyunjin pun mengucup bibirku sekilas, dia kemudian menghadiahkan senyuman yang indah.

Aku terkejut sebab selama ni aku tak pernah kiss orang but, yeah macam Hyunjin cakap

Aku kena terbiasa untuk jadi LEE MINHEE

_Lama aku fikir nak publish x citer ni. Last² aku terbit gak^^_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience