BAB 2-MENGINAP

Romance Completed 183487

Keesokkan paginya. Intan sudah bersiap sedia untuk pergi berkerja. Lalu dia berjalan menuju ke dapur. Terlihat daddynya sedang menikmati sarapan. Lalu Intan menghampirinya.

“Good morning daddy.”

“Good morning sayang, Duduk sarapan sekali.”

“Baiklah.” Lalu duduk bersebelahan dengan daddynya.

“Cukup tidur? Papa tengok kamu asyik menguap je.”

“Semalam Intan balik akhir. Lepak kat cafe je.” Bohongnya. Jika dia mengungkapkan kebenaran mungkin dia akan di pukul oleh daddynya.

“Oh, yeke? Tak perasan. Daddy semalam pun balik lambat jugak. Kalau macam tu, Intan free ke harini ni?”

“Intan ada meeting pagi ni. Mungkin tengah hari macam tu baru Intan free. Kenapa daddy?”Tanya Intan.

“Kamu tau yang syarikat kita tengah dalam masalahkan.”

“Tau. Jadi?”

“Jadi, daddy nak suruh Intan pergi rumah Mr. Rayyan, gantikan daddy.”

“Apa? Pergi rumah dia buat apa? Daddy nak suruh Intan jual diri ke?‘’

“Ish! apa cakap macam tu.” Menyerahkan fail kepada Intan.

“Ni, kontrak daddy. Daddy nak Intan bincang dengan dia untuk setuju berkerjasama dengan syarikat kita. Kalau dia setuju, terus suruh dia tandatangan” Terang Datuk Imran.

Mengambil kontrak itu lalu membelek-beleknya “Putra Aqahshah Rayyan. Macam pernah dengar tapi dekat mana ye? Emm…" Cuba untuk mengingat Kembali

"Oh! Intan ingat. Dia juga pemilik P.A.R clubkan daddy?"

“Ya. Macam mana kamu tau? Kamu pernah pergi ke?” Pelik Datuk Imran. Setahuu dia, Intan anak yang baik dan tak pernah pergi ketempat seperti itu. Lalu dia menatap anak gadisnya.

“Emm… Intan, emm…” Tergagap-gagap dengan wajah daddynya yang bertukar serius makinlah dia gugup. ‘Aduh. Mulut-mulut takde lesen nak tunjuk pandai sangatkan. Huh. Kan dah kena’ Gumannya dalam hati.

“Jawablah. kenapa gugup?”

“Oh. Ada orang bagitau. Tu sebab Intan tau.”

“Siapa?”

“Em… Mia. Kebetulan dia ada temu janji dekat club tu, so, dia bagitaulah siapa pemilik club tu. Ish… takkan daddy tak percaya dengan anak daddy sendiri. Intan memang tak pernah masuk tempat-tempat macam tu. Trust me” Bohongnya lagi.

‘Ya Allah. Maafkan hamba mu ini. Maafkan aku kerana telah berbohong kepada daddy ku sendiri’ Gumannya dalam hati.

“Bagus. Ingat. Daddy tak suka kamu pergi tempat-tempat macam tu. Bahaya. Lagipun, buat dosa je dan takde faedah. Tapi kalau daddy dapat tau kamu pergi tempat-tempat macam tu siap kamu daddy kerjakan. Faham?” Marahnya.

“Baiklah daddy. Intan faham”

“Good girl. So, kita pergi ke point tadi. Intan setuju tak. Kalau tak setuju biar Husna je pergi.”

“Daddy tak nak ikut sekali.”

“Daddy dah berbuih pujuk dia tapi tulah buang masa je lagipun daddy takde masa. Tapi, mana tau dengan kamu dia setuju.”

"Tapi kenapa tak boleh bincang dekat office dia je? Kenapa harus datang sendiri dekat rumah dia?”

“Mr. Rayyan tu jarang dekat office. Dia lebih suka buat kerja-kerja syarikat dekat rumah. Lagipun dia mana suka jumpa ramai orang.”

“Ada jugak orang macam tu?”

“Ada. Buktinya, Mr Rayyan.”

“Baiklah. Mungkin petang sikit Intan pergi ye, abis meeting.”

“Esok jelah. Lagipun rumah Mr Rayyan tu jauh. Kalau Intan pergi petang mungkin malam baru sampai.”

“Esok Intan busy. Harini jelah.”

“Suka hati Intan. Tapi daddy nak ingat, hati-hati tau. Kalau ada pape call daddy faham?”

“Faham” Melihat kearah jam tangannya. “Daddy, Intan dah lambat. Intan pergi dulu.” Bersalaman dengan daddynya.“ Sayang daddy”

“sayang Intan jugak.”

“Intan pergi dulu bye.” Lalu melangkah pergi.

“Hati-hati.” teriaknya. Dia tersenyum melihat anak gadisnya. Dia bersyukur kerana masih ada orang yang menyayanginya. Intan adalah hartanya. Takkan pernah terganti dia akan berusaha untuk melindungi Intan walaupun taruhannya nyawa.

Di rumah banglo Datuk Adnan. Terlihat Datin HadIjah dan Datuk Adnan sedang bersantai. Datuk Adnan hanya termunung.

“Hubby, kenapa temenung ni, hubby ada masalah ke?”

Tersedar dari lamunan “Oh… hubby takde masalah. Kenapa?”

“Yelah. Ijah tengok hubby asyik temenung je? Kenapa? Pasal anak kita ke?”

“Yelah. Sapa lagi. Macam mana hubby nak pujuk Rayyan supaya kerja dekat office?”

“Hubby tau sendiri yang anak kita tak suka tengok orang ramai. Anak kita trauma. Sekurang-kurangnya dia buat kerja-kerja office tapi dekat rumah. Sama je kan?”

“Sampai bila dia nak sembuh dari trauma tu. Tapi, haritu hubby dengar dia pergi club.”

“Ijah dengar dia pergi hari biasa. Hubby tau sendiri hari biasa tak banyak orang.”

Menggengam tangan isterinya “Ijah, Ijah ni mak dia. Tolong hubby, pujuk dia untuk kerja dekat office tu.”

“Ijah dah berbuih dah pujuk dia hubby. Tapi tulah dia mana mau dengar. tapi Ijah akan cuba”

“Terima kasih Ja.”

“Sama-sama. Dah, minum abis tu. Teman ja shopping.”

“Baiklah Isteriku.” Meneguk kopi yang dibuat oleh isterinya “Hubby doakan agar hadir seorang wanita yang boleh ubah dia. Amin.”

“Amin.” Mereka tersenyum satu sama lain.

Sementara itu, di office. Selesai meeting, Intan terus ke ruangannya untuk mengambil dokumen dan beg tangannya untuk ke rumah mr Rayyan. Sampai di ruangannya, dia mendapati ada sejambak bunga ros di atas mejanya. Dia melihat kad yang terselit di bunga ros itu.

‘Salam kenal, dari saya future husband awak. Semoga kita bertemu lagi INTAN ZULAIKA BINTI DATUK IMRAN’

Intan terkejut kerana orang yang memberikan bunga ini tau nama penuhnya. Lalu dia memangil assistantnya.

“Hanim,oh Hanim. Masuk sekarang.”

"Baiklah cik."

Intan membelek-belek bunga itu mana tau ada camera.

Hanim mengetuk pintu lalu masuk “Ye Cik Intan, ada apa?”

Menatap assistannya “Siapa bagi bunga ni?”

“Oh. Ada orang hantar tadi. Dia cakap tuan dia bagi."

“Siapa?”

"Em… Saya tak pasti. Saya ada tanya jugak siapa yang bagi. Orang tu cakap dari bakal suami Cik Intan. Cik Intan dah nak kahwin ke?”

“Bakal suami? Kahwin? Bila masa saya nak kahwin? Kekasih pun takde.”

“Mungkin dari peminat Cik Intan kot. Untunglah dapat bunga. Saya ni mana pernah dapat bunga.”

“muka saya macam ni ada peminat? Hahaha! Lawaklah.”

“Cik Intan cantiklah. Saya sebagai perempuan pun terpegun. Apalagi lelaki.”

“Dah. Awak cakap yang awak tak pernah dapat bungakan? Nah, ni bunga untuk awak.” Menyerahkan bunga kiriman lelaki misteri kepada Hanim.

“Tapi ni untuk Cik Intan.”

“Ambil jelah. Saya bagi. Lagipun saya tak suka bunga saya suka wang. Hahaha! Ambil.”

Mengambil bunga itu “Terima kasih cCk Intan. Em… Wangi. Mesti mahalkan bunga ni? Fresh lagi tu.”

“Murah je tu. Dah. Saya nak pergi rumah Mr Rayyan. Dah lambat ni. So, dah sediakan semua dokumen yang perlu saya bawa.”

“Semua dah, tapi betul ke cik Intan tak nak saya ikut sekali?”

“Tak perlu. Lagipun Mr Rayyan tak suka banyak orang. Maklumlah, orang pelik.”

“Baiklah. Hati-hati cik Intan.”

“Baiklah, bye.” Lalu melangkah pergi.

3 jam perjalanan hari mula gelap jam menunjukkan pukul 5:30 petang kakinya mula lengguh. Bosan dan menahan rasa laparnya.

“Pak mat, jauh lagi ke?”

“Dah nak sampai. Sabar ye.”

“Ok” Lalu melihat ke arah luar,hanya terlihat pokok dan beberapa buah rumah sahaja. Tidak ada kedai. Jika ada kedai, mesti dia singgah untuk membeli makanan.

‘Biar betul rumah mamat ni. Dekat sini hutan. Omg. Macam mana dia boleh tinggal dekat sini? Ui, kalau tempat macam ni, psycho je yang tinggal. Aduh, nyesal pulak aku berangkat petang. Baik dengar cakap daddy je berangkat pagi. Apa boleh buat dah nak sampai’ Gumannya dalam hati.

“Cik. Kita dah sampai.”

“Dah sampai? Betul ke rumah Mr Rayyan ni?”

“Yup.”

“Wow. Besarnya. Kalah rumah saya.” Intan terpana dengan rumah Mr Rayyan. Dia tidak sangka ada rumah di tengah-tengah hutan sebesar dan semewah ini. Wow! Rumahnya seperti mall. Pagar yang besar. Untuk sampai di hadapan rumahnya memerlukan 5 minit untuk jalan kaki. Dia sudah sampai di hadapan rumah Mr Rayyan lalu, Pak Mat membuka pintu. Sekarang dia berada tepat di hadapan pintu besar. Kebetulan ada orang yang keluar. Kelihat seperti pembantu rumah tapi Intan pelik kenapa pembantu rumah itu terkejut melihat wajahnya.

“Ye Cik. Cari siapa?”

“Ni rumah Mr Putra Aqashah Rayyankan?”

“cik ni Intankan? Yang ada temujanji dengan Sir Rayyan.”

“Yup”

“Jemput masuk”

“Terima kasih. ” Lalu masuk kedalam. Wah. betapa mewahnya rumah ni. Ada lift untuk ke tingkat atas tapi yang pelik kenapa rumah ni kurang pencahayaan. Takut bil banyakkah.

“Silakan duduk cik Intan."

“Terima kasih.”

“Saya pergi pangil Sir Rayyan dulu.”

“Baiklah.” Duduk di sofa. Matanya tidak diam melihat sekeliling. ‘Ui. Siapalah mamat ni. Cucu Robert Kuok ke? Kaya semacam. Kalau aku jadi nyonya rumah ni, kan bertuah. Hahaha! Siapa yang nak kan kau Intan.' Gumannya dalam hati.

“Cik Intan, maaf saya lambat.” Sapa seorang pemuda dari belakang. Lalu dengan pantas dia menoleh.

“Awak!?”

“Yup, lelaki mabuk yang peluk awak semalam tu. ” Lalu tersenyum. "Saya Putra Aqahsah Rayyan, 30 tahun dan single." Lalu menghulurkan tangan.

'Ee perlu ke?' Menyambut tangan Rayyan “Saya-”

“Intan Zulaika Binti Datuk Imran. Betulkan? Saya tau sebab daddy Cik Intan pernah datang sini. Dia ada memperkenalkan anak dia dekat saya"

"Oh, yeke?"

"Duduk. Jangan jadi security guard dekat situ.”

“Ok, terima kasih.” Lalu duduk berhadapan dengan Rayyan.

“Saya minta maaf atas kesalahan yang saya buat semalam.”

“Oh… Takpe. Saya faham awak mabuk.”

"Terima kasih sebab faham. Saya janji takkan ulang lagi."

"Baiklah. So, kita mulakan sekarang boleh”

“Silakan.”

Menyerahkan kontrak untuk Rayyan baca. “Ini-”

“Saya Setuju.”

Menatap Rayyan “Se… setuju? Saya belum lagi terangkan. Mr Rayyan tak nak baca dulu ke kontrak tu?”

“Saya cakap saya setuju. Mana tempat untuk saya tandatangan?”

“Erm… Sini…”

“Ok.” Lalu menandatangani kontrak itu “Selesai.”

“Betul ke Mr-”

“Panggil Sir”

“Oh… Betul ke Sir Rayyan?! Tak nak tengok isi kontrak ni dulu?”

“Saya percaya Cik Intan. Takkanlah Cik Intan tipu saya, kan?”

“Terima kasih percayakan saya dan terima kasih telah kerjasama dengan syarikat kami. Itu sangat bermakna. So, kalau takde pape saya pergi dulu.” Bangun dari sofa.

“Memandangkan hari dah nak malam, bermalamlah di sini. bahaya kalau balik malam-malam.” Matanya tak lepas memandang Intan menbuat Intan tidak selesa.

“Takpe. Menyusahkan je…”

“Mana ada menyusahkan. Saya lebih suka kalau Cik Intan tinggal di sini kalau boleh buat selama-lamanya.”

“Bb… Buat selama-lamanya?!”

“Hahaha! Saya gurau je. Dah jom saya tunjukkan bilik Cik Intan.” Melangkah pergi namun langkahnya terhenti apabila melihat Intan tidak mengikutinya.

Intan hanya berdiri. Dalam otaknya dia berfikir mahu balik atau menginap sahaja.

“Kenapa? Cik Intan masih ragu dekat saya ke? Jangan risau saya takkan apa-apakan cik Intan, kecuali cik Intan nak.” Lalu tersenyuman penuh makna.

'Seram pulak mamat ni.' Gumannya

“Hahaha. Saya gurau je. Nanti saya telefon Datuk Adnan untuk minta izin dia."

“Eh. Takpe. Nanti saya call sendiri.”

“Dekat sini mana ada line, kecuali telefon saya. So, Cik Intan nak menginap sini ke?”

“Takde line?” Mengecek telefon bimbitnya “Betullah, kalau macam tu, oklah.” Lalu mengikuti Rayyan mengunakan lift ke tingkat 2. Sampai di tempat tujuan, telihat ada dua pintu yang berhadapan.

“Ni bilik cik Intan.” membuka pintu bilik untuk Intan

“Wah, besarnya.”

“Kecik je ni. Tapi kalau cik Intan nak bilik lebih besar cik Intan boleh pergi bilik saya, bilik saya berhadapan dengan bilik cik Intan je.”

“O… oh. Takpe. bilik ni dah cukup besar”

“Saya ingat Cik Intan nak kongsi bilik dengan saya. So, dalam almari tu ada baju. Apa yang ada dalam bilik ni cik Intan guna je. Lagi satu, kalau Cik Intan perlukan bantuan saya, Cik Intan tinggal ketuk je pintu bilik saya. I’m always here help you bila-bila masa saja.”

“Baiklah…”

“Ok. Habis cik Intan bersihkan diri turun bawah ye. Kita makan malam sama-sama.”

“15 minit lagi saya turun bawah.”

“Baiklah. Enjoy anggap macam rumah sendiri.”

“Ok. Terima kasih sebab benarkan saya menginap dekat sini”

“Takde masalah, saya suka. Oklah, kalau takde pape saya turun bawah dulu. Jangan lambat”

Intan hanya menganggukkan kepala sahaja, lalu Rayyan menutup pintu untuk memberi ruang kepada Intan. Tanpa menbuang masa Intan terus pergi bersiap. Di luar Rayyan tersenyum sangat lebar.

"Intan, Intan. Mudah ye kau masuk dalam perangkap aku " Lalu berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience