"DAH TU? Eloklah Emi kahwin dengan abang Rez tu. Yang mama nak marah-marah sangat ni kenapa? Lela kan masih belajar lagi ni, ma... takpe, Lela ok je dah kalau itu jodoh mereka. Kita jangan nak jadi batu penghalang. Okaylah ma, Lela ada ba...nyak assignment nak kena siap dalam bulan ni. Nanti dah set tarikh bagitahu, bolehlah Lela apply cuti sehari-dua..." Sahut Lela menarik telefon dari tertekap pada telinga. Talian diputuskan.
"A..." Baru itu saja yang terkeluar dari belahan bibir merah-birat Datin Arfah. Lela sengaja cepat-cepat mematikan talian malah ditutupnya. Tahu sangat, pasti akan ada mesej pula dari mamanya itu.
"Mama... mama... sampai bilalah nak marahkan si Emilia tu? Kesian dia tau tak? Dah tak suka kan dia, biar jela dia kawin..." Lela sempat merungut di kamar hostel sebelum pintu di bukakan oleh kawannya daripada luar. Barulah dia menyambung tugasannya kembali.
Di atas meja. Bersusun kertas-kertas putih bertintakan dengan dakwat pencetak, menandakan ia sudah selesai dicetak menggunakan printer yang berada di sebelah laptop.
"Mesti mak kau yang call kan, Lela? Dari luar pintu dah aku dengar," tegur si rakan sambil mengangkat beg bersilang dari atas kepalanya. Lalu diletakkan atas katil. Capai raga kecil, berisi segala alatan mandian walau dia masih lagi duduk untuk melepaskan seketika, rasa lelah menaiki anak tangga beranak sepuluh dorm mereka.
"Siapa lagi kalau bukan dia, Kak... kadang tu rungsing jugak kak ... ni, tadi ni... sibuk pulak nak Lela ni tamatkan zaman solo-molo Lela. Aduhai... belajar pun tak habis lagi ni ha..." Omelan Lela mendapat tawa dari si pendengar.
"Biasalah tu Lela. Mak... mak..." Jawab si rakan sambil bangun.
"Akak nak mandi kejap," pintanya dengan melangkah ke tepi dinding berdekatan katil double decker mereka, ada satu palang penyidai lalu tuala bergambar Tweety Bird ditarik.
Memusing tubuh langsingnya itu ke arah pintu semula. Membukanya dan melangkah keluar.
Lela pula menyumbat ear phone ke lubang telinga kanan sahaja, mencapai pen warna merah dari bekas yang dihuni pelbagai warna pen untuk menyambung coretan kertas kerja atau assignment nya.
Sementara itu, dalam banglo di hujung jalan masih lagi riuh walau penghuninya hanya seorang. Kebisingan mulutnya umpama berada di pasar ikan.
"Anak bertuah sungguhlah kamu ni, Lela. Memanglah aku suka budak tu berambus dari sini, tapi aku tak boleh lah nak terima dia berambus dari sini, kemudian kaya dari aku pulak! Itu pasallah aku nak kau yang kawin!"
"Yang kau cepat-cepat putuskan talian dah kenapa? Aku tak sempat nak bercakap."
Datin Arfah memarahi telefon pintar sepinya itu. Terkusut-kusut rambutnya kini, keberangan dan kekusutan. Anak yang dia harapkan jadi menantu Tan Sri tidak pula mahu. Yang dia benci pula yang ada sekarang ini!
"Takperlah kau bagi sangatkan si lembam tu kahwin. Baik. Baik. Nanti aku berjumpa mereka dan berbincang. Tapi pihak aku, jangan haraplah nak ada sanding-sanding ya!" Ujarnya tegas dan menekan-nekan punat abjad di skrin telefon sehingga pelbagai huruf naik tapi tak tahu perkataan apa. Marah punya pasal.
Gelagat Datin Arfah di saat itu, tidak ubah umpama marahkan nyamuk debab kelambu habis kena bakar!
Semakin berbahang dadanya bila mengenangkan kekalahannya pada Emilia. Namun tidak beberapa saat, wajah itu terlorek senyuman penuh makna.
"Aku harap kau dengan Rezky tak berbahagialah! Orang cacat macam kau, mana boleh nak mengandung. Nak beranak. Apatah lagi, nak jaga anak? Lagilah... Hahaha! Aku doakan kau mandul lah. Anak sial!" Hamunnya berkali-kali. Telefon yang tidak bersalah apa-apa itu, buat sekian kalinya menjadi mangsa cepuknya.
Tidak di ketahui apakah puncanya yang menjadi penyebab Datin Arfah terlalu membenci dan memusuhi anak syurga itu. Sedangkan Emilia tidak ada sebarang kesalahan pun pada dia.
"Siapa kata takde? Habis tu kalung aku siapa yang curi?" Sekali lagi, dia menghamburkan kata-kata amarahnya. Manalah dia tak panas hati pabila semua kerja dia terpaksa lakukan seorang diri.
Tidak ada orang untuk dia perkulikan selama dua hari ini. Habis senget-benget sanggulnya bila tangan yang penuh dengan sabun kembali terangkat, saat dia mengesat peluh di dahi menggunakan kain lengan kebayanya.
"Ish! Pinggan pun banyak sangat. Lagi aku cuci. Lagi menimbun-nimbun nampak gayanya. Menyesal aku tak ambik budak sial tu balik lah! Ish!" Bebelnya keberangan dengan mata meliar ke arah dalaman sinki berbusa-busa itu.
Pakai tuang satu tong sabun pencuci pinggan kut! Tu yang berbuih bagaikan berada di dalam jakuzi.
"Ni semua salah abang Tapa lah ni!" Pak Tapa pula dipersalahkan sambil menyental-yental periuk kari yang dua hari tak basuh itu. Kari pun bukan dia masak tapi mamak masak!
Tuang je kat dalam periuk itu.
Sebenarnya salah dia. Pinggan yang dah dicuci dia letakkan balik ke bekas tak bercuci. Mana tidaknya berkali-kali.
"Argh! Penatlah!" Tengkingnya pada diri sendiri. Memulas pili lalu kedua-dua belah tangan dia lalukan bawah terjunan air. Tiada lagi buih-buih berkemutih yang menyelaputi tangan.
"Yang ada ni, biar si lembam tu buat. Nak kahwin sangatkan? Hah, kerja rumah kenalah rajin-rajin buat macam aku ni ha..." Niat nak masuk bakul angkat sendirinya terbantut, saat hidung terbau benda hangus.
"Siapalah yang bila menggoreng ikan. Tak reti-reti nak tengok!" Tegur Datin Arfah dengan hidung kembang-kuncupnya mengikuti arah asap tersebut.
Pinggang ramping berbonjolan kiri dan kanannya dicekak. Tapak kaki pula menghentak simen sewaktu menapak. Isyarat geram sangat.
"Ya Allah! Ikan aku! Ni kau punya pasallah budak lembam. Habis ikan aku. Dah lah, ni je mangga-mangga adanya. Apa aku nak makan ni, Emi?!!!" Bengkengnya kelam-kabut tutup suis api dapur gas.
Kuali punggung legam akibat seringkali dibumbu api terbuka besar, diangkat ke dalam sinki sambil berdesis-desis tangan terasa panas lalu dipulas air sehinggalah hilang asap yang tadinya menari-nari serta bau ikan goreng hangus.
"Ni apa aku nak makan ni? Ikan dah selamat masuk ke dalam mulut tong sampah aku tu!" Sungutnya, terkibas-kibas tangan membuang serpihan arang berbentuk hablur di tapak tangan.
Kemudian dia, bercekak pinggang lagi dalam menapak pula ke arah peti ais.
Buka saja pintu. Mata Datin Arfah di hadiahkan dengan dua biji telur. Setin susu pekat manis cap teko. Berdesit tekaknya memandang keadaan dalaman peti sejuk tinggi itu yang kosong.
Maklumlah mana pernah masak. Jika ada pun, dia suruh Emilia yang buatkan menggunakan apa saja yang ada.
Kalau tak ada, kopek kebaya diseluk duit basah dengan peluh tersebut, dikerahnya pula Emilia ke kedai beli apa yang patut.
Nasiblah Emilia tu ada kecerdikan walau minimum je. Dia pun belilah apa yang dia nak makan bukannya Datin Arfah.
"Hmm... roti mana roti?" Soalnya dengan memegang tin susu pekat Cap Teko sejuknya itu. Setelah tin susu dia letakkan atas meja bulat ala-ala food court tersebut, dia menapak ke almari penyimpanan lauk pula. Menyengih sambil merenung tarikh luput pada roti bun yang ada tiga ketul itu lalu diangkatnya keluar.
Menghenyakkan punggung berlemakkan berat setan lorinya itu atas bangku yang tersimen sama dengan meja bulat. Simpulan plastik Roti Kedai Jahan dibuka.
Kemudian mata merenung pula ke dalam cawan yang sememangnya diisikan dengan kumpulan sudu, garfu dan pisau penyapu mentega. Pisau itu yang dicapai.
Roti yang pada asalnya ada enam ketul itu, dikoyak dari induknya lalu dibelah tengah-tengah. Setelah itu, tin susu diangkat dan dituangkan ke dalamnya.
Meleleh-leleh susu dituangnya lalu tin dia letakkan ke tepi, roti dibawakan ke mulut bergincu merah gelapnya itu. Mengunyah dan terasa sejuk tekak penangan cecair pekat manis sejuk tersebut.
"Aku kebulur ni pun kau lah punca pasal, Emi!!!" Bersembur-sembur hablur roti kunyahannya tatkala bercakap sambil makan.
Ada yang melantun lalu lekat di tepi tin susu. Terlihat seakan warna kekuningan mungkin bercampuran tahi giginya.
"Kau balik nanti, siap. Aku lumat-lumat kau macamana aku lumat roti ni!" Bentaknya lagi. Bersemburan lagi. Bila rasa tercekik. Kelam-kabut pula capai gelas dalam dulang dan botol air.
Diteguk rakus. Bergerak-gerak kerongkongnya. Kemudian tersendawa pula.
Erk...
"KLCC... klcc... klcc... Emi ingat... Emi ingat... ada dalam majalah... ada... ada dalam majalah... kan ... kan... kan... ini klcc kan... kan?" Soal Emilia teruja. Terlangut-langut dia ke atas untuk melihat bangunan tinggi itu, setelah kereta mereka parkir di kawasan berdekatan.
"Aha sayang. Ni adalah Klcc ... tadi tu Kl Tower. Kat dalam ni ada tempat beli bear. Nak beli 'beber' kat sini ke... atau pavilion je?" Milah sengaja menyoal sambil direnungi Pak Tapa.
"Sini... sini... sini... nak beli ... nak ... nak beber...nak beber..." Sahut Emilia terkelip-kelip mata. Terteleng-teleng dalam nak merenungi wajah Aunty Milah nya itu.
Milah dan Tapa sedikit pun tidak marah mahu pun malu. Bila orang yang lalu-lalang asyik terenung-renung tingkah Emilia yang di pandangan mereka, gadis dewasa.
Dengan baju jumpsuit pink tertanggal sebelah kancingnya. Tocang tanduk kerbau beriben merah. Memegang teddy bear terkeluar kapasnya.
"Terencat akal lah tu..." Bisik salah-seorang daripada netizen yang mengerumuni bahagian bawah bangunan berkembar pencakar langit itu.
"Ish! Kamu ni. Tak baik cakap macam itu. Itu anak syurga tau tak. Berbau haruman kasturi. Nampak je macam tu. Macam anak retis Zarina tu, tapi akal mereka kadang tu... melebihi dari kita yang normal ni tau tak!" Sanggah si rakan sambil matanya masih lagi pada Emilia dan kedua ibubapanya itu.
Si rakan yang mencemuh tadi hanya mencebirkan bibirnya. 'Ha... yelah... kamu jela yang betul Sue...' Hati membalas sebelum mereka berdua menapak pergi.
Emilia, Milah dan Pak Tapa masih berjalan perlahan-lahan menuju ke muka pintu bangunan. Pak Tapa ada bawa kamera jadi, dapatlah mereka mengabadikan kenangan mereka bertiga dalam kepingan potret berukuran 3r polaroid itu.
Pelbagai pose Emilia berikan. Pandai dia bergaya macam-macam. Milah dan Pak Tapa saling berpandangan dan tersenyum. Mereka benar-benar berasa bahagia.
"Malam ni dah nak hantar kan bang? Sedihnya Milah. Memanglah sekampung tapi bukan senang nak jumpa lagi. Tu pun, nasiblah abang jumpa dia kat kubur arwah Ali. Jika tidak, tak merasa jugak kita bang nak merayap macam ini dengan Emilia."
"Abang hantar esok petang. Pandailah abang pusing cerita. Malam ni tidur mana-mana hotel check in semalam esok balik kampung. Amacam nak tak? Bolehlah kita bawa Emi ke Icity. Tengok wayang tgv..." Pak Tapa memberi cadangan. Milah kembali beriak ceria.
"Boleh. Boleh." Laju saja Milah menyahutnya. Kini mereka sudah pun memasuki ke lobi bangunan Klcc. Ramai pengunjung di sebelah dalam berbanding di luar.
Emilia mengikuti sekali nyanyian yang sedang berkumandang dalam bangunan tersebut. Dengan kepala-kepalanya sekali ikut sama tergoyang-goyang. Milah tersenyum sahaja.
"Emi, jom kita singgah kat kafe tu. Ada aiskrim nak tak?" Pinta Pak Tapa saat mata terpanah pada kafe dessert dari negara Jepun itu.
"Ais... ais krim... ais... nak... nak ... nak..." Laju juga Emilia memberi jawapan dengan anggukan. Bergoyangan ikatan rambut bernama tocang tanduk kerbau serta dihiasi dengan riben merahnya itu.
"Jom. Jom, kita ke sana," ajak Pak Tapa. Lalu mereka bertiga jalan bersama-sama ke kafe, berlambangkan bendera negara matahari terbit itu.
Setelah sampai. Pak Tapa mengarahkan Milah agar membawa Emilia ke meja terceruk sedikit. Sengaja nak mencari privasi katanya.
Milah dan Emilia bergerak dan Pak Tapa pula ke arah kaunter tempahan. Di papan iklan jenis ais krim yang berada di belakang budak penjaga kaunter itu, terdapat banyak pilihan.
"Bagi uncle, tiga caramel strawberry vanila japanese choco ya..." Pak Tapa menempah. Dan budak pelayan mengangguk seraya menekan-nekan mesin order depannya itu.
"Anything else?" Tanyanya lagi dan Pak Tapa menggeleng. Tetapi dia sempat capai gula-gula kapas untuk dibayarkan sekali.
Sementara menanti tempahan siap. Mata Pak Tapa memerhati sekelilingnya yang kebanyakannya datang dengan keluarga.
Hanya dua tiga meja sahaja hadir berkelompok dan berpasangan. Memang terlihat meriah dalam kafe dessert ini. Kemudian dia beralih pandang ke meja yang menempatkan Milah dan Emilia. Rancak bersembang nampak gayanya mereka.
"Tapa?" Satu suara hadir menegurnya dari arah belakang. Pak Tapa berkalih badan ke sisi kanan. Seorang lelaki sedang merekahkan senyumannya.
"Tapa kan?" Ajunya sekali lagi dengan ibu jari terhala tepat. Pak Tapa mengangguk lalu mereka berdakapan seketika. Sambil menepuk-nepuk belakang. Berdepek-depek bunyinya.
"Kau apa khabar? Lama kan kita tak jumpa lepas kau berhenti sana. Apa kau buat sekarang Tapa? Ni, datang dengan Milah ke? Mana dianya?" Berdas-das peluru soalan keluar dari muncung mulut si teman yang tak ubah muncung pistol itu.
Dan jika dipandang lagi, iras muncung bibir Sunyo kawan kepada Nobita dalam kartun Doraemon pun ada!
Terangguk-angguk juga Tapa dalam nak menghadam satu per satu persoalan yang dikemukakan.
"Itulah. Memang lama pun. Aku sekarang buat bisnes nasi ayam je... kat kampung aku tu, Leh. Aha, tu hah Milah nya..." Jawab Pak Tapa dan kini muncung dia pula tak ubah seperti pistol terhala ke arah meja Milah dan Emilia.
Si rakan yang memandang berlapis dahi. Dua tiga kali pandang sama pula dengan kuih lapis.
"Bukan ke kau dengan isteri-isteri kau tak a..."
"Tak ada anak. Memang. Tu anak jiran aku. Emilia namanya. Dia anak istimewa..." Pak Tapa menyahut tanpa sempat si rakan menghabisi fragmen ayatnya.
Kali ini si rakan pula yang terangguk-angguk bak burung belatuk.
Share this novel