DIA 44

Romance Completed 131781

Tok tok tok…

Seseorang mengetuk pintu bilik Jannah. Perlahan-lahan Jannah membuka langkah ke arah pintu bilik kemudian membukanya. Jannah terkaku apabila melihat ayah berada dihadapannya.

“Jannah ayah minta maaf.” Ucapanya.

Jannah agak terkejut. Kenapa tiba-tiba dia yang mengungkapkan kata-kata itu?

“Ke—Kenapa ayah minta maaf pada Jann? Sepatutnya ayah minta maaf pada bondalah. Ayah bukan lukakan hati Jann, ayah lukakan hati bonda.” Katanya.

Ayah mengangguk faham. Memang betul apa yang Jannah katakan itu.

“Ayah minta maaf pada Jann sebab, Jann tak sepatutnya dengar pertengkaran antara ayah dengam bonda tadi. Ayah… Ayah tak faham dengan bonda kamu. Entah kenapa susah sangat dia nak terima Hanis tu padahal, Hanis memang dah jadi menantu dia.” Katanya.

Jannah mengangguk faham.

“Jadi… Sekarang ayah nak Jann buat apa?” Soal Jannah.

“Jann rasa patut ke kita… Ikut je kata bonda kamu tu?” soal ayah.

Jannah terkejut besar. Sampai melopong mulutnya.

“Tak—Takkanlah ayah nak… Ayah nak pisahkan Hazzar dengan Hanis? No ayah!” ujar Jannah.

“Kita ada jalan lain ke untuk buat bonda kamu tu berhenti cakap buruk, buat yang bukan-bukan lagi?” Soal ayah. Soalannya Jannah balas dejgan gelengan kepala dan keluhan.

“Tapi Jann tak sampai hati, yah. Hanis berusaha untuk pikat hati Hazzar, Jann pulak paksa dia untuk terus cuba dan sekarang… Jann nak suruh dia berhenti?” Ujar Jannah dengan nada bingung.

Ayah mengeluh.

“Kalau Jann tak nak takpe, ayah boleh buat sendiri. Okay?” Tanpa menerima balasan dari Jannah, ayah terus melangkah pergi. Terkebil-kebil mata Jannah melihat ayahnya.

“Biar betul? Kenaoa tiba-tiba pulak ayah nak ikut cakap bonda ni?” Soal Jannah hairan sambil menggaru kulit kepalanya.

Sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Hazzar dan Hanis. Seorang lelaki yang tersangatlah dikenali melangkah keluar dari perut kereta, siapa lagi kalau bukan Nazrul Ashraff. Nazrul melihat sekeliling, seperti biasa, kawasan tersebut memang sunyi pada waktu malam, jadi tidak hairanlah kalau ada perompak pecah masuk dan tak ada yang membantu.

Nazrul meleret senyuman senget kemudian mendekati pagar rumah. Dia melihat melalui celah-celah pagar tersebut dan senyuman semakin lebar apabila kereta Hazzar tiada di situ. Dia memandang ke arah atas…

“Takdelah tinggi mana.” Katanya lalu memanjat pagar tersebut semudah ABC.

Nazrul melangkah perlahan-lahan ke hadapan pintu dan baru di hendak menyentuh pintu, dia terhenti dan terfikir sesuatu.

“Takkan nak buat kejutan guna pintu depan? Rumah besar takkan takda pintu lain kan?” Katanya kemudian berundur dan mencari pintu masuk yang lain.

Nazrul berjalan ke belakang rumah dan mendapati pintu dapur terbuka luas, rezeki! Tanpa melengahkan masa lagi, Nazrul melangkah masuk ke dalam dengan berhati-hati. Tiada sesiapa di dapur, dia meneruskan langkahnya menuju ke arah ruang tamu. Pun sama tak ada orang.

Tangan Nazrul naik bercekak pinggang dan mengeluh.

“Mana si Hanis ni?” Soalnya kemudian mendekati soda dan denan selamba dia melabuhkan punggung di atasnya. Dia mendepakan tangannya dengan seluas-luasnya.

“Abang?” panggil Hanis dengan nada hairan, hairan melihat lelaki di ruang tamu.

Nazrul yang mendengar suara Hanis terus meleret senyuman syaitan. Panggilan Hanis dia biarkan, biar Hanis menganggapnya sebagai 'Hazzar' untuk beberapa saat.

“Bukan tadi abang keluar ke? Tiba-tiba dah ada dekat dalam rumah dan… Rasanya tadi abang pakai baju warna… Lain.” Ujarnya takut-takut.

Nazrul bangun dan Hanis terus membulatkan matanya walaupun belum melihat wajah Nazrul. Hanya dri memandang belakang tubuh sahaja, dia tahu itu bukan Hazzar. Nazrul menoleh ke arah Hanis bersama dengan senyuman ngerinya.

“Na—Nazru?!” Soalnya dengan nada hairan dan tinggi. Hanis kaku seketika.

“Surprise sayang.” Ucap Nazrul. Ringan je mulutnya untuk mengeluarkan perkataan 'sayang' itu.

“Ma—Macam mana awak boleh masuk dalam rumah saya?” soal Hanis bingung. Sudahlah Hazzar tiada di rumah.

Nazrul tergelak kecil, macam syaitan.

“Sayang ji kan… Dah kalau pintu dapur terbuka luas, sesiapa je boleh masuk. Pintu pagar, apa susah panjat je kan sayang? Senangkan sayang?” Balasnya kemudian mula melangkah mendekati Hanis.

“Jangan dekat!” Arah Hanis.

Nazrul meleret senyuman nakal dan menggeleng kepala perlahan.

Hazzar sudah separuh mabuk. Kepalanya bergoyang-goyang mengikut rentak muzik yang dimainkan. Hazzar membuka matanya dan melihat sekeliling. Seorang lelaki mendekatinya.

“Wei Hazz? Aku rasa kau patut baliklah. Kau dah mabuk ni, dah lah Ikram baru meninggal, boleh-boleh kau lepak dekat kelab?” Ujar Mark.

“Kau sibuklah!” marah Hazzar.

“Woo! Releks lah… janganlah terus nak naik hantu. Kau tak risau ke tinggalkan Hanis sorang-sorang dekat rumah. Tak takut ke ada perompak datang ke, lepastu nak rogol dia. Tak rakut ke bro?” Soal Mark dengan nada risau.

Hazzar merengus.

“Itu bini aku, kau risau apahal!? Lagi satu, kalau bab rogol tu kau je kut yang nak dekat dia. Takde sesiapa pun yang nak dekat perempuan macam dia. Tapi aku rasalah, baik kau cari perempuan lain. Tak payahlah nak dekat si Hanis tu. Tak berbaloi!” Ujarnya.

“Kau cakap macam ni mesti sebab… Kau tak nak hilang dia kan? Kau dah mula sayang dia kan? Kan?” Sakat Mark.

Hazzar merengus lagi. Tapi kali ini lebih kuat.

“Kau ni memang nak mati awal. Dah lah! Kau nak sangat aku balik kan, okay aku balik? Tapiiii... Semua ni kau bayar okay? Bye!” Katanya kemudian berjalan keluar dengan terhoyong-hayang.

Mark menggeleng perlahan.

“Jangan je sekejap lagi kau accident pulak Hazz oi. Ni aku jugak nak bayar, dia tang melantak aku yang bayar. Entah siapa yang ajar dia ni. Haishh!” Rungut Mark.

Nazrul mendekati Hanis kemudian mencengkam tangannya dan mengunci Hanis pada dinding. Hanis seolah-olah kaku, dia langsung tidak bergerak atau meronta. Dia hanya memandang wajah Nazrul dengan bingung.

“A—Awak nak apa sebenarnya ni hahh!? Lepaskan saya Naz!” marah Hanis.

Nazrul menggeleng kepalanya bersama dengan senyuman sengetnya.

“Saya takkan lepaskan awak kali ini Hanis. Saya cintakan awak, sangat-sangat cintakan awak. Dan saya tahu, awak pun masih sayangkan saya dan mengharap kita kembali macam dulu kan sayang?” Katanya dengan nada lembut.

“Apa awak merepek ni hahh!? Jangan panggil saya sayang boleh tak!? Kita dah tak ada apa-apa hubungan, awak suami Syaza dan saya isteri Hazzar. Cinta saya, sayang saya untuk awak dah lapuk Nazrul. Saya tak pernah mengharapkan awak kembali sebaliknya- “

Tiba-tiba Nazrul mencelah.

“Sebaliknya mengharapkan kita kembali bersatu?” Celah Nazrul.

Hanis menggeleng kepala.

“Sebaliknya, saya mengharapkan awak bahagia dengan Syaza, awak dapat bahagiakan dia sepertimana awak bahagiakan saya dulu dan awak jugak… Bahagia dengan perkahwinan awak dan dia. Itu yang saya harapkan Naz. Awak sendiri yang cakap yang Syaza tu pilihan yang tepat.” Kata Hanis.

Kali ini giliran Nazrul menggelengkan kepalanya.

“Saya silap. Syaza bukan pilihan yang tepat. Saya tak bahagia bersama dengan dia. Saya rindukan awak. Saya silap kerana pilih Syaza sebagai teman hidup. Saya tidak bahagia dan awak menderita Hanis.”

Hanis mengerutkan dahi.

“Kenapa pulak saya menderita?” soal Hanis.

“Hazzar pukul awak, dera awak. Saya tak sanggup nak tengok awak kena pukul lagi. Saya nak awak ikut saya. Kita mulakan hidup baru bersama. Buang yang keruh ambil yang jernih.” Nazrul senyum.

Walaupun ini hanya rancangannya bersama Kasih dan Kamal, tapi kata-kata ini ikhlas keluar dari hatinya. Dia mahukan Hanis kembali. Dia sayangkan Hanis. Di sedar.

“Awak gila ke Naz!? Saya isteri orang. Sama macam awak. Awak dah ada isteri. Jangan luoa itu Naz.” Kata Hanis.

Nazrul tertawa kecil.

“Saya dah ceraikan Syaza. Hanya untuk kembali bersama dengan awak.” Katanya dengan wajah selamba.

“Awak… Awak gila! Awak sanggup ceraikan Syaza hanya untuk dapatkan saya yang awak sendiri tahu, saya takkan kembali pada awak. Awak dah lukakan saya, awak buang saya macam sampah sekarang awak nak kutip saya balik. Seolah-olah awak jilat balik apa yang awak dah ludah keluar!” Marah Janis.

Tangan Nazrul naik membelai rambut Hanis dan Hanis menepis tangannya dari terus membelai kepala Hanis.

“Awak cakaplah apa yang awak nak, saya tetap nakkan awak. Awak tetap yang saya cinta, Hanis Adawiyah.” Ucap Nazrul.

“No! Awak takkan dapat saya sampai bila-bila. Awak kata awak akam dapat apa yang awak nak, tapi awak tak dapat. Awak cari kebahagiaan dengan Syaza tapi tak jumpa apatah lagi saya. Saya… Cintakan Hazzar Iskandar. Bukan awak.”

Nazrul menggeleng perlahan.

“Jangan tipu saya Hanis. Awak tak cintakan dia. Dia pukul awak, marah awak, itu awak kata awak sayang dia. Hahh!?” Soal Nazrul dengan nada tidak berpuas hati.

Hanis menggenggam baju Nazrul kemudian ditolaknya Nazrul dengan kuat. Nazrul tidak melangkah mendekatinya lagi.

“Dia marah, sebab saya yang salah. Dia pukul saya? Dia tak pernah sentuh saya, dia tak pernah jentik saya. Macam mana awak boleh cakap dia pukul saya? Sedangkan saya selesa hidup dengan dia.” Katanya dengan nada perlahan.

“Saya tak percaya. Awak tak perlu tanya saya darimana saya tahu pasal ni. Hanis… Ikut saya jom. Kita akan bahagia bersama. Mari.” Ajaknya.

“Saya ada suami! Saya tak boleh ikut awak dan saya tak nak ikut awak Nazrul!” Kedengaran Nazrul merengus kuat.

Bebola mata Nazrul naik memandang wajah Hanis. Kakinya melangkah dengan pantas kemudian mencengkam leher Hanis. Hanis mula meronta-ronta minta dilepaskan.

“Apa yang awak buat ni Naz? Awak sakitkan saya!” Ujar Hanis terputus-putus.

Nazrul seolah-olah tersedar dan terus melepaskan cengkamannya pada leher Hanis. Hanis terduduk sambil memegang lehernya yang tersangatlah sakit. Nazrul mencangkung seolah-olah gelabah dengan apa yang dia telah lakukan pada Hanis.

“Hanis saya minta maaf. Sumpah saya tak sengaja.” Katanya.

Srettt…

Hazzar masuk ke dalam rumah dan melihat apa yang sedang terjadi. Membulat matanya melihat keadaan Hanis dan Nazrul. Nazrul menoleh dan terus bangun dengan perlahan-lahan. Senyuman senget diukir. Dia menoleh ke arah Hanis dan kembali memandang Hazzar dengan wajah yang… Wajah sinis, menyakitkan hati dan boleh membuatkan orang berfikir yang bukan-bukan terhadapnya.

“Kau buat apa dengan bini aku!?” Jerit Hazzar.

Hania yang mendengarnya terus menoleh ke arah Hazzar. Dia bangun dengan wajah terkejut.

“Bini kau? Dia bukan bini kau. Dia kesayangan aku dan bakal menjadi bekas isteri engkau!” Balas Nazrul dengan nada nada sinis.

“Naz!” Marah Hanis.

Hazzar melangkah mendekati mereka berdua dengan wajah serius. Jarak di antaranya dengan Nazrul memang dekat. Nazrul tergelak sedikit apabila terhidu bau arak.

“Hanis… Jantan kaki botol macam ni awak terima jadi laki? Hahahah!” Kata-kata Nazrul Hazzar abaikan. Dia buat tak tahu.

“Kau jangan mimpi nak dapatkan bini aku. Kau takkan dapat dia. Aku takkan sesekali lepaskan dia.” Ujar Nazrul.

“Kalau aku kata aku nak, aku akan dapatkan. Tak kira apa jua halangan. Demi Hanis.” Katanya angkuh.

Hazzar mendecit kemudian terus menolak badan Nazrul dan terus menumbuknya. Hanis cuba meleraikannya tetapi ditolak oleh Hazzar. Nazrul bangkit kemudian kembali menumbuk Hazzar kemudian pergi mendapatkan Hanis.

“Hanis awak okay? Apa kau buat ni hahh!?” Nazrul menoleh ke arah Hazzar yang sudah terduduk.

Hazzar tidak membalas sebaliknya hanya memandang mereka berdua.

“Hanis, macam ni awak cakap sayang? Baik awak ikut saya jelah “ Ujar Nazrul. Hanis tidak membalas sebaliknya memandang Hazzar.

“Ke—Kenapa kau nak sangat dekat bini aku hahh!?” Soal Hazzar.

“Sebab… Kau sakitkan dia. Aku tak boleh tengok orang yang aku sayang disakiti tanpa sebab. Kau pukul dia masa kau mabuk, kau abaikan dia.” Balas Nazrul.

“Huh… Apa bezanya aku dengan kau? Kau buang dia, kau sakitkan hati dia. Aku pukul dia pun aku sakitkan dia. Jadi tak ada beza dengan kau. Aku nak kau blah. Keluar dari rumah aku. Tinggalkan aku dengan dia.” Arah Hazzar.

Nazrul ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

“Aku takkan keluar dari sini seorang diri. Aku akan keluar, kalau Hanis, ikut sama.” Katanya.

Dada Hazzar berombak kencang macam nak meletup.

“Apa yang kau sayangkan si Hanis ni sampai kau nak rampas dia dari aku. Kutip dia balik padahal kau dah buang dia, kenapa? Apa yang istimewanya Hanis ni hahh!?” Marah Hazzar.

“Sebab dia cukup sempurna! Tapi kasihan, kesempurnaan dia diabaikan oleh jantan tak guna macam kau. Kasihan kan. Wanita sesempurna dia, disakiti dan bukan disanjungi. Kau memang tak reti bersyukur, dia tahan dengan kau tapi kau masih bencikan dia.” Katanya.

“Habis awak macam mana? Awak hargai saya ke? Awak sakitkan hati saya dan sekarang awak hancurkan hati Syaza. Awak patut sanjungi dia bukannya saya. Balik pada dia, tinggalkan saya. Saya tak perlukan awak dalam hidup saya.” Kata Hanis kemudian bangun perlahan-lahan dan mendekati Hazzar.

Nazrul terdiam dan hanya melihat Hanis.

“Awak… Takkan menyesal ke?” Soal Nazrul sambil memandang Hanis dengan pandangan tidak percaya.

“Menyesal tak ikut awak? Saya lagi menyesal kalau tinggalkan SUAMI saya.” Perkataan SUAMI itu ditekankan.

Hazzar angkat muka memandang Hanis. Betul ke apa yang aku dengar?

“Kau tak payahlah nak jadi isteri misali sangat! Kalau kau sayangkan dia, cintakan dia, kau boleh pergi. Aku izinkan… Kau tinggalkan aku.” Ujar Hazzar dengan nada mendatar.

Hanis terdiam. Nazrul terus mendekati Hanis dan menarik tangannya. Hazzar sekadar memandang mereka berdua. Hanis menarik kembali tangan Nazrul dan apabila Nazrul menoleh, laju tangannya menampar pipi Nazrul. Nazrul kaku dan perlahan-lahan menoleh ke arah Hanis.

Hanis menarik tangannya sehinggalah Nazrul melepaskan tangannya. Hanis memandang wajah Nazrul dan memandang Hazzar dan kembali memandang wajah Nazrul.

“Biarpun Hazzar benarkan saya untuk ikut awak ataupun… Ceraikan saya, jawapan saya tetap sama Naz. Saya nak hidup dengan Hazzar Iskandar, suami saya yang sah! Saya cintakan dia walaupun dia tak cintakan saya dan saya tak pernah berhenti untuk sayangkan dia dan jauhi awak. Saya… Isteri dia, bukan awak.”

Kata-kata Hanis membuatkan Hazzar dan Nazrul terdiam. Mereka tidak berkata apa-apa.

“Tolong saya merayu pada awak. Balik, biar saya bahagia dengan rumah tangga saya. Pergi, pergi cari kebahagiaan awak Naz. Tolong terima kenyataan yang awak dan saya tidak ditakdirkan untuk bersama. Pergi… Tolong.” Sambungnya lagi.

Nazrul berpaling seketika ke belakang untuk mengesat air matanya dan kembali memandangnya. Nazrul mengangguk-angguk.

“Okay saya akan pergi, tapi awak kena ingat satu benda. Saya sentiasa ada untuk awak dan… Saya takkan pernah berhenti untuk mencintai awak dan berusaha buat awak kembali ke pangkuan saya.” Ujar Nazrul sebelum melangkah pergi meninggalkan Hanis dan Hazzar di rumah mereka.

Hanis mengeluh dan terduduk seketika. Hazzar mendecit.

“Aku dah cakap ikut dia! Tapi kau degil nak jugak tinggal dengan aku, lepastu kau… Jadi macam tu. Huhh! Kata-kata kau tu cuma untuk… Cuma untuk buat dia pergi je kan?” Soal Hazzar sambil menahan air matanya.

Hanis bangun dan duduk di hadapan Hazzar.

“Kenapa abang cakap macam tu? Mana abang tahu Hanis cakap semua tu cuma untuk buat Nazrul pergi? Hanis cakap berdasarkan apa yang hati Hanis kata. Hanis cintakan abang. Macam yang Hanis pernah cakap, selagi Hanis bergelar isteri abang, Hanis takkan berhenti mencintai abang.” Balasnya.

Mereka saling bertentangan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience