26

Short Story Completed 49967

"Farish, saya rasa macam betul je alamat ni. Jalan terus je saya rasa." Ucapku sambil melihat aplikasi Waze di telefon pintar.

"Are you sure ?" Soal Farish Mikael kepadaku dengan dahi berkerut manakala matanya fokus di hadapan dan tangannya erat memegang stereng kereta.

"Haaa itu. Nampak tak yang tengah berdiri bawah pokok mangga tu." Tunjukku dengan penuh semangat ke arah perempuan yang mengenakan baju gaun berwarna hijau tua itu dari jauh.

Farish memberhentikan keretanya di bahu jalan. Kemudian, dia memandang ke arahku semula.

Kini kami berdua berada dekat dengannya. Dia tersenyum ke arah kami malu-malu. Aku terus keluar dari kereta untuk menyapanya agar keadaan reda menjadi tidak kekok nanti. Aku terpaksa meramahkan diri aku. Aku menegur kak yang bernama Siti Fatimah itu dengan mesra.

"Assalamualaikum kak, ayuh. Nanti lambat lewat pula sampai ucapku seraya membuka pintu duduk di hadapan untuknya. Farish Mikael lihat sahaja dari dalam kereta terdiam bisu.

Kak Siti Fatimah tersenyum ke arahku seraya terus masuk ke dalam kereta tanpa banyak bunyi lagi.

Usai sahaja gadis kacukan siam itu masuk ke dalam kereta, aku terus menutup pintu. Aku akui muka Farish Mikael seakan kekok serta merenung tajam ke arah ku. Kenapa bukan aku yang duduk di hadapan? Saja, aku saja biarkan mereta 'sweet-sweet' di hadapan. Sumpah terasa sakit dan sebak namun aku buang perasaan ini jauh-jauh.

Aku terus membuka pintu belakang dan melabuhkan punggung. Aku tersenyum sahaja walaupun mata sudah berkaca. Nasib baik cuaca malam ini gelap gelita.

"Farish, cepat lah... Nanti lambat pula." Ucapku dengan nada ceria dibuat-buat.

Farish terdiam dari tadi lalu dia ikut sahaja arahan ku tanpa banyak bunyi lagi.

'Sakitnya Ya Allah...' Sebutku dalam hati yang terluka parah namun tidak berdarah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience