BAB 41

Humor Completed 78146

"KENAPA sayang tinggalkan abang?"Adam himpit belakang Aisyah yang tidur membelakanginya.

Aisyah yang baru nak lelapkan mata,terjaga semula.

"Kenapa abang datang sini.Balik lah abang.Aisyah tak layak untuk abang."Aisyah sebak.Dia pasti Adam akan datang mencarinya.Cubaan berkomplot dengan umi dan Najiha tidak menjadi rupanya.

Senang saja Adam masuk ke dalam rumah.Abi yang bagi kunci rumah.Patut lah.

"Sayang tahu tak abang tak boleh hidup tanpa sayang.Abang tak akan pergi dari sini.Abang tak akan tinggalkan sayang."makin dirapatkan tubuhnya ke belakang Aisyah.

"Tolonglah dengar cakap mummy.Mummy sayangkan abang.Dia nak abang bahagia.Pergilah abang,Aisyah tak nak abang dengan mummy bermasam muka.Mummy baru saja pulih.Ikut saja lah apa yang dia nak.Asalkan dia gembira.Isteri boleh dicari ganti tetapi ibu tiada ganti."Dalam hati Aisyah dah menangis.Terluka.

Aisyah nak bangun duduk sebenarnya tetapi kepala rasa berpusing semacam.Bila baring macam ni lagi mudah Adam ambil kesempatan.

"Cakaplah macam mana pun,abang tetap pilih sayang.Isteri abang adalah bidadari syurga abang.Hanya Aisyah isteri abang sampai hujung nyawa ini.Abang sayangkan Aisyah.Abang cintakan Aisyah."

Kedengaran esakan kecil Adam.Tak dapat dia bayangkan andai perpisahan adalah titik akhir hubungan mereka.

"Kalau abang betul sayangkan Aisyah.Lepaskan Aisyah pergi dari hidup abang."

Aisyah cuba untuk bangun tetapi kepala dia makin berat.

"Abang tak akan benarkan sayang pergi dari hidup abang."Adam ketatkan pelukan.Tidak dipedulikan akan Aisyah yang asyik menepis tangan dia.Tak kuat mana pun Aisyah tepis.Macam tak ada tenaga saja lagak nya.

Aisyah dah tak boleh tahan.Mulut ditekup dengan tapak tangan.Kang ada yang kena muntah.Pantas Aisyah cepat-cepat berlari masuk ke bilik air.Memuntahkan segala isi perut.Tadi siang dah berapa kali sesi keluar masuk bilik air.Sampai tak ada isi nak dikeluarkan dah.

Adam panik.Aisyah tak sihat rupanya.Kesian isteri abang.Tapi badan tak panas pun masa dia peluk Aisyah.Aisyah sakit apa sebenarnya.Tertanya juga Adam.

Digosok perlahan belakang Aisyah.Nampak pucat dan lesu saja wajah Aisyah.

"Sayang kenapa ni?Sayang sakit ker?Jom abang bawa pergi hospital."katanya cemas bercampur risau.

"Dah pergi petang tadi."jawab Aisyah lemah.Sambil Adam dudukkan Aisyah kembali ke atas katil.Kepala Aisyah disandarkan pada kepala katil.

"Doktor cakap apa?"Adam mula menyoal.Dia dapat rasa kan sesuatu dari Aisyah.Tengok muka Aisyah pun dah pucat semacam.

"Pening biasa saja."Aisyah sedikit gelabah.Baik jangan cakap banyak.Nanti Adam soal banyak hingga tak terjawab.

Adam pandang tepat ke anak mata Aisyah.

"Sayang mengandung?"teka Adam dengan mata bersinar.

"Mana ada."laju Aisyah pangkah.Aisyah pandang arah lain.Takut terlepas cakap.

"Abang rasa sayang mengandung. Alhamdulillah.Saat ini yang abang tunggu sangat."katanya gembira sambil memeluk dan mencium dahi serta pipi Aisyah bertalu-talu.

"Abang jangan merepek boleh tak.Aisyah tak mengandung.Abang pergilah balik.Kesian mummy."dalih Aisyah.

"Sayang jangan nak alih topik.Abang tahu sayang mengandung kan.Abang tak akan pergi tinggalkan sayang."Terus diletakkan tapak tangan di atas perut Aisyah.Aisyah gementar.Takut rahsianya pecah.

"Tak.Saya tak mengandung.Abang baliklah."

"Abang tak akan pergi.Abang nak tinggal di sini dengan isteri abang.Tak kira lah sayang mengandung atau tak.Abang tetap kat sini.Tapi abang dapat rasa kan yang sayang mengandung."ujarnya bersungguh seyakin nya.

"Ikut suka abang lah..Aisyah nak tidur."

Malas dah Aisyah nak bertekak dengan Adam.Lagipun dah tengah malam.Terus dia rebahkan kepala di atas bantal.Pening di kepala masih terasa.Adam pula berdegil nak tinggal di sini.Aisyah dah tak boleh fikir.Biar peningnya hilang dulu baru dia bincang elok-elok dengan Adam.

Adam usap perlahan perut Aisyah.Mengharap kehadiran nyawa kecil di situ.Adam tersenyum lega dalam kesamaran cahaya lampu bilik.Dia yakin sangat yang Aisyah mengandung.

Awal Subuh Adam terus bangun mengerjakan solat berjemaah bersama Aisyah.Aisyah masih begitu kelihatan tidak bermaya.

"Aisyah,jangan lupa makan vitamin yang doktor bagi semalam.Baik untuk kandungan."pesan Mak cik Limah.

Adam yang sedang makan sarapan di meja terdengar perbualan antara Mak cik Limah dah Aisyah di sebalik dinding dapur.

"Ya mak cik nanti Aisyah makan."Aisyah cakap perlahan sambil mata sibuk memerhati keliling takut Adam dengar.

Tak silap lagi Aisyah mengandung.Betul sangkaannya.Dia senyum sendiri.Rancangannya menjadi.Cepat dan tepat pada masa pula tu.Rasa macam nak jerit kuat bersorak kegembiraan.Nak bagitahu satu dunia yang dia bakal bergelar bapa.

Aisyah kembali ke meja makan.Nampak pucat sungguh muka.Ikut hati nak saja dia tarik Aisyah dan peluk.Tapi disabarkan hati.

Sesuap dua saja Aisyah makan.Sudu diletakkan kembali.Bila tengok Adam yang berselera makan Aisyah jadi terliur.Pada hal dia makan makanan yang sama dengan Adam.Bihun goreng.Nak minta pada Adam dia malu.

Adam berhenti menyuap.Perasan Aisyah asyik pandang ke pinggannya.Disudukan bihun goreng dan suakan pada mulut Aisyah.

Terus kecur air liur Aisyah.Tak tunggu lama Aisyah buka mulut menikmati suapan dari Adam.Sesuap dan sesuap hingga lah habis sepinggan.
Amboi baby belum apa-apa lagi dah pandai nak bermanja dengan ayah.Aisyah usap kecil perutnya yang masih kempis.Kenyang sudah bila disuap dengan penuh kasih sayang.Adam perasan Aisyah letak tangan atas perut.Dia yakin seratus peratus yang Aisyah mengandung.

Pinn!Pinn!

Kedengaran hon di luar rumah.Aisyah dan Adam berpandangan.Siapa yang datang seawal pagi.Mereka berdua bangun serentak membuka pintu.Terkejut Aisyah bila Datin Mazni terus meluru dan memeluk Aisyah.

"Maafkan mummy."Aisyah pandang Adam dan baba silih ganti.Mereka mengangguk kepala sambil tersenyum.

"Mummy yang salah.Mummy ego.Maafkan mummy.Mummy dah lama jatuh sayang pada Aisyah tapi mummy malu nak cakap."luah Datin Mazni sambil menangis kegembiraan.Bertalu pipi Aisyah diciumnya.Adam dan baba yang melihat sudah mengucap syukur.

Selepas Adam pergi semalam,Datin Mazni dan Dato Rais turut menyusul.Mereka sampai lewat setengah jam saja dari Adam.Semalam mereka bermalam di rumah Pak Ngah Daud.

Senang hati pak ngah Daud sekeluarga menerima tetamu yang tidak di undang lewat malam.Tak sangka tetamu mereka membawa hajat besar.Besar hati mereka menerima pengucapan maaf dari Dato Rais suami isteri.Tiada apa yang perlu mereka ragu lagi.Datin Mazni sudah menerima Aisyah dengan seikhlas hati sebagai menantu.

Mereka sekeluarga sudah boleh tersenyum lega.Datin Mazni sudah boleh menerima Aisyah sebagai menantu dia.

"Datin,saya yang patut minta maaf."kata Aisyah.

"Jangan panggil mummy macam tu.Bila Aisyah panggil macam tu mummy rasa bersalah sangat.Aisyah tak salah apa pun.Mummy yang buta mata.Buta hati.Mumny dah sedar.Mummy sayangkan Aisyah.Maafkan mummy Aisyah,Adam."sekali lagi Aisyah ditarik kedalam pelukan ibu mertuanya.Kini baru Aisyah tersenyum bahagia.

"Mummy terima kasih sebab terima Aisyah.Aisyah terharu sangat."Aisyah cium tangan ibu mertuanya.Dah lama dia teringin nak buat begitu.Datin Mazni menyambut tangan Aisyah dan mengenggam erat.Mereka sama-sama tersenyum bahagia.

"Aisyah tak sihat ker.Kenapa muka pucat sangat ni.Aisyah sakit ker Adam?"Datin Mazni perasan muka Aisyah nampak tidak bermaya.

Giliran Adam pula tarik Aisyah masuk dalam pelukan.Malu Aisyah pada mummy dan baba.Adam ni tak segan tunjukkan rasa kasih dan cintanya pada Aisyah.

"Sebenarnya Adam nak bagitahu mummy dengan baba.Tak lama keluarga kita akan dapat ahli keluarga baru."Adam usap lembut perut Aisyah.Aisyah jadi malu.Adam ni saja kan.

"Maksud Adam,Aisyah mengandung?"baba pula yang tak sabar.Gembira dengan berita yang baru diterima.

Adam angguk laju.

"Ya mummy dan baba akan dapat cucu tak lama lagi."kata Adam penuh kegembiraan berlipat kali ganda.

"Syukur."ucap mummy dan baba serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience