"Dah seminggu pemergian arwah Makngah, kan bu?" ujar Saraa kepada ibu sambil menghirup kopi yang dihidangkan di atas meja.
"Ha'ah. Sekejap je masa berlalu," jawab ibu sayu.
Wajah arwah Makngah bermain-main di kotak memorinya. Meski pun arwah iparnya itu sering melayan mereka tiga beranak dengan kasar, namun dia tidak pernah menyimpan sebarang dendam terhadapnya.
"Korang buat ape ni?" tanya Maklang yang tiba-tiba muncul di muka pintu dapur.
"Menjahit," sinis Saraa dengan nada suara yang kecil. Dia masih tidak dapat melupakan perkara yang telah berlaku seminggu yang lalu.
Ibu yang mendengar suara kecil Saraa terus menjeling dan memberi isyarat supaya dia memdiamkan diri namun isyarat tersebut diendahkan begitu sahaja oleh anak perempuannya.
"Sarapan, Lang. Jemputla minum sekali. Mihun goreng pun ada ni. Saraa ambilkan pinggan untuk Maklang," jawab ibu sambil menjemput Maklang untuk bersarapan bersama.
Saraa hanya menuruti arahan ibunya walaupun tanpa rela.
"Eh tak apala. Aku dah sarapan tadi. Kenyang lagi ni," kata Maklang tanpa intonasi.
"Ish," keluh Saraa dengan sengaja apabila mendengar kata-kata Maklang nya itu.
Maklang menjeling anak buahnya yang seorang itu dengan tajam.
"Ah mana pengukus Angah yg dia beli dulu tu? Aku nak guna. Keluarga Karim nak datang tengah hari nanti" katanya lagi.
Ayah yang baru tiba di meja makan menyampuk ,"Eh keluarga Karim nak datang ke?".
Soalan itu hanya dibiarkan tanpa jawapan oleh Maklang.
Ibu mengambil pengukus milik Makngah yang disimpannya dan diberikan kepada Maklang.
" Nah,".
Maklang merampas pengukus tersebut dan terus berlalu pergi.
"Saraa lepas ni kemas rumah,ya," arah ayah kepada Saraa.
"Eh why?" tanya Saraa dengan sengaja.
"Manala tau pakcik Karim kau nak naik melawat kita,"
"Nak ke dia?"
"Kemas je la. Nak ke tak nak belakang cerita,"
"Hmm okey,"
"Abang tak payah nak beria sangat tau. Nanti takut kalau dia tak nak naik, abang jugak yang kecewa," pesan ibu kepada ayah.
Ayah hanya mengukir senyum. Hambar.
"Takpela. Kita sediakan payung sebelum hujan je. Dahla abang nak makan mihun goreng," kata ayah.
Tanpa banyak soal ibu terus menghidangkan mihun goreng kepada ayah.
Bip! Bip! Bunyi yang menandakan mesej masuk.
'Korang tengah buat apa tu?'
'Makan. Kenapa?'
'Oh. Takde. Ayah aku nak mintak tolong ayah kau. Nak buat reban ayam. Reban ayam ayah aku roboh semalam. Habis semua ayam berkeliaran.'
'Hahaha lucula. Okeyla nanti aku inform kat ayah aku.'
'Ehehe okayy thank youu'
"Ayah, pakcik Mail nak mintak tolong buatkan reban ayam untuk dia. Reban ayam dia roboh semalam," ujar Saraa kepada ayah.
"Mana Saraa tahu?" tanya ayah.
"Adam mesej," jawabnya ringkas.
"Oh lepasni la ayah pergi rumah dia. Biar ayah habiskan mihun ni dulu,"
"Baikla,"
...
Setelah selesai mengemas rumah, Saraa baring di sofa ruang tamu sambil menghabiskan masanya bermain media sosial di telefon.
"Dah habis mengemas?" tanya ibu.
"Dah," jawabnya tanpa memandang wajah ibu.
Ibu duduk di sofa yang bertentangan dengan sofa Saraa berbaring. Ibu menghidupkan televisyen dan menonton rancangan kegemarannya.
Tidak lama kemudian...
Vroom! Vroom!
"Hah tu pakcik Karim kot," ibu segera memghampiri tingkap untuk melihat kenderaan yang parkir di hadapan rumah.
"Oh," jawab Saraa kurang berminat.
"Saraa cuba-cubala berbaik dengan mereka semua. Tak rugi pun kan?" pesan ibu setelah melihat Saraa yang kurang berminat untuk bertegur sapa dengan ahli keluarga sendiri. "Eh? Berbaik? Kenapa nak berbaik? Memang dah baik pun kan? Mana ada kita bermasam muka kan?" tanya Saraa selamba. Ibu hanya menggeleng kepala dengan perangai anaknya itu.
"Dhla ibu nak masuk bilik, nak berehat. Nanti kalau diorang naik, panggil ibu tau," Saraa mengangguk. Saraa meneruskan aktivitinya bermain media sosial.
...
Sudah pukul 5.30 petang. Ayah baru pulang dari rumah pakcik Mail. "Adake pakcik Karim datang tadi?" tanya ayah. "Ada. Tapi dia tak naikla. Dia kat rumah bawah je. Khusyuk sangat bersembang dengan Maklang kot," jawab Saraa sambil melihat rancangan kartun di televisyen.
"Dah balik?"
"Dah. Baru je tadi,"
"Oh takpela. Kita ni tak penting kot haha," kata ayah sambil tertawa yang dibuat-buat.
Tersentak dengan kata-kata tersebut, Saraa terus melihat wajah ayahnya. Suram. Saraa menggenggam tangannya. Geram. Rasa sakit hatinya terhadap ahli keluarganya kini semakin bertambah.
"Mana ibu?" tanya ayah lagi.
"Ada kat dapur. Tengah masak untuk makan malam," jawab Saraa.
" Oh ya sebelum terlupa. Esok Adam kata Adam nak ajak Saraa pergi kat pekan. Nanti ayah hantarkan kat pekan," kata ayah sebelum berlalu ke dapur.
Saraa terus membuka aplikasi Whatsapp dalam telefon bimbitnya dan menghantar mesej di group yang dianggotai oleh Areena, Shazrin, Syafiqa dan dirinya sendiri.
'Guys, esok jom pergi pekan'
'Onz' - Areena
'Pukul berapa?' - Syafiqa
'Kenapa mengejut ni?' - Shazrin
'Takdela. Esok aku teman Adam pergi pekan. So alang-alangla nak jumpa korang sekali lepastu. Dalam tengahari camtu la. Kita jumpa kat cafe biasa'
'Okey' - Areena
Saraa menutup aplikasi Whatsapp dan terus pergi ka dapur untuk membantu ibunya memasak.
Share this novel