Chapter 7

Family Completed 22837

Bab 7

Memandangku sebelum lempar segaris senyuman nipis. “Along nak jugak masuk ke dunia Jiya. I wanna see how your world looks like. Cantik ke? Sedih ke? Happy ke? Along nak tahu.”

Sekali pun aku tak teringin nak masuk dunia dia dan kami memang tak rapat walau seibu dan sebapa. Aku jarang nak dekat dengan dia. Hanya tengok dari jauh. Aku akui aku memang bina tembok untuk pisahkan diri aku dengan keluarga diri sendiri. Bagi aku, aku dengan mereka terlalu berbeza. Tiada apa yang serupa. Mama, abah, Along, Lut dan Daniel bukannya sama sepertiku.

Jari-jemari Along ketuk papan pemuka meja. Dia buka album gambar yang aku beli tiga tahun lepas. Dia geleng kepala.

“Kosong,” gumamnya sendiri.

Satu lagi album gambar warna purple yang aku beli tahun lepas dia tarik dan buka. “Kosong.” Album gambar itu dia tutup kembali.

Along labuhkan punggung di atas stool. Pandangan kami berlaga. Air liurku terasa berpasir tiba-tiba. Renungannya buat jantungku berdetak laju. Mata itu memandang tajam seolah-olah ingin membunuhku. Aku kerling siling warna putih sebelum kembali memandang dia.

Sungguh aku jadi tak tentu arah apabila dia memandangku. Rasa kekok nak berhadapan dengan abang sendiri meskipun tinggal serumah.

“Kosong. Semuanya kosong. Dunia Jiya tak ada apa-apa.”

Dia ingat dunia aku penuh dengan warna-warni eh?

“You’re a lonely girl.”

Kata-kata yang dituturkan lembut tapi buat telinga aku bernanah.

Tubuhku mengeras. Jadi tak keruan apabila mendengar ayat Along. Ikutkan hati, mahu saja aku baling barang ke mukanya tapi… hati dengan akal tak sehaluan.

Bukan betul ke apa yang Along cakap tu?

Dan bukan aku tak kisah ke jadi lonely girl?

“But you’ll change, insya-Allah.”

Along bangun. Kibas seluarnya beberapa kali sebelum berjalan ke pintu. Aku tunduk dan menekur lantai jubin. Nafas dihela lemah. Mati akal. Ambal warna merah aku kuis dengan kaki kanan. Kedua-dua belah tangan jatuh ke sisi. Dan masih belum dengar derapan langkah Along.

“Jiya…”

Tetap tunduk.

“Your dunia kosong sangat. Boleh tak Along duduk kat dalam dunia Jiya tu? Along nak kawan dengan Jiya dan tak nak Jiya sunyi lagi.”

Terus aku panggungkan wajah. Along pandang aku. Serius.

Aku tengok dia dengan pandangan tak percaya.

Adakah aku bermimpi?

******

Din letak stool ke atas meja. Dia ambil buku latihan Fizik. Aku gigit bibir bawah. Memandangnya tanpa berkelip. Syahindah tengok aku dan senyum. Aku balas senyumannya dengan senyuman hambar. Langkah kuatur masuk ke dalam barisan budak perempuan. Cikgu Nadia betulkan cermin mata yang sudah terlurut ke batang hidung.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Najya akan terus bersemangat untuk ke sekolah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience