2

Short Story Completed 49745

"EH, tak serik ke kau ni Syakira? Dahlah umur baru 20 tahun dah jadi janda muda lepas tu nak kahwin lagi. Kau ni betul ke tak betul ni? Ke dah gila sejak jadi janda muda ni?" Tanya Amelina sambil mengerutkan tudungnya seakan-akan dia tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Syakira tadi.

"Serik? Buat apa aku nak serik? Dapat juga aku sedap-sedap dengan laki baru aku nanti." Balas Syakira seraya mukanya bertukar sanggap.

"Woi! Woi! Muka kau tu kontrol sikit. Malu dekat orang kilang ni nampak muka kau macam tu." Tegur Amelina sambil menolak kepala Syakira.

"Aduh, biarlah orang nak kata apa pun kau ni. Suka ambik kisah dengan mulut orang. Aku pun dah malas nak kerja kilang ni. Asyik jumpa dengan ex laki aku je. Naik menyampah aku. Tak reti-reti nak berambus dari hidup aku ke dia ni?" Kata Syakira sambil memperbetulkan rambutnya.

"Hmm, ikut kau lah Syakira. Asalkan kau bahagia." Kata Amelina sambil memusingkan bebola matanya. Kalau Syakira dah kata A, memang jawapan dia A lah. Jangan haraplah nak tukar jadi B.

"Nanti bila aku dah kahwin, aku nak jaga suami aku je hari-hari. Aku tak nak buat benda lain dah." Syakira sudah mula memasang angan-angan apabila dia dah berkahwin nanti. Semua yang bermain di mindanya manis-manis belaka.

(Wik, Wik, Wik, Wik, Wik) - Telefon Syakira berdering secara tiba-tiba.

"Eh, siapa call ni? Tak ada nama." Syakira mengerut dahinya sambil matanya tertancap pada skrin.

"Siapa call tu?" Tanya Amelina sambil memerhatikan nombor pada skrin itu.

"Entah, better aku jawab. Mesti ada apa-apa ni." Kata Syakira lantas menggangkat panggilan tersebut.

"Hello, siapa ni?" Syakira mulakan perbualan.

"Hello, ini Syakira ke?" Suara garau menjawab.

"A'ah. Sayalah ni. Siapa eh ni?"

"Ini saya. Naufal Adrian."

Syakira tergamam, hampir sahaja telefon itu terlepas dari tangannya. Tak sangka lelaki ini akan menelefonnya.

"Boleh saya nak jumpa awak?" Lelaki itu kembali bersuara.

Syakira tersedar dari lamunan setelah suara lelaki itu bergema di hujung talian.

"Err, haa... boleh dekat mana?... Oh, okay, Esok pagilah ya, esok saya cuti... Okay esok... Bye."

Panggilan ditamatkan.

"Siapa call Syakira?" Soal Amelina dengan wajah tertanya-tanya.

Syakira memandang wajah Amelina sekilas.

"Bakal suami aku."

"Apa?! Bakal suami kau!" Terlopong mulut Amelina mendengarnya.

Syakira tersenyum lantas, mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience