BAB 11

Mystery & Detective Completed 12501

AIN HANANI berjalan di belakang Cikgu Suzana. Cikgu yang di arahkan untuk menunjukkan kelas kepada pelajar baru itu. Kebetulan ketika dia sedang menuju ke koridor tingkat atas, Rayyana melepasi mereka.

"Rayyana!" Panggil Cikgu Suzana sambil melambai-lambaikan tangan.

Langkah kaki pelajar perempuan yang namanya di panggil itu terhenti. Dia menggumam sendiri. "Ada orang panggil nama aku ke?"

"Rayyana..!" Sekali lagi nama pelajar itu di panggil kali ini bunyinya agak jelas sedikit.

"Siapa yang panggil aku? Atas ke?" Dia mendongak ke atas, cepat-cepat dia menggeleng kepala menyahkan halusinasi yang cuba mempengaruhi aset mindanya.

"Rayyana Maisarah! Sini! Cikgu ni! Dekat belakang kamu!" Lantang suara Cikgu Suzana memanggilnya dari simpang kiri.

Rayyana menoleh ke belakang, satu apa pun dia tak nampak kelibat manusia. Inikan pula yang memanggil nama penuh dia. Ish.. seram pulak.

"Aku tak kacau kau! Kau janganlah kacau aku!" Kata Rayyana perlahan. Begitu juga dengan kakinya yang sedikit demi sedikit berundur sebelum lari.

"Rayy.." Suara Cikgu Suzana memanggil lembut.

Semput dia kena kejar Rayyana dari aras koridor ni. Sudahlah jauh, terpaksa berlari dengan kasut tumit pula tu.

Sesampai di simpang koridor, Cikgu Suzana melihat Rayyana berlari lintang pukang naik tangga. Mengekek Ain Hanani ketawa kala melihat aksi lucu Rayyana.

"Sapa tu cikgu? Lari macam nak bergegar bangunan." Tanya Ain Hanani selamba.

Cikgu Suzana menjeling tajam ke arah tangga yang di naiki oleh Rayyana, segala sumpah serana bermukim di dalam hati. Segera dia mengucap panjang...

"Ya Allah.. semput cikgu." Ucap Cikgu Suzana tercungap-cungap.

Ain Hanani masih senyum meleret melihat tingkah pelajar perempuan yang berlari ketika namanya di panggil tadi. Terlupa dia tentang Cikgu Suzana yang di sebelah mencari udara untuk bernafas.

"Aduhai.. kelakar betul lah. Tapi comel..." Kata Ain Hanani tanpa pedulikan Cikgu Suzana lagi.

Senyuman dan sisa tawanya masih terhias di wajah. Ini kalau nampak kak Hanania ni, mampuslah kau budak kena kutuk tahap ranger mari! Woohoo!

Terhibur hatinya melihat situasi yang sedang berlaku tadi. tiba-tiba tubuh badannya menjadi tak stabil bila Cikgu Suzana menekup sebelah bahunya sampaikan dia ikut turut meleret ke bawah.

'Beratnya cikgu ni!'

"Tu.. tu.. kawan sekelas awak.." dengan nada nafas yang tak menentu, di gagahkan jua semangat untuk berkata. Tangan kiri Cikgu Suzana menunjuk pada tangga yang di naiki Rayyana tadi.

"Budak gemuk tu? Budak kelas saya?" Soal Ain Hanani lancang tanpa menapis kata.

Zas! Tajam renungan mata Cikgu Suzana menoleh. Boleh tahan juga budak baru ni. Kuwangjaq!

"Ya. Dia pelajar sekelas dengan awak. Dah ikut dia sana. Saya nak ke bilik air kejap. Semput.." Di hujung kata Cikgu Suzana jelas kedengaran nafas beratnya di tarik sedalam mungkin kemudian di hembus perlahan.

Kalau bukan kerana mengejar si Rayy, tak adalah dia termengah-mengah macam ni. Sudahnya semput datang menyapa diri.

"Baik cikgu." Patuh Ain Hanani.

Dia kemudiannya berjalan beberapa langkah meninggalkan Cikgu Suzana di situ. Tidak berapa jauh, dia kembali menoleh ke belakang. Dia melihat kelibat Cikgu Suzana masih ada di tempat asal dia berdiri, belum berganjak lagi rupanya.

"Er, cikgu perlukan pertolongan ke..?" Soal Ain Hanani bila dia meras tidak selesa dengan perasaannya bila terpaksa meninggalkan cikgu yang bersusah untuknya begitu sahaja.

"Eh, tak.. tak.. saya okey je. tak pe.. Awak pergi masuk ke kelas semula. Pergi.." Arah Cikgu Suzana sediki tegas.

Walaupun dia sememangnya perlukan pertolongan, tetapi tidak lah pertolongan berbentuk pelajar mendukung guru ke tandas. Hi.. hi.. hi.. tidak. Dia masih kuat untuk berjalan sendiri walaupun kakinya sedikit lenguh.

Ain Hanani masih menunggu. Tak syok pula kalau dia pergi begitu sahaja. Kesian dia tengok cikhu ni tercungap-cungap.

"Cikgu nak air tak? Saya belikan dekat bawah." Tawar Ain Hanani lagi.

"Tak pe.. tak pe.. cikgu tak apa-apalah. Cikgu semput sikit je. biasalah dah tua-tua macam ni manalah larat nak lari laju-laju lagi. Dah, awak pergi masuk ke kelas sana. Pergi! Nanti banyak pelajaran yang awak tertinggal nanti gara-gara saya." Arah Cikgu Suzana keras.

Kemudian, Cikgu Suzana berpaling ke belakang dan berjalan perlahan-lahan dalam menahan bisa ditelapak kaki.

Ain Hanani akur dalam terpaksa. Kasihan dia melihat cikgu itu terpaksa berjalan terhinjut-hinjut di tepi koridor. Namun, dia kembalikan semula pesanan cikgu tadi supaya segera dia masuk ke kelas sebelum banyak pelajaran yang bakal dia tertinggal kalau terus berlama-lamaan di sini.

Derapa kakinya mula kedengaran perlahan. Selangkah demi selangkah dia cuba menjejaki pelajar yang berlari tadi walaupun dia sudah sedia maklum kelasnya di mana dan sekarang waktu apa. Kebarangkalian mereka berada dekat dalam makmal, tetapi ia tidak pasti sebabnya cikgu matapelajaran sekarang tak ada. Dia pergi kurus dekat PPD (Pejabat Pelajaran Pasir Gudang).

Mudah baginya mencari kerana apa yang dia perlukan sudah kelihatan walaupun wajahnya tak berapa jelas kelihatan dari arah anak tangga ini. Ain Hanani tersenyum lebar. Segera dia berlari anak mendapatkan pelajar yang baru hendak mengunci bilik makmal itu.

"Rayyana!"

Sepantas kilat kepala pelajar perempuan itu menoleh ke belakang. Berkerut dahinya memandang pelajar perempuan yang memagnggil namanya sebentar tadi. Kenal ke?

"Hah.Ye." Sahut Rayyana dengar tak dengar je.

Tangannya terus mengunci pintu bilik makmal tadi dengan magga yang telah di sediakan kemudian kunci mangga itu di simpan ke dalam kocek baju kurung sekolah yang berwarna putih.

"Rayyana.." Makin dekat pelajar perempuan yang menyebut namanya. Rayyana berpaling terus ke arah pelajar perempuan itu yang sudah pun berada tepat di belakangnya.

"Tadi cikgu Suzana panggil awak, apasal lari macam tak cukup tanah?" Selamba Ain Hanani menyoal tanpa terlebih dahulu memperkenalkan dirinya kepada Rayyana.

Rayyana cuba mengembalikan ingatannya. Di pulas-pulas segala memorinya hari ini. Bila masanya Cikgu Suzana memanggil nama dia? Dekat mana? Pukul berapa? Memek muka yang di tonjolkan cukup lucu walau Rayyana tidak bersuara. cukup untuk menyatakan dia sedang memikirkan kenyataan Ain Hanani tadi.

"Tadi.. yang awak pergi lari macam nampak hantu tu kenapa?" Ain Hanani cuba mengembalikan ingatan Rayyana pada insiden tadi.

"Oh.. tadi.."

"MEMALUKAN! Cukup memalukan nama baik abi dan umi. Kenapa perlu berpakaian sedemikian Ainul Hanania? Bukan ke kami dah belikan pakaian sekolah yang cukup molek untuk kamu pakai? Tudung sekolah yang menutup dada kamu, bukannya pakaian untuk pelajar bukan muslim kami belikan untuk kamu pakai ke sekolah!

Kamu tahu tak bertapa malunya abi dengan umi bila dapat panggilan dari sekolah bila mereka minta kami mengambil kamu bawa pulang ke rumah atas alasan bodoh ni? Kamu tak fikir ke perasaan kami? Maruah kami? Seolah kami tak pandai nak mendidik anak!

Ainul Hanania, kamu dengar sini baik-baik. Kami hantar kamu ke sekolah tu bukan saja-saja. Tapi bersebab! Sebab yang kamu semua tak boleh elakkan lagi. Abi dan umi tak tahu mana lagi nak bawa kamu berdua pergi. Jadi tolong jangan cari masalah, Ainul Hanania.

Tak boleh ke kamu jadi macam kakak kamu, Ainul Batrisyah? Sentiasa menyenangkan hati kami sekeluarga. Tak boleh ke Ainul Hanania?"

Kuat susuk badan ramping itu menghempas tubuh ke tilam empuknya. Sakit telinga! Sakit hati! Sakit jiwa!! Lama-lama macam ni memang boleh sakit! Sakit segala-galanya! Argh! Kenapa kena sebut nama budak tu? Kenapa mesti dia juga yang di puji-puji? Kalau dah sayang sangat dengan budak tu, kenapa lepaskan dia pergi? Kenapa tak nak jaga je budak tu!

Umi dengan abi ni sama je. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Ish! Semaklah! Hurm.. Ainul Batrisyah.. Ainul Batrisyah.. Ainul Hanania.. Ainul.. apa hal lah abi dengan umi letak nama aku sama dengan nama kau! Semak!

Ainul Batrisyah?

"Takkan lah kau satu sekolah dengan aku? Nama, sapa pun boleh letak der. Huh! Takkan lah mak su mampu nak sekolah kan kau dekat sekolah aku.. ha.. ha.. ha.."

Menyeringai ketawa Ainul Hanania mengingati kejadian ketika guru yang menegurnya tadi menjerit nama Ainul. Boleh pula pelajar lain dengan bangangnya datang masuk menghadap.

Ainul ye.. siapa lagi nama Ainul dekat sekolah tu selain aku? Apa ye nama kau.

"Apasal pula aku fikir pasal budak tu? Huh! Tak ada kerja aku nak stalk budak tu sapa. Baik aku siap-siap, keluar. Duduk memerap dalam rumah ni bukannya boleh hilangkan bosan, bertambah bosan adalah."

Gerobok baju di singkap pintunya. Beberapa helai pakaian yang tergantung cantik di dalamnya di belek-belek rakus.

Apa sahaja yang terlintas di mata, asal cantik mata memandang terus di capai. Kemudian, pakaian sekolah tadi di buka lalu di campak ke atas tilam sebelum menyarung pakaian T-shirt lengan panjang berwarna merah biru bertulisan JOHOR dalam bahasa jawi. Di padankan pula dengan seluar jeans berwarna hitam lusuh.

Seketika kemudian dia beralih pula kepada cermin soleknya. Wajahnya yang putih itu di belek sekilas dan getah rambut berwarna biru langit di ambil dan di ikat sanggul rambut yang keriting itu ke tepi sebelah kiri.

Puas hati dengan penampilan ringkasnya, terus dia keluar bilik di sertakan dengan beg duit dan telefon bimbit di kocek seluar.

Mana lokasi? Huh. Dia tersenyum sinis sendirian bersama langkah menuju keluar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience