Empat Puluh Tiga

Other Completed 44787

Hingga sampai kerumah Cinta masih seperti tadi merajuk padanya. Bukan dia taknak belikan, Dalam keadaan isterinya berbadan dua, dia takkan bahayakan nyawa isteri dan anaknya.

"Boleh tak kalau sayang mintak benda lain." Tanya Lutfi mula rasa bersalah.

"Takpe. Cinta cakap je tadi tu." Kata Cinta mengukirkan senyum walaupun dia merasakan senyuman itu terpaksa.

"Cinta naik dulu. Penat." Kata Cinta lagi.

Luthfi melihat isterinya menapak keatas. Dia tahu senyuman yang diberikan isterinya tadi adalah terpaksa.

Susah nak dinyatakan. Risau pada sang Isterinya dan oada masa yang sama tak nak menghampakan permintaan isteri.

Didalam bilik, Cinta membuka laptop didepannya dan mencari motor yang diidamkannya. Melihat harga saja boleh membeli sebiji kereta Myvi. Namun minatnya lebih oada motor kuasa tinggi berbanding kereta.

Susunlah sebanyak mana kereta, Honda, Mazda, Ferrari tetap dia nak Motor.

Dia yang tak mengharap akan suaminya, akhirnya dia memesan sebuah Motor BMW 1000cc disebuah kedai ditengah bandar melalui online.

Dia akan meminta abangnya membawa oulang motor itu esok. Deposit akan deserahkan besok setelah motor akan dibawa.

Terlalu letih, penat, menyebabkan kepalanya merasa seperti berputar macam kipas helikopter berputar 360 darjah.

Dia meletakkan laptop diatas bantal Luthfi dan dia mulai baring sambil memicit kepalanya.

Badannya mulai lemah. Suhu mulai naik. Cinta demam selepas pulang dari klinik petang tu. Namun Luthfi yang sibuk menyediakan makanan untuk isteri tidak tahu akan suhu isterinya tiba-tiba naik.

Cinta mencapai Remote Aircond lalu mematikannya kerana terlalu sejuk dirasakan iloleh tubuhnya walaupun dia sdah menyelimuti tubuhnya hingga ke Kepala.

Dia terlelap tanpa sedar bajunya basah dik peluh yang keluar.

Luthfi masuk kedalam biliknya selepas selesai masakkan isterinya. Terasa panas didalam bilik, dia melihat aircond tak berpasang dan isterinya bertengkumus didalam selimut tebal.

Dia mencapai remote aircond lalu menyalakan semula. Dia duduk dibirai katil. Terpandang Laptop isterinya yang terpasang, Dia melihat apa yang sddang dibuat oleh Cinta tadi.

Alangkah terkejutnya dia melihat, Isterinya nekad untuk mengambil deposit Motor BMW yang diberitahunya. Walaupun dia tak memberikan persetujuan, Namun dia tahu Cinta seorang yang berdikari.

Luthfi mematikan Laptop Cinta dan meletakkan didalam laci disisi katil. Dia mula menoleh melihat isterinya.

"Sayang. Sayang bangun." Panggil Luthfi. Dia membuka selimut yang membaluti yubuh isterinya.

Terasa bahang panas dari tubuh isterinya hingga baju yang dipakai semua basah termasuk selimut tadi.

"Sayang ok tak ni?" Tanya Luthfi.

Cinta hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Pening." Kata Cinta lemah.

"Abang ganti pakaian Sayang kejap. Lepas tu baru abang picit kepala Sayang." Kata Luthfi.

Dia membantu Cinta menggantikan pakaiannya yang basah. Mengelap tubuh isterinya dengan air bersih dan tuala kering. Terasa masih hangat.

"Kita ke klinik ye." Pinta Luthfi.

"Taknak." Balas Cinta.

"Sayang demam ni." Kata Luthfi.

"Memang macam ni kalau orang mengandung. Akak Dinda pun macam ni Abang Thariq bagitahu." Kata Cinta lagi.

Akhirnya Luthfi mengalah. Dia taknak menganggu emosi isterinya.

Dia mula memicit dahi isterinya yang kini berbaring diatas ribaannya.

"Abang akan belikan apa yang Sayang nak tadi." Kata Luthfi.

"Takpe Cinta cakap je tadi tu. Maaf kalau Cinta buat Abang serba salah." Kata Cinta perlahan.

"Biar Abang yang bayar deposit motor tu." Kata Luthfi akhirnya.

"No. Takpe." Kata Cinta menahan pening yang datang semula.

"Habistu takkan Abang nak biarkan Sayang guna duit simpanan Sayang?" Tanya Luthfi. Masih memicit kepala Cinta.

"Cinta akan Jual Ducati tu." Kata Cinta terus terang.

"Tak. Abang tak benarkan. Ducati tukan motor kesayangan Sayang. Lepas tu Harta pertama Sayang." Kata Luthfi.

Tiada balasan dari Sang isteri. Dia melihat wajah lesu yang terlelap diatas ribaannya.

"Abang taknak Seksa Sayang sampai macam ni. Abang taknak lihat Sayang lemah macam ni. Baru 2 minggu belum masuk 2 bulan." Kata Luthfi.

Masa makan Soto, Cinta langsung tak menjamah mee nya. Hanya Sup. Tupun dapat dilihat sedikit sup yang diminum. Apabila sisuami tanya dia hanya berkata tak ngam ditekaknya menyebabkan perasaan mual mula datang.

Luthfi membetulkan kepala isterinya diatas bantal. Selimut diganti dengan selimut baru. Lalu diletakkan diatas tubuh Sang Isteri.

"Abang akan tunaikan permintaan Sayang." Luthfi mengusap kepala isternya lalu dikucup lembut ubun ubun Cinta.

Luthfi melihat jam menunjukkan pukul 6 lebih petang. Dia mengambil kertas kerjanya didalam ruangan kerja lalu membawa semula kedalam biliknya dan Cinta.

Dia duduk bersandar dikepala katil lalu meneliti kes yang akan ditanggungnya minggu depan.

Semakin hari Firma Guamannya semakin banyak orang yang menggunakan khidmat dari mereka. Malah, Aidil kini boleh menapak naik kerana menang dalam kes Dadah yang dipegangnya.

Luthfi juga telah menerima beberapa peguam baru dan selevel naik dengannya masuk kedalam Firmanya.

"Mungkin nilah yang Allah Kata Rezeki anak dan Isteri." Kata Luthfi perlahan sambil tangannya sebelah mengelus pipi siisteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience