20

Romance Completed 132664

Laju sahaja Hazim menuju ke rumah Hana malam itu. Khabar bahawa Hana sedang tidak sihat siang tadi membuat dia bertambah risau. Sebelum keluar rumah, sempat juga dia bertekak dengan Mona.

Mona berkeras mahu tahu ke mana dia hendak pergi. Sudahlah sepanjang bulan madu dia turutkan sahaja karenah wanita itu. Mona terlihat bersungguh-sungguh mengambil hatinya. Namun hati Hazim tetap tidak terusik.

Makin bertambah runsing Hazim apabila Hana tiada di rumah. Sejam lebih menunggu di apartment milik Hana. Belum nampak batang hidung isterinya itu.

Hana termanggu di dalam kereta hampir setengah jam setelah menghubungi Badrul. Hanya abangnya yang diberitahu tentang berita yang diterima siang tadi.

Keputusan darahnya tidak normal. Kadar hemoglobin dan platelet yang kurang menandakan mungkin terdapat jangkitan atau masalah kesihatan yang lain.

Hana perlu segera dirujuk ke hospital bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi. Bimbang dan takut mula menguasai diri, Hana menangis sewaktu memaklumkan hal itu kepada Badrul.

Badrul berjanji akan menemaninya untuk ke hospital, walaupun pada mulanya lelaki itu geram apabila Hana ingin merahsiakan perkara itu dari pengetahuan ayah dan mama mereka.

Hana tersedar akan waktu yang sudah menginjak ke pukul 10 malam. Hampir seharian dia keluar dari rumah untuk menenangkan diri.

Hana terkejut apabila rumahnya tidak berkunci. Pasti Hazim ada di dalamnya. Hanya Hazim yang mempunyai kunci pendua rumahnya memandangkan apartment itu asalnya dibeli oleh Hazim untuknya.

"Pergi mana baru balik ni?" Hazim muncul di hadapan Hana dengan riak serius.

"Abang buat apa kat sini?" Hana memulangkan soalan, dingin.

Sebelum ini memang dia sangat rindukan lelaki itu tapi hari ini, menyampah pula melihat Hazim yang tiba-tiba muncul di depan mata.

"Qis cakap you demam. Why didn't you answer my call?" Hazim mengekori Hana yang menapak masuk ke bilik.

"Demam biasa je. Tak payah risau." Hana tidak memandang langsung wajah Hazim.

"Biasa apa sampai cuti seminggu? kenapa tak angkat call i?" Hazim menaikkan suara sedikit, apabila dilihat Hana bersikap acuh tak acuh.

"You yang cakap tak payah contact kan? I demam je, belum nak mati pun." perli Hana.

Hazim terdiam sejenak. Terasa dengan kata-kata Hana.

"Apa you merepek ni?"

"I guess kalau i mati pun you tak kisah kan?" sudah tiada panggilan 'abang', menandakan Hana sedang marah.

"Kenapa tiba-tiba cakap macam ni?" Hazim cuba menarik lengan Hana malah ditepis laju.

"Buat apa datang sini? I okey je."

"What's wrong with you? I'm here to check on you lah."

"I'm fine." suara Hana meninggi, perasaan marah ditahan saja.

"Dah tu kenapa nak marah-marah macam ni? Cuba cakap apa you nak? Tiba-tiba nak melenting ni kenapa?" Hazim juga naik angin.

"Mind explaining mana you hilang?"

"That's it? sebab tu nak marah?"

"I'm asking you, Hazim!!" jerit Hana tiba-tiba.

"I'm with Mona."

"Fine." Hana berura-ura ingin meninggalkan Hazim di situ.

"Sebab tu ke you nak marah i ni?"

"I tak marah." Hana membuang pandang.

Dia cuma inginkan penjelasan. Mengapa harus lelaki itu sering menyembunyikan sesuatu dari dia.

"Tak marah? habis you jerit tadi kenapa? you marah kan?"

"Hazim, i don't want to talk about this."

"Say it if you jealous." lengan Hana dicengkam oleh Hazim.

"Apa ni Hazim? lepas lah!..." Hana cuba melarikan tangan dari pegangan Hazim.

"You know what? Im sick of you, pretending that you're fine! Cakap tak kisah and everything lepas tu tiba-tiba marah macam ni. Menangis sorang-sorang." Hazim menghamburkan kemarahan.

Hana menunduk, melarikan wajah dari mata Hazim. Dia tidak pernah kuat, dia mengakui itu.

"Habis tu you nak i buat apa?!! You tu pengecut! you tak pernah fikir pasal i! I pun ada perasaan, Hazim."

Sejujurnya memang Hana cemburu setiap kali Hazim bersama Mona. Mereka berpeluang untuk menunjukkan kemesraan di hadapan orang ramai sedangkan dia harus bersembunyi, dan ibarat tidak diiktiraf.

"You jugak yang bagi i kahwin dengan perempuan tu kan? dah lupa??Hah? Answer me, Hana!!"

"You selfish!!"

"Apa? apa kau cakap?!" Hazim berang tatkala dituduh begitu.

"You selfish, Hazim. That's you! I cuba untuk faham you. I ikut cakap you semata-mata sebab i cintakan you, now i feel like a stupid person!!" marah yang ditahan-tahan terlepas jua dari mulut Hana.

"Pastu sekarang kau menyesal?!! kau menyesal kahwin dengan aku? Jawab Hana!" Hazim mencengkam kedua belah bahu Hana, terhinjut-hinjut gadis itu menahan tangis.

Melihat Hazim yang sudah naik minyak, Hana serta merta kelu membisu. Hanya gelengan lemah yang diberi.

"Kau nak sangat perhatian aku kan? Kau dengan Mona tu sama je kan? ini yang kau nak kan?!! sini kau!!" Hazim mengheret tangan Hana menuju ke arah katil dan tubuh kecil itu dihempas kasar.

"Ahh!" Hana terjerit kecil.

"Hazim jangan, Hazim!" Hana mengengsot ke arah kepala katil namun tangan sasa Hazim terlebih dahulu menarik kakinya.

"Hazim, no no! Jangan, please aggghhh!!" Hana menolak dan memukul dada Hazim yang sudah merentap bajunya.

Malam itu Hana tidak mampu melawan dan hanya berserah membiarkan Hazim memaksanya tanpa rela. Dia sudah penat melawan, kudratnya habis sehabisnya.

.
.

Hazim pulang ke rumah pada keesokkan paginya, meninggalkan Hana sendiri. Hazim meraup wajah beberapa kali. Termenung sebentar di tempat duduk pemandu sambil mengimbau kejadian semalam.

Teringat apa yang dilakukan terhadap Hana, Hazim menjerit sambil menghentak stereng bertubi-tubi untuk melepaskan amarahnya. Rasa kesal terhadap diri sendiri kerana menyakiti Hana.

Hazim berjalan lemah masuk ke dalam rumah. Rasa jijik dengan diri sendiri. Bagaimana harus dia berdepan dengan Hana selepas ini? pasti gadis itu cukup bencikan dia.

Mona menunggu kelibat Hazim masuk ke dalam rumah. Ada perhitungan yang harus dibuat. Cukup dari semalam dia bersabar.

"Dari mana ni?" soalan yang saban hari ditanya itu sudah lali di telinga Hazim.

Tanpa mengendah tuan punya badan yang bertanya, Hazim terus berjalan hendak naik ke bilik.

"I'm talking to you, Hazim Ikmal! Rumah betina mana yang you pergi semalam?!" Mona bengang bila pertanyaannya tidak berjawab.

Langkah Hazim terhenti. Tubuhnya dipalingkan ke arah Mona. Rupa-rupanya Mona sudah tahu.

"Kau jumpa betina lain kan belakang aku?" Mona mengulangi soalan. Puas hati apabila melihat perubahan wajah Hazim.

"Mana kau tahu?"

"Aku tak bodoh la Hazim. Siapa perempuan tu?"

"Kau tak payah tahu. Kau jangan berani pun nak dekat dengan dia." jari telunjuk Hazim tepat mengenai mukanya, memberi amaran keras.

"Patutlah layan aku nak tak nak! Ada betina simpanan rupanya.." Mona berkata sinis.

"Yang betina tu engkau! jaga sikit mulut kau tu!!" balas Hazim, mencerlung tajam ke arah Mona.

Hazim meninggalkan Mona sendirian. Menggeletar penumbuk Mona menahan perasaan marah. Amaran Hazim tidak dihiraukan, malah dia sudah mempunyai rancangan sendiri.

Terima kasih kepada Qistina. Kini dia tahu dengan siapa Hazim sering berhubungan. 'Sesi perkenalan' Mona dan pencabar baru sahaja hendak bermula.

Apa yang jadi milik Mona, tidak akan jadi milik orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience