Bab 47

Romance Completed 42735

Beberapa minggu kemudian.

"Di sini aku ingin berjumpa dengan korang semua sebab aku ada benda yang aku nak cakap"

"Apa dia tuan?"

"Aku nak kita berhenti membunuh"

"Eh,kenapa tiba-tiba tuan nak berhenti ni?"

"Tuan dah tak nak kami berkhidmat dengan tuan lagi ka?"

"Tak bukan itu maksud aku.Maksud aku kita berhenti membunuh orang"

"Kecuali kalau dia menganggu ketenteraman kita dan keselamatan kita"

"Dan sekarang aku akan fokus kepada syarikat"

"Penjualan senjata juga akan diberhentikan"

"Aku tak nak terlibat dengan benda-benda tu lagi"

"Cuma untuk peluru dan lain-lain jangan risau aku akan bekalkan dekat korang"

"Untuk kita sahaja"

"Aku takkan berhentikan korang.Cuma sesetengah daripada ini akan bekerja di syarikat bersama dengan aku"

"Dan untuk berita baik"

"Aku akan buka markas untuk kita berkhidmat kepada orang di luar sana"

"Antaranya ialah akan ada dari korang menjadi spy, bodyguard dan lain-lain lagi"

"Korang semua akan aku daftarkan supaya korang dapat lesen untuk senjata yang akan dipakai"

"Dark Devil masih berjalan seperti biasa cuma tidak seperti dulu"

"Ada apa-apa yang korang nak cakap?"

"Kenapa sejak dua menjak ni tuan dah nampak lain?"

"Tuan tak macam dulu"soal salah seorang anak buah Eidlan.

"Itu sebab isteri aku yang ubah aku"

"Dan aku nak korang ikut aku.Kita sama-sama berubah"

"Berubah ke jalan yang benar.Kita dah jauh tersesat selama ni.Kita dah tersasar dari landasan"

"Aku nak kita kembali ke jalan yang benar"

"Kita sama-sama solat jemaah.Sama-sama bertaubat"

"Kalau ada yang masih tak boleh terima perubahan aku....aku terima.Itu aku tak boleh buat apa"

"Itu keputusan korang"

"Saya akan ikut tuan"

"Korang nak ikut tak?"soal salah seorang anak buah Eidlan.Tapi  kesemua rakannya hanya mendiamkan diri.

"Jangan buat keputusan sebab aku tapi kerana Allah"

"Aku takkan paksa korang"

"Korang boleh pergi rehat dan fikirkan apa yang aku cakap tadi"

Eidlan terus pergi dari situ dan ke bilik bawah tanah yang sudah lama dia tidak pergi.

Bau busuk mula menerjah hidungnya.Dapat dilihat mayat Drake didalam sangkar.

Adiknya dan yang lain tidak memberitahu bahawa Drake masih hidup sewaktu dirinya dibawa ke hospital.

"Haishhh"Eidlan terus naik semula ke atas.

"Kau orang tak tengok kat Drake tu?"

"Kami tak berani buat apa selagi tuan tak beri arahan"walaupun rumah itu agak sedikit berbau tapi mereka sudah biasa.

"Makanan pun tak bagi ka?"soal Eidlan.Sungguh waktu sekarang dia tidak mampu memikirkan apa yang hendak dilakukan dekat mayat Drake.

"Tak"

"Aduhai"

"Aku nak korang ambik mayat dia pergi letak dekat markas dia"

"Aku rasa orang-orang dia masih ada di situ"

"Nasib diorang tak serbu tempat kita dah"Eidlan memicit dahinya.

"Hi abang"ujar Erdy yang baru tiba bersama Shark.

"Hurmm"gumam Eidlan.Tidak rasa mahu bercakap sekarang.

Dia terus keluar dari rumah itu dan berjalan pulang ke rumahnya.

"Eh,kenapa semua senyap ni?"soal Erdy.

"Ouh,korang risau ehhh kalau kita dah tak macam dulu sebab abang aku dah berhenti jadi mafia"

"Jangan risau lah.Aku yakin walaupun situasi akan berubah tapi hubungan kita akan tetap bersatu"

"Aku yakin korang nak berubah kan bila abang aku dah sebut macam tu?"

"Fikir-fikirkan lah.Walaupun aku tak bekerja macam korang tapi sebenarnya fitrah aku dan korang tetap sama"

"Berubah la yer.Alhamdulillah aku,Shark,Aman dah Alif perlahan nak berubah.Kitorang tersentak sikit la bila dengar akak ipar aku mengaji dengan abang"

"So apa-apapun itu pendapat korang.So tak payah pikir sampai nak pecah kepala tu baik makan dulu"

"Malam nanti fikir betul-betul.Aku dengan Shark ada beli pizza ni.Memang mantap"

Yang lain hanya menganggukkan kepala.Mereka semua terus menjamu makanan yang dibeli Erdy.

Keesokan harinya,

Ketukan di pintu yang kuat membuatkan Erdy terus berlari membuka pintu.

"Eh,korang"kesemua anak buah Eidlan berada di rumahnya.

"Jom masuk.Sekejap aku panggil abang aku"

Erdy terus meninggalkan mereka kemudian berlari ke tingkat atas.

"Abang! Abang"diketuk pintu bilik abangnya berkali-kali.

"Ada apa?"

"Anak-anak buah kau ada dekat bawah"

"Ok"Eidlan terus mengikuti Erdy ke bawah.Sampainya di hadapan mereka semua.

"La kenapa tak masuk?"soal Erdy.

"Kami nak ikut tuan.Kami nak berubah"ujar kesemua anak buah Eidlan serentak.

"Betul ni?"

"Betul tuan"

"Alhamdulillah"

"Dah masuk.Nanti aku hidangkan air dekat korang"

"Baik tuan.Terima kasih"

"Sama-sama.Dah mari masuk"

"Ok"

cerita ni tiba-tiba jadi islamic benda dah update kan terima ja lah.....hihihihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience