BAB 1

Family Completed 666

Aku menggeliat sambil menguap. Jam loceng di sebelahku menunjukkan pukul 6 pagi. Seperti biasa dengan amat mengantuk aku mencapai tualaku untuk mandi. Mana tak nye, semalam aku baca novel sampai pukul 12 tengah malam, tak henti-henti. Aku segera membuka pili air di dalam bilik air, dan terus membersihkan diri.

Aku menuruni tangga dengan lengkap berpakaian baju sekolah biasa setelah siap menunaikan solat Subuh. Sebaik sahaja kakiku mencecah lantai tingkat bawah, kedengaran deruman enjin van sekolahku. Baru sahaja mahu sarapan, van sudah datang. Lambat sangatkah aku bangun atau van yang datang terlalu cepat hari ini? Aku memandang jam tanganku. Patutlah, sudah lewat ni. Aku tidur lama sangat kot tadi. Hehe..

“Raihana, tak sarapan,ke?” tanya mama ketika aku sedang memakai kasut di pintu rumah.

“Van dah ada kat luar la, mama. Nanti kat sekolah Raihana sarapan, eh? Love you!” jawabku sambil mencium tangan mama. Aku maniskan mukaku walaupun aku sedar air muka mama berubah. Melihat itu, aku memeluk mama, takut mama terasa hati. Lalu aku bergegas menaiki van biru yang sudah lama menunggu di hadapan rumahku.

Di dalam van yang baru ada 5 orang itu, aku melambai mama.

“Boleh saya pinjam pen awak?” tegur budak perempuan yang duduk di hadapanku. Di dalam kelas, aku ditempatkan di barisan paling belakang, seorang diri. Budak perempuan ini pula adalah rakan rapatku di sekolah baruku ini. Tanpa sebaris kata, aku menghulurkan penku kepadanya. Budak perempuan itu atau lebih dikenali sebagai Ain Ameera tersenyum lalu duduk di kerusi sebelahku yang memang kosong itu tanpa diundang. Dia tersengih-sengih memandangku.

Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan sudah tiba waktu rehat. Aku lihat Ain Ameera bergegas kembali ke tempat duduk asalnya.

“Siapkan kerja yang saya beri, esok hantar kepada Naqib.” Kata Cikgu Nisa’ dengan tegas memandang ke arah Naqib, Ketua Kelas 5 Unggul. Setelah berbalas salam, Cikgu Nisa’ beredar ke bilik guru.

Aku menghela nafas lega,waktu rehat yang dinanti sudah tiba! Dari tadi perutku menyanyi minta diisi. Barangkali kerana aku langsung tidak menjamah apa-apa sejak dari bangun pagi.

“Jom ke kantin sama-sama, nak? Saya dah lapar ni,”

“Ok, kan tiap-tiap hari kita pergi kantin sama-sama?” aku jawab.

Ain Ameera mengangguk-angguk sambil tersengih.

“Ain Ameera..”

“Kenapa awak panggil nama penuh saya? Kan saya dah cakap, panggil saya Ain saja!” tegur Ain sambil memuncungkan bibirnya. Dia memang tidak suka orang menggelarnya Ain Ameera walaupun itu nama panjangnya.

“Yela, Cuma, nama Ain Ameera tu sedaplah,” Pujiku sambil melemparkan senyuman manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience